'/>

Sarawak Sedia menghadapi musim banjir Tahun ini -Douglas Uggah Embas #DUNSarawak 2016

Sarawak bersedia menghadapi pelbagai bencana setiap tahun.Bagi  musim banjir 2015/2016 Jabatan Kebajikan masyarakat telah membayar wang ehsan sebanyak RM2.8 Juta  kepada 62,514 orang mangsa banjir,ribut,tanah runtuh ,kemarau dan kebakaran dari 1Januari hingga 30 Jun 2016.Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah membayar wang ehsan sebanyak RM4.32 Juta kepada 10,634 Ketua Isi Rumah banjir sehingga 31 Oktober 2016.

Untuk tahun 2016/2017 ,Jawatan Kuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak telah bermesyuarat 2 kali untuk menghadapi kemungkinan banjir musim ini ,menurut Timbalan Ketua Menteri Sarawak,YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang juga merangkap Menteri Permodenan Pertanian Dan Ekonomi Luar Bandar.

Sebanyak 17,097 orang yang terdiri daripada APM ,ATM,PDRM,Bomba,Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Rela telah bersedia untuk menghadapi musim banjir.Untuk itu sebanyak 5 buah helikopter ,154 buah lori ,358 buah kenderaan pacuan 4 roda,226 buah bot dan 50 buah ambulans dari pelbagai jabatan dan agensi juga disediakan.

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY