'/>

Saya tidak takut hilang jawatan! — Abang Johari

KUCHING: “Saya tidak takut untuk hilang jawatan! Kalau nak replace… replacelah… saya tidak takut,” tegas Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hari ini berkait isu perjuangannya mengenai hak Sarawak Malaysia.

Tegasnya, perjuangannya jelas kerana Sarawak sebelum ini dalam Malaysia, hari ini dalam Malaysia dan esok selama-lamanya dalam Malaysia.

“Ada orang itu hendak bawa saya berdebat, tapi pakai apa hendak berdebat dengan dia. Macam budak-budak. Paloi!

“Sebaliknya kita (Sarawak) ada maruah dan cara untuk berunding dengan persekutuan Malaysia,” katanya dalam ucapan sempena merasmikan Mesyuarat Perwakilan PBB Zon 1 Kuching di sini, sebentar tadi.

Beliau mengulangi pendiriannya tiada keperluan untuk berdebat dengan Tan Sri Pandikar Amin Mulia, berhubung hak dan kedudukan Sarawak dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Hak kita dalam perlembagaan Malaysia,” jelasnya lagi. – Sarawakvoice

Oleh
Asmah Adenan
December 2,

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY