'/>



Rombakan Kabinet Sarawak yang diumumkan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini menyaksikan pembentukan sebuah kementerian baru, lima kementerian ditukar nama dan tujuh muka baru dilantik sebagai Menteri Muda.

Kementerian baru dalam rombakan kabinet, yang akan berkuatkuasa Jumaat ini, ialah Kementerian Pembangunan Kebajikan, Wanita dan Keluarga yang akan diketuai Datuk Fatimah Abdullah dan dibantu dua Menteri Muda yang juga muka baru iaitu Rosey Yunus dan Robert Lawson Chuat Vincent.

"Muka-muka baru Menteri Muda lain ialah Julaihi Narawi, Abdul Karim Hamzah, Datuk Len Talif Salleh, Dr. Jerip Susil dan Liwan Lagang,” kata Taib pada sidang akhbar di Wisma Bapa Malaysia di sini.

Kesemua Menteri Muda baru itu akan mengangkat sumpah jawatan Jumaat ini.

Taib berkata, Julaihi dilantik sebagai Menteri Muda Pembangunan Industri (Pelaburan dan Promosi) dan Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar; Abdul Karim sebagai Menteri Muda Perumahan dan Menteri Muda Pembangunan Sosial (Pembangunan Belia).

Len Talif dilantik sebagai Menteri Muda Perancangan Sumber dan Alam Sekitar, dan Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Promosi Pendidikan Teknikal); Dr. Jerip sebagai Menteri Muda Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Komuniti (Kesihatan Awam) manakala Liwan sebagai Menteri Muda Pembangunan Sosial (Kebudayaan dan Warisan).

"Kesemua menteri penuh dikekalkan dan sebahagian kementerian mereka ditukar nama,” kata Abdul Taib.


Admin melihat  beberapa wakil rakyat yang telah lebih dua tiga penggal menduduki kerusi DUN Sarawak serta mempunyai potensi masa depan yang baik untuk digarap sama dalam kabinet kerajaan negeri kali ini seperti ADUN Samariang YB Syarifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, ADUN Engkelili YB Dr Johnical Rayong, ADUN Bekenu YB Rosey Yunus dan ADUN Bukit Kota Limbang YB Dr Abdul Rahman Ismail.

Tetapi sekiranya Pehin Sri Taib terus mensia-siakan kebolehan yang ada pada mereka ini serta masih mengekalkan pemimpin yang kurang berkualiti untuk membarisi kerajaan dalam kabinet negeri nescaya kerajaan BN Sarawak akan terus ketandusan pemimpin masa depan yang berkemampuan untuk memimpin rakyat serta negeri Sarawak ke arah yang lebih gemilang lagi.

Begitu juga dengan beberapa muka baru wakil rakyat Barisan Nasional yang menang di dalam pilihan raya negeri lalu, ada diantara mereka itu awal-awal lagi telah menunjukkan prestasi amat baik untuk menjaminkan BN terus kekal memerintah negeri Sarawak, mempunyai latar belakang pendidikan yang baik, berketrampilan sesuai sebagai seorang Yang Berhormat, mudah didekati rakyat serta rajin menyelami permasalahan masyarakat.


Mengenai pemimpin-pemimpin baru dalam Barisan Nasional Sarawak ini saya sering mengikuti perkembangan yang dilakukan oleh beberapa ADUN baru daripada BN Sarawak seperti ADUN Lambir YB Ripin Lamat dan ADUN Semop YB Abdullah Saidol. Ketiga-tiga pemimpin muda BN ini perlu diberi perhatian khusus oleh Pehin Sri Taib bagi memantapkan lagi pentadbiran kerajaan negeri.

Adalah tidak terlalu awal untuk melantik mereka-mereka ini ke dalam kabinet negeri Sarawak walaupun ketiga-tiga mereka baru sahaja bergelar sebagai Ahli Yang Berhormat namun sebagai Ketua Menteri yang sangat berpengalaman, admin berpendapat Pehin Sri Taib harus lebih berani mencuba sesuatu yang bukan kelaziman dengan membawa muka-muka baru ini bersama-sama ke dalam kepimpinan kerajaan negeri dan ini perlu dilakukan sebagai langkah untuk merintis jalan menuju ke arah perubahan serta pembaharuan yang lebih sesuai mengikut keadaan masa.

Berdasarkan kepada pengalaman, asas pendidikan yang sempurna juga berdasarkan kepada kesungguhan menjadi seorang pemimpin admin yakin ketiga-tiga wakil rakyat muka baru seperti yang tersebut diatas pasti mampu untuk menggalas tanggungjawab serta tugas yang diberi dan jika tiada rasa kurang yakin terhadap kebolehan muka-muka baru yang banyak membantu Barisan Nasional Sarawak menang dalam PRN ke-10 lalu, admin fikir tentu sekali kerajaan Sarawak dibawah teraju YAB Pehin Sri Taib Mahmud tidak sesukar manapun untuk mencari pemimpin pelapis yang mampu untuk menggantikan tempat mereka kelak.

sumber:Anak Merdeka



UMB bukan hanya digunakan untuk politik semata-mata tetapi lebih kepada berkhidmat kepada masyarakat Sarawak khasnya...Tapi umum mengetahui media baru merupakan pena tercepat untuk  MEMBERITAHU kepada rakyat.
Tapi ramai yang belum peka terhadap perkara ini dan hanya pandai bercakap KOSONG sahaja.


Fakta bukan hanya perlu berlandaskan gambar,video dan saksi tapi penyampaiannya harus berkesan.Perubahan sebegini seharusnya disokong pemimpin tempatan dan bukannya dikondem....Openlah minda peka telinga....Ikutlah perubahan semasa dan bukannya masih di pekung yang lama...ibarat kata perpatah 

" katak dalam tempurung"...Setiap pengorbanan yang dicurahkan hanya Allah sahaja yang membalasnya dan jangan mengharap wang ringgit semata-mata.Fikirlah sendiri....
 




UMB Tangkis Tohmahan Pembangkang

by Andy Sabang. Posted on Utusan Borneo September 26, 2011, Monday


SIBU: Setiausaha Politik Ketua Menteri Abu Seman Jahwie menyifatkan penubuhan Unit Media Baru (UMB) sebagai tepat pada masanya.

Katanya, UMB merupakan salah satu alternatif yang diyakini dapat menangkis segala tohmahan pembangkang yang disebarkan melalui siber.

Dengan adanya UMB ujar beliau, ia diharap dapat membantu memperkasakan lagi persediaan Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi Pilihran Raya Umum (PRU) akan datang.

“Kalau mereka (pembangkang) boleh lakukannya kenapa pula kita tidak. Sebelum ini kita (kerajaan) sering kali diserang melalui cara sedemikian… jadi sudah tiba masanya kita tangkis balik,” ujar beliau ketika ditemui semalam.

Sebelum itu, Abu Seman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng merasmikan Majlis Ramah-tamah Aidilfitri anjuran Surau Darul Janah di sini.

Menurut beliau, corak pendekatan BN harus berubah mengikut peredaran semasa apatah lagi ketika kerajaan sedang berusaha mendekati golongan muda.

Ini kerana golongan tersebut jelas beliau, tidak dapat menerima pendekatan lama yang telah dipraktikkan sejak dulu lagi.

Tambah beliau, kerajaan BN harus perlu ada satu strategi yang dapat meningkatkan keyakinan golongan muda terhadap apa yang diusahakan kerajaan.

Menurut Abu Seman lagi, segala bentuk maklumat sama ada tepat atau tidak pada hari ini amat mudah untuk disebarkan apatah lagi golongan muda yang amat cenderung untuk melayari Internet.

“Sebab usia mereka yang muda, mereka ini mudah untuk mempercayai apa yang disebarkan di Internet dan dengan adanya UMB, kerajaan juga berpeluang untuk memperbetulkan maklumat yang diperolehi mereka,” katanya.

Pengoperasian UMB akan diketuai Ketua Penerangan Pemuda PBB Abdul Aziz Tan Sri Adenan Satem, Datuk Alfred Yap (SUPP), Majang Renggi (PRS) dan Audi Chua (SPDP).


runtuh

Bintangor:
Jambatan zon 2 Jalan Abang Amin ,Bintangor yang dibina lewat 90 an telah runtuh semalam...Nasib tiada kemalangan jiwa berlaku...Jambatan ini digunakan untuk aktiviti nelayan dan pergi kebun...Permohonan telah lama dibuat namun sampai kehari ini belum ada tindakan apa-apa dari pihak berwajib..

uzur dan usang

bahaya

tiang dah condong...

UCAPAN PERASMIAN OLEH YB ENCIK ABDULLAH SAIDOL

GIMIK PERASMIAN

PERSEMBAHAN PELAJAR SEKOLAH

ANTARA GURU YANG HADIR

PENYERAHAN SUMBANGAN OLEH PPD MERADONG

ANTARA GERAI-GERAI YANG DILAWATI OLEH YB N36 SEMOP

MERIAH

MENJAMU SELERA

KAWAN-KAWAN LAMA YB

PERSEMBAHAN 

PERSEMBAHAN

YB BERAMAH MESRA DENGAN ORG DISEBALIK TABIR

YB ENCIK ABDULLAH SAIDOL SEMPAT MENYUMBANG SUARA SEMPENA MAJLIS TERSEBUT


En.Abdullah Hj Saidol
BY:melanausarawak


Sejam setengah rasa bagaikan terlalu pantas apabila membicarakan tentang halatuju pembangunan untuk Dun 36 Semop bersama YB En Abdullah Saidol. Kepetahan dan keramahan YB En Abdullah Saidol semasa menceritakan sejarah beliau sebagai seorang ahli korporat amat menarik minat saya. Beliau yang berasal dari keluarga guru lebih yakin untuk berkecimpung dalam dunia perniagaan berbanding dunia politik.  Setelah terlibat secara langsung sebagai wakil rakyat barulah beliau sedar betapa bernilainya setiap perkhidmatan yang diberikan kepada rakyat yang memerlukan. Beliau juga turut memaklumkan yang beliau semakin berminat dalam dunia baru ini, apabila dapat membantu mereka yang memerlukan bantuan.

Semasa bersama YB En Abdullah Saidol satu perkara yang tidak dapat saya lupakan apabila beliau menceritakan sejarah hidup dan resam kehidupan di dalam bidang perniagaan yang terlalu asyik mengejar keuntungan tanpa mempedulikan kehidupan masyarakat sekeliling. Kepercayaan Pehin Sri Abd Taib Mahmud meletakkan beliau sebagai calon Barisan Nasional di Dun 36 Semop  memberi peluang  kepada beliau untuk berkhidmat kepada masyarakat seterusnya menceburkan diri ke dalam dunia baru  yang penuh perhatian dan cabaran.
Sebagai seorang wakil rakyat yang mendapat pendidikan dari seorang guru perwatakan YB En Abdullah Saidol juga dilihat amat tenang dan kelihatan bersahaja menjawab soalan yang saya ajukan. Gelak tawanya cukup menampakkan bahawa beliau seorang yang mudah didekati dan boleh dikateogerikan dalam golongan “Low Profile”.  Menceritakan tentang minat beliau dalam sukan bola sepak dan ragbi saya juga mengusik supaya beliau memegang jawatan dalam Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) satu hari nanti.

Berbicara tentang pembangunan Pulau Bruit beliau turut menceritakan tentang beberapa projek yang bakal dilaksanakan dalam masa terdekat. Beliau turut membuat panggilan telefon kepada Pegawai Daerah Daro (D.O) En Shafie  Ahmad  untuk menceritakan sedikit sebanyak tentang projek yang bakal dilaksanakan. Berikut adalah beberapa projek yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

       Jalanraya Tekajong Penipah/Tekajong/- 3km (tender telah dikeluarkan pada 21 September 2011 dan dijangka siap dalam masa 2 bulan) bernilai 500 ribu
       Naik taraf jalan Kpg Salah Kechil
       Penambahbaikan Jeti dan jalan kampong Penibong/Penuai/ Sebako  bernilai RM2.07 juta
       Bekalan air di kampong Betanak akan dinaiktaraf untuk disalurkan ke kampong Salah Kechil, Betanak ,Penibong dan juga Penuai akan diuruskan dalam masa terdekat.
       Bekalan air untuk Kampung Bruit , Tekajong dan Penipah akan disalurkan dari Kampung Saai.
       3 pencawang Telco akan ditempatkan di Kampung Tekajong, Kawasan tengah Pulau dan Kampung Sedi.
       Bekalan elektrik dan air di Kampong Sebako akan disalurkan melalui kampong Saai/Semop dan En Shafie memohon bantuan YB En Abdullah untuk membincangkan perkara tersebut kepada pihak ladang untuk membenarkan laluan ladang digunakan.
       Projek pertanian untuk Rumah Panjang

Dalam sesi yang cukup santai itu saya juga berani mengatakan bahawa wakil rakyat ini mempunyai nilai dan jati diri yang cukup tinggi. Keyakinan dan ketokohan beliau jelas membayangkan bahawa beliau seorang yang tegas dan bekerja bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu. Pertemuan  berakhir jam 3 .30 petang dan mungkin akan ada pertemuan lain selepas ini. Kepada wakil rakyat ini harapan penduduk yang tinggi hendaklah dipikul sebaik mungkin. Beliau harus Cekal dan tabah kerana rakyat sentiasa bersama beliau dengan menyokong kepimpinan Barisan Nasional.

Nanyang Siangpau
m/s 09
12 Sept. 2011
Strategi Pakatan Rakyat

Ketiga-tiga parti cabar UMNO dan MCA: Lock Siew Fook

Kata-kata Lock Siew Fook: "DAP bukan seperti apa yang disebut oleh MCA iaitu orang Cina yang mentadbir urus orang-orang Cina, sebaliknya DAP menghalang rasuah dan bersikap bersih. Jika MCA pada PRU akan datang kalah teruk dan tidak masuk ke dalam kebinet, orang-orang Cina tidak akan terjejas, kerana sebenarnya dalam BN MCA tiada kedudukan"
11hb Kajang, Pengerusi DAP Negeri Sembilan Lock Siew Fook berkata, strategi yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat ialah, Pas dan PKR akan mencabar UMNO, DAP pula akan mencabar MCA. Lock Siew Fook semasa menghadiri upacara tarian singa ajuran belia DAP sempena nama kumpulan tarisan singa piala Ean Yong Hian Wah yang bergelar nama 'tukar purnama berwajah baru' berkata demikian.
Beliau berharap pada PRU akan datang DAP dapat tubuhkan sebuah kerajaan baru, supaya Lim Guan Eng setiausaha DAP menjadi perdana menteri kaum Cina yang pertama di negara ini, dan supaya Pakatan Rakyat dapat mewakili semua jawatan-jawatan menteri yang ada pada MCA sekarang ini, pada masa sama kembalikan sistem pilihan raya kerajaan tempatan.
BN Cuba Alihkan Pandangan: Lock Siew Fook
Beliau berkata, DAP bukan seperti apa yang disebut oleh MCA, orang Cina tadbir urus orang-orang Cina, sebaliknya DAP cegah rasuah dan kerajaan yang bersih, jika pada PRU akan datang MCA kalah teruk tidak dapat masuk ke dalam kebinet, orang-orang Cina tidak akan terjejas apa-apa, kerana MCA tiada sebarang keududukan dalam BN.
Selain dari itu, ketua jawatankuasa pilihan raya DAP Hew Kuan Yau berkata, BN mungkin lakukan seuatu yang tidak munasabah untuk alihkan pandangan, contohnya seperti PRN di Tenang, mungkin BN letakan tarikh PRU pada seminggu sebelum hari tahun baru Cina, supaya pengundi dan penyokong Pakatan Rakyat kaum Cina yang berkerja di luar tidak sanggup pulang ke kampung halaman untuk membuang undi.
Beliau berkata, mungkin sebelum PRU, BN akan umumkan mengiktiraf sijil-sijil gabungan peperiksaan sekolah-sekolah menengah Cina swasta, jika tidak MCA, Gerakan dan SUPP akan tersungkur dan kalah teruk. (Kesimpulan: 'tukar purnama berwajah baru' memberi maksud tukar kerajaan, pasukan tarian singa itu digelar: tarian singa tukar kerajaan)
sumber:tunfaisal.blogspot.com

BY :DOUBLE Y
Muhammad Asysari Johann Bin Mohammed Asni Hasibuan budak biadap yang sebelum ini galak mencabar umat Islam dan menghina junjungan Nabi Muhammad S.A.W dilaporkan telah ditahan reman oleh pihak berkuasa Singapura.

Kini beruk ini berada di penjara untuk proses siasatan lanjut yang mana dilaporkan pihak berkuasa di sana ingin menjejaki beberapa lagi rakan beruk ini yang turut terlibat dalam menghina Islam di laman facebook mereka.

Kumpulan facebook AMS dilaporkan menafikan penahanan beruk ini dengan tujuan meredakan kegelisahan geng murtad mereka yang kini mula berada dalam ketakutan. Untuk yang tidak mengenali beruk dalam gambar di atas beliau merupakan pengikut tegar Hajjah Sitt Al-Wuzara yang secara terang menghina Islam malah beberapa pihak mula marah dengan tindakan yang sama sekali tidak boleh dimaafkan.

Antara petikan daripada laman facebook beruk ini :







BINTANGOR: RH JANTING BINTANGOR
IBU PELAJAR SK BANDAR BINTANGOR


RUMAH JANTING BINTANGOR


TEMUHRAMAH BAPA PELAJAR OLEH PIHAK TV3




Bintangor:

Berkenaan dengan kes 3 pelajar yang dikurung semasa ujian UPSR yang lalu ,pegawai pendidikan Daerah Meradong Tuan Hj Abdulrahman Bin Muhyudien berkata kes tersebut masih dalam siasatan pihak kementerian pendidikan dan pengarah Pendidikan Sarawak sendiri akan mengumumkan keputusannya.
Menurutnya lagi pihak kementerian akan menjalankan siasatan secara telus dan berhemah.

Jika ada pun kelemahan cuma dari manusia dan bukannya dari pihak kerajaan.Ini kerana pihak kerajaan tidak melarang sesiapa pun daripada menduduki peperiksaan.
Tiada apa yang hendak disembunyikan.
Perkara ini menjadi hangat apabila pihak DAP cuba mensensasikan isu tersebut.

posted from Bloggeroid

AJK YANG BERTUGAS

Bintangor:
Meriah dan hangat!!!....Terlebih dahulu MT ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada YB Encik Abdullah Saidol ADUN N36 Semop serta keluarga kerana sudi hadir majlis ramah-tamah Adilfitri 2011...Turut Hadir adalah YB Abuseman Jahwie Setiausaha Politik Kepada KM Sarawak dan juga ADUN Jemoreng....Pada Malam tersebut hampir 1500 orang penduduk hadir ke Majlis Rumah terbuka YB Abdullah Saidol...
GAMBAR BERSAMA CLAUDIA

KANAK -KANAK BERMAIN

ANTARA PENONTON YANG HADIR

KK DAN BAPA YB

HAKIM PERTANDINGAN


BERAMAH MESRA DENGAN YB

GIMIK PERASMIAN

PERSEMBAHAN CLAUDIA

MERIAH

PENUH DENGAN PENONTON

CLAUDIA BERSAMA PEMINAT

SAUDARA HELMI (PEMANGKU KETUA PEMUDA) BERSAMA ENCIK KELANA

YB SEMPAT MENUNJUK BAKAT

PENGERUSI SURAU BERSAMA KK 

WANITA PBB N40 MERADONG BERSAMA-SAMA YB ABUSEMAN JAHWIE

RANCAK

JUARA FESYEN KANAK

JUARA FESYEN HARI RAYA

PARA HAKIM PERTANDINGAN

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY