'/>

Pembayaran peringkat kedua Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2017 akan dibuat mulai 5 Jun ini, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani hari ini.

Beliau berkata pembayaran yang bersempena sambutan Hari Raya Adilfitri itu melibatkan penerima yang telah menerima BR1M 2017 semasa peringkat pertama sebelum ini, manakala pembayaran bagi permohonan rayuan dijangka pada 17 Jun ini.

Beliau berkata pembayaran BR1M akan dikreditkan terus ke akaun penerima, dan bagi mereka yang tidak mempunyai nombor akaun, surat kelulusan akan diposkan terus ke alamat penerima dan seterusnya boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.

Sibu:Majlis Pemimpin Bersama Rakyat sempena Hari Gawai dirasmikan oleh YB Abdullah Bin Hj. Saidol Menteri Muda Di Pejabat Ketua Menteri (Pembangunan Korporat) ,ADUN N42 Semop di Rh. Akat Tanjung Penasu Batang Igan Sibu.
Foto by fb george enteba

MAJLIS IKRAR BEBAS RASUAH TH

Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menganjurkan Majlis Menandatangi Ikrar Bebas Rasuah dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), bertempat di bangunan TH, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Majlis yang diadakan ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Panglima Abdul Azeez Abdul Rahim, Pengerusi TH.

Majlis turut disertai oleh  YBhg. Datuk Dzulkifli Ahmad, Ketua Pesuruhjaya SPRM dan YBhg. Datuk Seri Johan Abdullah, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH.

Penganjuran majlis ini menyatakan sokongan berterusan TH dalam memerangi rasuah sejajar dengan amalan serta tadbir urus korporat yang terbaik.

Majlis turut dihadiri oleh Ahli-ahli Lembaga PengarahTH, wakil daripada anak-anak syarikat TH, pesuruhjaya-pesuruhjaya SPRM dan pengurusan kanan TH.

Bintangor:Kuih takir@perauk lejen  Bintangor Bandar Limau (buk neriah).
Kpg abg Ali tengah

Mun maok booking awai, uraeng sarikei sibu mesti encobo. Pasti belalak

Foto kiriman: intan diamond

Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Dr Sim Kui Hian berkata, SUPP telah menyerahkan senarai calon bagi Ketua Menteri dan Barisan Pengerusi negeri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg untuk memutuskan untuk Pujut pilihan raya kecil.

To all my Dayak Comrades..Frens..brothers and sisters where ever you are..
Wishing you all the most pleasant and memorable Gawai celebration..
May Almighty God blessed us all with all His Kindness and Protection..and may us all always live in Harmony..Peace and Tolerance..Aaminnn

Sumber FB :

YB Abdullah Hj. Saidol
Menteri Muda Di Pejabat Ketua Menteri
(Hal Koporat)
ADUN N42 Semop

Program semperna kempen Pembela ummah.Imam muda pelestin imam Taher j.m. AbuNama.Mengimami solat isyak n terawih di Surau Darul Ehsan Jln bidadari Bintangor.semuanya bljn lancar.

Majlis Berbuka Puasa Bersama YAB Perdana Menteri di Seri Perdana, Putrajaya

Sibu:Only in SARAWAK. Kad klinik yg berbaris.. Berlaku di Poliklinik Oya, Sibu.
Foto by FB my mukah.

Geran Tanah Gantian Baru Sedia Dituntut bagi Tuan punya tanah yang disebabkan oleh Projek Pembinaan Pan BORNEO Zon Sarikei Bintangor. Tingkat 4, Wisma Jubli Mutiara Sarikei.

SUPP dan UPP, please take note ye..😎

Senarai calon PRK Pujut ada pada saya — Abang Jo

KUCHING: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri, Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg semalam mengesahkan kedua-dua parti; Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Rakyat Bersatu (UPP) telah menghantar senarai nama calon berpotensi untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Pujut kepadanya.

Bagaimanapun katanya, masih terlalu awal untuk beliau mendedahkan senarai nama tersebut, sebaliknya calon yang dipilih hanya diumumkan sebelum penamaan calon.

“Ini kerana tarikh penamaan calon masih jauh.

“Sejujurnya, PRK Pujut merupakan tugas berat tetapi kami rasa kami boleh menang,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Bazar Ramadan Satok semalam.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 4 Julai depan sebagai Hari Pembuangan Undi PRK Pujut manakala Hari Penamaan Calon pada 20 Jun depan.

Ia diadakan susulan kekosongan kerusi tersebut setelah Dewan Undangan Negeri melucutkan penyandangnya, Dr Ting Tiong Choon daripada DAP.

Bazar Ramadan itu merupakan antara yang tertua diwujudkan di negeri ini, sejak 29 tahun lalu.

Abang Johari turut mengagihkan bubur pedas dan bubur lambuk secara percuma kepada para pengunjung. – Sarawakvoice

Tahniah kepada Rayzam Shah Wan Sofian yang memecahkan rekod kebangsaan dengan memadamkan rekod 23 tahun acara 110 meter berpagar di Kejohanan Kurpfalz Gala, di Jerman, semalam.

"Sudah 23 tahun rekod 110m lari berpagar dipegang Nur Herman Majid, kini dilebur jaguh anak Sabah, Rayzam Shah. Tahniah! #kebanggaanku #Negaraku," kata Perdana Menteri menerusi akaun Twitter beliau semalam.

kemalangan luar biasa " RARE"

kedua dua Babi hutan dan Buaya mati di tempat kejadian setelah di langgar oleh kereta ,

di katakan babi hutan mati dahulu, Buaya yang naik ke jalan untuk mendapatkan daging babi turut kena langgar kereta yg melalui jalan tersebut,

Tempat kejadian Di Kg Sungai Teraban, Kuala Belait Selepas filling station. Brunei Kalau ke Miri memang lalu tempat ni,

kes masih dalam siasatan bedah Siasat entah di buat sik ?

Mengapa gambar orang solat terawih diletakkan dibawah tajuk berkaitan dengan pengganas Malaysia. Macam nak sengaja bagi gambaran orang islam jahat je.. cammon lah star, mana sensitiviti anda??
Foto by FB Salfian nawawi

Bintangor:Jangan lupa beri sokongan kepada peniaga kita..

Foto:FB Bandar Bintangor

Bintangor:Sumbangan peruntukan berjumlah keseluruhan sebanyak rm80 ribu utk semua JKKK Rmh Pjg di N42 Semop.

YB Abdullah Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Koporat) turut mengumumkan beberapa projek gotong royong di beberapa rmh pjg utk membaiki jetty yg rosak dgn kos seluruhan berjumlah RM60ribu.

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Tahun 1438H / 2017M bagi Seluruh Malaysia.

Anda boleh memuat turun jadual waktu Imsak dan Berbuka Puasa pada tahun ini,..kunjungilah laman web Jakim diruangan pengumuman atau pada pautan di bawah ini..

Sila download untuk semua negeri di
http://islam.gov.my/pengumuman/952-jadual-waktu-imsak-dan-berbuka-puasa-1438h-2017m

Sumber @MyJakim

KUCHING - Perjumpaan tertutup enam Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pembangkang dari Parti Tindakan Demokratik (DAP) terhadap Ketua Menteri Sarawak baru-baru ini semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-18 adalah bertujuan untuk menagih simpati kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam mendapatkan peruntukan bagi membangunkan kawasan mereka.

Perkara ini telah didedahkan Menteri Utiliti Sarawak Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom di dalam BHOnline dan berkata, wakil rakyat terbabit memohon bantuan kewangan daripada kerajaan negeri yang dipimpin BN.

Perkembangan ini memperlihatkan pembangkang, khususnya DAP semakin terdesak dalam usaha mengotakan janji ditabur mereka kepada rakyat dalam pilihan raya sebelum ini.

"Kita dimaklumkan ada enam wakil rakyat DAP bertemu Ketua Menteri, Datuk Amar Abang Johari Abang Openg, baru-baru ini untuk mendapatkan peruntukan bagi Geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) untuk kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing.

"Ia jelas membuktikan politik diterajui mereka selama kni hanya 'omong kosong' tanpa memiliki keupayaan kewangan yang utuh bagi melaksanakan agenda pembangunan untuk kawasan dan rakyat," katanya selepas menghadiri majlis penyerahan cek MRP bagi kawasan DUN Kemena, di sini pagi tadi.

"Mungkin rakyat, khususnya pengundi tidak mengetahuinya tetapi inilah yang sebenarnya berlaku.

"Tidak mungkin pembangkang mampu menjayakan pembangunan dirancangkan tanpa bantuan kerajaan negeri dikuasai BN.

"Namun, sudah tentu Ketua Menteri atas kapasitinya sebagai Pengerusi BN Sarawak perlu meneliti terlebih dahulu permintaan pembangkang sebelum membuat sebarang keputusan mengenainya," katanya.

Dalam perkara berkaitan, jelas memberikan gambaran bahawa DAP Pusat tidak menghiraukan DAP Sarawak dengan hanya membiarkan mereka mencari dana untuk membangunkan kawasan yang mereka wakili.

Malah, DAP yang terkenal dengan menganjurkan program dan majlis makan malam bagi mengutip derma lebih kepada mendapatkan dana untuk kegiatan politik mereka dan bukannya untuk membangunkan kawasan yang mereka wakili.

Diakui, kebanyakan kawasan yang diwakili DAP itu datangnya daripada kawasan bandar, tetapi ini tidak mencukupi kerana masih ada kekurangan yang perlu ditampung wakil rakyat dan tidak semestinya bergantung kepada tanggungjawab kerajaan tempatan.

DAP yang selama ini hanya pandai mengkritik kini terdesak dengan desakan rakyat yang mahukan kawasan mereka turut dibangunkan seperti mana kawasan yang ditadbir BN. 

Inilah yang menjadi rungutan rakyat di kawasan pembangkang, mereka lebih banyak bermain politik daripada menjaga kebajikan rakyat dan banyak menunding jari kepada kerajaan BN jika berlaku sesuatu kejadian biarpun ia di bawah tanggungjawab wakil rakyat tersebut.

 sumber:klxpress Sarawak

Bintangor:Tragedi remaja 13 tahun dibaham buaya di Kampong Sungai kawi ,Bintangor.
Pagi tadi, saya ke lokasi kejadian dengan seorang penduduk tempatan nenunjukan dimana lokasi remaja Andrian Tan 13 tahun bersama seorang lagi rakannya sebelum kejadian sedang duduk bersantai kat tangga jeti sungai itu.masa tu air sungai sudah setengah surut .Dengan tiba-tiba mangsa telah dibaham kaki dan dibawa lari ke tengah sungai lalu tenggelam  .oleh seekor buaya.rakannya ketakutan melihat kejadian lalu bergagas memaklumkan kepada peduduk setempat .

Bintangor:Seorang remaja Andrian Tan berumur 13 tahun dipercayai telah menjadi mangsa serangan buaya ketika mangsa duduk di tepi gigi air (santai) Sungai Kampung Kawi, Bintangor. Menurut saksi iaitu rakan mangsa, mangsa secara tiba-tiba terjatuh seperti ditarik oleh sesuatu ke dalam air. Pada jam 7.10 ptg. Mangsa telah dijumpai 500m dari lokasi dimana kejadiaan berlaku serangan.


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bermesyuarat hari ini menetapkan 20 Jun sebagai hari penamaan calon dan 4 Julai sebagai tarikh untuk respectivly pengundian bagi Dewan Undangan Negeri Sarawak (DUN) Pujut Pilihanraya Kecil.

Permulaan Monsun Barat Daya (Musim kering) di Malaysia  telah bermula pada pertengahan bulan mei 2017 dan dijangka berterusan sehingga September 2017 .Secara amnya Negeri Sarawak akan mengalami keadaan pengurangan hujan.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak sekarang telah menyediakan aset-aset untuk menghadapi kemungkinan berlakunya kemarau yang selalu berlaku dikawasan -kawasan seperti  Betong,Mukah, dan Miri dengan menyediakan sebanyak 5 buah helikopter ,154 buah lori ,358 buah kenderaan pacuan empat roda ,226 buah bot dan 50 buah ambulans dari pelbagai jabatan dan agensi.

Ucapan penggulungan
YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas
Timbalan Ketua Menteri,Menteri Permodenan Pertanian,Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah.

"Kami mahu seseorang yang diberi mandat politik untuk menangani pendidikan di Sarawak dan untuk berurusan dengan Putrajaya (kerajaan persekutuan). Dengan orang yang bertanggungjawab bagi pendidikan, kami ingin memberikan kemudahan yang terbaik untuk pendidikan di Sarawak, terutama untuk sekolah-sekolah luar bandar kita yang sering dalam bentuk yang sangat buruk.

"Kami mahu menjadi hari berkata kepada Putrajaya: 'Kami membina sekolah-sekolah kita yang pertama dan bil kepada anda kemudian. Kita tidak boleh menunggu untuk Putrajaya untuk membina sekolah-sekolah luar bandar kerana kadang-kadang mereka tidak mempunyai dana yang mencukupi, "- CM

KUCHING: Pegawai polis berpangkat Inspektor, yang disyaki membunuh isterinya di Kampung Kakai, Serian, petang tadi diberkas berhampiran Pasaraya Emart Matang, di sini, jam 9.35 malam ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mazlan Mansur, ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan memaklumkan tiada sebarang insiden tidak diingini berlaku.

Sumber:BH

Lanjutan :http://meradongtoday.blogspot.my/2017/05/kejadian-tembak-di-serian.html?m=1

Keputusan Penuh Final Liga Bola Sepak Rakyat 2016/2017

Serian FA (1)vs Gua Musang FA (2)

Agreget Serian FA (2) vs Gua Musang FA (2)

☆ Gua Musang FA Juara dengan kelebihan gol tempat lawan.

Syabas & Tahniah Gua Musang FA dari Kelantan selaku juara Liga Bolasepak Rakyat tahun 2016/2017


SERIAN: Polis Sarawak memburu seorang pegawainya berpangkat Inspektor dan juga Ketua Balai di sebuah daerah di negeri ini bagi membantu siasatan satu kes bunuh petang tadi.

Ia susulan satu kes wanita ditemui mati, dipercayai ditembak suaminya menggunakan pistol di sebuah rumah di Kampung Kakai, di sini petang tadi.

Kejadian dikatakan berlaku sekitar jam 3.15 petang, dengan mangsa ditemui mati oleh jirannya setelah mendengar bunyi satu das tembakan.

“Jiran berkenaan kemudian dimaklumkan oleh ibu mangsa bahawa tembakan itu dilepaskan oleh menantunya, yang juga seorang pegawai polis.

“Kerana takut, ibu mangsa kemudian meminta jirannya memeriksa keadaan di dalam bilik berkenaan sebelum menemui mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri, ” kata sumber polis
Baca lanjut disini:Sarawakvoice

Kita rakyat Sarawak selama ini mendabik dada bahawa "Kitalah Juara 1Malaysia". Tetapi kebanggaan itu seakan lenyap dek kerana perbuatan rakyat Sarawak seperti Beginda Minda. Sanggupkah kita kehilangan kebanggan ini semata-mata salah faham yang diwujudkan oleh Beginda Minda. 

Bak kata peribahasa 

Kerana Nila setitik, rosak susu sebelanga

Bukannya beliau tidak mengerti perbezaan agama dan kaum. Cuma bila hati sudah penuh dengan agenda kejahatan, mereka sanggup melihat kehancuran perpaduan diantara rakyat berbilang kaum dan agama khasnya di negeri Sarawak.

Baca lanjut disini:http://codeksarawakian.blogspot.my/2017/05/beginda-minda-sahkan-pembangkang-adalah.html?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook&m=1

Yg lain pegang plakad tapi Mahathir tidak. Tak setuju la tu.

Siapa Chong Chieng Jen dan King Wei nafi hak Islam di Sarawak?

Apakah agaknya yang dikhuatiri Chong Chieng Jen jika guru agama dari Semenanjung dan Sabah diimport ke Sarawak?

Takut mereka menyebar Islam, atau melaksanakan doktrin UMNO? Atau menjayakan agenda PAS, mahupun Amanah?

Atau paling tidak mempromosikan RUU355 atau berkempen melaksanakan hukum hudud.

Yang jelas, Chieng Jen dan rakan-rakan begitu gerun akan imej Islam. Takut akan kehadiran guru-guru agama ini, yang kononnya memiliki agenda lain.

Atau sebenarnya ia sebagai “political stunt” mereka. Ya, memainkan sentimen agama adalah isu yang paling mudah menjolok simpati. Apatah lagi atas prinsip umat Islam adalah minoriti.

Chieng Jen dan Wong King Wei harus sedar, kerana agama, macam-macam boleh jadi. Biarpun DUN adalah institusi yang kebal, tidak bermakna mereka halal melakukan, malah menutur sesuka hati dalam menidakkan hak orang Islam.

Perkara seperti guru agama, bukanlah kepakaran dan hak mereka untuk menghakiminya.

Malah tindakan King Wei mempersoalkan pengajaran agama Islam di peringkat menengah diteruskan walhal tidak dipraktiskan, adalah satu pencabulan yang menghina seluruh umat Islam di negara ini.

Saya ulangi, apa hak mereka untuk membangkitkan isu ini? Jika mereka mengatakan ia suara rakyat, siapakah rakyat yang dimaksudkan? Atau mereka mengulangi sikap dan pemikiran komunis.

Hai DAP, umat Islam di Sarawak sudah cukup bertoleransi dalam banyak perkara. Malah kita tidak marak pun apabila kerajaan yang dipimpin pimpinan Islam tidak menyokong RUU355, sebaliknya menghayati justifikasi yang diberikan.

Berkaitan pengimportan golongan guru agama ini, seharusnya mereka menghormati akan kekurangan yang dialami.

Timbalan Presiden Majlis Agama Islam Sarawak yang juga Adun Jemoreng, Datuk Dr Juanda Jaya menegaskan bahawa kekurangan ini tidak seharusnya berlaku, kerana negeri ini telah lama merdeka.

Bukan isu banyak sekolah agama, tetapi mereka yang layak melatih begitu berkurangan, kerana untuk melatih seseorang murid Islam, banyak kriteria perlu dipenuhi. Dan yang paling penting bebas daripada elemen ekstreme.

Begitu jugalah agama lain seperti Buddha, Hindu malah Kristian; begitu banyak pakar agama dari luar dibawa masuk untuk mendidik penganut. Adakah ini satu kesalahan juga?

Suka saya memetik Dr Juanda ketika perbahasannya yang lalu; “Tidak ada beza (dalam pengajaran agama Islam. Yang menjadi masalah adalah individu, bukannya silibus dan asal-usul kelahiran pengajarnya.

“Saya lahir daripada sistem yang sama dan menuntut agama Islam agak lama di Semenanjung Malaysia, tetapi saya kekal berfikiran seperti anak Sarawak yang lain.

“Agama Islam itu sama sahaja di mana-mana, baik di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Tegasnya:”Pembangkang tidak akan sokong anak-anak Islam mendapat pendidikan yang secukupnya.

“Tidak usahlah kita terlalu taksub dan terpengaruh dengan dakyah pembangkang yang hanya mahu mengganggu keharmonian amalan beragama di Sarawak.

“Tidak ada masalah untuk sesiapa sahaja mengajar subjek ini asalkan berkelayakan.

Nasihat saya cukup mudah. Politik adalah politik. Ada sempadan dalam politik. Sentimen agama bukanlah perkara yang perkara yang perlu dipolitik, terutama dalam konteks Sarawak.

DAP harus membatasi diri dalam isu ini kerana mereka bukannya pakar.

Kerana jika terus membakar api, ia akan marak. Dan yang ruginya adalah semua pihak. Sila fahami dan pelajari apa yang berlaku dalam tragedi 13 Mei 1969! sumber:Sarawakvoice

TERKINI: Suruhanjaya Pilihan Raya telah memutuskan pada 4 Julai sebagai pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Pujut dengan penamaan calon ditetapkan pada 20 Jun, berikutan mesyuarat khas pada hari Jumaat.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat untuk Meradong yang telah membangkitkan isu penutupan IPG Kampus Rajang.Pada masa kini tiada keputusan muktamad telah dibuat oleh kerajaan Persekutuan pada issue.

Bagaimana pun saya akan membuat susulan mengenai surat yang ditulis oleh Ketua Menteri Allahyarham Datuk Patinggi Tan Sri Adenan, meminta Kerajaan Persekutuan tidak menutup sesiapa daripada empat (4) IPG di Sarawak.

Usul Penggulungan oleh

YB Dato Sri Michael Manyin Anak Jawong.
Menteri Pendidikan ,Sains dan Penyelidikan Teknologi

RM140 Ribu Diperuntukkan Untuk Menyelesaikan Masalah Elektrik Di SMK Merapok

Kerajaan telah memberi telah memperuntukkan sebanyak RM 140,000 untuk menyelesaikan masalah elektrik di SMK Merapok.

Menteri Muda Pendidikan dan Teknologi Penyelidikan Dr Annuar Rapaee menyatakan, peruntukan tersebut telah diserahkan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) Lawas untuk tindakan seterusnya.

Annuar, yang juga ADUN Nangka menyatakan peruntukan berkenaan telah diserahkan kepada JKR Lawas pada bulan April yang lepas.

Beliau, yang ditemui pemberita di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak memberi respon sedemikian setelah permasalahan tersebut disebarkan di media sosial pada hari ini.

"Kerajaan sentiasa mengambil berat akan kebajikan pelajar khususnya mereka yang di luar bandar dan berusaha akan menyediakan infrastruktur dan kemudahan asas kepada rakyat."

Annuar juga yakin, JKR Lawas dan Jabatan Pendidikan Lawas akan menyelesaikan permasalahan tersebut dalam masa yang terdekat. Kerja pembaikan akan dimulakan pada bulan Jun.

Menurut paparan sebuah page Facebook komuniti tempatan, sekolah menengah berasrama berkenaan; di blok kelas dan pentadbiran tidak mempunyai kuasa elektrik sejak enam bulan yang lepas.

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY