'/>

Menjawap kenyataan oleh YB Tan Sri Datuk Amar Dr James Masing berhubung Akta 355 

Menjawap kenyataan oleh YB Tan Sri Datuk Amar Dr James Masing 
http://www.theborneopost.com/2016/11/28/masing-act-355-amendment-violates-federal-constitution/

1. Apa keperluan dipinda AKTA 355?

Jawapan:

Cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) adalah untuk memperkasa Mahkamah Syariah yang ketika ini dibataskan kuasa hukuman kepada kadar maksimum penjara 3 tahun, denda RM5,000, 6 kali sebatan syar’ie. Kali terakhir dipinda pada tahun 1984 peningkatan dari penjara 6 bulan dan denda RM1000. Justeru hukuman yang ada sudah lapuk dan tidak langsung menggerunkan pesalah. Apa yang dicadangkan hanyalah meningkatkan hukuman maksimum kepada apa hukuman yang selaras dengan hukum syarak selain hukuman mati. Jumlah hukuman denda, penjara dan sebatan bakal ditentukan oleh Dewan Undangan Negeri.

2. Sebatan 100 kali adalah agak melampau?

Jawapan:

Kaedah sebatan Syariah jauh berbeza dengan sebatan Sivil. Syarat sebatan Syariah tidak boleh mencederakan iaitu kaedah hayunan sebatan seolah-olah meletakkan buku di bawah ketiak yang tidak boleh jatuh tatkala menghayun. Justeru 100 kali sebatan Syariah tidak sama dengan 1 kali sebatan Sivil yang boleh mencederakan.

3. Akta 355 memberi kesan secara tidak langsung kepada orang Bukan Islam

Jawapan:

Orang Bukan Islam tidak mungkin boleh dibicarakan di bawah Mahkamah Syariah kerana Perlembagaan Persekutuan menetapkan bidang kuasa Mahkamah Syariah hanya untuk umat Islam dan Akta 355, Seksyen 2 juga menjelaskan hanya orang Islam yang boleh dibicarakan dan dihukum di Mahkamah Syariah.

Sumber :Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

(Hal Ehwal Agama)

Penerangan mengenai Mahkamah Syariah..
Mahkamah Syariah ialah institusi kehakiman yang membicarakan serta menjatuhkan hukuman ke atas orang Islam bagi kesalahan sivil dan jenayah agama mengikut bidang kuasa yang diperuntukkan untuknya.
Pada tahun 1948, ordinan Mahkamah Persekutuandan sistem kehakiman persekutuan memisahkan Mahkamah Syariah dari hierarki mahkamah. 
Perlembagaan Malaysia 1965.

Kuasa Mahkamah Syariah yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia 1965 adalah seperti berikut:

Boleh membicara dan menghukum dengan hukuman penjara atau denda ke atas orang Islam sahajaDenda tidak melebihi RM1000.00 sahaja atau6 bulan penjara atauGabungan kedua-duanya (denda dan penjara)

Perlembagaan Malaysia 1984

Kuasa Mahkamah Syariah yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia 1984 dengan pindaan adalah seperti berikut:

Boleh membicara dan menghukum dengan hukuman penjara atau denda ke atas orang Islam sahajaDenda tidak melebihi RM5000.00 sahaja atau3 tahun penjara atauHukuman rotan tidak melebihi daripada enam kali sebatan atauGabungan ketiga-tiganya (denda, penjara dan rotan)

Rujukan

1. Peguam Syarie Menulis: Memartabatkan imej Mahkamah Syariah Berita Harian. 19 Mei 2010
2.Malaysian Bar - Mahkamah Syariah setaraf Mahkamah Sivil
3.90 peratus kes Mahkamah Syariah selesai Utusan Malaysia. 8 April 2008

Persoalan sekarang????

Sekarang ini macam kita sendiri yang tidak faham dan jahil tentang RUU 355, sebab tidak banyak ummah yang keluar berhujah lebih-lebih lagi membuat kenyataan tentang apa sebenarnya Pindaan Mahkamah Syariah, dan tentang hudud yang hangat dibincangkan oleh rakyat akhir-akhir ini.
   Seolah-olah agensi kerajaan dalam negeri ini dan badan Islam dalam negeri ketandusan para ulama dan tiada pemimpin cerdik pandai dalam hukum hakam Islam yang mampu memberikan penerangan dan fakta tentang isu penting berbangkit. Kemana menghilangnya suara-suara pemimpin cerdik dan lebih arif tentang Islam? Kita merasa tercabar maruah bila ada orang luar cuba mengajar, sedangkan dia yang sepatutnya mendapat fakta tentang isu.

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY