KUCHING: Adun Ba’kelalan semalam menuntut agar wakil-wakil rakyat bukan kerajaan turut menerima agihan peruntukan yang sama rata yang diterima oleh Adun Barisan Nasional.
Baru Bian berkata, dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi dan prinsip keadilan, amalan kuno dengan peruntukan hanya dinikmati pihak kerajaan sahaja perlu dihakis.
“Dalam pelbagai wacana sebelum ini dicanangkan bahawa Adun-Adun BN telah menikmati pelbagai peruntukan seperti peruntukan Transformasi Luar Bandar (RTP) dengan biaya RM5 juta setahun, peruntukan ‘Projek Mesra Rakyat’ Persekutuan dan dana projek kecil luar bandar.
“Peruntukan-peruntukan ini tidak tersedia untuk wakil rakyat bukan BN,” tegasnya lagi.
Sumber:Sarawakvoice
P/s:Jika nak peruntukan jointlah BN Sarawak.Nampak sangat Pakatan Rakyat TIDAK MAMPU.Yang menjadi mangsa adalah rakyat...Mereka Pemimpin PR hanya mampu menjanjikan bulan dan bintang.
No comments: