'/>

Lawatan Kerja ADUN N42 Semop dikawasan Mupong

YB Abdullah Haji Saidol Wakil Rakyat DUN N42 Semop yang juga Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri bersama rombongan hari ini  Rabu 4 Januari 2017 telah membuat lawatan kerja ke beberapa rumah panjang dan sekolah di kawasan luar bandar dalam kawasan. 

YB melihat sendiri projek baikpulih jalan, pembinaan dewan baharu dan jalan simen Rh Ben dan Rh Isa di Telok Gelam. YB Abdullah Haji Saidol amat mengambil berat masalah tangki tadahan air hujan di Rh Bap ak Entingal di Mupong Ulin yg memerlukan tindakan segera sebab penduduk rumah panjang ini hanya bergantung pada air hujan untuk kegunaan harian mereka. 


Keadaan jeti yg usang di Rh Indit ak Ugak, Mupong Tengah juga turut mendapat perhatian untuk perlaksanaan daripada wakil rakyat. YB juga berkesempatan mengunjungi dan bertemu dgn TR Gawai ak Unsa di Mupong Muara .

#demiwarga
#fotoPusatKhidmatN42

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY