'/>

BNBBC Sarawak semakin lantang bersuara-Abdullah.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri, Hal Ehwal Korporat Abdullah Saidol berkata tanggungjawab dan proses semak dan imbang bukan sekadar dilakukan pembangkang, malah ahli-ahli BNBBC menjalankan peranan lebih baik berbanding pembangkang dalam memperbaiki kekurangan kerajaan dalam polisi dan pentadbirannya.

Abdullah menambah, adalah salah untuk mengatakan hanya pembangkang yang boleh menyediakan semak dan imbang semata-mata mereka lantang bersuara ketika persidangan Dewan Undangan Negeri.

Disamping itu apa yang wakil rakyat pembangkang perkatakan bukan benda baharu bagi Ketua Menteri, sebab BNBBC dalam perjumpaan-perjumpaan tertutup, malahan sebenarnya Ketua Menteri mampu mendapat maklum balas berkualiti, kritikal dan sah daripada BNBBC.

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY