'/>
KOTA KINABALU - Keputusan bekas Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Lajim Ukin untuk meletakkan semua jawatan dalam parti didakwa kerana terpengaruh dengan perang psikologi pakatan pembangkang yang kononnya akan membentuk kerajaan akan datang selepas pilihan raya umum akan datang.

Menyifatkan keyakinan pakatan pembangkang untuk mencapai cita-cita mereka itu hanya sekadar propaganda politik, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata peletakan jawatan oleh Lajim tidak ada kena mengena dengan masalah dalaman Umno negeri.

"Saya percaya beliau (Lajim) tidak mahu terlepas peluang...sebab itu kenapa beliau cuba mencari sebab untuk misinya itu, tetapi bagi saya, apa yang dijanjikan pakatan hanyalah satu harapan atau impian sahaja," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Lajim sebelum ini mengumumkan beliau meletakkan jawatan sebagai Anggota Majlis Tertinggi Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Beaufort berkuat kuasa serta merta.

Bagaimanapun, beliau memilih untuk kekal sebagai anggota Umno dan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Semalam, Setiausaha Agung Umno Tengku Adnan Tengku Mansor dipetik sebagai berkata "apa yang berlaku merupakan isu dalaman yang bersifat peribadi membabitkan Lajim dan orang tertentu dalam kancah politik negeri. Ia tidak sewajarnya dikaitkan dengan parti yang telah banyak berjasa kepada negara dan rakyat keseluruhannya".

Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan juga dipetik sebagai berkata keputusan Lajim untuk keluar daripada BN lebih kepada masalah peribadi.

Salleh, yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, berkata pucuk pimpinan negeri sentiasa bersikap terbuka kepada perbincangan mengenai bagaimana untuk memperkukuhkan parti dan setiap orang perlu memainkan peranan.

"Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah (Datuk Seri Musa Aman) amat terbuka dan sedia berbincang. Bagaimanapun, parti mesti menolak pemimpin yang mahu mempertaruhkannya.

"Perkiraan politik Lajim adalah silap. Semua kajian yang dijalankan profesional menunjukkan populariti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berada di tahap selesa," katanya dan menurutnya keputusan Lajim itu tidak akan menjejaskan kekuatan BN di negeri ini.

Bekas ketua menteri itu berkata: "InsyaAllah, populariti Najib akan dapat menerajui BN memperoleh majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum akan datang".

Salleh berkata Umno dan BN sudah bersedia menghadapi pilihan raya umum akan datang yang dijangka diadakan tidak lama lagi. - Bernama


posted from Bloggeroid

Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) mengedarkan sepucuk surat bertarikh 18 Julai 2012 kepada gereja-gereja dan penganut Kristian seluruh negara berhubung pilihanraya umum ke-13 akan datang.
Surat yang ditulis atas nama Bishop Datuk Ng Moon Hing, pengerusi Christian Federation of Malaysia, menyeru umat Kristian agar “mengundi dengan bijak”.
Ia boleh dibaca dalam bahasa Melayu di sini — CFM/BM
Versi bahasa Inggeris discreenshot di bawah dari laman National Evangelical Christian Fellowship (NECF).]


Selanjutnya: http://azmykelanajaya.blogspot.com/2012/07/pengerusi-gereja-berkempen-undi-parti.html?utm_medium=twitter&utm_source=twitterfeed&m=1

posted from Bloggeroid

KUALA LUMPUR: Mana-mana penjawat awam yang didapati terlibat dengan kegiatan pembelian ijazah secara tidak sah akan dikenakan tindakan tegas, kata Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa.
Bagaimanapun beliau mengesahkan setakat ini belum ada laporan mengenai penjawat awam terlibat dengan kegiatan itu.
"Sekarang ini polis sedang siasat, sekiranya ada pegawai atau kakitangan yang memperolehi ijazah ini secara tidak sah tindakan akan diambil. Bentuk tindakan…kita akan mengikut peraturan-peraturan sedia ada.


"Setakat ini belum ada laporan yang menyatakan penjawat awam terlibat. Jadi kita akan tunggu laporan daripada pihak polis mengenainya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Transformasi Pegawai ke luar negara dan Majlis Penyerahan Bantuan kepada mangsa kebakaran kediaman pelajar Malaysia di Iowa, Amerika Syarikat di Akademi Kenegaraan pada Sabtu.
Baru-baru ini sebuah akhbar Bahasa Melayu membongkarkan kegiatan sindiket menjual sijil-sijil dan ijazah palsu bernilai hampir RM5 juta yang mula beroperasi sejak 2003.
Sindiket tersebut menjual sijil-sijil berkenaan secara dalam talian dengan menawarkan segulung ijazah sarjana muda pada harga RM6,500, sarjana RM8,500 dan doktor falsafah (PhD) RM10,500 dengan tambahan RM1,000 sebagai bayaran untuk menghadiri majlis konvokesyen.
Sindiket yang mendakwa kesemua sijil itu dikeluarkan oleh institusi pengajian tinggi swasta dikatakan akan bergabung dengan lima universiti yang dikenal pasti sebagai Universiti Rock Hampton dan Universiti Antarabangsa Harvey di Amerika Syarikat (AS) bersama-sama dengan Universiti Cannington Brook dan Universiti Glastonbury di United Kingdom serta Universiti Charles Molnar.


Seterusnya: http://www.penembak-tepat.com/2012/07/ijazah-palsu-penjawat-awam-terlibat.html?utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter&m=1

posted from Bloggeroid

Bintangor:







Kaum ibu2 sedang menyediakan persiapan untuk program1Belia Ramadhan...
Jangan lupa datang untuk mengambil bubur asyura. ..sebanyak 1000 bungkus disediakan...program ini dianjurkan hikmah cawangan Meradong dengan kerjasama UMB BN Sarawak.
Turut diadakan majlis berbuka puasa.
Dijemput warga Islam sekitar Bintangor untuk hadir....

posted from Bloggeroid

Hanya kerana gambarnya mengenakan tudung tersiar di laman sosial Twitter miliknya, tidak semena-mena nama Ning Baizura Hamzah dikaitkan bakal menyertai parti pembangkang, PAS.

 Bukan saja hanya berpandukan gambar berkenaan, malah kenyataan dikeluarkan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, dalam sebuah akhbar sebelum ini seolaholah penyanyi terkenal itu memang berhasrat menyertai parti terbabit.

Kenyataan itu tentunya mengejutkan ramai pihak, termasuk Ning sendiri. Kecewa dengan pengumuman yang dianggap sebagai fitnah, Ning terpaksa bersuara di Twitter menafikan khabar itu.

 Bertemu si empunya diri pada majlis buka puasa dan pengagihan royalti oleh Performers & Artistes Rights Malaysia (PRISM) di ibu kota, kelmarin, Ning berkata, meskipun luahan itu mendapat pelbagai reaksi negatif, dia terpaksa bertindak begitu kerana tidak mahu orang ramai keliru dengan pendirian politiknya. Sebelum ini saya tidak pernah bercerita secara terbuka mengenai pendirian politik saya. Justeru, apabila terbaca kenyataan berbaur fitnah itu di sebuah akhbar, saya memang terkejut. Terus terang, fitnah itu boleh menjejaskan kerjaya seni saya.

 Bagi mengelakkan kekeliruan, saya ingin memberikan penjelasan, saya menyokong pemerintahan kerajaan sedia ada, kata Ning yang hadir ditemani suami, Omar Dalton.

 Apa yang dikesalkan Ning, mengapa mereka tergamak menipu khalayak semata-mata bersandarkan kepada gambarnya mengenakan tudung?

 Gambar itu diambil ketika saya menjalani penggambaran drama terbitan Erma Fatima tahun lalu. Saya muat turun di Twitter sebagai koleksi peribadi. Tak sangka pula ia disebarkan di blog dan terus dijadikan isu kononnya saya berhijab kerana mahu menyertai PAS, seperti yang berlaku ke atas beberapa artis sebelum ini, ujar Ning yang sudah pun menyerahkan perkara itu kepada peguamnya.


posted from Bloggeroid

klur dari tajuk mlm tok?


Sitok aku apa nak ditulis kat blog tok mlm tok...Peristiwa ptg tek masih "main" dlm palak aku tok...
Nasib hari bait bln bait...mun sik lama dak kenak staner org yea...

Aku bkn jenis org bermuka2...mun sik puas ati direct kelakar...

Bkn miak kecik agik bah....teruk na...
Layan jak soul tok...

Janji prinsip aku-

Aku berjuang kerana bangsa aku,kaum aku dan agama aku...

Mun kau terasa!
Blh blhhh!!!!...

posted from Bloggeroid

Bintangor:




posted from Bloggeroid

Polis negeri ini semalam memberitahu, pihaknya telah menubuhkan satu pasukan khas untuk menjejaki 18 lelaki bagi membantu siasatan berhubung rancangan dua kumpulan gengster untuk bergaduh di sebuah hotel di Persiaran Gurney di sini Isnin lalu.


Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakob berkata, setakat semalam, tiada seorang daripada 18 yang dicari tampil menyerah diri bagi membantu siasatan polis berhubung rancangan gaduh besar-besaran itu.

Menurut beliau, polis telah mengenal pasti beberapa tempat yang sering dikunjungi 18 lelaki itu.

"Kita yakin akan dapat menangkap mereka jika masih enggan tampil menyerah diri," katanya.

Semalam Kosmo! melaporkan, polis menahan 93 suspek berusia antara 16 hingga 42 tahun selepas disyaki terlibat merancang satu pergaduhan besar-besaran di sebuah hotel di sini.

Serbuan pukul 12.30 tengah malam itu juga merampas beberapa senjata seperti parang, pisau, kayu besbol, buku lima dan rotan.



sumber: http://usezworkshop.blogspot.com/2012/07/polis-tubuh-pasukan-khas-buru-18-lelaki.html?

posted from Bloggeroid

Hakikatnya, ‘janji ditepati’ adalah slogan kerajaan, bukan UMNO dan bukan BN.  Ia merupakan satu kenyataan terhadap komitmen kerajaan untuk berkhidmat kepada rakyat.   Dan komitmen ini telah membuahkan hasil di mana rakyat dapat menikmatinya.   Seharusnya semua rakyat meraikan tema ini dan bukannya fobia dengannya.  

Tidak wajar kita mengaitkan segala-galanya dengan politik sepertimana yang cuba diterapkan oleh pembangkang.   Jika kita melihat dunia secara jujur, kita pasti memahami bahawa tiada salahnya dengan slogan yang membawa kebenaran.  Lainlah jika slogannya bertulis ‘janji ditepati’ tetapi yang berlaku adalah sebaliknya.  

Tetapi, hari ini, kita menerima segala-galanya yang dijanjikan oleh kerajaan, maka kenapakah kita perlu mempertikaikan tema yang benar tersebut?   

Pembangkang boleh menuduh tema yang jujur itu sebagai politik, tetapi apa yang penting di sini adalah kejujuran itu sendiri yang mana pembangkang tidak memilikinya.  Kerana itulah mereka meroyan dan menggelupur bagai cacing kepanasan dengan tema Hari Kebangsaan tahun ini.



baca lanjut disini: http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/2012/07/najib-bikin-hot-lagi.html?m=1

posted from Bloggeroid

KOTA KINABALU – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor memberikan sumbangan berupa air zam-zam, buah kurma dan jubah kepada 943 masjid yang meliputi 25 kawasan di seluruh Sabah, sempena bulan Ramadan ini.

Sumbangan kepada setiap masjid di Sabah yang mempunyai purata 16 ahli jawatankuasa (AJK) itu disampaikan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman di Bangunan Umno di sini, hari ini.

Dalam ucapan ringkasnya, Musa berkata sumbangan itu membuktikan keprihatinan Perdana Menteri bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan semua lapisan masyarakat termasuk imam dan AJK masjid di negeri ini.

“Sesungguhnya, ia jelas membuktikan penghargaan dan pengiktirafan tinggi daripada kerajaan khusus Perdana Menteri kepada peranan, tanggungjawab dan sumbangan selain memastikan kelancaran program murni yang dijalankan sempena bulan Ramadan ini,” katanya.

Musa yang juga Pengerusi Umno Sabah berkata imam dan AJK masjid sebagai pemimpin agama dan penggerak institusi masjid di peringkat akar umbi memainkan peranan penting dalam membantu perkembangan syiar Islam di negeri ini terutama menghadapi bulan yang mulia ini.

Ketika ditemui pemberita selepas majlis itu, Musa berkata:”Bagi pihak kerajaan negeri dan Barisan Nasional, kita mengucapkan terima kasih banyak dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang telah menderma buah kurma dan juga air zam-zam kepada masjid-masjid seluruh negeri Sabah”.

Katanya, sumbangan itu sebagai satu penghargaan dan pemberian yang amat bermakna kepada para imam dan AJK masjid di seluruh negeri.

Najib semasa berucap di Majlis Perhimpunan Perdana Warga Imam dan Jawatankuasa Masjid seluruh negara bersama Perdana Menteri di Dewan Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) baru-baru ini mengumumkan pemberian kain kepada 14,254 imam serta 138,746 anggota jawatankuasa masjid di seluruh negara untuk dibuat jubah, di samping dua tong air zam-zam kepada semua masjid di seluruh negara. – Bernama


posted from Bloggeroid



Bintangor:

Dijemput warga islam Bintangor untuk hadir program 1Belia Ramadhan1433h..

Di Masjid Darul Takwa Bintangor
Tarikh:28 Julai 2012 bersamaan 8 Ramadhan 1433h.
Masa:04.30 petang.


posted from Bloggeroid

Oleh : Ropikah Ahmad

KUALA LUMPUR, 23 Julai – Pakatan pembangkang yang dianggotai oleh Pas, PKR dan DAP saling bersikap berselindung dan mempunyai agenda tersendiri biarpun secara dasarnya mereka menyatakan kesepakatan.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Wan Norashikin Wan Nordin berkata walaupun pakatan pembangkang khususnya DAP telah menyatakan persetujuan meletakkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri sekiranya mereka berjaya membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang tetapi Pas tidak memberikan sebarang pandangan.

“Sehingga ke hari ini Pas tidak menyatakan persetujuan atau membangkang cadangan untuk meletakkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri biarpun Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng telah menyatakan sokongan atas cadangan tersebut,” katanya kepada UMNO-Online.

Jelasnya, apa yang berlaku berkaitan cadangan tersebut sebenarnya mempunyai maksud tersirat sama ada bagi Pas yang tidak mengeluarkan apa-apa komen dan juga bagi DAP yang mencanangkan Anwar untuk jadi PM.

“Pas bersikap ‘playsafe’ dan berdiam diri kerana sedar bahawa banyak isu membabitkan Anwar adalah bertentangan dengan idealogi dan prinsip Islam yang digunakapai oleh parti tersebut apatah lagi ahli dan para penyokongnya adalah terdiri dari orang Melayu yang tentunya Islam.

“Sebelum ini Anwar telah terpalit dengan isu salah laku moral hingga menyeretnya ke mahkamah, kemudian isu pluralisme dan juga LGBT serta kenyataannya menyokong penubuhan kerajaan Israel yang tentunya memberi kesan besar sekiranya mereka menyatakan sokongan untuk Anwar jadi PM.

“Namun demikian, sekiranya mereka mereka membantah cadangan untuk menjadikan Anwar sebagai PM maka ia akan bertentangan dengan apa yang diperkatakan dalam pakatan pembangkang dan tentunya Pas terkeluar dari angkatan tersebut jadi jalan terbaik untuk Pas adalah bersikap berdiam diri sahaja,” katanya.

Ujarnya yang juga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Kampung Gajah berkata, bagi DAP pula, tentunya mereka sedar bahawa untuk mendapatkan sokongan dari bangsa lain khususnya kaum Melayu memerlukan sekutu pembangkang terutamanya PKR bagi dijadikan sebagai kambing hitam.

“DAP ini hipokrit, mereka mahu meletakkan Anwar sebagai PM adalah gula-gula politik bagi mendapatkan sokongan dari bangsa lain kerana mereka sedar bahawa mereka tidak akan dapat kuasai negara tanpa PKR sedangkan realitinya mereka adalah kekal sebagai parti yang rasis.

“Sebelum ini juga telah jelas bahawa Karpal Singh sendiri pernah mencadangkan individu bukan Melayu menjadi PM dan walaupun ia telah seakan dilupakan tetapi kenyataanya adalah membayangkan hasrat sebenar daripada pemimpin DAP tersebut,” katanya.

Tambahnya, dalam pakatan pembangkang tidak pernah berlaku jujur dan saling mempercayai sebaliknya antara ketiga-tiga parti tersebut mempunyai hala tuju dan perjuangan yang berbeza.

“Kita tengok sajalah apa yang berlaku selepas PRU ke-12 apabila ada antara parti-parti tersebut dapat menguasai kerajaan negeri yang mana telah menunjukkan kerakusan untuk memegang kuasa dengan banyak perkara tidak diutamakan,” katanya lagi.

Tegasnya, adakah parti-parti dalam sekutu pembangkang yang lebih berunsurkan anak-beranak dan kaum keluarga adalah salah satu kepimpinan untuk dijadikan contoh terbaik?

“Dalam DAP sendiri bukan saja bapa dan anak sebagaimana Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng jadi pentadbir tetapi menantu pun ada sama, Ini termasuklah Karpal Singh dan dua orang anaknya manakala dalam kepimpinan PKR telah terbukti ketidakwujudan demokrasi apabila ketua umum pun melalui lantikan manakala di bawahnya yang memegang kuasa adalah isteri dan anaknya sedangkan dalam BN ia tidak pernah berlaku dalam satu masa serentak,” ujarnya lagi.

Sehubungan itu, beliau menggesa masyarakat untuk bijak membuat penilaian dan tidak terpengaruh deangan sikap bermuka-muka parti-parti dalam pakatan pembangkang yang menjadikan PM sebagai satu sandiwara. -
media umno

posted from Bloggeroid

Gambar dipetik daripada Harakahdaily menunjukkan Abby Abadi menyerah borang menyertai PAS kepada Datuk Nik Abdul Aziz dan saksikan oleh Datuk Husam Musa berbaju biru.

TERKINI : Menteri Besar Kelantan,Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat walaupun dalam keadaan keuzuran dan kepenatan telah menghadirkan dirinya untuk menyambut pelakon Abby Abadi menyertai Pas sebagai ahli seumur hidup.Harakah Daily melaporkan pada 20 Julai bahawa upacara penerimaan itu berlangsung di Padang Yayasan Islam Kelantan dengan disaksikan oleh ribuan orang.Setelah menyerahkan borang daftar sebagai ahli Pas, Abby menyatakan harapan peluang terbaru baginya sebagai seorang artis akan terbuka apabila Pas menawan Putrajaya.

Kata Harakah,kehadiran Nik Aziz itu di Padang Yayasan Islam Kelantan,adalah untuk memenuhi impian dan hasrat pelakon itu yang muncul dengan penampilan terbaru.Seorang anggota Exco Negeri,Wan Ubaidah Omar telah memakaikan Abby dengan selendang warna hijau.Turut menyaksikan upacara ini ialah Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa dan Ketua Penerangan Pas Kelantan, Dr. Muhammad Fadzil Hassan.Abby kemudiannya menyatakan kepada para wartawan bahawa sebagai seorang seni beliau tidak pandai mencari rezeki di bidang lain.”Oleh itu saya berharap selepas ada perubahan Putrajaya nanti,kita boleh lakukan sesuatu bagi mertabatkan seni mengikut acuan Islam.”




sumber: http://badutrakyat.blogspot.com/2012/07/kisah-benar-semua-artis-sedang.html?m=1

posted from Bloggeroid







sumber: http://mymassa.blogspot.com/2012/07/janji-ditepati-kar1sma-dan-sara.html?m=1
posted from Bloggeroid






sumber: http://mymassa.blogspot.com/2012/07/janji-ditepati-kar1sma-dan-sara.html?m=1
posted from Bloggeroid
Sedikit renungan buat sendiri:

Amalan berpuasa juga mendidik kita membuang segala dendam kesumat dan meninggikan sifat kemaafan. Tapi jika orang sudah berkhianat kita boleh maafkan cuma pihak berkenaan tidak akan dipercayai seumur hidup lah. Kerana sudah terserlah sifat buruknya. Tak berani Hamba nak mempercayai mana-mana pihak yang sudah berkhianat. 

Pada masakini kita melihat sifat berkhianat ini sudah menjadi terlalu lumrah. Bila timbul rasa tidak puashati walaupun sedikit maka kita akan terdorong melakukan khianat. Itu tidak baik. Bila sudah ada walaupun sedikit sifat khianat maka terhapuslah segala kebaikan yang ada. Maka lebih eloklah menjauhi diri daripada orang-orang sedemikian. 

Pada masakini Orang Melayu dikhianati oleh para pemimpin mereka di semua peringkat. Ini tidak molek. Pemimpin yang berjiwa besar seperti DS Najib tidak ramai bilangannya. Paling ramai ialah pemimpin yang berjiwa serigala. Orang Melayu perlu bijak memilih pemimpin yang berjiwa seperti DS Najib, Tun Dr Mahathir, Tun Abdul Razak, Tunku Abdul Rahman dan nama-nama lain. 

Ramai yang berangan-angan nak menjadi pemimpin tapi sebenarnya tidak layak langsung menjadi pemimpin. Dibimbangkan jika orang yang tak layak menjadi pemimpin terus menerus dibiarkan memimpin maka akibatnya ialah kebinasaan.

Jadi orang Melayu perlu menggunakan amalan berpuasa pada kali ni untuk berfikir panjang mengenai siapakah yang paling layak diberikan mandat untuk memerintah di peringkat negeri dan Pusat, Ingat jangan biarkan emosi mengawal diri anda.

sumber: http://semaremas.blogspot.com/2012/07/penghayatan-ramadan.html?m=1

posted from Bloggeroid


Bintangor:
Norfaizah binti Hamidon yang baru berusia 16 tahun merupakan seorang pelajar yang cemerlang dengan memperolehi 6A2B semasa PMR 2011 yang lalu.
Nor merupakan anak sulong dari 3 orang adik beradik....

Pelajar aliran sains dari SMK Kai Chung ini mula mengalami masalah bermula dari bulan 2 tahun ini...Beliau sering kali tidak dapat turun ke Sekolah kerana mengalami "gangguan"
kemuncaknya pada selapas sambutan gawai yang lalu bila setiap kali azan magrib maka nor ini mengalami masalah kerasukan mahluk ghaib.

Ini diceritakan sendiri oleh bapa nor yang bernama Encik Hamidon.Menurut bapanya mereka terpaksa mengawal dan menahan anak perempuannya,dimana satu tahap mahluk halus ini meminta supaya nor ini membunuh diri.
Akibat daripada beberapa peristiwa ini keluarga Nor telah membawa nor berubat secara tradisional dan moden...

Namun sampai sekarang penyakit misteri yang dihidapinya masih belum sembuh...
Semasa lawatam admin MT kerumah mangsa...Bapa Nor mengalir air mata kerana sedih dengan nasib yang menimpa keluarganya.

Hamidon berasal dari kampung penasu bekerja sendiri...Akibat daripada masalah yang dihadapinya pada masa kini beliau tidak mampu bekerja...Hanya bantuan yang diterima daripada JKKK Tanjung Bundung,Pihak Masjid Tanjung Bundung,Wanita serta Pergerakan Pemuda PBB N40 Meradong membantu memberi sumbangan kepada keluarga mangsa.Hamidon berharap agar pihak tertentu dapat membantu meringkan beban yang ditanggung keluarga beliau sekarang.


lawatan bersama-sama pengerusi JKKK Tanjung Bundung Encik Dollah Nasaruddin

posted from Bloggeroid

Bintangor:

Program persediaan menyambut Bulan Ramadan 1433H.
Program ini dikelolakan oleh Hikmah Cawangan Meradong dengan kerjasama JKKK Tanjung Bundung Dan JKKK Kampung Selemas.Ceramah disampaikan oleh Ustaz Mostajab dari Hikmah. ..



posted from Bloggeroid


Lagi cerita panas cuba ditampil oleh Namewee(NMW)...Beliau cuba mengatakan bahawa kaum di Malaysia ibarat "gangster".
Dalam filem tersebut NMW berkata pada mula "kaum" di Malaysia ini bersatu padu namun akhirnya berpecah -belah kerana kepentingan sendiri(secara metafora)..





sumber: http://malaysiandigest.com/entertainment/70622-qklang-looks-gangsterq-namewee.html

posted from Bloggeroid


sumber: http://meradongtoday.blogspot.com/2011/07/pembinaan-surau-baru-bintangor-dapat.html?m=1

Kuching:
Sebelum ini isu tanah Surau Bintangor mendapat "rintangan" akhirnya mendapat PERHATIAN Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Taib Mahmud...

Ini merupakan hasil Perbincangan YB Tuan Abdullah Hj Saidol,Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri Sarawak (KSPKMS) merangkap Adun N36 Semop.

Semoga segala perancangan dan usaha murni ini mendapat keredaan Allah S.W.T.

posted from Bloggeroid

Kepada kawan-kawan yang suka main monyet dan kuda,baca artikel dibawah: http://berita-harian-online.com/kaki-judi-siber-tetap-akan-dihukum/


Sebelum ini, mereka terlepas daripada tindakan undang-undang kerana polis hanya meminta menjadi saksi bagi menghadapkan penganjur premis ke muka pengadilan.Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob, berkata pihaknya akan menggunakan Seksyen 7 (2) Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 untuk mengheret kaki judi terbabit ke mahkamah sebagai membendung kegiatan judi.Mengikut seksyen itu, pemain judi boleh dihukum penjara tidak lebih enam bulan dan denda tidak lebih RM5,000 jika sabit kesalahan.

Katanya, jika dulu penganjur dan penjaga premis didakwa tetapi pemain judi dibebaskan selepas kenyataan diambil sebelum dipanggil ke mahkamah untuk jadi saksi.

“Kami akan usahakan supaya pemain mesin judi di kafe siber akan turut didakwa. Sebelum ini, mereka dijadikan saksi tetapi selepas ini mereka akan dituduh di mahkamah,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Zahrudin Abdullah dan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng.
Pada sidang media itu, Ayub turut memaklumkan kejayaan polis menahan 25 orang termasuk empat wanita dalam 25 serbuan yang dilakukan dalam tempoh kurang 12 jam di sekitar negeri ini pada Jumaat lalu.

Antara barangan yang dirampas ialah 302 set komputer yang diubahsuai dan wang tunai berjumlah RM763.

Seramai 15 pegawai dan 44 anggota termasuk dari Cawangan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman melakukan serbuan di Jelutong, Lebuh Chulia, Lebuh Macallum, Bayan Lepas dan Bukit Mertajam.

Suspek berusia antara belasan tahun sehingga 65 tahun itu ditahan dalam premis yang dikenal pasti menjalankan perniagaan mesin judi.

“Sebanyak 30 sasaran dikenal pasti tetapi kami berjaya menyerbu 25 sasaran,” katanya sambil menambah siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4(B) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, yang boleh didenda sehingga RM100,000 bagi setiap mesin judi yang dirampas dan penjara lima tahun, jika sabit kesalahan.



posted from Bloggeroid


Program derma pakaian melayu terpakai kepada saudara baru. ..Pakaian ini boleh dihantar bermula 19hb Julai 2012 ke Masjid Darul Takwa Bintangor.

posted from Bloggeroid


Sempena bulan Ramadan yang akan tiba lama lagi...Hikmah cwg. Bintangor akan mengadakan ceramah menjelang ramadan di Kampung Tanjung Bundung...

posted from Bloggeroid

KUALA LUMPUR – Kawasan Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Kompleks Mahkamah Jalan Duta kini menjadi tumpuan dengan pihak polis mempertingkatkan kawalan menjelang Himpunan Oren Selamatkan Felda petang ini.

Pukul 12 tengah hari, dua bas dinaiki peserta Himpunan Oren Selamatkan Felda tiba di pekarangan masjid.

Sementara itu, orang bukan Islam telah berkumpul di Kompleks Mahkamah.

Pukul 1.15 tengah hari, kelihatan beberapa khemah telah didirikan untuk menjual baju berwarna oren dan hijau.

Menurut polis, pihaknya akan menutup beberapa jalan di sekitar Jalan Duta menuju ke masjid dan kompleks mahkamah bagi memberi laluan kepada Himpunan Oren Selamatkan Felda.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, Jalan Khidmat Usaha, Jalan Ibadah,  Jalan Duta Mas Satu dan Sri Hartamas akan ditutup secara berperingkat sepanjang perhimpunan tersebut diadakan.

Menurutnya, pihaknya akan membuat lencongan jalan untuk pengguna jalan raya lain.

“Peserta perhimpunan akan berkumpul di tempat letak kereta Mahkamah Jalan Duta sebelum berarak ke pintu tiga Istana Negara.

“Kita menganggarkan 3,000 peserta akan menyertai perhimpunan ini,” katanya pada taklimat media di perkarangan Mahkamah Jalan Duta, di sini sebentar tadi.

Menurutnya, orang ramai tidak perlu khuatir kerana tiada laluan trafik akan berlaku.

Beliau berkata, anggotanya akan mengawal dan memantau keadaan bagi mengelakkan kejadian yang boleh menggugat keamanan.

Zakaria berkata, hasil perbincangan tiga kali dengan penganjur Himpunan Oren iaitu pada 6, 9 dan 13 Julai lalu, hanya lapan wakil mereka dibenarkan untuk memasuki pintu tiga Istana Negara bagi menyerahkan memorandum.

Menurutnya, peserta himpunan tersebut boleh menunggu lebih kurang satu kilometer daripada pintu Istana Negara semasa wakil mereka menyerahkan memorandum.

Himpunan tersebut yang dianjurkan Gerakan Selamatkan Felda (GSF) untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah berhubung penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) di Bursa Malaysia.

Menurut penganjur dianggarkan lebih 20,000 orang akan menyertai himpunan tersebut.

Sementara itu, pada jam 1.40 petang, kelihatan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, yang juga ahli jawatankuasa kerja Pas Pusat, tiba di pekarangan masjid bersama Unit Amal Pas untuk melepaskan perarakan Himpunan Oren Selamatkan Felda.

Pada jam 2 petang, peserta bergerak ke Kompleks Mahkamah.

Sementara itu, Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Safwan Anang berkata, mereka bersama menyokong perhimpunan ini terdiri daripada pelajar Universiti Malaya, Universiti Selangor, dan Universiti Teknologi Mara (UiTM).

“Tujuan kami sertai kerana ini isu rakyat, tak patut kaitkan dengan mainan politik, kami sokong warga Felda seperti orang lain,” katanya ketika ditemui di pekarangan masjid.

Sekitar jam 2.15 petang, turut kelihatan hadir ialah Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub dan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang turut dikenali sebagai “Mat Sabu”.

Pengerusi Anak, Mazlan Aliman memberi ucapan dan taklimat kepada peserta perhimpunan sebelum perarakan, yang diketuai oleh Mat Sabu.

Pemimpin pertubuhan bukan kerajaan seperti Teras, Abim, Peneroka Malaysia, Paksi, Gamis juga sertai bersama.

Pada jam 2.30 petang, sekitar 4,000 peserta termasuk wakil beberapa pertubuhan NGO telah tiba di kawasan Jalan Dutamas 1 untuk menyertai perarakan penyerahan memorandum di Istana Negara.
Dalam ucapannya, Mat Sabu berkata, rakyat telah muak dengan kepimpinan Barisan Nasional dan perarakan ini adalah masa untuk menumbangkan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad.

“Hari ini kita berada di sini untuk luahakan suara rakyat, jangan main dengan mandat rakyat.

“Isa Samad perlu undur, rakyat akan beri mandat kepada kerajaan yang mereka percayai,” katanya.

Mat Sabu berkata, Pakatan Rakyat mahu melindungi orang Melayu dan tanah peneroka Felda bagi menjamin kebaikan serta kepentingan peneroka-peneroka terpelihara.

Pada jam 3.15, lapan wakil Himpunan Oren Selamatkan Felda mula bergerak ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum tersebut. – Sinar Harian



sumber: http://detikperubahan.com/2012/07/14/himpunan-oren-kawasan-masjid-wilayah-kompleks-wilayah-jadi-tumpuan

posted from Bloggeroid


Meriah dan masih di mood gawai...Walaupun lebih sebulan sambutan gawai namun kemeriahan masih dirasai...
Dalam ucapan tuai rumah kr.Usuf tadi menasihati supaya kaum belia khasnya menyokong penuh kepimpinan BN/PBB. ..Menurut beliau lagi hanya BN/PBB sahaja mampu meneruskan transformasi ekonomi...
Dalam ucapan Yang Berhormat Tuan Abdullah Hj.Saidol Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri Sarawak, merangkap ADUN N36 Semop berharap agar rakyat terus memberi sokongan dan kepercayaan kepada BN/PBB kerana dapat menjamin terus pembangunan sosio-ekonomi masyarakat Sarawak.
Pesan YB lagi agar rakyat Sarawak.khususnya penghuni rumah panjang supaya jangan terpengaruh dengan "janji Bintang" pihak pembangkang...kerna mereka tidak mampu menunaikan janji mereka...


posted from Bloggeroid

Kalau betul sekali pun dah tentu dinafikan, dah tentu kata iut semua kerja orang tu kerja orang nih. Mesti kata komplot comolot lah semua mesti ada, jadi buktikan je

Zamil Ibrahim yang mendakwa mempunyai rakaman kenyataan kononnya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengeluarkan kata-kata berbaur penghinaan terhadap pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dianggap sebagai satu gimik menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Khalid Samad berkata, dakwaan Zamil itu hanya satu perkara biasa bagi setiap parti politik yang mempunyai ideologi yang berbeza.

Menurutnya, kata-kata Anwar dalam mesyuarat tertutup itu bukan usaha untuk menjatuhkan pemimpin PR tetapi sebagai menyatakan perasaan tidak puas hatinya terhadap seseorang.

“Itu perkara biasa, bukan semua parti mempunyai cerita dan pendapat yang sama.

“Itu bukan usaha untuk jatuhkan orang lain. Itu mesyuarat tertutup dan memang ada perbezaan pendapat," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Isnin lalu, Zamil ada menyatakan beliau mempunyai CD rakaman mengenai perbualan Anwar bersama tiga lagi pemimpin PKR pada mesyuarat tertutup yang berdurasi, lima minit dua puluh saat , dan mendesak Anwar menjelaskan perkara tersebut kepada umum dengan segera sebelum beliau mengambil tindakan untuk mendedahkannya.

Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam berkata, perkara yang dikatakan Zamil itu hanyalah perbincangan parti yang membincangkan perasaan tidak puas hati dengan pemimpin parti lain samaada Pas ataupun DAP dan beliau memberi ruang kepad Zamil untuk mendedah CD tersebut bila-bila masa sahaja.

“Itu perkara biasa, memang DAP ataupun Pas tidak mempunyai pendapat yang sama dengan PKR.

“Kalau sama pendapat kenapa tak tubuhkan saja satu parti. Tak perlu banyak-banyak parti," katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Pengerusi DAP, Dr. Tan Seng Giaw berkata, Zamil hanya melakukan gimik untuk PRU13 yang akan diumumkan tidak lama lagi.

Beliau berkata, perkara memburukkan parti seperti itu sering terjadi apabila seseorang telah keluar daripada mana-mana parti yang disertainya dahulu.

“Cerita itu cerita lama, dah tak boleh jadikan cerita lagi.

“Seseorang yang keluar daripada parti akan membuat tuduhan seperti itu," katanya.

Seng Giaw yang juga Ahli Parlimen Kepong berkata, beliau tidak mahu melayan cerita seperti yang dibawa Zamil.

“Perkara itu tak sepatutnya berlaku pun, saya tak mahu layan perkara itu," katanya lagi.



sumber: http://usezworkshop.blogspot.com/2012/07/amacam-zamilbuktikan-je-lah-tak-payah.html

posted from Bloggeroid

Bintangor:
Antara penerima bantuan..




posted from Bloggeroid

Cabaran Datuk Seri Noh Omar yang mendesak Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim mendedahkan kedudukan kewangan terperinci UNISEL bagi menjawab dakwaan kedudukan kewangannya yang nazak hingga saat ini masih belum bersahut.

Sebaliknya diperlekehkan pula cabaran tersebut seolah-olah Khalid merasakan statusnya sebagai bekas orang korporat telah meletakkan dirinya kelihatan hebat dan lebih bijak daripada orang lain.

Betulkah Khalid bijak? Adakah bijak bilamana Khalid mencadangkan penjualan aset UNISEL berupa tanah seluas 500 ekar hanya untuk menampung kos pengajian 1000 orang pelajar baru UNISEL semasa kecoh isu pembekuan sementara PTPTN tempohari.

Bukankah sepatutnya orang bijak akan mengekalkan aset dan manfaatkannya untuk jana keuntungan berlipat kali ganda dan bukannya menggunakan jalan singkat menjualnya untuk menyelesaikan masalah yang berserabut dalam kepala.

Apabila Noh Omar selaku Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor mengungkit soal untung rugi UNISEL, asasnya kerana sebelum ini Khalid pernah menutup beberapa pusat kemahiran dan asrama Yayasan Selangor(YS) hanya disebabkan adanya kerugian.

Majoriti rakyat Selangor berkongsi satu kerisauan yang sama seperti Noh Omar bimbang sekiranya UNISEL bakal mengulangi sejarah YS sedangkan universiti tersebut baru sahaja di bina oleh BN pada tahun 1999.

Tanah tergadai ke tangan orang lain, nasib pelajar terumbang ambing dan pusat pendidikan runtuh menyembah tanah ataupun menjadi gajah putih. Inilah yang berlaku pada pusat pendidikan milik YS dan rakyat tidak mahu ianya berulang kembali.

Sementelah lagi apabila Khalid masih juga beria-ia mahu meneruskan penjualan tanah seluas 500 ekar milik UNISEL yang dikatakan bernilai RM30 juta sekalipun PTPTN telah menarik balik pembekuan pinjaman, saat inilah keraguan kian bercambah terhadap kedudukan sebenar kewangan UNISEL.

Rekod sebelum ini pun menunjukkan kemasukan pelajar baru bagi setiap semester juga kian menurun. Pada tahun 2007 lebih 6,000 pelajar telah mendaftar masuk ke UNISEL, tahun-tahun selepasnya bilangan tersebut teramat jauh berkurangan.

Manakala itu, pada tahun 2009 UNISEL didakwa telah mengalami kerugian lebih kurang RM20 juta gara-gara kurangnya kemasukan pelajar baru selain faktor bebanan kos pengurusan yang tinggi sejak universiti tersebut dijadikan tempat orang politik menikmati kerjaya dan gaji yang tinggi.

Apabila kerajaan negeri dilihat tetap berkeras meneruskan penjualan aset berupa tanah tersebut, bukan salah orang ramai apabila mereka percaya ia sebenarnya berkait rapat untuk menutup kerugian yang sedang ditanggung oleh UNISEL gara-gara kelemahan urus tadbir kerajaan PKR Selangor.

Justeru itu, eloklah Khalid Ibrahim dan kuncu-kuncunya yang sedang menikmati kemewahan di puncak menara gading tersebut tampil segera menjelaskan keadaan sebenar. Cukup-cukup harta benda dan aset negeri habis dijual digadai sejak empat tahun lalu.



sumber: http://rasyidzamri.blogspot.com/2012/07/jual-tanah-untuk-menutup-kerugian.html

posted from Bloggeroid

Bintangor:




posted from Bloggeroid

Apakah benar YAB PM Datuk Seri Najib membela "biawak hidup" disekelilingnya...?

Adakah Najib benar benar bersetuju pada perlantikan yang salah pegawai-pegawai yang sepatutnya membantu beliau mengukuhkan parti dan kerajaan..?

Gerakan Pembangkang menjadi semakin kuat apabila penededahan-pendedahan maklumat yang banyak jatuh ke tangan Pembangkang dan Anwar terus beraja dimata,bersultan dihati walaupun selayaknya beliau tidak harus lagi mendapat tempat walau seinci pun dalam politi dinegara ini.

Adakah kebocoran maklumat ini datang dari Pejabat Perdana Menteri...? Datang dari Biro Tata Negara atau Majlis Keselamatan Negara ataupun JASA...?

Kita bukan mahu prejudis tetapi bila melihat kebocoran maklumat berlaku, kita merasakan ada yang tidak kena dan kalau ini dianggap ringan pasti pihak Polis tidak menubuhkan Pasukan Khas Siasatan yang di ketuai oleh Dato Hadi Ho Abdullah, Timbalan ketua Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Isu Scorpene sepatutnya sudah lama mati sepertimana matinya Alatntunya dan Mahkamah sudahpun memutuskan keputusan yang tidak ada kaitan dengan Najib termasuklah Rosmah tetapi.....

Baca seterusnya..., klik SINI



sumber: http://medan-info-kita.blogspot.com/2012/07/sudah-dikenal-pasti-pegawai-pegawai.htm

posted from Bloggeroid

Di kala Barisan Nasional semakin bersemangat menunggu pilihanraya,parti-parti Pakatan Haram terutamanya PKR kelihatan resah gelisah.Malah,keresahan mereka terserlah apabila Ketua mereka sendiri iaitu Anwar Ibrahim menyatakan yang beliau sanggup bersara jika kalah dalam PRU ini,sepertimana yang dilaporkan oleh akhbar Financial Times (FT).Bagaimana PKR boleh mengharapkan kemenangan jika mencari calon yang sesuai dan layak juga amat sukar sekali ??? Menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai,PKR akan bertanding sejumlah 66 kerusi dalam PRU ke-13 ini dengan pecahan mengikut negeri seperti berikut :

Kedah – 7

Pulau Pinang – 4

Perak – 9

Selangor – 11

Terengganu – 1

Kelantan – 3

Pahang - 4

Johor - 4

Melaka - 1

Negeri Sembilan – 2

Wilayah Persekutuan – 5

Sabah – 8

Sarawak – 7

Dalam PRU 2008 yang lalu,PKR berjaya memenangi 31 kerusi dan banyak meraih undi Melayu.Tetapi,pendekatan liberal PKR yang semakin menyerlah kini nampaknya telah menyukarkan parti ini meraih undi kaum Melayu.Manakala masyarakat Cina lebih selesa dengan DAP dari PKR.Masyarakat India pula,ramai yang telah serik ditipu dan diberi harapan palsu oleh PKR lalu bertindak menolak parti itu.Justeru itu,mahu tidak mahu,PKR terpaksa bergantung kepada undi masyarakat Cina dalam PRU ke-13 nanti.Sumber yang sama saya dapat juga mendedahkan bahawa daripada 66 kerusi yang bakal mereka tandingi,hanya 14 calon Melayu dan 8 calon dari lain-lain kaum,yang dapat dimuktamadkan.25 kerusi pula masih di dalam dilemma dalam meletakkan calon.Sekurang-kurangnya 5 kerusi mengalami pertindihan dengan PAS dan DAP.Di masa yang sama juga,PKR langsung tidak punya ‘calon pilihan’ mahupun ‘calon dalam pertimbangan’ untuk 19 kerusi lain.Ini bermakna daripada 66 kerusi,hanya 22 sahaja yang dapat dimuktamadkan sementara 44 yang lain masih lagi samar.Ini menunjukkan betapa sukarnya PKR untuk mencari calon yang sesuai,jauh sekali yang layak dan mampu menang untuk menghadapi pilihanraya kali ini.

Lebih buruk lagi,Anwar sendiri dikatakan masih mengalami dilemma sama ada untuk bertanding di Permatang Pauh,kubu kuatnya atau di Nibong Tebal yang dikatakan memberi jaminan yang lebih baik untuk menang.Anwar dikatakan sedar bahawa sokongan rakyat Permatang Pauh terhadapnya telah merosot teruk sehinggakan ceramah-ceramahnya di sana tidak lagi mendapat sambutan.Apabila seseorang politikus sudah hilang sokongan di kawasannya sendiri,ia sekali gus menunjukkan yang riwayat politik mereka semakin pendek.Mungkin kerana inilah Anwar sudah mula membayangkan persaraannya dari arena politik jika kalah dalam PRU kali ini.Dengan Ketua yang sebegitu lemah PAS dan DAP turut terheret sama.PAS sebelum ini membayangkan akan bertanding 80 kerusi berbanding hanya 67 kerusi pada PRU yang lalu.Namun,keinginan PAS untuk menjadi parti dominan dalam kabinet Pakatan Haram pastinya tidak disenangi DAP dan PKR Dan seperti biasa PAS akhirnya akan terpaksa akur atas apa saja keputusan yang dibuat oleh DAP dan PKR.Jika ini berlaku,maka DAP akhirnya akan menjadi parti dominan secara nyata dengan 89 kerusi mutlak untuk partinya, berbanding PKR 66 kerusi dan PAS 67 kerusi.Ini bermakna,puak rasis dan chauvinis DAP akan lebih mudah untuk meratah kaum-kaum lain andainya Pakatan Haram berjaya memenangi PRU nanti.Nasib kaum-kaum bukan Cina di Malaysia,jatidiri bangsa Malaysia yang kita impikan,serta identiti Malaysia itu sendiri pasti berada dalam risiko terhapus sama sekali di bawah kepimpinan Pakatan Haram yang didominasi DAP.Maka,senario ini juga merupakan faktor yang bakal membawa kekalahan kepada Pakatan Haram



sumber: http://badutrakyat.blogspot.com/2012/07/eksklusif-pakatan-haram-akan-kalah-pada.html?m=1

posted from Bloggeroid

Seorang Penolong Penguasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dihukum penjara 13 tahun dan denda berjumlah RM2.275 juta oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam, hari ini atas kesalahan rasuah tiga tahun lalu. 

Hakim Azhaniz Teh Azman Teh menjatuhkan hukuman itu ke atas M. Mohan, 39, selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan kes pendakwaan melampaui keraguan munasabah. Bagi pertuduhan pertama, Mohan dijatuhi hukuman penjara 13 tahun dan denda RM1.25 juta atau 60 bulan penjara jika gagal membayar denda, penjara 13 tahun dan denda RM1 juta atau 50 bulan penjara jika gagal membayar denda itu bagi pertuduhan kedua dan penjara 13 tahun dan denda RM25,000 atau lapan bulan penjara jika gagal membayar denda bagi pertuduhan ketiga. 

Bagaimanapun tertuduh hanya perlu menjalani hukuman penjara 13 tahun selepas Hakim Azhaniz Teh memerintahkan hukuman penjara berjalan serentak daripada tarikh jatuh hukum hari ini. 

Peguam yang mewakili Mohan, R.Ratha Kirushnan, memohon kepada mahkamah supaya hukuman penjara dan denda ke atas anak guamnya ditangguhkan sementara menunggu rayuan. 

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Nik Azrin Zairin Nik Abdullah berkata tiada keadaan istimewa yang membolehkan hukuman ke atas tertuduh ditangguhkan walaupun dia telah berkhidmat selama 18 tahun dengan SPRM. 

Hakim Azhaniz Teh kemudian membenarkan hukuman penjara itu ditangguhkan tetapi menetapkan hukuman denda perlu dibayar pada hari ini selain mengarahkan tertuduh diikat jamin RM50,000. 

Bagi pertuduhan pertama, Mohan didakwa meminta bagi dirinya suapan wang tunai RM250,000 daripada A. Sinnaiah sebagai dorongan untuk tidak meneruskan siasatan ke atas Sinnaiah, yang disyaki memberi rasuah kepada pihak Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Imigresen. 

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa secara rasuah bersetuju menerima suapan wang tunai RM200,000 daripada Sinnaiah sebagai dorongan untuk melakukan perkara yang sama. 

Kedua-dua pertuduhan itu didakwa dilakukan di pejabat SPRM Selangor di Plaza Masalam, Shah Alam, antara 11 pagi dan 1 tengah hari pada 22 Oktober 2009. 

Mohan juga menghadapi satu lagi pertuduhan iaitu memperoleh untuk dirinya suapan wang tunai RM5,000 daripada orang sama sebagai dorongan untuk melakukan perkara sama di di Restoran Sri Paandi Corner, Pandan Indah di Ampang, Selangor, antara 11 pagi dan 12 tengah hari, 25 Oktober 2009. 

Pertuduhan pertama ke atas Mohan dibuat mengikut Seksyen 16 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 manakala pertuduhan kedua dan ketiga di bawah Seksyen 17 (a) Akta yang sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 Akta yang sama. 

Seksyen 24 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi. 

sumber: http://www.peraknews.com/index.php?option=com_content&view=article&id=2287:denda-rm-2275-juta-penjara-13-tahun-akibat-rasuah&catid=36:nasional&Itemid=67

posted from Bloggeroid



sumber: http://www.harianbelawai.com/2012/07/mp-tg-manis-akan-meneliti-semua.html?m=1

posted from Bloggeroid

Kenapa kita dilarang untuk gantung patung di bahagian bawah kereta?

Selalunya kat bahagian bawah bumper belakang kereta mesti ada patung yang tergantung. Contohnya macam dalam gambar di bawah ni.

hukum gantung patung bawah kereta

Actually korang tau tak dari mana dan asalnya budaya ni?

Kalau kurang pasti, bacalah artikel di bawah dan kalau korang ada nampak orang Islam buat camtu, sama-samalah menasihati benda ni.


_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _


Sudah tentu sahabat-sahabat pernah melihat ada orang yang meletakkan anak patung di bawah bumper kereta…

Sebenarnya meletakkan anak patung bawah kereta adalah budaya orang Thailand. Mereka percaya roh orang yang mati kemalangan akan berlegar-legar di tempat mereka mati. 

Bagi mengelakkan roh menganggu mereka yang memandu, terutama roh kanak-kanak, jadi mereka memasang anak patung pada bumper kereta, supaya roh kanak-kanak tenang. Trend ini dibawa oleh pemandu teksi Thai yang mahu meletakkan roh lain (dengan meletak anak patung) supaya roh orang mati dilanggar tidak menganggu kereta mereka.

Firman Allah, mafhumnya: Maka barangsiapa mengikuti petunjukKu maka ia tak akan sesat dan celaka. Dan barangsiapa berpaling tadah, tidak ingat kepadaKu maka baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan membangkitnya di Hari Kiamat dalam keadaan buta.” (Ta Ha : 123)

Sabda Rasulullah saw Bermaksud: “Siapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk sebahagian daripada Mereka” (Riwayat Abu Daud).

Kesimpulannya janganlah mengikut sesuatu perkara tanpa sebarang usul periksa sama ada perkara berkenaan mengikut syariat islam atau pun tidak. Berhati-hatilah dengan perkara seperti ini kerana tanpa kita sedar kita telah mensyirikkan Allah S.W.T..
SUMBER:http://www.budakladang.com/2012/04/kenapa-dilarang-gantung-patung-bawah.html
Kubur pemimpin Palestin, Yasser Arafat mungkin akan digali bagi membolehkan lebih banyak ujian dilakukan untuk menentukan punca kematiannya, kata Presiden Pihak Berkuasa Palestin, Mahmoud Abbas semalam.
Beliau membuat kenyataan tersebut selepas sebuah makmal Switzerland melaporkan, pihaknya menemui kandungan tinggi bahan radioaktif polonium pada beberapa barangan yang digunakan oleh Arafat beberapa hari sebelum kematiannya.

Kenyataan itu dibuat selepas balu Arafat, Suha dalam satu temu ramah yang disiarkan stesen televisyen Al-Jazeera menyatakan suaminya itu diracun dengan polonium.

Pegawai kanan Palestin, Saeb Erakat memberitahu agensi berita AFP, satu siasatan antarabangsa perlu diwujudkan bagi menentukan punca kematian Arafat.

Dalam wawancara bersama Al-Jazeera, Suha tidak menyatakan mengapa beliau menunggu hampir lapan tahun sebelum membenarkan beberapa barangan tersebut termasuk sebatang berus gigi dan topi untuk diuji.

Pada hari kematian Arafat, wanita tersebut enggan membenarkan mayat suaminya itu dibedah siasat.

Arafat meninggal dunia di sebuah hospital tentera di luar Paris, Perancis pada November 2004 semasa berumur 75 tahun.

Beberapa doktor Perancis memberitahu, beliau mengalami pendarahan otak.

Namun, beberapa minggu sebelum itu, Arafat jatuh sakit di kediamannya di Tebing Barat.

Doktor-doktor termasuk beberapa pakar bebas yang menyemak rekod perubatan Arafat bagi pihak agensi berita Associated Press (AP) gagal mengenal pasti punca beliau mengalami pendarahan otak.

Spekulasi telah tersebar di dunia Arab bahawa beliau dibunuh oleh Israel yang menganggapnya sebagai halangan perjanjian damai Asia Barat.

Namun, seorang pegawai Israel menafikan rejim Zionis telah meracun Arafat.

Dalam satu temu ramah radio, Dov Weisglass yang pernah menjadi ketua kakitangan Perdana Menteri Israel ketika Arafat masih hidup, Ariel Sharon, menafikan laporan Al-Jazeera,

Menurut Weiglass, para pegawai Israel tidak pernah menimbang untuk membunuh Arafat.

Ketua Institut Radiasi Fizik di Laussanne, Francois Bochud memberitahu AP semalam bahawa makmalnya menguji beberapa barangan yang digunakan pada hari-hari terakhir Arafat selain beberapa barangan lain milik pemimpin tersebut.

Suha berkata, barangan itu disimpan di sebuah bilik selamat di pejabat peguamnya di Paris selepas kematian Arafat sehingga pihak Al-Jazeera menghubungi makmal berkenaan bagi pihaknya pada awal tahun ini.

Selepas ujian dilakukan, beberapa pakar menemui kuantiti kecil bahan radioaktif polonium pada seluar dalam Arafat dan pakaian hospital yang dipakainya.

Penemuan itu kata Bochud, tidak semestinya menunjukkan bahawa Arafat diracun.

Katanya, sukar untuk mengenal pasti sumber polonium tersebut.

"Apa yang kami tahu adalah terdapat tahap polonium yang tinggi yang membawa kepada hipotesis Arafat diracun tetapi hasil ujian ini bukan bukti bahawa beliau diracun," kata Bochud dalam satu wawancara telefon bersama AP.

Polonium paling dikenali kerana menyebabkan kematian bekas ejen perkhidmatan risikan KGB, Alexander Litvinenko di London pada 2006.

Litvinenko sebelum itu kerap mengkritik pemerintah Rusia.



sumber: http://usezworkshop.blogspot.com/2012/07/kubur-arafat-mungkin-digali-semula.html

posted from Bloggeroid

Mahkamah Tinggi di sini dalam alasan penghakiman penuh kes liwat melibatkan Anwar Ibrahim dan Mohd. Saiful Bukhari Azlan, menyatakan bahawa ada keterangan berlakunya penetrasi dubur bekas pembantu peribadi Ketua Pembangkang itu.

Ia berikutan keterangan tiga doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang memberi pandangan berlakunya penetrasi tersebut berdasarkan rumusan pakar kimia, Dr. Seah Lay Hong yang menjumpai sampel-sampel diambil daripada dubur Mohd. Saiful Bukhari mengandungi sperma 'Lelaki Y'.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah bagaimanapun berkata, disebabkan tiada bukti sokongan, adalah tidak selamat untuk mahkamah mensabitkan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dengan tuduhan liwat memandangkan integriti sampel yang diambil telah tergugat sebelum dihantar untuk analisis kimia


Satu lagi masalah kes ini apabila peguamcara II Datuk Mohd Yusof telah mensabotaj kes ini supaya kes ini dapat digagalkan dan kini Datuk Yusof telah bersama Anwar Ibrahim. 

Tindakan Datuk Yusof ini mengembalikan ingatan orang ramai kepada tindak-tanduk yang meragukan pihak pendakwaraya semasa kes liwat berlangsung.

Antaranya,

Pihak pendakwaan tidak pernah memohon kepada mahkamah agar pasport Anwar ditahan sepanjang perbicaraan berlangsung. Anwar bebas ke serata dunia menghentam sistem kehakiman Malaysia.

Pihak pendakwa terikut-ikut permainan pasukan peguambela Anwar dalam usaha menangguhkan kes.

Kegagalan pihak pendakwa mendesak Anwar mengemukakan saksi alibi yang nama-nama mereka telah pun dikemukakan kepada mahkamah oleh Karpal Singh sebaik Anwar diarah untuk membela diri.

Begitu juga dengan tindakan menamakan Timbalan Pendakwa Raya Farah Azlina Latif sebagai sebagai sebahagian dari pasukan pendakwaan walaupun tahu beliau ada ‘isu’ dengan Saiful Bukhari.

Serta banyak lagi soal-soal lain yang hanya boleh difahami oleh mereka yang arif mengenai undang-undang yang tidak diambil berat oleh pendakwaraya sehingga membolehkan Anwar bebas. Kita sebagai orang biasa yang tidak faham perundangan tidak mampu untuk melihatnya dengan mata kiat. 

Tetapi bagi orang yang faham perundangan telah lama mereka bercakap tentang kelemahan Datuk Yusof mengendalikan kes itu. Yang sebenarnya bukan beliau lemah, tetapi sabotaj untuk memastikan Anwar bebas.



sumber: sungai rapat online

posted from Bloggeroid


posted from Bloggeroid

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY