'/>

PENAMATAN PENGANJURAN PERLUMBAAN GRAND PRIX F1 PETRONAS

PENAMATAN PENGANJURAN PERLUMBAAN GRAND PRIX F1 PETRONAS

1. Kabinet telah bersetuju menamatkan kontrak penganjuran perlumbaan F1 bermula tahun 2018 memandangkan pulangan menurun yang semakin ketara kepada negara berbanding dengan kos penganjuran kejohanan tersebut.

2. Pada peringkat awalnya penganjuran F1 ini dapat mempromosikan negara sebagai destinasi bagi acara sukan bertaraf dunia.

3. Namun sudah sampai masanya Kerajaan menilai penganjuran kejohanan F1 ini dengan mengambil kira perubahan yang berlaku sejak penganjuran perlumbaan ini pada tahun 1999.

4. Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira laporan dan pandangan daripada Sepang International Circuit (SIC) mengenai impak kewangan acara F1 ini kepada semua pihak-pihak berkepentingan.

5. Kerajaan terpaksa menanggung kos penganjuran yang sangat tinggi setiap tahun. Namun pulangan berkurangan dari segi penonton, pengunjung dan jumlah kedatangan pelancong asing semasa perlumbaan berlangsung sejak beberapa tahun yang lalu.

6. Pada tahun 1999 hanya 16 buah negara menjadi tuan rumah kepada perlumbaan berprestij ini termasuk  2 Negara Asia, tetapi kini telah meningkat kepada 21 buah negara dengan 6 Negara Asia.

7. Penamatan penganjuran ini akan membolehkan Kerajaan meningkatkan pembiayaan dalam sukan permotoran bagi pembangunan bakat, infrastruktur, pemindahan kemahiran dan pengetahuan.

8. Kerajaan akan menggunakan peruntukan yang ada bagi kegunaan perlumbaan lain seperti MotoGP dan Go-kart, membina litar perlumbaan khas di Sungai Petani, menaik taraf kemudahan di SIC di samping membantu pemandu profesional negara menjadi pemandu F1.

9. Litar Sepang akan terus menjadi tuan rumah kepada acara sukan permotoran utama seperti MotoGP dan banyak lagi perlumbaan bertaraf nasional, serantau dan antarabangsa yang akan terus menarik pengunjung ke Malaysia. 

10. Meskipun begitu, Petronas akan meneruskan penajaan ke atas Pasukan Mercedes AMG Petronas dalam perlumbaan F1 sebagai strategi pemasaran syarikat berkenaan.

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY