'/>

Kunjungan Raya Adilfitri Tun Taib di Miri

Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud bersama isteri Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib
Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud bersama isteri Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib berada di Miri semalam untuk mengadakan kunjungan Hari Raya Aidilfitri ke kediaman wakil rakyat, ketua masyarakat serta rakan di sini.


Kunjungan dimulakan di kediaman Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir, Ripin Lamat di Jalan Airport sebelum diteruskan ke kediaman Menteri Muda Solidariti dan ADUN Bekenu, Rosey Yunus di Taman Bumiko.

Turut menemani beliau ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri serta Menteri Kebajikan Wanita dan Kesejahteraan Masyarakat Datuk Fatimah Abdullah.

Hadir sama Menteri Muda Kesihatan Awam Datuk Dr Jerip Susil, Menteri Muda Pengangkutan Darat, Udara dan Keselamatan Datuk Lee Kim Shin, ADUN Piasau Datuk Sebastian Ting dan Pengerusi SUPP Pujut Adam Yii.

Kunjungan pada tengah hari diteruskan ke kediaman Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang di Kampung Luak dan Ketua Publisiti Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Yusop Sani Wahab di Pujut 7.

Pada sebelah petangnya pula, rombongan ke kawasan Piasau untuk mengunjungi kediaman Temenggung Abdul Rahman Fadzail, bekas Yang Dipertua Persatuan Melayu Miri (PMM) Datuk Wan Morshidi Tuanku Abdul Rahman, Presiden Persatuan Jatti Meirek Miri (PJMM) Datuk Abdillah Abdul Rahim dan Pengerusi Biro Kebajikan dan Anak Yatim Masjid Darul Ehsan Talhah Mansor.

Tun Taib dan isteri juga menghadiri majlis makan malam Hari Raya Aidilfitri anjuran Lembaga Amanah Kebajikan Melayu Miri (LAKMM) di Hotel Mega pada jam 8 malam.

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY