'/>

Bila ada pihak cuba menangguk di air keruh kerana gurauan #CMAdenan

“TERIMA Kasih. Semua pelusuk Sarawak tok udahnya pergi. Tang ya nya sik sik nemu jako iban aja. Jako laut nemu ya ja. Jaku orang putih nemu ya. Jaku Iban enda nemu. Aku nasihat, mun nak cari bini baru, ngiga orang Iban. Ya guro kitak ajak.” – Datuk Adenan-

Itu merupakan sebahagian transkrip ucapan Datuk Patinggi Adenan Satem ketika berucap sewaktu perasmian program MINDA di Tebingan Kuching tempohari. Dan ianya turut dihadiri oleh PM Malaysia dan di dalam ucapan inilah Datuk Adenan seperti kebiasaannya sering menyelitkan lawak jenaka bagi memeriahkan suasana. 

Namun adalah agak menghairan apabila ada sahaja yang cuba menangguk di air keruh kerana gurauan ini pula menjadi satu isu yang serius.  Pihak parti politik pembangkang melalui laman-laman sosial mereka menjadikan gurauan ini sebagai tajuk utama dengan sengaja memutarkan kenyataan bahawa ianya merendah-rendahkan kaum Iban. Sentimen ini dimainkan bagi membangkit perasaan “benci” kepada Ketua Menteri Sarawak sehingga dituduh “racist”.

Sungguh menghairankan orang yang dikatakan rasis dan merendah-rendahkan kaum Iban inilah yang berjaya menjadikan TIADA BANGSA LAIN-LAIN ditulis di dalam borang persekutuan sebaliknya diklasifikasikan sebagai Kaum Dayak.  Bukan itu sahaja, beliaulah juga terus memperjuangkan agar toleransi agama terus dipertahankan ketika penggunaan kalimah “Allah” menjadi isu besar di Semenanjung Malaysia tetapi tidak di Sarawak. 

Dikala seorang anak Iban dikenali juga  “The Flying Dayaks” di dalam kesulitan, beliaulah juga yang pertama di barisan hadapan sedangkan pemimpin bumiputera yang lain masih lagi lena dilamun mimpi yang indah.  Jika hendak ditulis memang banyak sumbangan Datuk Patinggi Adenan untuk kaum Iban tetapi cukuplah seadanya disini.

Jadi haruskah gurauan atau jenaka ini yang sudah tentunya hanya satu usikan antara seorang sahabat kepada sahabat yang lain diambil sebegitu serius sehingga ada NGO seperti PEDAS yang bertindak menuntut Datuk Adenan untuk memohon maaf? -RP-

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY