'/>

Kerajaan BN Sarawak Memandang Serius Masalah Judi Siber

Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Sarawak mempunyai unit Khas untuk menangani jenayah judi siber.Menurut Menteri Muda Kerajaan Tempatan Sarawak YB Datu Dr. Penguang Manggil ,KPN telah melancarkan Ops Dadu besar-besaran terhadap jenayah judi termasuk judi siber .
Menurut statistik PDRM sejumlah  4349 serbuan telah dibuat dalam tempoh 1 November 2015 hingga 31 oktober 2016.

Dalam tempoh tersebut wang sebanyak RM 88 ribu dan 826 mesin judi dirampas serta seramai 496 orang ditangkap atas kesalahan -kesalahan perjudian.

YB Datu turut menambah pengeluran lesen kafe siber telah dibekukan semenjak tahun 2004.Malah pihak berkuasa tempatan telah diarahkan memantau dan mengambil tindakan sewajarnya dan jika didapati ada pengusaha-pengusaha menyalahgunakan lesen pengusaha premis,maka lesen mereka dibatalkan.

Operasi bersepadu dan serbuan keatas premis - premis judi akan berterusan oleh PDRM.

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY