'/>

Hospital Sri Aman dijangka Siap Oktober 2018

Foto By KLXpressSarawak
Menteri Muda Ekonomi Luar Bandar dan Perladangan Datuk Francis Harden Hollis melahirkan rasa gembira melihat perkembangan terkini projek pembinaan Hospital Sri Aman.

Beliau berkata, projek itu memasuki fasa kedua sejak Oktober tahun lalu dan dijangka siap sepenuhnya menjelang Oktober 2018.

Menurutnya, kerja-kerja pembinaan hospital baharu ini giat dilaksanakan dan berharap projek itu dapat siap mengikut jadual ditetapkan.

“Saya berharap pembinaan Hospital Sri Aman tidak lagi menjadi isu dan rakyat sendiri melihat projek itu dibangunkan,” katanya selepas menghadiri taklimat pembinaan Hospital Sri Aman di sini, semalam.

Hadir sama Menteri Kerajaan Tempatan Datuk Dr Sim Kui Hian.

Katanya, kemudahan yang terdapat di hospital itu me-rangkumi 108 katil pesakit, bahagian kecemasan, klinik pakar, hemodialisis dan makmal patologi.

“Kewujudan hospital ini sudah pasti menggembira-kan penduduk Sri Aman kerana ia sesuatu yang mereka nanti-nantikan,” katanya.

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY