'/>

Isu RUU355 perlu dibincangkan secara objektif dan rasional-Dato' Seri Tiong King Sing

BINTULU: Mempunyai pandangan berbeza berbanding parti komponen BN lain berkaitan isu Rang Undang-Undang 355 (RUU355), Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP), Dato’ Seri Tiong King Sing.   menyedari beliau tidak popular dan dikecam banyak pihak.

Ekoran pendirian beliau yang tidak mengutuk RUU355 yang dibentang oleh Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang, sebaliknya berpendirian mahu meneliti sebaik mungkin objektif dan matlamat RUU3565 tersebut, beliau dikritik hebat di media sosial.

Tiong mempertahankan pendiriannya, “bahawa Hadi hanya menyatakan hasrat untuk meminda kuasa Mahkamah Syariah dan oleh itu kita tidak seharusnya mencela cadangan awal itu.”

Bagi beliau isu RUU355 perlu dibincangkan secara objektif dan rasional serta tidak perlu  digunakan sebagai platform untuk meraih agenda politik.

Tiong memahami bahawa RUU3565 bukan satu pelaksanaan ke arah undang-undang Hudud.

Beliau menegaskan lagi, “semua pihak perlu berhati-hati dan rasional melihat RUU persendirian itu yang bertujuan untuk meningkatkan hukuman yang dikenakan di Mahkamah Syariah.

“Ia tiada kaitan dengan pelaksanaan undang-undang hudud,” katanya.

Berucap pada Majlis Perasmian Penubuhan Cawangan PDP di Rumah Bana, Serakit Sebauh, Tiong berkata ramai menyalah tafsir pendiriannya itu.

Terdapat juga pihak menuduh PDP mengkhianati kepentingan dan hak orang bukan Islam di Sarawak.

Tiong berkata, beliau secara rasional melihat RUU355 yang dicadangkan itu sebagai usaha mengukuhkan disiplin umat Islam dalam mematuhi ajaran Islam.

Bagi beliau, RUU355 bukan ke arah pelaksanakan undang-undang hudud ke atas orang bukan Islam.

Bagi Tiong dengan menggunakan minda terbuka, pindaan RUU355 tidak memberi kesan kepada perlembagaan dan rakyat bukan Islam.

Tiong berkata, penting untuk bersikap saling menghormati dan bertoleransi untuk memastikan keharmonian di negara terjamin.

Tiong berpendapat dasar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sederhana dan ia perlu disokong demi keamanan.

Isu RUU355 merupakan cadangan bagi meminda Akta 1965 Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) bertujuan meningkatkan kuasa Mahkamah Syariah yang mengenakan hukuman terhadap pesalah sehingga 30 tahun penjara dan menaikkan denda sehingga RM100,000 serta 100 sebatan rotan.

Akta yang juga dikenali sebagai Akta 355 sekarang ini hanya mengenakan hukuman terhadap pesalah maksimum tiga tahun penjara, denda sehingga RM5,000 dan enam sebatan rotan. – Sarawakvoice

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY