'/>

Tol Lanang Dimansuhkan atau dikurangkan-Adenan Satem #Swkmaju #cmadenan

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem berkata, kerajaan akan terus berusaha untuk memansuh atau mengurangkan bayaran tol jalan lanang sebagai langkah meringankan beban rakyat .

Sambil berharap isu itu selesai menjelang Jun nanti, Adenan memberitahu, usaha ini bertujuan membolehkan rakyat mendapat manfaatnya.

“Sama ada dimansuh atau diturunkan. Kita masih berusaha mengadakan rundingan dengan pihak terbabit.  Saya berharap perkara ini selesai tidak lama lagi.

“Tambahan pula, jambatan ini berperanan penting sebagai penghubung penduduk Sibu dengan kawasan berhampiran selain laluan utama menghubungkan bandar utama di Sarawak.
“Saya sekali lagi ingin menegaskan, ini usaha bersungguh –sungguh kerajaan Barisan Nasional (BN) bukannya pembangkang, ” katanya ketika berucap pada Majlis Bersama Rakyat di Dataran Pakan di sini, hari ini.

Hadir sama, Ahli Parlimen Julau, Datuk Joseph Salang Gandum dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakan, Tan Sri William Mawan Ikom.
Jambatan lanang siap dibina syarikat swasta pada April 2006 yang diberikan konsesi selama 30 tahun bagi memungut tol daripada pengguna dengan kadar sehala 50 sen (motosikal) RM3 (kereta), RM5 (kenderaan pacuan empat roda) dan RM10 (lori).

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY