POLID NAFI DAKWAAN ARAHAN TEMBAK 179 INDIVIDU
Sebaran maklumat melalui rakaman suara di aplikasi WhatsApp konon-nya Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengarahkan pihaknya menembak mati 179 individu termasuk dua penjenayah warga India tanpa perbicaraan adalah palsu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, tuduhan itu tidak berasas sama sekali dan berbentuk hasutan.
Menurutnya, polis memandang serius perkara itu kerana penyebaran maklumat palsu boleh membawa kepada insiden perkauman.
"Siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti dalang yang mengeluarkan kenyataan tersebut.
"Kita tidak akan teragak-agak mengambil tindakan kepada sesiapa yang menyebarkan maklumat tersebut mengikut Akta Hasutan 1984," katanya, kelmarin.
Dalam rakaman tersebut, semua ahli kongsi gelap diarahkan berkumpul di Bukit Aman pada jam 2 petang, hari ini.
Sumber : Sinar Harian
No comments: