'/>

Pencerobohan Lahad Datu: 9 dihukum mati

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini, menjatuhkan hukuman mati ke atas sembilan warga Filipina yang terbabit dalam pencerobohan bersenjata di Lahad Datu 2013, kerana melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong. Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Hakim Datuk Mohd Zawawi Salleh membuat keputusan itu sebulat suara, selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan supaya hukuman lebih berat dijatuhkan terhadap semua responden. Mereka adalah Atik Hussin Abu Bakar, 46; Basad H Manuel, 42; Ismail Yasin, 77; Virgilio Nemar Patulada, 57; Salib Akhmad Emali, 64; Al Wazir Osman, 62; Tani Lahad Dahi, 64; Julham Rashid, 70, dan Datu Amirbahar Hushin Kiram, 54.

Semua responden sebelum ini dihukum penjara seumur hayat oleh Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada 25 Julai tahun lalu, selepas didapati bersalah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan. Mohd Zawawi dalam penghakimannya berkata, serangan musuh dari luar negara yang tidak pernah berlaku sebelum ini dirancang secara terperinci. Katanya, ia menyebabkan sembilan anggota pasukan keselamatan terkorban dan ramai yang lain tercedera manakala penduduk terpaksa meninggalkan rumah masing-masing.

"Ia (pencerobohan) ini kejam kerana membabitkan nyawa, harta benda dan kesan trauma yang dialami. Sehubungan itu, hanya hukuman mati yang wajar dikenakan ke atas semua responden," katanya. Semua responden diwakili peguam Datuk N Sivananthan manakala barisan pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Awang Armadajaya Awang Mahmud.

Sekadar hiasan

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY