'/>

Bekas Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh, berkata perkara sama pernah berlaku pada tahun 1966 ketika Presiden Amerika ketika itu, Lyndon Johnson kembali ke AS selepas selesai lawatan di Malaysia.

P/s:Tolong siasat PDRM ..mereka ini tidak setuju pengganas disiasat..kalau insiden seperti lahad datu berlaku lagi kerajaan pula disalahkan..


Sikap pakatan pembangkang yang cuba menghalalkan perbuatan mereka mencemarkan masjid yang merupakan rumah Allah dengan membandingkan dengan lawatan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama yang melawat masjid negara baru-baru ini membuktikan kemunafikan dan sikap hipokrit melampau mereka akibat dari dilanda sindrom “denial”.

Rakyat perlu tahu membezakan diantara lawatan hormat kepada kesucian Islam dengan sekadar menjadikan masjid tempat persinggahan untuk melakukan dosa pemberontakan terhadap negara. Bukan itu sahaja, penjagaan etika di dalam rumah Allah juga amat jauh berbeza diantara Barrack Obama dan pemimpin DAP yang cukup biadap.

Barack Obama membuka kasut ketika masuk ke dalam rumah Allah sedangkan DAP tidak membuka kasut semasa mereka masuk ke masjid. Sikap dan etika yang terlalu jauh berbeza juga meletakkan DAP sebagai pencemar kesucian masjid. Barack Obama masuk masjid dalam keadaan menutup aurat sedangkan pemimpin DAP masuk dalam keadaan tidak menutup aurat disamping tidak menghormati azan yang sedang berkumandang. Mereka menganggu umat Islam yang sedang menunaikan solat kerana menyerbu masjid semasa waktu solat.

Sikap pemimpin DAP yang memberi “tazkirah” di dalam masjid juga dianggap satu perbuatan yang menghina kesucian Islam. Mana mungkin DAP yang memusuhi Islam sehingga ke akhir hayat mereka memberi ”tazkirah” sedangkan diri mereka begitu jauh dari “nur” Islam. Sebenarnya rakyat tahu dengan jelas bahawa sebelum ini pemimpin DAP yang masuk ke masjid negara sekadar menjadikan masjid tempat transit sebelum mereka meneruskan agenda “pemberontakan” dengan mengadakan demonstrasi jalanan untuk menentang kerajaan.

Sebelum ini Nik Aziz menyifatkan tindakan oleh Nie Ching memberi “tazkirah” itu dilihat ganjil kononnya kerana umat Islam sekarang terlalu jahil dengan agama sedangkan pada zaman Nabi Muhammad SAW baginda mengajak orang kafir Quraisy tinggal di dalam masjid termasuk dibenar tidur, makan dan minum. Nik Aziz ini tidak habis-habis dengan “fatwa” menghalalkan cara beliau. Umat Islam perlu tahu bahawa Nabi tidak pernah mengajak orang kafir untuk memberi “tazkirah” kepada umat Islam.

Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Dr Muhammad Nur Manuty kononnya berpendapat, amalan orang bukan Islam mendekati masjid atau surau adalah tanda positif terhadap penerimaan agama, selagi tidak bercemar kesucian agama. Tahukah mereka bahawa DAP hanya bertindak menghina dan mencemar kesucian Islam apabila mereka masuk ke masjid dalam keadaan tidak menutup aurat, menganggu umat Islam menunaikan solat dan memberi “tazkirah” kepada orang Islam.

Umat Islam perlu tahu bahawa pendekatan pemimpin DAP dengan menghampiri masjid sebenarnya mempunyai agenda tersembunyi untuk “menipu” umat Islam supaya memberi laluan mudah untuk mereka pertama menjalankan agenda murtad dan juga penggunaan kalimah Allah oleh Kristian.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama telah membuat lawatan peribadi ke Masjid Negara.Beliau telah disambut oleh Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad.nTurut serta dalam rombongan Obama ialah Wakil Khas AS ke Pertubuhan Persidangan Negara-Negara Islam (OIC), Rashad Hussain.

Mkmu.net

Sebuah pesawat ringan jenis Piper Worrior 2 yang sedang menjalani latihan terhempas di Taman Kurnia Jaya, di sini, menyebabkan juruterbangnya cedera parah. Berikutan nahas jam 12.45 tengahari itu, juruterbang berusia 20 tahun itu tersepit hampir 30 minit sebelum dikeluarkan pihak bomba.

PELAKON Sidek Hussain, 63, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) 11.55 malam tadi, akibat kanser tahap empat.

Allahyarham dimasukkan ke HKL sejak Selasa lalu selepas keadaan kanser di pipinya semakin serius dan komplikasi penyakit itu merebak ke seluruh badan.

Allahyarham meninggal dunia di sisi isterinya Sebiah Sulaiman, 61.

Selain kanser berkenaan, beliau turut mengalami masalah jantung dan paru-paru.

Allahyarham pernah membintangi filem Karak terbitan KRU Studios dan beberapa lagi filem tempatan.

Al-Fatihah.

EPL: Chelsea mengalahkan Liverpool 2-0 dalam saingan di Anfield tadi.
(Demba Ba m-45+3, Willian, m90+4)

KUALA LUMPUR – Hasrat dua keluarga untuk melihat anak masing-masing bersanding di atas pelamin, tidak kesampaian apabila pengantin perempuan meninggal dunia, tiga jam sebelum majlis itu berlangsung di Dewan Yayasan Felda di Kelana Jaya, dekat sini hari ini.

Junaida Jamaludin, 29, yang baru diijabkabulkan dengan pasangannya, Muhammad Danial Zainal Abidin, 30, malam tadi, ditemui tidak bernyawa oleh ahli keluarganya di bilik rumah mereka di Petaling Jaya, kira-kira pukul 8.30 pagi.

Lebih menyedihkan, kematian Junaida hanya diketahui ketika ahli keluarga lain sedang sibuk melakukan persiapan terakhir majlis persandingan yang dijangka bermula pada pukul 11.30 pagi dengan jemputan seramai 900 orang.

Pengantin difahamkan tidak mempunyai sebarang penyakit kritikal, walau bagaimanapun pemeriksaan perubatan mendapati kematiannya dipercayai berkaitan dengan masalah saluran urat di kepala.

Sebahagian daripada tetamu yang dijemput turut terpinga-pinga sebaik sahaja sampai di dewan berkenaan yang ‘suram’, sebelum mengetahui berita kematian tersebut.

Abang Junaida, Kamarul Affendy, 38, berkata, segala persiapan telah siap sepenuhnya dan mereka sekeluarga hanya menunggu persandingan kedua-dua mempelai disempurnakan sahaja.

Namun katanya, takdir telah mendahului mereka apabila adik bongsu daripada empat beradik itu telah pulang ke rahmatullah sebelum sempat menunaikan tanggungjawab sebagai isteri.

“Kami semua tidak sabar untuk meraikan pasangan pengantin baharu itu kerana ini majlis kedua dalam keluarga kami. Semua benda telah pun siap dan kami hanya menunggu untuk melihat arwah dan pasangannya berarak dan bersanding di pelamin yang dihias indah.

“Namun semua perancangan kami tinggal impian semata-mata kerana adik telah meninggal dunia sebelum majlis itu sempat bermula. Majlis itu kami jadikan sebagai kenduri arwah sahaja,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Menceritakan kejadian itu, Kamarul Affendy memberitahu, Junaida gagal dihubungi ahli keluarga yang lain ketika mereka sekeluarga mahu ke dewan untuk persiapan terakhir.

“Kami semua sepatutnya berada di dewan itu pada pukul 9 pagi dan ada ahli keluarga yang lain cuba menghubungi adik namun panggilan tidak berjawab.

“Kami kemudian ke biliknya dan kami sangka dia tidur kerana terlalu letih ekoran majlis malam tadi, namun semuanya berubah apabila menemukan dia tidak sedarkan diri,” katanya. – Utusan Malaysia


Penjelasan Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr Ahmad Yunus Hairi tentang catuan air dibidas kerana memperlekehkan rakyat negeri itu.

Dr Ahmad Yunus Hairi, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Selangor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS Sijangkang ketika diwawancara harakahdaily.netberkata adalah sikap malas jika bergantung semata-mata kepada air paip.

“Sebagai didikan juga kepada rakyat, kalau pada diri saya sendiri lah, dalam keadaan tiada air paip tetapi hujan lebat, kita boleh simpan air hujan untuk kegunaan selain makan minum. Ambil peluang masa hujan ini.

“Jangan bergantung 100 peratus pada air paip. Kalau saya sendiri tidak ambil air hujan ini dalam keadaan air paip saya tak ada, apa yang saya boleh kata pada diri saya selain ‘malas’,”katanya.

Kenyataan Exco Kerajaan Negeri Selangor itu telah menjadi viral di internet.

“Sabar bang,” kata Mohd Ekmal Ahmad kepada @mesincetak yang membuat kenyataan sinis berbunyi,”Di tepi mulut yang berwarna hitam tu, apa bang ? Otak ?

“Kalau dah namanya politikus, 2-2 mentaliti sama,” kata Shawalfitri Yaakob.

@JeffriMS pula mencabar pemimpin Pakatan Rakyat (PR) yang dahulunya mencanang air di Lembah Klang lebih dari cukup, tampil ke hadapan memberi penjelasan.



Kedatangan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama ke negara ini terus menjadi perbualan hangat dan dikaitkan dengan perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) yang masih lagi dalam perbincangan.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed menyifatkan manfaat kedatangan Obama ke negara ini tiada beza dengan pemimpin dunia yang lain.

"Manfaatnya macam pemimpin-pemimpin lain juga. Baru-baru ini Presiden China... kita seronoklah orang datang. Tak ada beza," katanya kepada pemberita di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam.

Ketika dibangkitkan dakwaan kedatangan Obama dikaitkan dengan persetujuan perjanjian TPP, beliau menekankan bahawa AS perlu menghormati keputusan negara ini meskipun Malaysia sebuah negara kecil seumpama semut.

"Saya harap tak ada paksaan. Nak datang, datanglah. Kita negara kecil. Kalau orang besar datang, kita rasa kecil. Jadi, apabila kita takut dengan orang, kita tandatangan. Kitalah yang akan mengalami kerugian.

"Jadi, jangan ada paksaan. Kalau kita kata belum sampai masanya, hormatilah kita walaupun kita sebesar semut," katanya.

Dalam perkembangan lain, ketika diminta mengulas mengenai tulisan terbaru dalam blog miliknya, beliau seakan menolak dakwaan bahawa artikel tersebut ditujukan buat pemerintah negara ini.

"Berkenaan penulisan saya dalam blog, tentang mereka yang berkuasa. Apabila cakap tentang pihak yang berkuasa, kita akan fikir berkenaan dengan kerajaan tapi semua orang ada kuasa termasuk pengundi... media.

"Semua orang berkuasa, yang saya desak adalah supaya semua orang yang berkuasa menggunakan kuasa itu dengan cara yang baik dan tidak menyalahgunakan kuasa," katanya.

Adalah sukar bagi BN menggugat kedudukan DAP di Parlimen Bukit Gelugor memandangkan parti itu berjaya memperoleh majoriti undi selesa pada PRU13 lalu.

Timbalan Dekan Fakulti Sains Sosial, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata, sudah tiga penggal DAP menguasai Parlimen itu dan ternyata mereka berjaya meningkatkan majoriti undi sejak 2004.

“Peningkatan majoriti yang mendadak membuktikan rakyat di kawasan itu menerima baik pimpinan DAP yang diterajui oleh Karpal Singh.

“Pada 2004, Karpal berjaya memperoleh majoriti undi sebanyak 1,261 undi. Beliau terus mendapat sokongan baik apabila menang selesa dengan majoriti besar iaitu 42,706 undi pada PRU13 lalu,” katanya, semalam.

Menurut Sivamurugan,  bukan sahaja sokongan rakyat terhadap parti menjadi faktor kemenangan DAP dalam PRK kali ini,  tetapi faktor kematian Karpal yang tragis juga boleh menarik undi simpati orang ramai.

Katanya,  soal calon bukan masalah besar buat DAP kerana siapa pun yang diletakkan, parti itu mempunyai peluang cerah.

Sivamurugan turut berpendapat adalah baik BN tidak meletakkan calon mereka kali ini dan lebih memfokuskan sasaran untuk PRU14.

Bagaimanapun, beliau berkata, jika BN tetap mahu meletakkan calon, medan PRK kali ini boleh menjadi batu ukuran buat mereka khususnya MCA dari segi peningkatan sokongan masyarakat Cina terhadap parti itu.

“Di atas kertas peluang BN tipis, hanya bergantung pada bagaimana DAP mengurus isu berbangkit,” katanya.SH

"Mereka (pemimpin politik) harus sedar bahawa rakyat sudah bosan dengan sikap berpolitik sepanjang masa hingga melupakan agenda pembangunan negara." kata Felo Penyelidik Utama Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Mansor Mohamad Noor - Astroawani.

Betul tu, saya percaya semua orang termasuk orang politik pun bersetuju dengan kenyataan beliau. Orang Pas saya tak pasti, sebab sebelum ini selalu disebut oleh mereka yang politik itu sendiri tidak dapat dipisahkan dari kehidupan dan agama.

Masalah utama yang saya lihat disini adalah dari sudut definisi.

"Sudah tiba masanya sikap mahu partikan negara ini dihentikan, sampai bila nak berpolitik sepanjang masa? sepatutnya selesai pilihan raya, sama-sama bangunkan negara.

"Kalau ada kelemahan, jangan dipolitikkan tetapi beri penyelesaian, negara tidak ke mana kalau setiap masalah dipolitikkan tanpa ada penyelesaian," 

Setiap orang akan melihat kenyataan di atas ditujukan kepada orang lain, BUKAN kepada dirinya sendiri !

Perkara ni dah lama dibincangkan, takkan ke mananya. Bagi pembangkang ( 'pembangkang' ini sebenarnya merujuk kepada kedua BN dan PR ), penyelesaian utama adalah dengan jatuhnya lawan. Setelah lawan jatuh, mereka akan ambilalih dan ketika itu setiap masalah akan diselesaikan ......

Jadi sementara nak tunggu lawan itu jatuh, kenalah rakyat berkorban ... begitulah keadaannya sekarang.

"Cukup-cukuplah berpolitik, hadkan ketika musim pilihan raya sahaja, bekerjasama bangunkan negara demi rakyat," 

Sememangnya itulah kehendak rakyat .........  dan kehendak parti yang memerintah ! ( 'parti yang memerintah' ini juga merujuk kepada kedua BN dan PR )

Pesanan yang bagus tapi bagi saya umpama mencurah air di daun keladi.

Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/rakyat-bosan-sikap-politikkan-semua-masalah-penganalisis-34594?cp



Suspek Tatoo Harimau Tembak Polis Di Ampang Berjaya Ditahan

SHAH ALAM, 24 April –Seorang lelaki Mualaf berbangsa Cina yang dipercayai suspek dalam kes tembak dua anggota polis dari Cawangan kereta Peronda (MPV) di Taman Lembah Maju, Pandah Indah, Ampang Jaya dua minggu lalu telah ditahan polis.

Lelaki berusia 44 tahun itu ditahan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya dalam satu serbuan di sebuah rumah yang terletak di Lorong Gunung Rapat 11, Taman Cemerlang Rapat, Ipoh, Perak.

Semasa pemeriksaan dapati seorang wanita Cina berada dalam rumah tersebut. Namun semasa pemeriksaan dijalankan telah menjumpai seorang lelaki berbangsa Cina dan pemeriksaan pihak polis telah menemui tattoo harimau di badan lelaki terbabit.

Ketua Polis Selangor, CP Dato’ Pahlawan Mohd Shukri b. Dahlan dalam sidang media sebentar tadi menyatakan dengan tertangkapnya lelaki terbabit kes ini disifatkan selesai. Walau bagaimanapun pihak polis sedang melakukan siasatan lanjut bagi mengesan seorang lagi rakan suspek yang masih bebas. Suspek kini direman sehingga 27 April 2014. Kes disiasat di bawak Seksyen 307 Kanun Keseksaan



Hafiz memberitahu dia memang dalam proses mengurangkan berat badan kerana mahu menjaga imej dan penampilannya disamping kesan daripada letih bekerja. Bahkan Hafiz berani dan bersedia untuk menjalani ujian air kecing demi membuktikan dia bersih daripada sebarang pengambilan dadah.
“Bila orang tengok kita gembira, mula lah mereka tak senang dengan kita. Kenapa saya nak kena ambil dadah kalau saya tahu yang dadah itu sendiri akan membunuh karier kita. Impak dan kesan pengambilan dadah tu sangat dahsyat. Kenapa saya nak rosakkan diri saya dengan melakukan perkara sebegitu?
“”Kalau ada pihak yang mendakwa saya mengambil dadah, saya bersedia untuk membuat ujian urin. Saya berani katakan yang saya bersih”, tegasnya.
Tidak setakat dakwaan ambil dadah, timbul pula dakwaan kononnya segala kejayaan yang dikecapi hari ini bukan atas usaha gigihnya selama ini sebaliknya dengan cara menggunakan ilmu sihir. Senang kata, Hafiz mengamalkan ilmu hitam untuk untuk mendapatkan tawaran nyanyian juga memenangi pelbagai anugerah.
“Saya amalkan ilmu hitam? Itu mengarut! Bagi saya kalau kita nak cari rezeki biarlah cara yang betul dan diberkati. Kalau saya gunakan ilmu hitam, saya rasa hari ini saya tak jadi penyanyi. Mak ayah saya berpesan, kalau nak sesuatu itu biar atas daya usaha kita sendiri. Apa yang saya kecapi ini atas usaha gigih saya sendiri. “, kata Hafiz sekaligus menyangkal dakwaan tersebut.
Bagaimanapun kata Hafiz, dia tidak marah dengan dakwaan tersebut sebaliknya menganggap itu adalah lumrah.
“Biasalah… manusia ni kadang-kadang tak boleh tengok orang lain senang. Mulalah timbul buruk sangka dan andaian yang bukan-bukan terhadap kita”, ujarnya sambil tersenyum

LAHAD DATU - Seorang lelaki yang mengaku dirinya diberi kuasa oleh Sultan Sulu untuk mengurus orang Suluk yang berada di daerah ini diberkas di Kampung Long Danau, Jalan Silabukan, kira-kira 16 kilometer dari bandar Lahad Datu, semalam.

Lelaki berusia 57 tahun itu, ditahan jam 5.30 pagi melibatkan operasi khas diselaraskan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) berdasarkan maklumat Bahagian Pertahanan Esscom.

Ketua Pengarah Esscom, Datuk Mohammad Mentek berkata, lelaki itu ditahan kerana memasang bendera Kesultanan Sulu yang dikhuatiri mempengaruhi semangat patriotik orang Suluk yang menetap atau menjadi warganegara di negeri ini.

Beliau tidak memberi butiran lanjut identiti lelaki berkenaan yang hanya memiliki salinan kad pengenalan atas faktor keselamatan.

"Pihak Esscom mengesan bendera itu dipasang di rumah lelaki berkenaan semasa anggota keselamatan Esscom diketuai Pegawai Memerintah 18 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) membuat rondaan kira-kira jam 9 malam Ahald lalu.

“Anggota kita yang membuat rondaan melihat ada bendera tersebut dipasang di salah satu rumah di kampung itu yang menimbulkan rasa curiga dan berikutan itu, anggota keselamatan melaporkan perkara itu kepada Bahagian Pertahanan Esscom dan seterusnya
memaklumkan Briged Esscom berpangkalan di Cenderawasih (Felda Sahabat).

“Anggota pertahanan dan keselamatan Esscom membabitkan satu platun masing-masing dari RAMD, komander tentera dan VAT 69 (polis) mengepung perkampungan itu sebelum menyerbu rumah disyaki,” kata Mohammad dalam satu kenyataan.

Susulan tangkapan, suspek dibawa ke ibu pejabat polis daerah Lahad Datu untuk siasatan.

Long Danau terletak tidak jauh dari Kampung Tanduo yang merupakan medan pendaratan kumpulan penceroboh atau pengganas Sulu pada Februari tahun lalu.sumber

Selayang: Polis menahan Pengerusi Jawatankuasa Penganjuran Sambutan Wiladah Saidatina Fatimah Az- Zahra Ustaz Mohd Kamil Zuhairi, ketika beliau sedang berucap pada majlis anjuran pengikut Syiah Imamiyyah (Ja'fari) di Taman Sri Gombak, 2.45 petang tadi.

Difahamkan sehingga 5.20 petang, Mohd Kamil yang berbaju batik biru masih berada di Balai Polis Selayang untuk memberi keterangan yang sudah berlangsung hampir dua jam. 

Beberapa pegawai daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia turut berada di padang awam tempat Mohd Kamil ditahan. 
HM

Semoga ditempatkan bersama orang yang beriman...amin...

MENGERIKAN. Itulah perkataan yang sesuai untuk menggambarkan apa yang dialami oleh seorang murid lelaki berusia 10 tahun menerusi gambar yang dikongsikan di akaunFacebook Harian Metro, hari ini.

Tidak diketahui puncanya, sebatang besi longkang tertusuk pada wajahnya sehingga menembusi kulit pipinya.
Kejadian itu berlaku di Sekolah Kebangsaan Sacred Heart, Kota Kinabalu sekitar jam 12.30 tengah hari tadi.
Menerusi komen salah seorang pembaca, biar pun dalam keadaan sakit, murid itu langsung tidak menangis.
Melihat keadaan besi penutup longkang itu, kami tidak menolak kemungkinan ia berlaku akibat kerosakan pada infrastruktur besi itu sendiri.
Semoga pihak berwajib mengambil tindakan agar kejadian sebegini tidak berulang lagi khususnya di kawasan sekolah.

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY