'/>

Aksi pedofil memburu mangsa di sekolah rendah dirakam.

SIBU: Polis Sibu menahan seorang lelaki berusia 28 tahun petang semalam kerana disyaki terlibat dalam dua kes mencabul kanak-kanak.
foto by sarawakvoice
Lelaki terbabit dicekup oleh sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah IPD Sibu, selepas gerakan mengesan dan memburunya dilaksanakan Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisoner Saiful Bahri Abdullah memberitahu, dalam kes pertama, pedofil itu telah melakukan pencabulan dengan menyentuh bahagian sulit murid perempuan sebuah sekolah di Jalan Bukit Assek dekat sini.
“Sebelum ini, kita juga menerima laporan bahawa lelaki yang sama telah meramas dada seorang lagi murid perempuan,” katanya.
Saiful berkata, pihaknya memandang serius kes seumpama ini, apatah lagi dengan aksi pedofil ini yang memburu mangsa di sekolah-sekolah rendah.
“Kita berjaya mengenal pasti suspek setelah mangsa melakukan pengecaman melalui sistem kamera litar tertutup (cctv) yang dipasang di sebuah sekolah lain yang terletak berhampiran.
“Suspek kini dikenakan perintah tahanan reman empat hari bagi membolehkan pihak polis mengadakan pemeriksaan lànjut.
“Siasatan diklasifikasikan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan, atas kesalahan melakukan cabul,” lanjutnya.
Kata Saiful lagi, pemeriksaan awal mendapati suspek pedofil ini terlalu obses dengan bentuk badan wanita lalu bertindak melakukan perbuatan terkutuk itu, walaupun mangsa adalah kanak-kanak sekolah rendah.
Rakaman imej suspek kini menjadi viral di media sosial di negeri ini.

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY