'/>

Zon 6 PBB ikrar sokong Presiden Parti

TANJUNG MANIS:  Enam Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dari Zon 6 berikrar memberi sokongan padu kepada pucuk pimpinan Ketua Menteri merangkap Presiden PBB Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Ikrar itu dilafazkan oleh lebih 1,500 ahli dan pemimpin PBB semasa Mesyuarat Perwakilan Cawangan Tri Tahunan Parti PBB Zon 6 di Dewan IKS di sini, hari ini.

Enam cawangan itu ialah N.41 Kuala Rajang, N.42 Semop, N.43 Daro, N.44 Jemoreng, N.45 Repok dan N.46 Meradong.

Yang turut hadir Ahli Parlimen P.207 Igan, Datuk Wahab Dolah merangkap Ketua Cawangan N.44 Jemoreng dan ketua cawangan masing-masing, Datu Len Talif Salleh (Kuala Rajang),Safiee Ahmad (Daro), Mathias (Repok) dan Datuk Hasmi Hasnan (Meradong) dan Suib Basnu yang mewakili Ketua Cawangan PBB N.42 Semop.

Sumber:Jiwa Bakti

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY