'/>

Dap cuba alih Isu???


Apa yang EP nampak DAP sedang berusaha bermati-matian untuk mempertahankan Lim Guan Eng yang kini sedang berdepan dengan pertuduhan salah laku rasuah di mahkamah. 

Pelbagai usaha telah dilakukan untuk memastikan kedudukan Guan Eng kekal walaupun secara tidak langsung kita dapat melihat dengan jelas bagaimana resahnya DAP mendepani isu kali ini.

EP rasa mereka sendiri sedia maklum bahawa pertuduhan melibatkan Guan Eng kali ini bukanlah kes biasa yang boleh diambil mudah.Bahkan mereka juga pasti sedar bahawa pertuduhan ini adalah yang paling getir sepanjang penglibatan Guan Eng dan DAP dalam kancah politik negara.

Mengambil kira kedudukan Guan Eng yang dilabel sebagai abang besar dalam Pakatan Haram, keputusan BERSALAH dan perlu menjalani hukuman penjara adalah sesuatu yang amat perlu dielakkan.Ini penting bagi memastikan momentum DAP dalam persaingan politik Malaysia terus relevan.

Kerana itulah pelbagai siri pembohongan mula digerakkan oleh macai-macai DAP sehinggalah pembohongan tentang dana derma yang kononnya untuk menjamin Guan Eng.Baca seterusnya di sini 

http://empayar-pemuda.blogspot.my/2016/07/adakah-derma-kepada-guan-eng-satu.html

Kini mereka sedang menciplak pula insiden BREXIT yang berlaku di Britain baru-baru ini.

Sudah ada ura-ura daripada pihak DAP dan kerajaan negeri untuk membubarkan DUN lebih awal dan menyerahkan kepada rakyat untuk memutuskan siapa yang lebih berhak mentadbir Pulau Pinang.

Hebat sekali permainan politik DAP , sesuatu yang pasti semua itu berlaku kerana isu yang sedang dihadapi oleh Guan Eng dan realitinya DAP tidak akan sesekali bertindak sedemikian sekiranya tidak ada isu yang membelit pemimpin dan parti cauvinis tersebut !

Jelas semua itu adalah retorik ciptaan DAP untuk sekali lagi usaha menipu rakyat khususnya warga Pulau Pinang.

Ekoran daripada itu , Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang Datuk Seri Zainal Abidin Osman menyelar cadangan kerajaan negeri itu yang dikatakan sedang mempertimbangkan untuk membubarkan DUN supaya boleh diadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) berikutan pendakwaan salah laku rasuah terhadap Ketua Menteri Lim Guan Eng di mahkamah.

Ujarnya, cadangan tersebut akan membazirkan wang rakyat dan adalah sangat tidak wajar untuk menghabiskan jutaan ringgit hanya kerana Guan Eng tidak mahu bercuti atau melepaskan jawatan Ketua Menteri walaupun sedang menghadapi dua pertuduhan rasuah.

“Pembubaran DUN lebih awal kebiasannya dilakukan oleh seorang Ketua Menteri yang sedang menghadapi krisis keyakinan terhadap dirinya. Apakah ada kemungkinan Guan Eng merasakan yang dia sudah hilang kepercayaan majoriti Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dari Pakatan sehingga perlu membubarkan DUN?

"Rakyat perlu sedar bahawa yang dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan salah laku rasuah adalah Guan Eng dan bukannya Kerajaan Negeri Pulau Pinang… yang akan dibicarakan nanti adalah Guan Eng dan bukannya kerajaan negeri.

“Jadi kenapa Guan Eng dan kerajaan negeri pimpinan Dap perlu mengheret rakyat dalam kes rasuah yang sedang dihadapinya sedangkan ruang dan peluang luas telah disediakan oleh sistem kehakiman dan mahkamah negara untuk dia membuktikan yang dia tidak bersalah,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Zainal turut mempersoalkan apakah cadangan tersebut adalah satu muslihat politik oleh Dap dan Pakatan Harapan untuk mengaburi mata rakyat dari melihat kemungkinan terbuktinya salah laku dan rasuah oleh Guan Eng apabila kes dibicarakan nanti.

"Adakah mereka takutkan kebenaran yang bakal muncul di mahkamah nanti yang bakal menyebabkan sokongan rakyat terhadap Guan Eng dan Dap akan terjejas secara tidak langsung.

"PRN dan referendum bukan cara untuk menentukan samada Guan Eng bersalah atau tidak daripada tuduhan melakukan rasuah.

"Seharusnya Dap memikirkan untuk melantik seorang Pemangku Ketua Menteri Pulau Pinang dan mengarahkan Guan Eng untuk bercuti sehingga perbicaraan kes rasuahnya selesai. Itupun sekiranya Dap betul-betul serius mempertahankan integriti dan ketelusan dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang,” bidasnya lagi.

Tambah Zainal, sekiranya kerajaan negeri bimbang dan gusar mengenai tahap sokongan rakyat terhadap Ketua Menteri dan Kerajaan Negeri berikutan kes rasuah melibatkan Guan Eng, Kerajaan Negeri boleh mengarahkan Penang Institute untuk menjalankan kaji selidik atau kajian di kalangan rakyat negeri itu atau meminta badan-badan bebas lain melaksanakan kajian tersebut.

Isunya apakah DAP benar-benar punya integriti ?

Rasanya mereka akan lebih memihak untuk terus mencipta siri pembohongan demi pembohongan daripada memilih untuk SETIA dengan PRINSIP KUCING KURAP (CAT) ciptaan mereka sendiri !

Kita tengok nanti !
#http://empayar-pemuda.blogspot.my/

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY