'/>

Update : 31 Ogos 2016 //7:51ptg

Futsal Piala YB Datuk Norah 2016
Tarikh:3 dan 4 September 2016
Venue :Kompleks Sukan Bintangor

Team
1.JPJ Sarikei(11801)
2.BBIM (11802)
3.ANAPURA F.T (11803)
4.HOODLUM VETERANO (11805)
5.HOODLUM '08(11806)
6.HOODLUM A (11807)
7.J.T.G FC (11808)
8.THE HANA
9.MOLTEN A7OE FT
10.BT8M FT
11.S.L.L
12.GOAL DIGGER FC
13.OZZOOM UTD
14.HACKER FT
15.HMG FC
16.BFC
17.MAROP FC
18.KTB REVOLUTION FT
19.STREAMYX  FT

Cc.
-Kr Halmi Bin Morsili
-Pengadil

"Kita sattle dengan Goalll"...

BEZA SEMANGAT PATRIOTIK BOTAK CHIN DENGAN MP KUCHING DAP, CHONG CHIEN JEN YANG TIDAK MAHU BERDIRI KETIKA NEGARAKU DIDENDANGKAN

Sempena Hari Kebangsaan tak lama lagi, aku nak berkongsi dengan korang satu kisah mengenai penjenayah paling terkenal di Malaysia, Wong Swee Chin atau Botak Chin. Dia ni bukan kepala botak, tetapi botak tu stands for tiga perkataan Hokkien yang bererti Tiada ( Bo ), Kerja ( Tak ) Chin ( Cina ) atau Cina Tiada Kerja atau ‘jobless Chinese’.

Ganas tak ganas Botak Chin, dia pernah rompak Kelab Selangor (Dataran Merdeka) pada Oktober 1975 dan bawa lari RM218,000 ketika itu! Bayangkan 41 tahun lepas pun dia berjaya dah sakau beratus ribu. Dia juga memiliki tak kurang dari 19 pucuk senjata, lima bom tangan dan lebih 1,000 butir peluru!

Kumpulan dia pernah cari dan tembak pegawai polis yang menyiasatnya sampai cedera parah. Masa dia ditahan di Penjara Pudu, dia bukan saja mengamuk, membelasah dan menikam wadar dengan benda tajam, malah dia dah siap rancang nak bom penjara tersebut!

Namun di sebalik betapa ganasnya manusia bernama Botak Chin, izinkan aku berkongsi sedikit 'sisi putih' penjenayah ini untuk kita renung bersama menjelang Hari Kemerdekaan tak lama lagi.

Menurut pakar psikiatri yang memantau perilaku penjenayah itu, Tan Sri Dr. Mahadevan, suatu hari ketika dihantar ke Hospital Tanjung Rambutan untuk menjalani pemeriksaan jiwa, doktor berkenaan secara diam-diam dan tanpa pengetahuan Botak Chin, telah memasang kamera litar tertutup, macam CCTV lah, dalam bilik khas yang menempatkan penjenayah tersebut.

" Masa kat sana, dia hanya minta TV kerana dia nak tengok semua rancangan dari mula sampai habis siaran. Seperti biasa, setiap kali bila nak tamat siaran di tengah malam, RTM akan memainkan lagu Negaraku.

" Terus terang, saya bagaikan hampir tidak percaya kerana lelaki yang terkenal dengan kes-kes jenayahnya itu AKAN BANGUN setiap kali lagu Negaraku berkumandang!," kata Mahadevan dalam satu temuramah dengan NST kira-kira 36 tahun lalu.

Tidak cukup dengan itu, Botak Chin juga sangat mengagumi Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tun Abd Razak sehingga dia telah menghantar kalungan bunga dan merakamkan simpatinya dalam bentuk kad sewaktu arwah meninggal dunia pada tahun 1976! Dia merujuk Tun Razak sebagai 'Perdana Menteri saya yang tercinta' dan turut melahirkan kekagumannya terhadap Tunku Abd Rahman.

" Bukan senang nak jaga Malaysia...ada tiga kaum besar tau. Bila saya jadi ketua gangster baru saya tau bukan mudah mau jadi pemimpin," katanya.

Nampak? Gangster dan taiko besar pun ada semangat patriotik, orang sekarang? Ermmm malas nak cakaplah.

Botak Chin dijatuhkan hukuman gantung pada 11 Jun 1981. Antara kata-kata yang dia pernah sebut;

" Saya bukan pembunuh, saya penjatuh hukuman. Saya TAIKO! Kalau saya kena gantung nanti, adakah anda nak cakap pegawai penjara itu pembunuh? Sudah tentu tidak. Dia hanya menjalankan tugas ". Sebelum mati, Botak Chin minta mata dan buah pinggangnya didermakan pada mereka yang memerlukan. Dan tak siapa tahu, adakah 'wasiatnya' itu telah ditunaikan atau sebaliknya.

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan tak lama lagi. Sejauh mana patriostisma korang?

ajuhh merami perkarangan parking lot padang bolasepak kampung seberang Sarikei!
ada Sarikei Merdeka Auto Gathering
dari jam 430ptg sampey 1.oo pagi.
untuk apa2 jak kereta yang mok join,petang tok pun boleh register di tapak event
yuran RM10 (Sticker,bendera Swk/Msia,Pas).
ini hanya auto Gathering..x ada Pertandingan No Autoshow Competition.

kita santai2..
keta sapa ada audio system boleh blast audio lepas jam 0830 malam!
ada lighting boleh show off malam kelak!
pukul 12 kita konvoi kejap area pasar!

jomm!
Sumber :jhoebling sacs

BINTANGOR :  Pemuda PBB N.46 Meradong menyatakan pendirian tegas menyokong tindakan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem berhubung isu Petronas, semalam.
Sehubungan itu, Ketua Pemudanya, Halmi Morsili dalam satu kenyataannya berkata,  parti itu menyahut baik tindakan kerajaan negeri  Sarawak yang berjaya mencapai  tujuh persetujuan dengan Petronas.
Menurutnya, kejayaan itu membuktikan keberanian Ketua Menteri mengetengahkan hak orang Sarawak.
“Bukan itu sahaja,  kita juga berjaya meletakkan anak tempatan iaitu Tan Sri Mohamad Morshidi Abdul Gani sebagai ahli Lembaga Pengarah Petronas. Apa yang pasti, itu satu keputusan yang amat mengembirakan kita,” katanya.
Malah ujar Halmi,  persetujuan itu juga membuka lebih banyak peluang kepada anak tempatan untuk bekerja dan melanjutkan pengajian di Universiti Teknologi Perak.
Dalam tempoh jangka panjang  katanya, langkah itu juga berupaya melahirkan lebih ramai anak Sarawak yang memiliki kemahiran.
“Kita mahu impian untuk menjadikan Sarawak sebagai negeri berpendapatan tinggi menjadi kenyataan suatu hari nanti.
“Ini satu langkah bijak yang mempunyai manfaat dalam tempoh jangka panjang.  Bagi saya, anak tempatan perlu memanfaatkan peluang itu dengan sebaiknya.  Mereka perlu bersedia dengan melengkapkan diri dengan  ilmu dalam bidang berkaitan.
“Sehubungan itu, juga berharap perbincangan royalti minyak dan perkara lain dipercepatkan supaya memberi lebih banyak pembangunan terutamanya kepada kawasan luar bandar di negeri ini,” tambahnya.
Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata,  perpaduan terus menjadi agenda kerajaan kerana menyedari peranan pentingnya sebagai prasyarat kesejahteraan hidup  masyarakat pelbagai kaum di negeri ini.

Katanya, perjalanan sejarah jelas membuktikan pembangunan yang dikecapi hari ini adalah hasil daripada corak hidup masyarakat yang hidup saling menghormati, memahami dan bertolak ansur antara satu sama lain.

Katanya, senario positif itu juga berkait rapat dengan suasana negara yang tenteram dengan rakyatnya terus menikmati kemakmuran.

“Pemuda PBB sentiasa mendokong usaha itu.  Kita sedar untuk mengekalkan keamanan bukan mudah. Sebagai rakyat, kita patut bersyukur. Kekal dan tingkatlah perpaduan sedia ada,” tegasnya.

46 AKTIVITI JUDI TUMPAS

Kuching: Polis Sarawak berjaya menumpaskan 46 aktiviti perjudian atas talian dan penjualan loteri awam tanpa lesen di negeri ini sepanjang minggu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar berkata, 46 serbuan yang dijalankan itu diadakan di 23 daerah negeri ini.

Menurutnya, seramai 72 individu ditahan berusia 14 hingga 70 tahun dalam serbuan itu dan merampas wang berjumlah RM37,722.

"Sebanyak 40 serbuan berkaitan penjualan loteri awam tanpa lesen, tiga judi atas talian dan tiga kerana berjudi di tempat awam.

"Polis merampas 20 komputer dan 16 tablet yang digunakan untuk judi atas talian dab pelbagai peralatan untuk penjualan loteri awam tanpa lesen sepert telefon bimbit dan mesin pencetak turut dirampas," katanya.

Katanya, serbuan akan terus dijalankan bagi memastikan Sarawak bebas dari aktiviti perjudian tanpa lesen.

Sumber: Harian Metro


*Kenyataan*
*YB Dato Seri Idris Jusoh*
*Menteri Pendidikan Tinggi*

*Bantuan Kewangan Bagi Yuran Pendaftaran Kemasukan Pelajar ke Universiti Awam*

Saya telah menerima maklumat bahawa terdapat segelintir pelajar, terutamanya daripada golongan B40 (Bottom 40), yang menghadapi kekangan kewangan untuk membayar yuran pendaftaran bagi kemasukan ke Universiti Awam.

Sehubungan dengan itu, saya telah menghubungi setiap Naib Canselor Universiti Awam mengenai perkara ini.

Alhamdullilah, mereka telah menzahirkan keprihatinan tentang hal ini dan memberi jaminan kepada saya bahawa pihak Universiti sedia membantu para pelajar yang mengalami kesulitan kewangan untuk membayar yuran pendaftaran.

Oleh itu, para pelajar baru diminta untuk hadir pada hari pendaftaran di UA masing-masing dan bolehlah merujuk kaunter khas yang disediakan oleh pihak universiti untuk bantuan kewangan dan keterangan lanjut.

Malah PTPTN juga menyediakan bantuan wang pendahuluan pembiayaan  (WPP) berjumlah RM1500 bagi pelajar yang memerlukan dan memenuhi kriteria yang ditetapkan. WPP boleh ditunaikan oleh pelajar penerima mulai 22 Ogos lepas.

Pelajar-pelajar yang berhasrat utk mendapatkan pinjaman PTPTN, hendaklah memastikan permohonan secara online dihantar sebelum tarikh tutup pada 31 Ogos 2016 dan seterusnya melengkapkan dokumen tawaran mengikut tarikh yang ditetapkan bagi memastikan wang pinjaman dapat diterima dengan cepat.

Mewakili pihak Kerajaan khususnya Kementerian Pendidikan Tinggi, saya berharap proses kemasukan berjalan lancar agar pelajar berpeluang mengambil tempat untuk melanjutkan pendidikan. Inisiatif-inisiatif ini juga diharap sedikit sebanyak dapat membantu mahasiswa.

Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang berjaya mendapat tempat di UA seluruh negara.

Salam #SoaringUpwards

28 Ogos 2016
Putrajaya

Ziarah oleh Hikmah Cawangan Sarikei.

"This is just the beginning," CM said in a press conference that was held at Hornbill Skyways at Kuching international airport upon his return from KL at 1.30 pm this afternoon. 

Follow the details below: 

YAB CM PRESS STATEMENT ON NEGOTIATION WITH PETRONAS


I had a meeting with the Prime Minister and Datuk Wan Zulkifli Wan Ariffin, CEO of Petronas yesterday at the Prime Minister’s Office in Putrajaya. We have these amicable agreements that:


1) The appointment of Sarawakian as a member of the board of directors of Petronas. The State Secretary will represent Sarawak.

2) The 192 posts now vacant are to be advertised in local papers and to be filled by Sarawakians. PETRONAS is to consult the State Government if no Sarawakian is suitable for the job.

3) PETRONAS will provide up to 50 places for Sarawakians to do undergraduate studies at University Technology PETRONAS.

4) PETRONAS will intensify Technical Training for Sarawakians and enroll more Sarawakians in their training centres throughout the country.

5) PETRONAS is committed to support two (2) Petrochemical Industries now under final negotiation. PETRONAS will also support other Petrochemical and downstream industries after the completion of the Joint Study on Petrochemical Industries with the state government.

6) PETRONAS together with Federal Government will consider the intention of State Government to participate in PSC contracts so that the state can benefit from the contracts.

7) Accepting the working plan by PETRONAS to increase the number of Sarawakians. The figures are to be achieved by 2020:


Management from 33% to 60%

Manager 41% to 60%

Executive  48% 75%

Non-executive 95% to 95%


Total number of PETRONAS Employees in Sarawak:

 

SARAWAKIANS  3,880

NON-SARAWAKIANS 1,310

TOTAL 5,190


Total number of Sarawakians in PETRONAS outside Sarawak = 1,000.


After this the Subcommittee chaired by the State Secretary will review the issuance of work permit with a view to lifting some which are being freezed.  The State will review all 586 positions now pending approval for work permit to ensure that Sarawakians are given priority to fill the posts. 


With regards to royalty and other matters, that will be discussed later on. 


-Ends-


Saturday, 27th August 2016

Skim Pinjaman Komputer Riba bakal manfaat 33,000 pelajar tingkatan lima di Sarawak.

Lori balak accident berdekatan dengan Simpang Jalan Hulu Julau/ SESCO.

Foto by julau 3

Congrats Sabariah! You are the first woman to hold such position.

Sarawak has set a milestone by appointing Dr Sabariah Putit as Deputy State Secretary (Administration) – the first woman to hold such a position.

The Borneo Post reported that Sabariah, in her new post, would focus on performance and service delivery transformation in relation to issues such as state civil service transformation, educational attainment of students, state public relations strategy, welfare and sports.

She will be working with the state’s two other deputy state secretaries – Ismawi Ismuni and Jaul Samion.

Sabariah, who was appointed to the post on August 8, paid a courtesy call on Chief Minister Adenan Satem Wednesday.

She told the Borneo Post that she aspired to see Sarawak progress further and that all Sarawakians would be able to benefit from the state’s development.

“No doubt, there are many challenges ahead, but with more women holding decision-making positions in the civil service, we are ready to work hand in hand with the men in transforming the state as a whole.

“I’m privileged and honoured to serve in the Sarawak civil service,” she said.

Sabariah’s credentials are quite impressive.
Having served in the state civil service for the past 28 years, she has previously held senior positions such as State Human Resource Unit director, Human Resource Development and Quality Unit director, and chief executive officer for the Centre for Modern Management.

Miri :Ngos and Opposition political parties held at peaceful demonstration at Petronas Carigali office just 20 minutes ago..
Foto by md abdullah

Tahniah tuan Ismaily Joharie, Tn. Hj. Suib Basnu, Kr. Japar Sidek, Tn. Hj Azmi Hj Mahji, Kr. Seli Ak. Judi atas perlantikkan semula..

PM Singapura rebah semasa ucapan... Semoga beliau mendapat rehat yang cukup dan semoga cepat sembuh. Saya tidak dapat mengelak dari terbaca komen-komen di post tersebut..  Ambillah pengajaran dan jadikan iktibar...

Sarikei:A snatch thief was caught by member of the public in Sarikei just now.

Seorang peragut ditangkap oleh orang ramai di Sarikei sebentar tadi

Foto by Sarikeians

Sarawak’s Chief Minister’s Department (CMD) representing the state civil service and Malaysia was declared the winner of the Commonwealth Association for Public Administration and Management (CAPAM) International Innovation Awards (IIA) 2016 in the Innovation DNA Category along with India.


Sukan Olimpik Rio menutup tirai hari ini. Kontinjen negara pulang dengan 5 pingat: 4 perak dan 1 gangsa. Ini pencapaian yang terbaik oleh kontinjen Malaysia dalam sejarah penyertaan kita dalam temasya Olimpik. Kalau di campur semua pingat yang dimenangi daripada edisi-edisi Olimpik sebelum ini, jumlahnya 6. Kali ini 5. Tahniah kepada kontinjen kita.

Walaupun Negaraku masih tidak berkumandang di Sukan Olimpik, saya bangga dengan pencapaian para atlet kita. Mereka berjaya menyatukan rakyat dan memberi sinar harapan kepada semua tak kira bangsa, usia mahupun latar belakang.

Saya tahu Lee Chong Wei sangat sedih dengan keputusan perlawanan akhir. Berat mata memandang lagi berat bahu yang memikul harapan negara selama sepuluh tahun lebih. Kepada Chong Wei, anda tetap kebangaan negara. Anda tetap hero kami, rakyat Malaysia. Terima kasih kerana berjuang habis-habisan selama ini. Anda mendapat penghormatan setiap seorang rakyat Malaysia.

Kepada Wee Kiong dan V Shem, Liu Ying dan Peng Soon, Pandelela dan Jun Hoong, dan Azizul: tahniah dan terima kasih kerana menjadi kebangaan negara, berdiri diatas pentas dunia sebagai juara. You're all the best and you have inspired generations of Malaysian athletes to come.

Kepada para atlet, jurulatih dan pegawai yang lain, saya juga mengucapkan tahniah dan terima kasih. Thank you for making this Malaysia's BEST EVER Olympic Games. Kepada Ketua Kontinjen, Tan Sri Alamin, terima kasih atas kepimpinan yang hebat. One for the history books, Min.

Terima kasih juga saya ucapkan kepada predecessor saya, Dato' Shabery Cheek. Anda telah mulakan Program Road to Rio selepas London 2012 yang telah saya mewarisi dan meneruskan. Ini hasilnya boh! Kemah keming Kemamang!

Namun fokus kita sekarang mesti beralih ke Tokyo 2020. Perancangan kearah 2020 telah bermula dengan pelancaran Program Podium pada Februari tahun ini. Saya akan tekankan lagi  pembangunan para atlet pelapis dan penerapan sains sukan melalui Program Podium dan Program Kita Juara. Saya yakin dengan perancangan yang baik, Tokyo 2020 akan mengakhiri penantian Malaysia untuk mendapat pingat emas.

Sekali lagi tahniah kepada wira-wirawati negara. I will look back on Rio years from now with tears in my eyes and pride in my soul. Because you all made me believe that we can achieve greatness and a nation united.

Malaysia Boleh!
Majulah sukan untuk negara.

Rezeki nelayan.

Obor-obor di Kampung Penipah, Mukah.

Kredit Foto : Abglong Dell

Andai benar seperti yang diperkatakan, mohon penjelasan (saya bukan menuduh, cuma mohon pencerahan) bagaimana 3 orang kakitangan anda iaitu seorang OIM, seorang Production Supervisor dan seorang Side Planner boleh ke platform Baram Bravo dari jeti Pulau Melayu pada pagi khamis semalam, sedangkan mereka adalah di dalam senarai antara kakitangan yang tidak mempunyai atau telah tamat tempoh permit kerja nya, sepertimana yang dikeluarkan oleh HR Petronas SKO pada hari Isnin yang lepas. Saya tak yakin yang permit kerja boleh dikeluarkan secepat itu.

P/s mohon pihak immigresen melakukan serbuan dan siasatan dengan kadar segera. Permit kerja melibatkan soal keselamatan negeri Sarawak.

KERAJAAN diminta memantau pengeluaran lesen perniagaan di negeri ini agar memastikan ia tidak disalah guna dengan menjalankan aktiviti menyalahi undang-undang.

Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) negeri, Abdullah Saidol berkata, pemantauan tersebut perlu dijalankan dengan serius kerana banyak dibangkitkan yang mana berlaku penyalahgunaan lesen dengan menjalankan aktiviti judi haram.

“Pengeluaran lesen perniagaan ini yang dilakukan pada peringkat daerah oleh Majlis Daerah dikatakan ada disalahguna untuk tujuan yang lain.

“Lesen perniagaan itu yang sepatutnya digunakan bagi aktiviti mengikut undang-undang sebaliknya menjalankan kegiatan haram seperti perjudian,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Pemeteraian Memorandum Persefahaman antara Unit Pembangunan Usahawan dan Industri Halal dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di sini hari ini.

Tambah Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri itu, seperti mana yang diminta Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan, Perdagangan dan Pelaburan negeri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan agar pemantauan serius dan penguatkuasaan serius dalam pengeluaran lesen perniagaan agar mengelakkan lesen itu disalahguna.

“Maka saya harap kerajaan memandang serius perkara ini yang juga dibangkitkan pihak pembangkang.

“Bukan soal ini saja, kita juga mahu mempastikan pemantauan serta penguatkuasaan yg lebih serius bukan hanya melibatkan aktiviti pembalakan haram tapi juga dalam isu penyeludupan dan judi haram, dan lain-lain dipantau dan diambil tindakan,” tegasnya.

YB KJ meluangkan masa berjumpa ibu bapa Pandelela Rinong sebentar tadi.

Kedua-dua atlet terjun negara, Pandelela & Nur Dhabitah mara ke final acara Terjun 10M Platform Wanita yang akan berlangsung pada jam 3 pagi (waktu Malaysia) nanti.

Semoga mereka berjaya!! #GoForGold
Foto by ibdilillah ishak

Dulu nak ke platform D35 dan Temana, turun dari Bintulu Port Authority(BPA). Sekarang bila cerita tentang work permit heboh dan bila BPA dah tak benarkan jika tiada work permit, maka ada di antara kakitangan Petronas yang berlepas ke platform tersebut dari Jetty Petronas di Pulau Melayu, Miri.

Kalau rajin boleh intai dari jam 5.00 pagi ke 6.00 pagi. Boleh ambik gambar sekali sebagai bukti. Pas tu report kat polis atau immigresen.

Amacam. Mana lagi nak lari....

Ada yang cakap saya ni betul betul sakit hati kat mereka, jawapan nya tak. Tak pernah pun saya sakit hati, saya hanya ikut undang2 dan tuntut hak anak Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963. Biarlah anak cucu saya hidup tanpa dipijak lagi.

Agi idup agi ngelaban...

PETALING JAYA: Sebuah video, kononnya seorang VIP Malaysia terjatuh ke dalam sungai pada satu majlis perasmian kompaktor sampah sebenarnya adalah kejadian yang berlaku di India.

Video itu, yang telah menjadi bahan jenaka internet, dikatakan produk ciptaan Agensi Inovasi Malaysia.

Malah kapsyen video itu juga mendakwa bahawa pelancaran kompaktor itu telah dilakukan oleh seorang timbalan menteri.

Video 31 saat yang telah tersebar luas di laman Facebook dan Whatsapp itu menggunakan lagu My Heart Will Go On sebagai lagu tema dari filem Titanic 1997 sebagai muzik latar ketika kompaktor itu dilihat tenggelam.

Walau bagaimanapun, kejadian itu sebenarnya berlaku di Goa, India, dua bulan lalu, melibatkan Datuk Bandar Panaji Surendra Furtado.

Video itu sebenarnya menunjukkan kejadian sebuah mesin rumput karam, bukan jengkaut sampah seperti yang didakwa.

Insiden memalukan itu berlaku apabila mesin tersebut, yang dinaiki Surendra bersama orang lain semasa demonstrasi di St Inez Creek, terbalik kerana terlebih beban.

Datuk Bandar, bersama-sama dengan lima pegawai dan seorang wartawan telah memanjat di atas mesin itu yang direka untuk muatan dua orang.

Tidak ada yang cedera dalam kejadian itu.-MS.

Assalamualaikum smua. Saya n rombongan dr pusat khidmat n.16 & anggota2 Rukun Tetangga sebentar tadi ( kira 11:45pm, tlh mengunjungi keluarga yg dimaksudkan diviral yg berkenaan. Kami disambut baik oleh seorang ibu tunggal bernama Yusmimah. Memang benar rumah mereka adalah bekas pejabat tapak semaian anak getah Risda dulu... Agak  terpencill dari warga2 kpg Meranek yang lain. Mereka telah tinggal disitu selama dua tahun....dan
pernah mlui bnjir sebanyak lima kali.... sehingga paras betis. Sila ikuti laporan saya selanjutnya esok diwall fb saya. Saya tetap mngmbl berat kisah ibu tunggal ini dan nasib anak2nya , in sya Allah.

Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Haji Satem mengumumkan 5 CALON LANGSUNG BN SERTAI PBB.

Antaranya ialah:

1. YB Miro anak Simuh N.18 Serembu
2. YB John Ilus N. 23 Bukit Semuja
3. YB Dato Gerawat Gala N.78 Mulu
4. YB Rosey binti Haji Yunus N.71 Bekenu
5. YB Palu @ Paulus anak Gumbang N.80 Batu Danau






















| Copyright © 2013 MERADONG TODAY