'/>

Mangsa lemas Sungai Kemena dijumpai.

BINTULU: Mayat mangsa lemas di Kampung Seberang Pandan (Sebauh) sejak tiga hari lalu, Ujuh Anyik, 85, dijumpai kira-kira tujuh kilometer dari jeti mangsa dilaporkan jatuh, jam 9 pagi semalam.
Menurut maklumat jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dengan bantuan pihak berwajib serta penduduk kampung bertungkus-lumus menjalankan usaha pencarian sejak Selasa lalu.

“Pihak SAR menjumpai mayat mangsa terapung di kawasan tepi Sungai Kemena dalam keadaan tertelungkup pagi ini (semalam) dan dengan segera mengangkat mayat mangsa ke bot penyelamat sebelum dibawa ke jeti berdekatan,” katanya.
Menurutnya, belum dapat dipastikan punca sebenar yang menyebabkan mangsa terjatuh dan hanya diketahui setelah urusan bedah siasat dijalankan.
Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Unit Forensik Hospital Bintulu bagi urusan bedah siasat.

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY