'/>

KP SPRM mengucapkan Tahniah terhadap Kerajaan Negeri Sarawak

Tahniah dan syabas kepada YAB. Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg serta barisan Menteri dan Menteri Muda Sarawak yang baru dilantik kerana telah melakar sejarah pada hari ini dengan menjadi kerajaan negeri pertama yang menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) atau Corruption Free Pledge yang diperkenalkan oleh SPRM.

Inisiatif ini sekaligus memperlihatkan kesungguhan Kerajaan Negeri Sarawak dalam memastikan pentadbiran dilaksanakan dengan lebih telus serta bebas daripada sebarang gejala rasuah dan salah guna kuasa.

IBR merupakan satu lagi usaha baru yang diperkenalkan oleh SPRM yang mana menekankan kepada ikrar serta janji dalam kapasiti sebagai individu oleh mereka yang terlibat bagi menjunjung tanggungjawab untuk menghindari diri daripada terlibat dengan sebarang gejala rasuah dan salah guna kuasa sepanjang melaksanakan tugas.  

Inisiatif ini dapat memelihara dan meningkatkan keyakinan rakyat terhadap SPRM dan Kerajaan Negeri Sarawak dalam usaha berterusan untuk memerangi jenayah rasuah dan salah guna kuasa.

*cp FB KP SPRM


No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY