'/>

Langkah Berani serta ikhlas CM Abg Jo tandatangani Ikrar Bebas Rasuah(CFP)-Abdullah Saidol

Tahniah dan Syabas kpd semua Ahli Kabinet Negeri Sarawak yang di ketuai oleh YAB KM kerana telah melakar sejarah sebagai negeri Pertama di negara ini bersatuju tanpa syarat untuk Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (CFP) mengikut format dan piawaian SPRM.

Kita harus merasa bangga dgn langkah pertama yang  berani serta ikhlas dari YAB KM baru ini.

Allahyarham Tok Nan memulakan langkah pertama dulu dgn membawa kesemua Ahli Kabinet untuk  Menandatangani Ikrar Integrity yg seterusnya di sokong oleh kesemua Wakil Rakyat BNBBC Sarawak termasuk semua Setiausaha Politik yg secara sukarela Menandatangani Ikrar Integrity 2 tahun yg lepas.

Kesanggupan serta tindakan segera YAB CM baru utk mengarah kesemua Ahli Kabinet beliau untuk Menandatangani Ikrar yg dianggap significant ini membuktikan Kesungguhan beliau untuk  mempastikan beliau mengetuai satu pasukan Kabinet yg berintergriti serta bersih dari unsur-unsur  yg boleh mengugat kepercayaan rakyat dlm usaha kerajaan untuk  mentadbir negeri ini secara effisen dan membawa pembangunan yang  sepatutnya.

Saya mewakili kesemua 48 Wakil Rakyat BNBBC serta kesemua 28 Setiausaha Politik akan menyahut serta menyokong initiatif ini dengan mencadang kpd YAB KM secara sukarela untuk turut Menandatangani Ikrar ini. Masa dan tarikh akan di tetapkan kemudian.

Abdullah Hj.Saidol
Chairman, BNBBC SWK

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY