'/>

Bantahan tidak ikut syarat dedah tembelang #bersih #swkmaju #cmadenan

Berikut adalah seberan media daripada SPR mengenai proses bantahan persempadanan semula.

Penerangan yang diberikan dilihat SPR amat terbuka dan telus.Tuduhan puak pembangkang kononnya mereka tidak dibenarkan membuat bantahan ternyata satu pembohongan besar.

SPR mengikut undang undang dan prosedur yang ditetapkan sebab itu pada pendapat Pisau puak pembangkang amat sukar untuk burukkan persepsi terhadap SPR.

Berikut adalah kenyataan media SPR;

Laporan akhir persempadanan semula bahagian-bahagian pilihan raya negeri Sarawak tidak dapat dibentangkan pada persidangan Dewan Rakyat yang akan bermula Isnin depan, berikutan sesi pendengaran bantahan awam, belum selesai.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata setakat ini masih terdapat 10 lagi bantahan yang belum melalui proses pendengaran.

“Syor persempadanan semula itu menerima 64 bantahan tetapi hasil semakan SPR mendapati hanya 41 yang memenuhi syarat bantahan.

“Selepas semua sesi pendengaran bantahan awam selesai, syor itu akan dipamerkan sekali lagi, jika tiada bantahan diterima, barulah laporan akhir boleh disiapkan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata laporan akhir itu akan diserahkan kepada perdana menteri dan terpulang kepada beliau untuk membentangkannya di Dewan Rakyat pada masa sesuai.

Antara kawasan Parlimen yang menerima bantahan sejak syor itu diwartakan dan dipamerkan selama sebulan mulai 5 Januari lepas ialah Kuching, Kapit, Sarikei, Bintulu, Miri dan Saratok.
Abdul Aziz berkata, SPR mempunyai tempoh dua tahun dari tarikh syor itu diwartakan untuk menyelesaikan perkara berkaitan persempadanan semula).

“SPR yakin 11 bahagian baharu yang diwujudkan dalam persempadanan semula itu dapat digunakan pada pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu akan datang,” katanya yang kini berada di Sarawak untuk menghadiri sesi pendengaran berkenaan.

Berikutan persempadanan semula itu, DUN Sarawak yang kini mempunyai 71 kerusi akan bertambah menjadi 82.

Sumber:pisau.net

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY