Terima kasih David Teo.
Awak memang seorang yang hebat dan dari dulu memang pandai mencari publisiti. Murah atau tidak, publisiti is publisiti.
Pada saya, kalau Tun Mahathir pun orang boleh hentam sekarang so why not P Ramlee? Saya rasa manusia memang ada short term memory loss (macam Finding Dory) kita ingat apa yang kita hendak ingat dan bila ia memberi kepentingan kepada kita.
Tidak salah kita nak buat duit dalam industri hiburan, kalau ada rezeki silakan.
Ramai pun dah jadi jutawan menceburi dunia hiburan ni. Tapi apa yg awak kena ingat Encik David adalah jiwa orang seni adalah berbeza dengan jiwa seorang peniaga.
Contoh jiwa orang berseni ialah P Ramlee dan peninggalan karya-karya beliau yang masih mewarnai, menghiburkan dan sampai sekarang boleh buat duit kerana tetap diminati orang dari generasi kini.
Mungkin bukan waris P Ramlee yang menikmati dan merasai habuan jualan karyanya sekarang tetapi… pada asasnya hasil karya seorang yang berjiwa seni ini masih boleh buat duit untuk jangka masa yang lama.
Contoh jiwa seorang peniaga ialah awak. Awak memang sangat hebat dalam benda ni. Ya betul anda membuka ruang untuk ramai seniman baru untuk berkarya tetapi karya-karya ini kebanyakannya menggunakan pendekatan perniagaan yang ekstrem iaitu ‘Cepat dan Murah’ dan itu telah memberi kesan hebat kepada kualiti filem-filem terbitan awak.
Ini pendapat saya. Ini adalah kerana seorang peniaga akan berfikir buat murah senang ROI. Artis dan krew boleh bayar pukal so you get better, cheaper deal. Tidak perlu ada ilmu pengarahan atau lakonan … semuanya boleh digilapkan ‘on set’. Tetapi kita kena ingat kerja seni bukanlah kerja kontrak buat jalan raya atau MLM, so tak boleh expect boleh buat bisnes ini macam bisnes lain. In film time is usually quality.
Mungkin pada pandangan awak apa guna jadi artis kalau tidak boleh jadi jutawan. Pada saya kalau itulah kerjaya yang membahagiakan kita, kepuasan diri menjadi sebab utama dan kekayaan sebab kedua.
Ramai kawan-kawan yang saya kenal, yang dahulunya lawyer, meninggalkan kerjaya mereka untuk menjadi pelakon teater yang pulangan ekonominya lagi jahanam daripada buat filem. Tetapi mereka puas dan happy.
Dari zaman dulu sehingga sekarang ada sahaja orang nak memanipulasi orang seni pasal pada tanggapan ramai, orang seni ini bodoh dan tidak berpelajaran.
Oleh kerana wang bukan menjadi motivasi utama, tidak bermakna kami bodoh sekarang. Shaw Brothers ambil semua intellectual property rights yang sepatutnya sama ada diikongsikan dengan karyawan atau ada peratusan yang masih berhak dituntut oleh karyawan atau warisnya.
Saya nak tanya sekarang adakah praktis ini masih berleluasa? Di mana studio masih nak menuntut all rights kepada hasil karya seorang artis itu?
Jawapannya YA!!!! RTM, Grand Brilliance, Astro Shaw , Media Prima, Astro … semua masih mempraktikkan memegang rights harta intelek daripada karyawan.
Walau bagaimanapun kebelakangan ini Astro dan Media Prima sudah mula berkongsi rights dengan penerbit tetapi saya tak tahu berapa meluas.
So artis di hari tua tidak dapat meninggalkan apa-apa kepada warisnya. Jadi jawapan kenapa P Ramlee duduk di pinggir Bukit Bintang Encik David, adalah kerana dia tidak di’protect’ oleh undang-undang negara ini.
Dia dieksploitasi oleh studio-studio besar yang mengambil semua harta inteleknya, dan ia tidak ada kena-mengena dengan artis yang tidak berdisiplin, tidak ada komitmen atau tidak tahu menjaga periuk nasinya.
Malangnya sehingga sekarang, masih belum ada rang undang-undang parlimen yang menyatakan studio atau stesen tv tidak berhak mengambil harta intelek seseorang karyawan kecuali karyawan mahu menjual harta intelek itu pada harga yang berbeza daripada harga projek tersebut.
So Encik David, the problem is not P Ramlee, the problem is the lack of respect this country have for the rights of artistes.
No comments: