'/>

KUCHING: Tasik Biru assemblyman Datuk Peter Nansian yesterday refuted claims that the five elected representatives of Sarawak Progressive Development Party (SPDP) who had voiced out dissatisfaction over some decisions the party made was trying to topple the party leadership.
Nansian – one of the group dubbed the SPDP 5 – explained that their recent questioning of the president’s silence after April 16 state polls was made out of concern for the party.

“We just ask what they are doing,” he said when contacted yesterday.
Nansian, who is also SPDP senior vice president, was asked to respond to Chinese media reports which quoted SPDP treasurer-general Datuk Seri Tiong King Sing as saying that the SPDP 5 wanted to sabotage the party leadership.

Asked if he was surprised by Tiong’s outburst, Nansian refused to comment. “Just let them say what they want to say,” he said.

Tiong who is also Bintulu MP, at a press conference in Kuching last Sunday, had also said the SPDP 5 were out to create disharmony within the party.
This was in response to press reports on May 26 which among others stated the SPDP 5 as saying they were puzzled by the continued silence of their leader because all other parties including the opposition had commented on their respective performance and some even talk about their future plans.
The group met in Kuching a day earlier to review the performance of the party in the election and to share their postmortem findings, before coming out with a statement with strong words on the leadership.
“Almost six weeks have passed by since the April state election … The silence is deafening,” they had said in the statement.

SPDP lost two of its eight seats in the election. The biggest casualty was deputy president Datuk Peter Nyarok, who failed to defend Krian after losing to PKR newcomer Ali Biju by over 2,000 votes.
The other seat lost was Ba Kelalan after SPDP new face Willie Liau lost to PKR Sarawak chief Baru Bian.
Ironically, the four state assemblymen in the SPDP 5 including Nansian won by big margins. The others are Marudi assemblyman Sylvester Entrie Muran, Paulus Palu Ngumbang (Batu Danau) and Rosey Yunus (Bekenu), while the fifth member is Mas Gading MP Datuk Dr Tiki Lafe.

Meanwhile, SPDP president Dato Sri William Mawan was quoted in yesterday’s press reports as saying the party would conduct a thorough postmortem on its election performance after its supreme council meeting next month.

He had called for the cooperation of all party candidates who contested in the election to provide feedback and suggestions
sumber:borneopost
Baru-baru ini MT dapat tahu dari lawan sesawang internet mengatakan hasrat DAP untuk meletakkan calon Melayu dalam barisan pimpinan pemerintahan mereka kelak…penulis cuba terfikir…dalam proses pemilihan dalam kepimpinan pernahkah kita terfikir apa itu ‘UNDI TIDAK PERCAYA?’….bolehkah kita takrifkan ini sebagai satu strategi untuk merampas hak-hak melayu bumiputra?? Haishhh…simpang malaikat 44!!

 Kenapa ye??apakah DAP tidak Ikhlas dalam perjuangan mereka??kenapa perlu Melayu dalam DAP?? Apa??nk kata BN ada bukan melayu??Barisan Nasional itu apa agaknya?? Haishhh!! Dah lupa ke kita negeri yang paling susah nak bentuk masa 2008 dahulu?? PERAK??

Nampak sangat DAP mula mencari jalan mudah dalam mengula-gulakan Melayu!! Jangan mimpi lah DAP…kalau nak berjuang pun angkatlah sahabat UMNO seperti PAS atau PKR…jangan ceritakan anda parti yang hebat tapi dalam masa yang sama mencuri peluang untuk membunuh rakan senegara anda iaitu PAS! Keahlian Melayu dalam DAP itukan dah menunjukkan dasar perjuangan yang tersirat??wahai DAP jangan tipu-tipu lah!
 Penulis dapat rasakan DAP mengeluarkan ‘statement’ begitu apabila YB Tuan Guru Nik Aziz jua menyahut perpaduan Melayu dalam 1 Malaysia…penulis beranggapan sedangkan lidah lagi tergigit..inikan pula UMNO dan PAS…

Apa-apa pun, jika ada Melayu yang menyertai DAP bolehlah kita takrifkan sebagai pengkhianat AGAMA dan BANGSA!!!kerana didalam DAP tiada satu pun UMAT ISLAM!!! DAULAT TUANKU!!!HIDUP BN!!! TAKBIRRRR!!!!!!!!!
sumber:penaKJ

SKRANG: Villager Jefferyson Sali, 26, of Rumah Jangin, Kejemut, Skrang, could have been a victim of a crocodile attack in Sungai Skrang on Saturday.
His remains, which were recovered at Tabut, Skrang, at about 8am yesterday, showed two of his legs were broken, a gaping wound on his right thigh and scratch marks on various parts of his body.
Skrang police station chief Sgt Rasit Bunya said the deceased was found
floating some 3km from where he was believed attacked by the ferocious animal at about 5.30pm on Saturday.


His remains had been sent to the Sri Aman District Hospital for a post-mortem.
Rasit said prior to the incident, the victim was bathing near the Sungai Skrang jetty with another friend, but his friend left earlier.
However, when his friend realised that Jefferyson had not returned to the longhouse later in the evening, he rushed to the jetty to look for him but Jefferyson was nowhere to be found.
A search operation was immediately mounted.
source:borneopost

BINTANGOR:

"MODE GAWAI" -penuh kedai kopi2,baju..market..itulah MT dapat katakan di bandar Bintangor ketika ini.Happy Gawai..
Hati2 kepada penyeluk saku.

Sent from Yahoo! Mail on Android


KUALA LUMPUR: Banyak perisian al-Quran digital termasuk dalam telefon bimbit, komputer tablet dan pen pintar yang dijual di negara ini dikesan mempunyai pelbagai kesilapan yang boleh menjejaskan pemahaman umat Islam yang menggunakannya.
sumber;BERITA HARIAN

BINTANGOR:

Pertandingan petanque open double Bintangor telah dimenangi oleh team Bintangor Orait B yang dianggotai oleh saudara En. Jong dan En. Mastapa.Mereka membawa balik wang tunai berjumlah RM1000 berserta piala.Tempat ke.-2 dimenangi oleh pasukan MLNG Bintulu dan tempat ke-3 Sesco Bintulu.Kali ini seramai 55 pasukan menyertai pertandingan ini yang berlangsung selama 2 hari.

Sent from Yahoo! Mail on Android

BINTANGOR:
Sayang begitulah yang patut MT ucapan terhadap bangunan milik Lembaga perlabuhan Rejang di Bintangor yang dijadikan RUMAH BURUNG.Bangunan yang begitu besar digunakan oleh pihak "tertentu" untuk kepentingan peribadi sendiri.

Apa yang menjadi persoalan adalah bagaimana perkara seperti ini boleh berlaku tanpa disedari oleh pihak lembaga sendiri.Alangkah bagus jika bangunan yang begitu besar boleh digunakan sebagai tempat menjalankan aktiviti sukan atau tempat berniaga.Alangkah bagus.Daripada rosak oleh burung2.MT berharap agar pihak berkenan berfikir sejenak tentang perkara ini.


Sent from Yahoo! Mail on Android


Salah satu perkara yang agak menyerlah dari artikel Tanah Melayu Ketuanan Cina ialah suara – suara ketidakpuasan mereka mengenai hak – hak keistimewaan orang Melayu. Mereka menceritakan keperluan membentuk Malaysian Malaysia dan ada pula di kalangan bangsa kita berpendapat bahawa hak – hak keistimewaan Melayu tersebut adalah punca Melayu menjadi malas.

Mungkin persoalan ini mampu dijawab oleh orang – orang Bumiputera khususnya Melayu pula : Apakah dengan pemupusan Hak – Hak Keistimewaan orang - orang Bumiputera maka ekonomi Melayu boleh berkembang? Apakah dengan menggadai hak – hak yang terpelihara tersebut maka Melayu tidak akan jadi malas lagi ?

Harus jawapan itu masih kabur dan tidak ada satu penentuan buatnya. Sebenarnya pengekalan hak - hak ini perlu dalam keadaan kita yang semakin tersisih dalam ekonomi. Masalahnya sekali lagi di tegaskan ialah, peruntukkan dalam perlembagaan untuk status bumiputera tidak salah tetapi apakah hak - hak keistimewaan itu dapat membantu kaum Melayu atau kaum Melayu tertentu sahaja yang memperoleh imbuhan dari peruntukan tersebut.


Keadaan ini boleh digambarkan sekali lagi dalam satu petikan khusus yang saya ambil dari Buku Integrasi Politik Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka,

“Realitinya perlaksanaan “kedudukan istimewa” telah memburukkan lagi jurang di antara yang berada dengan golongan yang tidak berada dalam komuniti Melayu. … “kedudukan istimewa dapat dikira pada keseluruhannya telah menguntungkan satu kelas tertentu orang Melayu. Ia telah digunakan untuk menimbulkan satu golongan kapitalis – satu matlamat yang telah diusahakan dengan giatnya oleh kerajaan selepas 1969, walaupun ini memang sebahagian daripada dasar semenjak merdeka – malangnya pembentukan elit – elit Melayu ini tidak mampu membawa perubahan kepada Melayu keseluruhan dan di sebalik topeng untuk menolong orang - orang Melayu , kumpulan yang istimewa ini telah berjaya mengumpulkan kekayaan” ( pindaan di buat untuk mengukuhkan hujah)

Maka asas kesalahan polisi ini adalah pada perlaksanaan dan bukan pada dasar yang ada. Kita sehingga ke hari ini setelah semua rancangan Malaysia dari yang pertama sehingga ke sembilan, kita masih menceritakan kegagalan orang - orang Melayu. Kita menyalahkan budaya, adat, tingkah laku dan segalanya pada Melayu. Hari ini kalau di lihat dari jawapan artikel – atau komen - komen pada artikel Tanah Melayu Ketuanan Cina , kita dapati bangsa lain turut membicarakan tentang kemalasan orang Melayu dan sikap orang Melayu. Apakah ini semua benar. Apakah benar Melayu itu tidak terdidik dari dahulu sehingga sekarang.

Di sinilah perjuangan Melayu itu patut timbul. Kita patut memperjuangkan agar minda orang - orang Melayu tidak terkongkong hasil usaha menggelapkan realiti yang sebenarnya. Kita bukan berjuang untuk mengalahkan orang - orang Cina. Kita berjuang untuk kesedaran orang – orang Melayu supaya bangkit dan melihat apa yang berlaku sekeliling kita. Kita bukan sahaja mempertahankan hak – hak yang secara membabi buta tetapi adalah untuk membantu kaum kita agar kita setanding dengan yang lain sebelum penghapusan hak – hak mahu dibuat. Apakah ini semuanya rasis – menaikkan provokasi untuk penentangan antara kaum ? Apakah mempertahankan hak – hak orang – orang Melayu dan keistimewaan yang telah wujud dalam perlembagaan itu satu usaha untuk memajukan orang - orang Melayu dianggap sebagai memecahbelahkan keharmonian kaum?

Apa pula sekiranya dibicarakan mengenai tuntutan untuk memansuhkan hak - hak bumiputera, memperjuangkan bahasa kaum - kaum lain, sekolah - sekolah jenis kebangsaan dan penghapusan kuota bumiputera merupakan satu perjuangan bangsa yang dibolehkan sedangkan usaha untuk mempertahankan hak - hak sedia ada pula dikatakan rasisme?



Masalah utama yang dipersoalkan oleh penulis dalam artikel Tanah Melayu Ketuanan Cina adalah kegagalan Melayu baik pemerintah mahu pun rakyat yang melahirkan kepimpinan. Pegangan Melayu telah dibuktikan mengecil dan pengejaran kita kepada 30% pegangan bumiputera sebenarnya menunjukkan keciciran yang jelas. Perhimpunan Agung Tahunan UMNO yang baru lepas membicarakan mengenai ketirisan dan ketirisan ini mampu mengatakan siapa yang sebenarnya mendapat faedah dari dasar - dasar kerajaan untuk bumiputera. Kita terus di takuk lama dan bangsa lain semakin jauh ke hadapan, khususnya bangsa Cina. Realiti bukan menghasut. Kalau ada pun unsur - unsur menghasut ianya adalah untuk orang - orang Melayu bangkit menentukan nasib mereka dan siapa sepatutnya memimpin mereka. Bagi orang - orang Cina dan bangsa - bangsa bukan Bumiputera, mereka terpelihara dalam satu perlembagaan yang setakat ini tidak menghalang mereka untuk hidup sejahtera di Malaysia sebagai anak Malaysia. Bangsa Melayu bagaimana pula?
 sumber:umno-reform

BINTANGOR:
Pemangku Ketua Pemuda PBB N40 MERADONG saudara Helmi Morsili membuat lawatan ke jln Abg Ali .Ini berikutan rungutan penduduk tempatan jalanraya kampung tersebut yang belum ditar.Jalan ini dikorek kerana projek pembinaan parit.Walaupun projek tersebut telah lama siap tetapi jalanraya tersebut tidak ditebus semula oleh pihak kontraktor.Seringkali berlaku kemalangan dikawasan berkenaan.Saudara helmi berharap pihak berwajib dapat menyelesaikan perkara ini.

Sent from Yahoo! Mail on Android


KUCHING: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak women wing has challenged two Barisan Nasional (BN) elected representatives to bring the issue of the rape of Penan women and girls into the august house sitting.
They demanded Telang Usan assemblyman Dennis Ngau and Petra Jaya MP Datuk Fadillah Yusof to debate the issue in the State Legislative Assembly (DUN) sitting and Parliament  sitting respectively.
PKR national women vice chief Voon Shiak Ni yesterday pointed out that both Dennis and Fadillah had pledged to take action to redress the situation and therefore should fulfil their promises.
The latest case involved a 20-year-old Penan woman who claimed that she was raped by an Indonesian man whom she had got to know in her village.

In her report lodged on Monday, the woman also told the police that there had been similar rape cases involving other Penan girls in her village.
“After the report of rape in Miri, Dennis responded and admitted that there had been a surge in the number of foreigners in the interior because of the expansion of oil palm plantations and logging activities.
“Dennis had said that he will have an urgent dialogue with the plantation companies to discuss this matter,” Voon said.
On the other hand, Fadillah had declared on July 18 last year that Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) youth would form a task force to collate information about the alleged rapes of Penan women and girls in an effort to assist the police to prosecute the culprits.
“But until today, there has been no information about the progress of the PBB task force or any information about the expected task force to be carried out by PBB youth,” said PKR state women chief Nurhanim Dato Mokhsen.

Voon added that since two related task force reports had provided adequate information on the incidents, the authorities have no excuse for not taking stern action.
Voon claimed: “It is the inaction of the government that allows rape to continue to plague the Penan community.”
A national task force report was conducted after the first reported rape case by the Women, Family and Community Development while the non-governmental organisation (NGO) report by the Penan Support Group, the Asian Forum for Human Rights and Development and Asian Indigenous Women’s Network (AIWN).
source:borneopost

Impian besar yang direncanakan oleh DAP menerusi gerakan sangat sistematik dan terancang untuk selangkah menawan Malaysia adalah bukan tuduhan berat dan rasis terhadap DAP. Kerana apa yang mereka telah cita-citakan adalah senada dengan ‘mentornya’ PAP di singapura.
Kini mereka nampak pelik kononnya memperjuangkan orang Melayu dan sebolehnya mereka ingin simpati dan prihatin kepada nasib orang Melayu-inilah cara mereka dalam mengatur strategi bagi menawan hati orang Melayu. Awas kerana apa yang mereka cuba lakukan hanyalah semata-mata memperalatkan bangsa Melayu.
Bukti sebelum ini, DAPlah orang pertama yang mempersoalkan hak-hak keistimewaan orang Melayu sebelum ini, menggunakan nama demokrasi maka mereka lantang mempertikaikan hak keistimeawaan yang sudah menjadi hak mutlak dan terkunci kemas di dalam kitab perlembagaan Malaysia.

Dengan menggunakan Melayu PAS dan Melayu PKR mereka berjaya memperkudakan mereka atas dasar untuk mencapai hajat membolehkan mereka menguasai kepimpinan di peringkat negeri dan sudah pasti hajat besar mereka untuk fokus kepimpinan negara pula. Dengan pengalaman yang sudah terlakar di Perak, kemenangan besar DAP di Perak semasa PRU 12 telah memperlihatkan calon DAP yang menang tidak boleh menjadi Menteri Besar kerana pra syarat negeri melayakkan hanya orang Melayu yang layak menjadi Menteri Besar dan ini menjadi inspirasi DAP hanya mencari orang Melayu untuk di perkuda selepas ini.

Dengan menjerut leher Melayu Pas dan Melayu Pkr tugas DAP semakin mudah kerana DAP tidak perlu bersusah payah bertembung dengan Melayu UMNO dengan satu lawan satu kerana mereka hanya menunggang Melayu Pas dan Melayu Pkr untuk memecah belahkan Melayu Umno. Sungguh bijak DAP memainkan peranan dan sebolehnya Melayu akan mereka pijak selepas mereka mendapat mandat untuk mentadbir Malaysia. Lihatlah bertapa kejamnya mereka mengatur strategi dan inilah alat mereka untuk menarik sokongan cina MCA untuk menyokong mereka.

Kini Melayu harus sedar, DAP sanggup membeli sebahagian dari kita demi mempertahankan perjuangan mereka. Pergeseran dan perbalahan antara Melayu kerana fahaman politik melampau telah membuka ruang kepada mereka untuk ‘menanguk di air yang keruh’ dan semahunya mereka mahu Melayu mengelar mereka Tuan kepada negara Malaysia nanti.

Peringatan yang jelas kepada orang Melayu, 14 negeri yang mempunyai majoriti orang Melayu, jangan sesekali mengadaikan maruah kita sebagai bangsa Melayu bila diberikan janji –janji manis oleh DAP yang bersikap ‘ batu api’ kepada pergeseran orang Melayu.

Kepada Melayu Pas dan Melayu Pkr sedarlah perjuangan anda bersama-sama DAP hanya menguntungkan DAP sahaja, sedarlah kerana tak terpikul bebanan yang anda hadapinya nanti jika DAP sudah mula berkuasa. Janji mereka sebelum ini,adalah alat bagi meraih simpati palsu mereka yang akhir bangsa kita ditindas.

Mereka hanya mahukan Melayu sahaja untuk memakbulkan hasrat mereka dan ini sangat serius bahaya sama sekali-perangi DAP umpama kita perangi pengkhianat kepada negara!! Inilah perjuangan halal kita!!

DESAS-DESUS UMNO NAK BERKUASA DI SARAWAK BUKANLAH LAGI TOPIK BARU.ADA JUGA YB DAN DATUK DI SARAWAK YANG SOKONG UMNO WALAU PUN MEREKA INI AHLI PBB.PBB GOYAH KE DENGAN KEHADIRAN UMNO DI SARAWAK???SAMPAI ADA BEBERAPA ISU YB JOIN UMNO DIPERTIKAIKAN AWAL TAHUN INI.ADA YANG SAKIT HATI DAN GERAM KERANA MENDAKWA YB TERTENTU BERPALING TADAH.KENAPA SOKONG UMNO SEDANGKAN TELAH LAMA BERSAMA PBB???

Diatas merupakan salah satu artikel yang sempat MT petik dari whizzked. klik disini.

Berikut merupakan ucapan PM  

''Selagi PBB disokong oleh rakyat dan selagi parti itu boleh memimpin BN di negeri ini, maka UMNO tidak akan wujud di negeri Bumi Kenyalang ini," katanya ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung PBB Ke-12 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching di sini hari ini. klik disini.

"Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, UMNO tidak perlu ke negeri tersebut kerana setakat ini, perjuangan membela rakyat dijalankan dengan baik oleh parti komponen Barisan Nasional (BN) Sarawak yang diketuai oleh Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB)". klik disini.

Pokok pangkalnya desas desus yang mengatakan Umno masuk sarawak merupakan salah satu taktik pihak pembangkang yang mempunyai agenda tersendiri untuk melemahkan hubungan yang kukuh antara Umno dan PBB Sarawak.Sekiranya hubungan baik ini retak maka PR akan berpeluang untuk menguasai Sarawak.
untuk meningkatkan kehidupan dan membela nasib kaum Bumiputera dalam pelbagai bidang, termasuk politik, ekonomi, dan sosial.Klik disini.

Tindakan kumpulan yang menggelar diri sebagai penyokong UMNO merekrut keahlian seterusnya menubuhkan cawangan di negeri ini menunjukkan mereka ingkar dengan keputusan pucuk kepimpinan parti itu yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.klik disini

Jadi fikir-fikirkan lah...






MIRI – Baru beberapa bulan berniaga di lokasi baharu, lebih 60 penjaja berhampiran pasar raya DPS, Senadin mungkin terpaksa berpindah semula, berikutan aduan Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang mengatakan lokasi itu tidak selamat dan kotor.
Sebelum ini, penjaja yang kebanyakan kaum Dayak berniaga di kaki-kaki lima pasar raya yang sama, namun dipindahkan oleh Majlis Bandaraya Miri (MBM) ke lokasi sekarang yang lebih selesa.
Tinjauan mendapati, lokasi yang ada sekarang jauh lebih selesa berbanding lokasi lama yang terdedah dengan matahari dan angin ribut.
Seorang penjaja yang hanya dikenali sebagai Siah berkata, mereka belum mengetahui cadangan perpindahan itu, namun menganggap ia suatu yang membebankan.
“Dulu kami berniaga di depan DPS, kemudian disuruh berpindah ke tepi DPS pula. Sekarang disuruh berpindah pula, nampaknya kami macam bola,” katanya ketika ditemui di tamu berhampiran DPS petang tadi.
Sementara itu, cadangan untuk memberhentikan perniagaan di kawasan berkenaan telah dikemukakan kepada Datuk Bandaraya Miri, Lawrence Lai dalam Mesyuarat Penuh MBM hari ini.
“MBM banyak menerima aduan daripada pihak pembangkang DAP yang menyifatkan kawasan perniagaan di situ kotor dan tidak selamat. Komen pihak DAP telah disuarakan di akhbar tempatan tetapi MBM belum menerima aduan dari peniaga-peniaga di kawasan berkenaan,” katanya hari ini.
Lawrence menambah, DAP turut mendesak MBM agar memindahkan penjaja disitu kerana kegagalan menyediakan bekalan air dan elektrik untuk kegunaan mereka.
“Sebagai kawasan perniagaan sementara, MBM tidak dapat menyediakan kemudahan-kemudahan asas seperti yang dinikmati kawasan perniagaan kekal seperti tandas, bekalan air dan elektrik. Kita letakkan mereka di situ kerana memberi peluang kepada penjaja berjual sementara menunggu tapak tetap, bukannya tidak prihatin.”
“Setakat ini kita sudah mengenalpasti kawaan tamu tetap di Senadin, namun MBM masih menunggu peruntukan dari Kementerian Alam Sekitar dan Kemudahan Awam (KASKA) untuk melaksanakan projek berkenaan,” katanya sambil menambah aduan berkenaan akan dirujuk kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin Datuk Lee Kim Shin.
Pembukaan tamu sementara di Senadin bertujuan untuk memberi peluang dan membantu peniaga yang belum mempunyai lesen berniaga dengan sah.
Sehingga kini seramai 60 peniaga yang menjual buah-buahan, sayuran dan makanan mencari rezeki di tamu tersebut. Sebanyak 38 peniaga ditempatkan di kawasan hadapan pasaraya sementara yang lain ditempatkan di bahagian tepi.
http://umno-online.com/?p=38220&utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+umnoonline+%28UMNO+Online%29

posted from Bloggeroid


Sempena Himpunan Sejuta Belia di Putrajaya, Kementerian Belia Sukan (KBS) dan Majlis Belia Kawasan Putrajaya (MBKPj) akan menganjurkan program ‘Jom BERCHENTA’ dengan kerjasama serta agensi Kerajaan lain mulai jam 9 pagi hingga 6 petang dari 27 hingga 29 Mei 2011 di perkarangan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Presint 3, Putrajaya.

Apa maksud BERCHENTA? (C:Cara H:Hadapi E:Emosi N:Naluri T:Tingkahlaku A:Anda). Program ini menyediakan segmen-segmen yang memberi fokus kepada bidang Kerjaya, Keusahawanan, Kekeluargaan, Pendidikan, Kesihatan, Kewangan Peribadi, Rujukan Agama dan Wanita. Golongan sasar program adalah para belia, penjawat awam, pekerja sektor swasta, usahawan, ibu bapa, wanita, mahasiswa dan para pelajar sekolah.
Di samping itu, program ini juga menyediakan booth pameran dan taklimat atau ‘Lesson Talk’ mengenai SELF: Self Emotional Freedom Technique, Sesi Pendaftaran Kelab YO (Youth Orbit), Pengurusan Stress, Peluang Keusahawanan, Tips Menghadapi Temuduga, Pengurusan Kewangan ‘Bijak RM’, Art Therapy, Kesihatan Mental dan Diet Seimbang.

Bersama-sama ini dilampirkan jadual program bagi Program Jom BERCHENTA. Sebarang keterangan lanjut sila hubungi :- Muzamil Ariff 019-6448959; Nasru Syazwan 013-3433397.

Dijemput juga para belia untuk bersenam aerobik untuk program 'belia sihat minda cergas' pada 28hb Mei 2011, di MAHA YOUTH, precint 2, putrajaya, bermula jam 9.30pagi. Waktu latihan bermula pada hari khamis, 26.5.11, 5.30ptg di nombor 14, jalan P16D/1, Presint 16, putrajaya. Sukarelawan diperlukan. Jika berminat, sila hubungi Aqyn, 019-3857556-Majlis Belia Kawasan Putrajaya.
BINTANGOR:
Puan Jamaiyah yang merupakan salah seorang daripada pemilik rumah yang nak dikatakan nak dirobohkan oleh pihak landas Sarikei di kampung Muhibah.Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam membantu mereka menyelesaikan masalah ini terutamanya ADUN N36 SEMOP.DI samping itu juga dia berterima kasih kepada pihak PBB Meradong dan pemuda atas usaha yang dilakukan.Beliau mengakui keberkesanan unit media baru kerana beliau tidak mengetahui perkara ini akan berlaku sekiranya tidak melihat dalam FB(FACEBOOK).TERIMA KASIH MERADONG TODAY UCAP BELIAU.



posted from Bloggeroid

BINTANGOR:

YB Encik Abdullah Saidol ketika dihubungi oleh MT hari mengatakan isu rumah yang akan di Roboh oleh pihak landas Sarikei telah selesai apabila perbincangan telah dibuat dengan pihak landas.Isu rumah kosong yang digunakan tidak berasas dan tidak relevan."Ini adalah kerana banyak lagi rumah kerajaan yang kosong jika kita fikir hal ini".Jadi isu rumah nak diroboh tidak timbul lagi dan telah selesai.
TAHNIAH YB ABDULLAH SAIDOL ATAS KEPERIHATINAN BELIAU.

posted from Bloggeroid

BINTANGOR:

YB N36 SEMOP En.Abdullah Saidol akan menyiasat kes roboh rumah di kampung Muhibah ,Bintangor.Pada mula beliau terkejut mendengar berita ini dan akan menyiasat hal ini.Dikatakan ada 3 buah rumah kosong akan dirobohkan pada 27 Mei 2011 ini.Pihak land and survey Sarikei ketika dihubungi enggan mengulas lanjut tentang perkara ini.
Putrajaya :

Pihak Menteri kpdnkk masih mengekalkan harga bagi minyak ron 95.Bagus2 . . .Tindakan yang perlu memandangkan di Sarawak "Hari Gawai " sik lama agik.
DAPAT jimat sikit belanja time perayaan gawai tok.

Bintangor:
Semalam admin BS menerima aduan oleh penduduk jalan Muhibah,kampung Bintangor bahawa rumah beliau akan dirobohkan oleh pihak land and survey Sarikei atas alasan rumah tersebut tidak berpenghuni.Beliau hanya mahu dikenali sebagai "ahim" mengatakan beliau menerima berita rumahnya akan dirobohkan berasa terkejut dan terkilan .
Ini adalah kerana rumah tersebut masih lagi dalam proses baikpulih dan baru saja dibina.

Ahim mengatakan lagi bukan golongan kaya dan berkemampuan tidak mampu menyiapkan rumah tersebut dalam tempoh yang singkat.Ahim menyatakan rumah tersebut akan dirobohkan pada 27 Mei 2011 ini.Beliau merayu pihak tertentu menolongnya menyelesaikan masalah yang beliau hadapi.

PKR MEMANGLAH KALAH TAPI ADA PENINGKATAN DARI SEGI YANG MENGUNDI PARTI PEMBANGKANG, JIKA IA DI BIARKAN DAN TIDAK DI AMBIL BERAT DAN TIDAK DI KRITIK KEPADA YANG BERKEDUDUKAN DALAM KERAJAAN, MAKA SUATU HARI NANTI KITA TAKUT PARTI PEMBANGKANG YANG AKAN MEMERINTAH NEGERI SARAWAK.

JANGAN KATA NAK BERTUKAR KERAJAAN, PADA MASA SEKARANG PUN MASIH YANG TIDAK MAMPU UNTUK HIDUP SENANG WALAUPUN KITA SUDAH MERDEKA 50 TAHUN,MASIH RAMAI YANG BERKEDUDUKAN MISKIN TEGAR DI BUMI SARAWAK, APATAH LAGI BILA KIRANYA PIHAK PEMBANGKANG MEMERINTAH.

NESCAYA MEREKA AKAN MEMERLUKAN MASA YANG AGAK PANJANG UNTUK MENUKAR PLAN STRATEGI YANG DI GUNA PAKAI OLEH KERAJAAN BARISAN NASIONAL SEKARANG, ITU YANG KITA TAKUT KERANA MASA DEPAN CUCU CICIT KITA YANG MUNGKIN AKAN MENERIMA KESAN DI MASA HADAPAN. KITA TIDAK MAHU MARUAH BANGSA KITA TERGADAI DI SEBABKAN OLEH PIHAK2 YANG TERTENTU MASA KINI.  KITA TIDAK BOLEH MENUDUH SEMBARANGAN, PERJUANGAN KITA MESTILAH IKHLAS DAN BUKAN HANYA HENDAK MENDAPAT NAMA DAN PANGKAT DALAM PARTI DAN KERAJAAN TAPI APA YANG KITA MAHU IALAH PERJUANGAN KITA DEMI MASA DEPAN KITA.

ADMIN JUGA BERASA BANGGA DENGAN SEGELINTIR AHLI2 PBB KERANA TELAH BERJUANG BUKAN UNTUK MENDAPAT PANGKAT DAN NAMA, RAMAI DI KALANGAN MERAKA YANG BERPENDIDIKAN TINGGI SEHINGGA ADA YANG BERKELULUSAN PHD TIDAK SERIK MEMBANTU JENTERA PILIHANRAYA WALAUPUN TIDAK DI PILIH MENJADI CALON, BEGITU JUGA DENGAN AHLI2 KORPORAT BUMIPTERA, PERJUANGAN MEREKA BILA KITA LIHAT DENGAN MENDALAM ADALAH SEMATA MATA DEMI AGAMA, BANGSA,MARUAH DAN NEGARA. PERKAARA INI KITA TIDAK BOLEH MELIHAT DALAM JANGKA MASA YANG SINGKAT.

KITA HENDAKLAH MEMIKIRKAN MASA DEPAN KITA SEPERTIMANA APA YANG DI RANCANG OLEH PIHAK DAP KERANA KITA TIDAK DAPAT MERAMAL APA YANG DI RANCANG OLEH MEREKA DI MASA2 HADAPAN. KITA HENDAKLAH BERHATI HATI SEBELUM NASI MENJADI BUBUR.

PUTRAJAYA: Tidak ada pendatang asing yang didaftar sebagai pemilih kerana pengesan utama yang digunakan dalam menentukan kelayakan permohonan sebagai pemilih ialah kad pengenalannya, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Beliau berkata, ketika proses pendaftaran pemilih melalui Sistem Pendaftaran Pemilih Sepanjang Tahun (e-SPPST) yang diguna pakai oleh SPR, pengenalan pemohon akan dihubung kait dengan "Agency Link-Up System" (ALIS) Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Menurutnya, ALIS yang mempunyai 33 jenis tapisan atau semakan wajib bagi setiap permohonan, akan menolak permohonan mereka yang bukan warganegara untuk didaftar sebagai pemilih.
Bercakap dalam satu temubual khas di pejabatnya di sini, baru-baru ini, beliau berkata, jika ada sebarang cubaan untuk mendaftar permohonan yang tidak sah, sistem yang ada akan menolak transaksi atau kemasukan data itu secara automatik.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan pihak-pihak tertentu yang menurutnya mempertikai kononnya berlaku pendaftaran pendatang asing sebagai pengundi, di samping mempertikai proses pendaftaran anggota polis sebagai pengundi.

Abdul Aziz berkata, tapisan dan semakan yang dilaksanakan oleh sistem ALIS bukan saja menolak mereka yang bukan warganegara, malah ia juga menolak permohonan daripada mereka yang belum layak dari segi umur dan yang mengemukakan kad pengenalan palsu.

Katanya, jika ada pihak tertentu yang mempunyai sebarang bukti berhubung perkara itu, beliau meminta supaya ia dikemuka kepada pihak SPR bagi membolehkan siasatan dilakukan.
"Saya ingin dapatkan senarai itu (pendaftaran pendatang asing sebagai pengundi) yang lengkap dengan nama mereka, nombor pasport dan butirannya sebagai pengundi. Saya nak dapat bukti kerana adalah suatu perkara yang tidak mungkin bagi pendatang asing boleh didaftar sebagai pemilih," katanya.

Mengulas pendaftaran polis sebagai pengundi pos dan juga pengundi awam, Abdul Aziz berkata, permohonan untuk mendaftar nama sebagai pemilih pos bagi anggota polis dibuat di Ibu Pejabat Polis DiRaja Malaysia di Bukit Aman, Ibu Pejabat Polis Kontinjen dan Daerah, di tempat anggota itu bertugas.

Katanya, tapisan yang ketat dibuat ke atas permohonan anggota polis dengan mengikut catatan nombor kad pengenalan awam mereka dan SPR pasti akan dapat mengesan jika berlaku pendaftaran berganda.

Abdul Aziz berkata, SPR juga menjalin kerjasama pintar dengan pihak polis dan tentera untuk membantu SPR membersihkan nama-nama pengundi dengan mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya sebulan sekali, dan proses pembersihan termasuk berkaitan pertukaran daripada pengundi pos kepada pengundi awam.

Mengulas dakwaan pihak-pihak tertentu kononnya perpindahan nama pengundi ke tempat lain berlaku tanpa permohonan dibuat oleh pemohon itu sendiri, Abdul Aziz berkata, ia tidak boleh dilakukan dengan sewenang-wenangnya kerana perubahan tempat mengundi hanya boleh dilakukan oleh pemilih itu sendiri dan perkara itu termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Peraturan-Peraturan Pilihan Raya.

"Kemukakan kepada SPR (jika ada) senarai orang yang dipindahkan ke tempat jauh oleh pihak lain dan bukan oleh pemohon itu sendiri, jangan cakap saja," katanya. - BERNAMA

"Kini PRU13 menjadi isu hebat.Semua nak tahu tarikh sebenar PRU13.Macam2 persediaan sedang giat dijalankan.Ada yang merancang pelbagai agenda dan aktiviti sedangkan tarikh pun belum diketahui.Tapi ada desas-desus mengatakan 11.11.11 adalah tarikh yang sesuai.Nampaknya “Berperang” lagilah para pemimpin dan pembangkang kita tak lama lagi.
Sampai bilakah perperangan ini akan berlaku tanpa membabitkan rakyat kita???Yang sengsaranya nanti adalah rakyat kita…renungkanlah…"petikan dari whizzekid

Daripada petikan blog, admin MT terfikir sejenak...betul juga yea ...tapi sebenarnya itulah dinamakan demokrasi..mungkin itu pandangan peribadi whizzekid saje...Tapi admin MT berpendapat semua ini merupakan satu proses "demokrasi" yang patut kita lakukan bagi menjamin kestabilan politik negara ini. 

Parlimen Malaysia melambangkan keutuhan  demokrasi berparlimen

Sistem Demokrasi Berparlimen
Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan negara telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat untuk pengalaman sistem ini. Salah satu syarat sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan, iaitu Perundangan, Kehakiman dan Pentadbiran atau Eksekutif.
Malaysia juga merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi berasaskan kepada sistem Persekutuan. Sehubungan dengan itu, ia bermakna negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak , Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah telah bersetuju dengan konsep penubuhan Negara Malaysia.
Setiap negeri yang terbabit telah menyerahkan sebahagian kuasa masing-masing, seperti kewangan, pertahanan, pelajaran, luar negara dan lain-lain lagi seperti mana yang telah tercatat di dalam Perlembagaan Malaysia yang di tadbir oleh Kerajaan Pusat. Ada perkara-perkara yang dijadikan kuasa negeri dan negeri akan mentadbirkan kuasa.

Sebagai sebuah negara Raja Berperlembagaan, maka diperuntukan oleh Perlembagaan institusi Yang Di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu di sembilan buah negeri dan Majlis Raja-raja. Baginda adalah diberi kuasa untuk memelihara adat istiadat orang Melayu dan Pentadbiran Agama Islam di negeri masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah-wilayah Persekutuan.
Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong juga menjadi Kepala Utama Negara dan Baginda adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara. Baginda akan menjalankan tugas-tugas dibawah Perlembagaan mengikut nasihat Perdana Menteri atau Jemaah menteri . Raja-raja pula menjadi Ketua Negeri masing-masing dan menjalankan tugas mengikut nasihat Menteri-menteri Besar atau Ketua-ketua Menteri.
Yang di-Pertuan Agong
Parlimen Persekutuan mengandungi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, dan dua Dewan iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

Perkara 55, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa hanya Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sahaja yang boleh memanggil Parlimen untuk bersidang. Baginda juga mempunyai kuasa istimewa untuk memberhenti atau membubarkan Parlimen.

Dengan demikian Yang di-Pertuan Agong diperlukan oleh Perlembagaan untuk memanggil Parlimen bermesyuarat dalam masa enam bulan antara persidangan yang akhir dalam satu penggal yang kemudiannya.
Bagi Dewan Rakyat, Ketua atau Timbalan Ketua Majlis hendaklah menetapkan sekurang-kurangnya 28 hari sebelum permulaan tiap-tiap penggal, tarikh-tarikh majlis akan bermesyuarat dalam penggal itu. Walau bagaimanapun , Ketua atau Timbalan Ketua Majlis boleh mengubah tarikh-tarikh yang ditetapkan itu dari masa ke semasa.
Parlimen Persekutuan merupakan badan perundangan yang tertinggi di Malaysia. Melainkan jika dibubarkan terlebih dahulu. Parlimen akan terus berjalan selama lima tahun, dari tarikh mesyuarat pertamanya selepas Pilihanraya Umum.

Pada penghujung tempoh lima tahun ini, Parlimen dengan sendirinya dibubarkan dan dalam masa 60 hari dari tarikh pembubaran Parlimen, Pilihanraya Umum bagi memilih wakil-wakil untuk Dewan Rakyat hendaklah diadakan, dan Parlimen dipanggil bermesyuarat pada suatu tarikh yang tidak lewat daripada 120 hari dari tarikh pembubarannya

Struktur Parlimen Malaysia
Parlimen Malaysia terdiri daripada tiga komponen:-
1. Yang Di-Pertuan Agong
2. Dewan Negara
3. Dewan Rakyat
 
Di sebalik kesukaran mengikis label sebagai parti cauvinis Cina,kini DAP telah meneruskan misinya mahu mendengar suara kaum Melayu pula menerusi landskap media atas talian dengan memperkenalkan laman web berita,langkah yang menurut komponen Pakatan Rakyat seharusnya telah diambil sejak dahulu lagi. 
 
Hanya beberapa hari selepas naib pengerusinya Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mengakui bahawa parti itu telah gagal menarik sokongan orang Melayu yang disasarkan, DAP sudah melancarkan laman web dalam Bahasa Malaysia,Roketkini.com dengan harapan dapat mendampingi orang Melayu dengan maklumat terkini.
“Buat masa sekarang,ada jurang besar bagi kami di media Bahasa Malaysia.Anda tidak mendengar apa-apa mengenai DAP kecuali (maklumat) kami diserang,” kata setiausaha politik kepada setiausaha agung DAP Zairil Khir Johari.

KLPOS melaporkan Parti majoriti ahlinya kaum Cina itu Kononnya terus-menerus didakwa oleh Umno,parti teras dalam Barisan Nasional (BN) dan media Bahasa Malaysia sebagai mengamalkan politik perkauman.Akhbar milik Umno,Utusan Malaysia secara konsisten menyerang DAP kononnya mahu merampas kuasa politik orang Melayu.

Roketkini,menurut Zairil, bukan sahaja akan bertindak sebagai portal berita tetapi juga sebagai “jenama bagi kami untuk mengadakan forum-forum,perbincangan dan acara-acara dalam Bahasa Malaysia untuk mendekati demografi ini.Zairil,yang menganggotai lembaga penasihat bagi laman web itu menambah,meskipun Roketkini akan menyediakan maklumat bagi khalayak bandar, tetapi ia juga akan bertindak sebagai alat untuk mendampingi masyarakat Melayu luar bandar.
“DAP tiada (sokongan) akar umbi di kawasan luar bandar. Jadi, meskipun kami ada akhbar Rocket versi Bahasa Malaysia, sukar bagi kami untuk mengedarkannya.(Jadi), laman web ini sebenarnya akan menyelesaikan masalah pengedaran yang kami hadapi meskipun orang Melayu berpendapatan rendah kemungkinan tiada komputer, tetapi mereka masih akses kepada Internet pada masa sekarang,” katanya.
Roketkini akan dilancarkan hari ini.

Editor Wan Hamidi Hamid berkata, “tidak kira sama ada mereka Mat Rempit, mereka ada akaun Facebook”.
“Kebanyakan membawa komputer bimbit dan menggunakan Facebook, kerana ia murah, lebih murah berbanding telefon pintar,” kata wartawan veteran ini.
Penyusun strategi parti,Liew Chin Tong pula memberitahu undi orang muda kawasan bandar merupakan sokongan masa depan memandangkan 72 peratus rakyat Malaysia berusia 40 dan merangkumi separuh daripada pengundi yang layakKatanya, kira-kira 65 peratus penduduk negara ini tinggal di kawasan-kawasan bandar.
Zairil juga berkata,keseluruhan bahan disajikan dalam Bahasa Malaysia meskipun penulis dan penyumbangnya datang dari pelbagai latar belakang.Bagaimanapun DAP tidak pasti sejauh mana impak langkah terbaru ini dari segi sokongan undi kelak.
Ketika spekulasi semakin kuat bahawa pilihan raya umum ke-13 akan dipanggil bila-bila masa, PR masih bekerja keras untuk mendapatkan balik pengundi-pengundi Melayu yang sudah mula beralih kepada pesaing mereka berbanding ketika pilihan raya umum 2008.

Bagaimanapun Wan Hamidi berkata, matlamat utama ialah mengetengahkan pandangan dan pendirian DAP dalam laman Bahasa Malaysia dan menjana debat di kalangan komuniti Melayu.
“Kami sepatutnya telah mengambil langkah ini sejak dulu lagi.Dengan (mempunyai) khalayak Melayu, kami tiada apa-apa untuk rugi dan boleh memperoleh banyak kelebihan,” kata Zairil.

sumber:badut

Sarikei;ADUN N36 SEMOP berkata perlaksanan bagi pembangunan merupakan perkara asas dan bukan mudah hendak dilaksanakan.Sebagai contoh kemudahan air merupakan keperluan semasa penduduk dalam tempoh masa yang tertentu.Beliau berkata sedemikian apabila mengulas kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi SPDP yang lalu.Katanya jika betul2 wujud ,beliau tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan yang sebegitu rupa.Sebagai wakil pemimpin seharusnya berbincang untuk menyelesaikan masalah.Katanya lagi beliau menasihatkan supaya semua pihak tidak mengamalkan sikap suka melenting apabila menghadapi masalah.

Dr Puad Zarkashi menerangkan bahawa BN boleh hancur sekiranya tidak dapat membendung serangan psikologi yang dilakukan oleh pembangkang.

Ditanya strategi BN untuk membendung serangan psikologi tersebut, Mohd Puad yang juga Timbalan Menteri Pelajaran berkata BN akan menumpukan kepada DAP yang menjadi dalang dalam permasalahan itu dan mendedahkan matlamat buruk Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam perjuangan mereka.

“Seterusnya BN juga mesti memberikan kekuatan dalaman kepada ahli-ahlinya dari segi program dan latihan. Kita juga perlu mengatasi kelemahan BN dari segi media terutama media baru seperti blog, Facebook dan Twitter yang perlu diperkuatkan kerana kekuatan pembangkang dia guna media baru untuk menyerang,” katanya.
 
Meradong Today(MT) menyambut baik saranan Mohd Puad untuk 'berperang' dengan parti DAP. MT sendiri sudah kerap melondehkan Lim Guan Eng dan DAP Pulau Pinang.

Tetapi tanpa kesungguhan pemimpin-pemimpin Barisan Nasional untuk mewar-warkannya di kawasan masing-masing atau pun media cetak dan elektronik, isu-isu tersebut akan terpadam begitu sahaja.

MT juga teruja dengan kenyataan Mohd Puad mengenai kepentingan media baru sebagai salah satu alat untuk membendung serangan psikologi parti pembangkang.Klik disini. Malah saranan beliau juga merupakan saranan Presiden BN sendiri.


Tetapi selain daripada jentera siber seperti yang disarankan oleh Puad Zakarshi, satu perkara yang perlu ditekankan ialah keprihatinan pemimpin-pemimpin Barisan Nasional itu sendiri untuk mesra-siber. Mereka mesti ditekankan tentang kepentingan berkomunikasi dengan rakyat dengan menggunakan social networking seperti Facebook, blog dan twitter.

Satu perbandingan mudah, berapakah pemimpin-pemimpin Barisan Nasional yang menggunakan akese twitter?

Alasan yang sering didengar ialah pemimpin-pemimpin tersebut kononnya tidak ada masa untuk melayan Facebook atau twtter. Inilah jawapan skema pemimpin-pemimpin Barisan Nasional yang tidak masuk akal dan sangat merugikan.


Di dalam 'tidak ada masa' itu, pemimpin-pemimpin pembangkang telah memperalatkan Facebook dan twitter to the fullest di mana segala info boleh disalurkan, benar atau tidak. Malah, ramai daripada pemimping-pemimping pembangkang yang ramai followers mereka jika di bandingkan dengan pemimpin-pemimpin BN!

Jika kita kaji twitter, kita akan dapati bahawa pemimpin-pemimpin BN begitu lemah jika di bandingkan dengan pemimpin-pemimpin pembangkang. Begitu juga Facebook atau pun FacePages.
Makanya, MT sarankan kepada pemimpin-pemimpin BN supaya walk your talk. Contohi DS Najib Razak yang menggunakan semua akses social networking tersebut malah beliau sendiri mempunyai program bulanan bersama rakan Facebook yang sangat diminati oleh warga siber.

KUCHING – Tindakan Francis Siah untuk mengadakan demostrasi besar-besaran ala Timur Tengah untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud jelas membuktikan beliau yang juga kordinator Movement of Change Sarawak (MoCS) cuba untuk menidakkan keputusan rakyat Sarawak pada pilihan raya negeri lalu.
Ketua Pegerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Fadillah Yusof mahu Siah meminta maaf kepada rakyat Sarawak dan Taib atas kenyataanya sebelum ini.
Fadillah berkata tidak ada pihak yang boleh mempertikaikan keputusan pilihan raya negeri lalu yang dilaksanakan secara telus oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sekaligus menyaksikan Barisan Nasional (BN) menang lebih dua pertiga untuk membolehkan BN membentuk kerajaan di Sarawak.
“Siah penghinaan keputusan rakyat Sarawak yang telah memilih BN pada pilihan raya lalu,” katanya kepada pemberita selepas majlis konvokesyen Kolej Komuniti Zon Sarawak di Dewan Suarah Kuching hari ini.
Fadillah yang juga Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi berkata exco Pemuda PBB telah pun membuat laporan polis agar Francis Siah disiasat kerana cuba menghasut rakyat untuk membuat demonstrasi.
“Terserah kepada polis untuk mengambil tindakan dan siasatan selanjutnya,” katanya.

Bintangor:Pertandingan Bolasepak -9 sebelah akan diadakan di Padang MDMJ pada 18 dan 19 Jun 2011.Program ini dianjurkan pihak PDRM Meradong.Berminat sila hubungi pihak berkenaan:
 1.Sjn Akin-0198458265
2.L/an K. Morgan-0168737597

SARIKEI:  Rakyat harus tahu bahawa setiap pembangunan yang melibatkan pembinaan kemudahan asas seperti elektrik, air dan kemudahan jalan raya perlu dikaji dengan teliti dan mendalam sebelum ia dilaksanakan.

Ahli Dewan Undangan Negeri N36 Semop, Abdullah Saidol berkata, pelaksanaan bagi membangunkan perkara asas tersebut bukannya boleh dilaksanakan dengan begitu mudah dan dibuat pada sekelip mata sahaja.

"Sebelum kita melaksanakan banyak perkara yang harus kita ambil kira kerana kita melakukannya bukan sekadar untuk melepaskan batuk di tangga.

"Perkara yang paling utama sebelum kita melakukan apa-apa tindakan adalah kita mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk melaksanakannya kerana bagi menyediakan kemudahan tersebut perbelanjaan yang besar diperlukan.

"Disamping itu juga,  kita harus membuat pertimbangan sebagai contoh kemudahan air, adalah sumber utama bagi kita menyalurkan kemudahan tersebut mencukupi bagi menampung keperluan semasa penduduk dalam tempoh yang tertentu," kata Abdullah.

Tambahnya, setiap kajian sebelum melaksanakan sesuatu perkara itu amat penting kerana kita tidak mahu ia seperti gajah putih pada suatu masa, kemudahan ada tetapi tidak mampu berfungsi dengan sempurna dan memberikan satu lagi masalah kepada rakyat.

Beliau berkata demikian ketika menghubungi pemberita mengulas mengenai penyataan yang telah dikeluarkan oleh Pengerusi Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) N36 Semop, Sabran Yahya pada Utusan Borneo Khamis lepas.

"Jangan sesuka hati melepaskan cakap jika tidak tahu mengenai situasi sebenarnya dan jika betul-betul ada masalah yang sangat serius pihak kita sedia berbincang dengan sebaiknya terutama dalam usaha untuk mengatasi masalah tersebut.

"Dalam beberapa minggu selepas pilihanraya yang lepas hingga sekarang kita mempunyai aktiviti yang cukup padat terutama dengan melakukan kunjungan dan lawatan kerja ke kawasan kampung yang berada dalam kawasan kita bagi membuat pantauan susulan serta sebagai maklumbalas terhadap setiap laporan dan permohonan bertulis yang telah disampaikan oleh penduduk kepada kita tentang masalah yang dihadapi oleh mereka.

"Apa yang kita mahu dari rakyat sekarang adalah bersabar kerana kita perhatin dengan masalah yang dihadapi oleh mereka itu dan pihak kita juga sedang berusaha untuk mengatasinya dengan kadar yang seberapa segera," ujarnya.

Katanya lagi, beliau menasihatkan semua pihak agar jangan mengamalkan sikap cepat melenting tidak berpasal kerana itu tidak membawa kepada kebaikan tetapi berbincanglah dengan sebaiknya jika terdapat perkara yang kurang memuaskan ataupun jika menghadapi sebarang masalah.
Keseluruhan proses pengundian Pilihanraya Negeri Sarawak Ke – 10 telah pun tamat dan keputusan juga telah di ketahui. Pengundi di Sarawak secara majoritinya telah memilih siapa yang harus menerajui kepimpinan Negeri Bumi Kenyalang. Rata-rata mereka telah menolak agenda parti pembangkang yang memainkan isu rasis dan politik kebencian. Rakyat Sarawak lebih arif dan tahu apa yang mereka mahukan.
Kita seharusnya menerima keputusan yang dibuat oleh rakyat dan janganlah kita menuduh mereka yang bukan-bukan seperti seorang pemimpin pembangkang yang masih menyatakan yang Barisan Nasional hanya boleh “memperbodohkan” rakyat yang “bercawat”. Disini menunjukkan bagaimana pemikiran pemimpin pembangkang apabila kekalahan berada di pihak mereka.
Seharusnya kita sedar dan akur walaubagaimana status seseorang itu, mereka adalah seperti kita juga iaitu mempunyai hak dan undi untuk sesiapa yang mereka mahukan. Nampaknya pemimpin pembangkang secara terus menuduh rakyat yang berada jauh di pedalaman diperbodohkan oleh Barisan Nasional. Sedarkah kita ada diantara mereka ini ada yang lebih baik, maju dan dari segi pemikiran dari yang berada di kawasan bandar termasuk pemimpin pembangkang tersebut.
Kepimpinan Pakatan Rakyat telah tersalah percaturan apabila cuba memainkan isu-isu perkauman, rasis, politik kebencian dan bermacam lagi dimana ianya telah di tolak oleh rakyat manakala Barisan Nasional lebih kepada agenda pembangunan yang bakal di nikmati oleh segenap lapisan masyarakat tidak mengira kaum dan Agama dan mereka telah pun membuat pilihan.
Diharapkan dengan Keputusan Rakyat Sarawak ini kita dapat meneruskan agenda pembangunan seterusnya memacu Bumi Kenyalang ke tahap yang lebih membanggakan.
| Copyright © 2013 MERADONG TODAY