'/>

200 kayu balak dirampas di Sarikei oleh PPM Wilayah 5

200 kayu balak dirampas di Sarikei oleh PPM Wilayah 5

Sebanyak 200 batang kayu balak pelbagai jenis dan saiz berjaya dirampas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5 menerusi Op Pensura di kawasan Kem Sungai Pakan, Sarikei berjaya dirampas  pagi semalam.

Bertindak atas maklumat awam, PPM Sarikei telah menjalankan pemerikaaan ke atas kawasan berkenaan.

Komander PPM Wilayah 5, ACP Salehuddin Mat Zaman berkata, hasil pemeriksaan anggotanya mendapati kesemua longgokan kayu balak yang dijumpai tersebut tidak mempunyai cop 'Log Product Index' (LPI) dan tidak dibayar royalti kepada Jabatan Perhutanan Sarawak.

"Semua kayu balak yang dianggarkan bernilai RM25,000 itu telah diserahkan kepada Jabatan Perhutanan Sarawak untuk tindakan lanjut di bawah Ordinan Perhutanan Sarawak 2015.

"Rampasan ini erupakan yang keempat berjaya dibuat oleh PPM Sarikei dan yang ke 22 oleh PPM Wilayah 5 sepanjang tahun ini," jelasnya.

Beliau memberitahu lagi, pihak polis sentiasa komited dalam membanteras aktiviti pembalakan haram di negeri Sarawak dan operasi yang berterusan dari masa ke masa adalah menjadi fokus utama mereka.
Sumber:sarawakupdate

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY