'/>

Pertandingan Bolasepak Piala MDMJ 2017

Majlis Daerah Meradong dan Julau (MDMJ) akan menganjurkan Pertandingan Bola Sepak Piala Majlis Daerah Meradong dan Julau Tahun 2017 pada 17 hingga 25 Mac 2017 bertempat di Kompleks Sukan Bintangor dan Padang Bolasepak Majlis Daerah Meradong dan Julau, Bintangor. 

Keputusan ini dicapai melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan Bola Sepak Piala Majlis Daerah Meradong dan Julau Tahun 2017 - Bil.2/2017 pada 10 Februari 2017 (Jumaat) jam 2.30 petang bertempat Bilik Mesyuarat, Majlis Daerah Meradong dan Julau, Bintangor. Mesyuarat dipengerusikan oleh Encik Badjuri Bidin, Pegawai Daerah Meradong dan turut dihadiri Encik Wan Mahmad Bin Wan Badhi, Setiausaha Majlis Daerah Meradong dan Julau.

Program ini diadakan bertujuan menggalakkan perkembangan industri sukan di semua peringkat terutamanya di Daerah Meradong, Julau dan Pakan. Selain itu, pertandingan ini dapat meningkatkan kemajuan sukan bola sepak di Bahagian Sarikei dari segi positiviti, professional, taktik dan strategi pasukan sekaligus meningkatkan mutu sukan pilihan bola sepak serta merealisasikan peluang penyertaan dalam pertandingan tersebut. Di samping itu, dengan mengadakan pertandingan ini dapat memelihara perpaduan serta perasaan muhibah di kalangan peserta yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

Pertandingan ini akan dibahagikan kepada tiga (3) kategori iaitu Kategori veteran Terbuka (Umur 45 tahun dan ke atas), Kategori Lelaki Terbuka dan Kategori Wanita Terbuka. Penyertaan turut dibuka kepada penduduk Daerah Sarikei selain penduduk di kawasan bidang kuasa pentadbiran MDMJ iaitu di daerah Meradong, Daerah Julau dan Daerah Pakan. 

Pemenang dalam pertandingan ini akan menerima hadiah dan sijil. Bagi kategori Lelaki Veteran Terbuka, Johan akan menerima wang tunai Seribu Ringgit (RM1000.00), beserta sijil dan piala. Naib Johan akan menerima wang tunai Tujuh Ratus Ringgit (RM700.00) beserta sijil. Tempat ketiga akan menerima wang tunai Lima Ratus Ringgit (RM500.00) beserta sijil.

Bagi kategori Lelaki Terbuka, Johan akan menerima wang tunai Seribu Ringgit (RM1000.00), beserta sijil dan piala. Naib Johan akan menerima wang tunai Tujuh Ratus Ringgit (RM700.00) beserta sijil. Tempat ketiga akan menerima wang tunai Lima Ratus Ringgit (RM500.00) beserta sijil.

Kategori Wanita Terbuka pula, Johan akan menerima wang tunai Seribu Ringgit (RM1000.00), beserta sijil dan piala. Naib Johan akan menerima wang tunai Tujuh Ratus Ringgit (RM700.00) beserta sijil. Tempat ketiga akan menerima wang tunai Lima Ratus Ringgit (RM500.00) beserta sijil.

Sebarang pertanyaan, borang penyertaan, syarat pertandingan serta maklumat berkaitan boleh menghubungi Jimmie ak Along di talian 019-4491230 / Ahmad Hj Udin di talian 013-5605989. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 15 Mac 2017 manakala cabutan undi pasukan akan diadakan pada 16 Mac 2017 di Bilik Mesyuarat Majlis Daerah Meradong dan Julau.

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY