'/>

Nenek dipenggal cucu..

Kota Tinggi :Nenek dipenggal cucu.
Seorang nenek ditemui maut dengan kepalanya dipenggal dan digantung di hadapan pintu masuk rumahnya di Felda Penggeli Timur, Kota Tinggi, Johor, kira-kira pukul 6.30 petang tadi.

Ketua Polis daerah Kota Tinggi, Supritenden Rahmat Othman berkata, mangsa, Maimon Abdul Samad,76, dibunuh cucunya sendiri yang berusia 19 tahun, dipercayai kerana gangguan mental.

Mangsa turut dikerat kedua-dua belah kaki di bahagian paha, bagaimanapun tidak putus dan badan mayat disembunyikan di bawah sinki dapur.

Manakala kedua-dua tangan dipotong dan hanya tangan kiri tidak putus.

Polis menemui sebilah pisau sepanjang empat hingga tujuh inci di dalam pasu bunga di luar rumah dipercayai senjata diguna suspek untuk membunuh.

Suspek cuba melarikan diri ke kawasan ladang kelapa sawit, bagaimanapun berjaya ditahan polis dengan bantuan penduduk kampung pada pukul 8.30 malam tadi.

Mayat mangsa ditemui bapa suspek yang baru pulang dari kerja dan suspek dipercayai tidak mengambil ubat, menyebabkan penyakit mentalnya menyerang.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Sumber:1News

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY