'/>

Majlis Pelancaran Misi Bantuan RELA untuk mangsa banjir di KDN #Putrajaya

PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini melancarkan Misi Bantuan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) bagi membantu mangsa-mangsa banjir terutamanya di negeri-negeri Pantai Timur.

Konvoi kenderaan untuk misi berkenaan dilepaskan oleh Timbalan Perdana Menteri di Kementerian Dalam Negeri di sini.

Sumbangan-sumbangan yang bakal disalurkan termasuk pek-pek makanan keperluan asas termasuk beras, minyak masak, sardin dan susu selain sumbangan ubat-ubatan, tuala wanita, lampin dewasa dan kanak-kanak serta telekung dan kain pelekat.

Hadir sama dalam majlis tersebut adalah Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohammed; Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Alwi Ibrahim dan Ketua Pengarah Rela, Zulkifli Abidin.
Terdahulu, dalam majlis berasingan, Ahmad Zahid yang Menteri Dalam Negeri hadir bagi menerima Dokumen Perancangan Strategik Kementerian Dalam Negeri Tahun 2017 daripada Alwi.

Menurut Ahmad Zahid, kementeriannya akan memenuhi sebanyak 38 Petunjuk Prestasi Utama (KPI) pada tahun ini berbanding 22 KPI pada tahun lalu.
Katanya, dengan pencapaian 22 KPI oleh kementeriannya pada tahun lalu adalah sebanyak 123 peratus, beliau menyasarkan pencapaian 38 KPI pada tahun ini akan ditingkatkan kepada 138 peratus. - UTUSAN ONLINE

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY