'/>

Penjelasan Penghapusan Cukai tanah di Negeri Sarawak

Berkuatkuasa hari ini di negeri Sarawak (15 Mac 2016) cukai tanah untuk tanah kegunaan kediaman (tidak kira berapa besar saiznya) dan tanah untuk kegunaan pertanian (terhad kepada keluasan tanah tidak melebihi 100 ekar) dimansuhkan, termasuklah sebarang tunggakan cukai tanah yang ada.

Walau bagaimanapun penghapusan cukai tanah itu hanya melibatkan tanah untuk kegunaan kediaman dan tanah untuk pertanian sahaja. Manakala tanah untuk kegunaan komersil, industri, perhotelan, ladang pertanian skala besar, pejabat & lain-lain yang bukan dalam kegunaan kediaman/pertanian, cukai tanahnya masih kekal.

Walaupun kerajaan melupuskan cukai tanah, ansuran premium yang dikenakan, bagi tanah yang baru diberimilik, ansuran premium tersebut masih kekal.

Sarawak adalah negeri pertama di Malaysia yang melaksanakan pemansuhan cukai tanah.

Dalam pada masa yang sama, Sarawak juga negeri pertama yang mengeluarkan hak milikan tanah dibawah Seksyen 18 Kanun Tanah Sarawak, tanpa tempoh (inperpetuity) yang tidak mengenakan cukai tanah.
Sumber:FB Land & Survey Sarawak

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY