'/>

Kerajaan Pusat hormati keputusan Kerajaan Sarawak berhubung RUU355

Kerajaan pusat menghormati keputusan kerajaan negeri Sarawaki untuk tidak menyokong Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355 yang akan dibentangkan di Parlimen.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Rang Undang-undang persendirian yang dibawa oleh Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Hadi Awang bukanlah bacaan kali kedua tetapi ianya adalah satu pembentangan untuk memboleh RUU persendirian tersebut dipinda kerana sifatnya terbuka.

Menurutnya, rang undang-undang tersebut telah lama wujud, dan pernah dipinda pada tahun 1984 dan ianya tidak dibentang oleh kerajaan pada sesi sidang Parlimen kali ini.

"Pada hari ini beliau akan menyatakan bahawa beberapa klausa tertentu menjadi fokus kepada beberapa perkara.

"Saya tidak dapat jelaskan lagi pada waktu ini kerana ia akan dibincang dalam beberapa jam lagi," katanya kepada Media di Dewan Undangan Negeri Sarawak sebentar tadi.

Beliau turut menjelaskan bahawa sukacitanya dimaklumkan tidak ada usul dari pihak kerajaan supaya RUU persendirian ini tidak dibentangkan oleh Ahli Parlimen Marang dan speaker akan membenarkan berdasarkan peruntukan tertentu yang terdapat dalam peraturan persidangan Dewan Rakyat.

"Jika RUU persendirian ini di terima, ia tidak akan dibahaskan dan tidak pengundian yang akan dibuat pada hari ini.

"Oleh kerana sebarang pindaan perundangan adalah di dalam bidang kuasa kerajaan maka jika kerajaan berhajat untuk meminda sekalipun, ia tidak akan dibuat pada persidangan kali ini sebaliknya akan dibuat dalam persidangan akan datang," ujarnya.

Menurut Zahid, sebelum menjadi undang-undang yang dibentang kerajaan, beberapa langkah akan diambil pertamanya Perdana Menteri akan membuat perbincangan dengan semua pemimpin parti komponen Barisan Nasional.

"Langkah kedua dengan kelulusan Perdana menteri mewujudkan sebuah jawatankuasa pemilih oleh semua parti politik dan Ahli Parlimen Islam dan Bukan Islam.

"Dalam perkara ini tidak timbul bahawa pindaan ini akan dkemukakan oleh beberapa pihak melainkan pihak kerajaan sendiri," tambahnya.

Tambah beliau lagi bahawa undang-undang ini bukan hukum hudud serta bukan mempunyai undang-undang dualism iaitu Mahkamah Syariah dan Mahkamah Civil dan ianya tidak berkuatkuasa kepada orang bukan Islam. - Sarawakiana

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY