Related Pots
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2015 |
"Fasal 18 RUU memberi kuasa kepada perdana menteri untuk mengisytihar sesuatu kawasan sebagai kawasan keselamatan dan bertujuan mengawal serta mengurus ancaman dan tindak balas di peringkat awal sebelum menjadi lebih teruk.
"Fasal ini diwujudkan bagi melengkapi Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan; bahawa Yang di-Pertuan Agong berkuasa memproklamasi (mengisytihar) darurat mengikut nasihat Jemaah Menteri.
"Kuasa mengisytihar darurat tetap terletak pada kuasa Yang di-Pertuan Agong. Maka kenyataan bahawa Fasal 18 yang mengatakan perdana menteri mengambil alih kuasa Agong adalah tidak benar sama sekali kerana proklamasi darurat dan pengisytiharan kawasan keselamatan adalah berbeza," tegasnya.
Kepada cadangan memasukkan wakil dari Sabah dan Sarawak selain keanggotaan menteri dalam MKN, Shahidan berkata keanggotaan seseorang itu dipilih berdasarkan kepakaran dan bukannya semangat kenegerian.
"Keanggotaan dipilih di kalangan mereka yang bersesuaian dengan 'subject matter'. Keanggotaan terlalu ramai adalah kurang sesuai dengan fungsi utama majlis (MKN) yang berkisar kepada keselamatan dan rahsia negara.
"Tetapi majlis akan tubuhkan sesuatu jawatankuasa khas dan memerlukan ahli jawatankuasa (AJK) dan di sini mana-mana pihak termasuk menteri akan dipanggil jika ada keperluan demi kelancaran majlis," jelas Shahidan.
Dalam pada itu, apabila memperjelaskan tentang keperluan RUU itu sedangkan wujudnya undang-undang sedia ada seperti Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (SOSMA) 2012 dan Akta Pencegahan Keganasan (POTA) 2015, Shahidan berkata tujuan kedua-duanya adalah berbeza sama sekali dari segi fungsi dan tujuannya.
"Tujuan SOSMA adalah berkait mengenai prosedur dan siasatan berkaitan kesalahan keselamatan manakala POTA adalah untuk mencegah perlakuan pengganas yang beroperasi dari luar negara," jelasnya.
Beliau menjelaskan bahawa RUU itu lebih menjurus kepada peruntukan bagi pertubuhan Majlis Keselamatan Negara, pengisytiharan kawasan keselamatan dan pemberian kuasa khas kepada pasukan keselamatan.
"Oleh itu, apabila dibangkitkan bahawa RUU MKN adalah serupa seperti SOSMA dan POTA, ia memang tidak benar dan tidak berasas sama sekali," katanya.
Rang undang-undang itu sebelum ini diluluskan di Dewan Negara pada 3 Dis lalu selepas berdepan laluan getir daripada anggota Parlimen pembangkang yang mendesak supaya ia ditarik atau ditangguhkan.
Related Pots
Sejak mula beroperasi pada tahun 2008 ,Pelabuhan Laut Dalam LKIM Tanjung Manis telah menghadapi masalah pendaratan Ikan yang tidak menggalakkan menurut YB Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Anak Numpang.
Kejadian sebegitu berlaku kerana disyaki banyak vessel tidak mendarat tangkapan di pelabuhan tersebut.
Bagi menangani masalah tersebut ,Jabatan Perikanan Laut Sarawak Dan lembaga Kemajuan Ikan Malaysia telah mengambil beberapa langkah untuk meningkatkan pendaratan Ikan di Pelabuhan Tanjung Manis.
Antara langkah yang mula memberi kesan ialah dengan memperketatkan syarat lesen dimana pemegang dikehendaki mendarat Ikan mengikut kuota bulanan yang ditetapkan Oleh JPLS.
Pembaharuan lesen akan bergantung kepada pencapaian kuota.Sistem ini berjaya mengurangkan bilangan lesen yang tidak aktif .Keberkesanan sistem ini akan menjadi ketara dalam tahun 2016 khususnya dari segi kuantiti pendaratan Ikan.
Related Pots
Kuching: Usaha mencari dan menyelamat kehilangan seorang Jururawat Nurul Wazieyana,23 tahun berasal dari Tangkak Johor masuk hari ke 4.Kejadian berlaku pada petang hari sabtu lalu di Pasir Pandak.
Setakat petang tadi mangsa belum dijumpai,menurut penyelamat mereka sudah menjumpa baju,tudung dan seluar jauh dari tempat kejadian.Petang tadi Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari,Menteri Perumahan dan Pelancongan Sarawak sempat melawat ke tempat kejadian.
Di samping itu,beliau juga sempat berjumpa dengan bapa dan adik mangsa.Beliau berharap agar pihak berkuasa membuat papan tanda untuk pengetahuan pengunjung supaya mereka tahu tempat tersebut adalah bahaya dari segi arus deras dan buaya.
Usaha dan mencari berhenti kerana hujan lebat dan angin kencang dan akan di teruskan mencari sehingga ditemui.Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Pengarah Penerangan Negeri Sarawak , Abang Sardon bin Abang Haji Hassim.
Related Pots
Mengenai status projek Perumahan Nelayan Kpg. Semop ,kerja -kerja Infrastruktur untuk Blok A yang terdiri daripada 37 lot rumah telah siap sepenuhnya pada Jun 2015.
Infrastruktur untuk Blok B,C Dan D pula yang terdiri daripada 263 lot rumah dijangka siap sepenuhnya pada Bulan September 2016.Pembinaan rumah ditapak tersebut akan dilaksanakan pada tahun depan setelah menerima peruntukan tambahan daripada Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani untuk projek ini.
Related Pots
Adenan berani, ikhlas jaga kepentingan rakyat Sarawak
Kerajaan pimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem menjanjikan kesungguhan, keprihatinan dan keberanian bersuara demi kepentingan semua rakyat di negeri ini.
Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) Sarawak Abdullah Saidol berkata ia berbeza dengan janji melampau diluahkan parti pembangkang seperti DAP, PKR dan PAS.
Beliau berkata Adenan juga begitu lantang memperjuangkan hak negeri dalam berbagai aspek pengurusan negeri sama ada dari segi pentadbiran dan peruntukan daripada kerajaan Persekutuan.
Read more: http://www.theborneopost.com/2015/12/13/adenan-berani-ikhlas-jaga-kepentingan-rakyat-sarawak/
Related Pots
Oleh:Buserra sran
Sepihak warga telah cuba membangkitkan isu yg tidak sepatutnya dgn menimbulkan provokasi terhadap kerajaan Sarawak yg dikatakan telah membuat kenyataan bahawa agama Islam sebagai agama rasmi di negeri ini. Isu sensitif ini sengaja diungkit dan dimanipulasikan untuk mengelirukan rakyat sebenarnya, untuk menggugat perpaduan dan keharmonian yg sedia ada di Sarawak selama ini cuma untuk meraih populariti politik!
Rasanya tidak timbul isu agama Islam nak dijadikan sebagai agama rasmi di Sarawak sebab Tok Nan telah membuktikan keprihatinan dan tanggungjawab beliau dalam usaha beliau menjaga kepentingan semua bangsa dan agama di negeri ini.
Sikap toleransi KM dan seluruh rakyat negeri ini tidak sama sekali memungkinkan perkara atau isu ini berlaku malahan rakyat tidak pernah melihatpun apa-apa kes di Sarawak di mana kebebasan beragama dijadikan isu, disekat atau diambil tindakan.Sepatutnya isu bahaya yg boleh menimbulkan huluhala ini tidak diputar-belitkan untuk menimbulkan perpecahan pada perpaduan dan kesatuan rakyat.
Disebaliknya ianya harus dirujuk untuk penjelasan dan perbincangan kepada kerajaan negeri dan Tok Nan dgn cara yg baik penuh hemah dan etika murni. Dengan cara ini segala persepsi dan prasangka jahat akan dapat dihindari daripada memusnahkan kesejahteraan dan keamanan yg dikongsikan selama ini. Untuk rekod tidak ada sama sekali bukti wujudnya sekatan beragama di negeri Sarawak! Rakyat bebas beragama!
Related Pots
Mantap lah YB saidol ni, sayang betul bukan YB daerah saya meradong. Yb meradong yang cuma pandai kritik tentang isu pan Borneo, isu balak, isu rasuah , isu yang tak berkaitan dengan pembangunan untuk kepentingan masyarakat meradong. Seperti mana yang saya tinjau, ybx2 lain yang memanfaatkan 15 minute untuk berbahas dengan begitu bijaksana demi kepentingan kawasan masing-masing dari segi pembangunan,infrastruktur, sosial ekonomi, kebajikan , telekomunikasi dan lain-lain dengan begitu mantap sekali. Rakyat menberikan mandat dan kepercayaan kepada peminpin untuk menperjuangkan nasib rakyat meradong bagi menyuarakan keperluan , kesusahan rakyat Serta cara mengatasi dengan lebih effektif dan bukannya menyuarakan sesuatu yang tidak memanfaatkan masyarakat daerah ini. 15 minute itu sangat singkat , sepatutnya tidak menpertikaikan isu yang diluar tepi kain kawasan sendiri dan isu yang tak bekaitan sedangkan kawasan sendiri begitu mundur dan jauh ketinggalan jika dibandingkan daerah lain yang setaraf dengan daerah Ini 2 penggal yang lalu. Meradong melahirkan insan yang berkaliber dan berhijrah ke tempat lain disebabkan ketiadaan pembangunan yang boleh menjana ekonomi di kawasan ini.
Related Pots
Ringkasan ucapan Perbahasan Bajet 2016 YB IR Aidel Bin Lariwoo (N.20 -Sadong Jaya)
Saya ingin menyentuh mengenai Felcra Bhd.Objektif utama penubuhan FELCRA adalah untuk mengurangkan masalah kemiskinan serta jurang pendapatan antara Masyarakat desa Dan Bandar.Dalam konteks ini,Felcra berperanan untuk mewujudkan skim Pembangunan tanah -tanah pertanian di Kawasan luar Bandar ,memberi latihan Dan kemahiran kepada Masyarakat desa serta memperkenalkan sistem pemberian saham kepada golongan ini yang mana pada kadarnya bergantung kepada keluasan tanah-tanah yang dimiliki Oleh peserta.
Namun seperti indah khabar dari rupa.Banyak keluhan bahkan bukti daripada peserta -peserta Felcra dari kawasan berkenaan dengan bayaran dividen Dan bonus yang terlalu rendah dan tidak berpadanan dengan keluasan tanah yang mereka miliki.Malah ada yang mendakwa Pembangunan kadang yang sudah matang yang berusia sekitar 7 hingga 8 tahun hanya dibayar dividen Dan bonus beberapa ratus ringgit sahaja Oleh FELCRA.
inin jelas tidak munasabah Dan tidak masuk akal sama sekali.Keadaan ini jelas menjejaskan matlamat Kerajaan untuk membantu membangunkan Ekonomi penduduk luar Bandar.Felcra telah gagal untuk mencapai matlamat Dan Objektif yang telah ditetapkan walaupun Hampir 5 dekad penubuhan FELCRA.
YB IR.Aidel mengusulkan agar Kerajaan Negeri mengambil pendekatan yang drastik seperti menyebabkan kembali ladang-ladang /kebun -kebun sawit kepada peserta untuk diusahakan sendiri agar mereka akan Dapat pulangan terus daripada hasil ladang tersebut .Jika tidak keterlaluan jika saya Dapat mencadangkan disini agar operasi FELCRA diambil alih Oleh agensi -agensi Kerajaan negeri.
Related Pots
Pilihan Raya Negeri (PRN) dijangakan pada bulan April atau Mei tahun depan menurut Ketua Menteri Adenan Satem.
Bercakap pada majlis berjumpa dengan semua setiausaha politik di pejabat beliau dua hari lepas beliau menegaskan kepada 30 orang setiausaha politik beliau supaya siap sedia meneruskan tugas dan tanggungjawab dengan baik menjelang PRN tidak lama lagi.
Disamping itu KM juga berkata bahawa dalam masa terdekat akan bertemu dengan pemimpin-pemimpin dari parti SUPP dan UPP serta SPDP dan TERAS untuk menjadi perantara dalam usaha menyelesaikan isu dan masalah yg timbul dalam parti-parti tersebut.
Related Pots
DUN Sarawak semalam meluluskan Usul agar Kerajaan Negeri Sarawak diberi kuasa penuh untuk mengambil segala langkah Dan tindakan melindungi hak Dan kepentingan Sarawak dengan mendesak Kerajaan Pusat melaksanakan selebihnya Perjanjian Malaysia 1963.
Usul itu dibentangkan Oleh Menteri Kemajuan Tanah Tan Sri Datuk Amar James Masing.
Ketika membaca artikel VII Perjanjian Malaysia 1963 memberi jaminan bahawa hak-hak Kerajaan Negeri akan dilindungi menerusi semua pemgesyoran dalam Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan untuk menambahkan baik Dan melindungi kepentingan istimewa Negeri Dan Rakyat Sarawak.
Dengan kelulusan Usul itu memberi mandat kepada Ketua Menteri Sarawak menyemak Semula undang-undang Persekutuan termasuk meminda atau memansuhkan undang-undang yang menjelaskan hak-hak Sarawak terhadap sumber Aslinya.Antara undang-undang yang terlibat ialah Akta Pelantar Benua 1966,Akta Laut Wilayah 2012 Dan Akta Petroleum 1966.
Related Pots
Komen:
Semua usul yg di bangkit oleh pembangkang sebenarnya adalah perkara2 yg diperjuangkan serta seringkali disuara oleh Adenan sejak mengambilalih menjadi Ketua Menteri.
Chong mengatakan bahawa DAP yg mula bercakap ttg Autonomi melalui Deklarasi DAP di Bintulu pada 2014 tapi jika diteliti dgn betul2 ucapan2 ADUN2 BN terutama skali dlm setiap perdebatan dlm Persidangan sejak 2011, ramai telah menyuarakan secara langsung atau tidak ttg ketidakpuasan perkara2 spt kurangnya peruntukan dr Persekutuan, projek Federal yg tidak memuaskan serta isu birokrasi yg melibatkan agensi2 persekutuan yg mungkin melengahkan aktiviti2 pembgnan di negeri Swk.
KM Adenan telah mengambil initiatif proaktif dan berani dgn mengstrukturkan secara teratur perundingan semua perkara ttg Autonomi Kuasa dan Pentadbiran dgn pihak Persekutuan dgn terbentuk berbagai Jkuasa utk melihat semua aspek kepentingan Negeri Swk
Saya yakin sebarang usaha dr Pembangkang dlm perkara yg sama tidak akan dilayani malah mungkin mencacatkan usaha kita utk mendpt perhatian yg lebih dr Kerajaan Persekutuan.
Pembangkang yg sering bersikap confrontasi dan hostility tidak akan membawa sebarang hasil yg menafaatkan kpd kita di Swk.
KM Adenan lantang bersuara ttg kekurangan kita serta mahu yg lebih dr persekutuan. Rakyat Swk harus melihat kejujuran serta keiklasan KM Adenan.
Sebab itu lebih dr 70% Belanjawan Negeri yg di usul beliau adalah kearah pembgnan di mana sebahagian besar dimanfaatkan kearah pembgnan luar bandar.
Pembangkang dlm usul mereka begitu ketara ingin menumpang populariti KM Adenan.
Related Pots
Larangan Nurul Izzah tidak masuk ke Sarawak dibuat atas pertimbangan sikap tidak patriot Dan tidak sensitinya,baru-baru ini.
Ketua Setiausaha Politik Kepada YAB Ketua Menteri Sarawak berjaya Nurul perlu lebih tahu sikapnya telah melukakan penduduk Negeri ini Dan Sabah.
"seorang Pegawai Polis daripada Sarawak antara yang terbunuh semasa pencerobohan kumpulan bersenjata Filipina ke atas Kampung Tanduo,Lahad Datu pada 2013.
Abdullah menambah tindakan menyekat itu bukan penyalahgunaan kuasa Oleh Kerajaan Negeri kerana is memiliki hak untuk memlihara keharmonian Dan perpaduan Masyarakat Negeri ini.