'/>

DESAS-DESUS UMNO NAK BERKUASA DI SARAWAK BUKANLAH LAGI TOPIK BARU.ADA JUGA YB DAN DATUK DI SARAWAK YANG SOKONG UMNO WALAU PUN MEREKA INI AHLI PBB.PBB GOYAH KE DENGAN KEHADIRAN UMNO DI SARAWAK???SAMPAI ADA BEBERAPA ISU YB JOIN UMNO DIPERTIKAIKAN AWAL TAHUN INI.ADA YANG SAKIT HATI DAN GERAM KERANA MENDAKWA YB TERTENTU BERPALING TADAH.KENAPA SOKONG UMNO SEDANGKAN TELAH LAMA BERSAMA PBB???

Diatas merupakan salah satu artikel yang sempat MT petik dari whizzked. klik disini.

Berikut merupakan ucapan PM  

''Selagi PBB disokong oleh rakyat dan selagi parti itu boleh memimpin BN di negeri ini, maka UMNO tidak akan wujud di negeri Bumi Kenyalang ini," katanya ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung PBB Ke-12 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching di sini hari ini. klik disini.

"Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, UMNO tidak perlu ke negeri tersebut kerana setakat ini, perjuangan membela rakyat dijalankan dengan baik oleh parti komponen Barisan Nasional (BN) Sarawak yang diketuai oleh Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB)". klik disini.

Pokok pangkalnya desas desus yang mengatakan Umno masuk sarawak merupakan salah satu taktik pihak pembangkang yang mempunyai agenda tersendiri untuk melemahkan hubungan yang kukuh antara Umno dan PBB Sarawak.Sekiranya hubungan baik ini retak maka PR akan berpeluang untuk menguasai Sarawak.
untuk meningkatkan kehidupan dan membela nasib kaum Bumiputera dalam pelbagai bidang, termasuk politik, ekonomi, dan sosial.Klik disini.

Tindakan kumpulan yang menggelar diri sebagai penyokong UMNO merekrut keahlian seterusnya menubuhkan cawangan di negeri ini menunjukkan mereka ingkar dengan keputusan pucuk kepimpinan parti itu yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.klik disini

Jadi fikir-fikirkan lah...






MIRI – Baru beberapa bulan berniaga di lokasi baharu, lebih 60 penjaja berhampiran pasar raya DPS, Senadin mungkin terpaksa berpindah semula, berikutan aduan Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang mengatakan lokasi itu tidak selamat dan kotor.
Sebelum ini, penjaja yang kebanyakan kaum Dayak berniaga di kaki-kaki lima pasar raya yang sama, namun dipindahkan oleh Majlis Bandaraya Miri (MBM) ke lokasi sekarang yang lebih selesa.
Tinjauan mendapati, lokasi yang ada sekarang jauh lebih selesa berbanding lokasi lama yang terdedah dengan matahari dan angin ribut.
Seorang penjaja yang hanya dikenali sebagai Siah berkata, mereka belum mengetahui cadangan perpindahan itu, namun menganggap ia suatu yang membebankan.
“Dulu kami berniaga di depan DPS, kemudian disuruh berpindah ke tepi DPS pula. Sekarang disuruh berpindah pula, nampaknya kami macam bola,” katanya ketika ditemui di tamu berhampiran DPS petang tadi.
Sementara itu, cadangan untuk memberhentikan perniagaan di kawasan berkenaan telah dikemukakan kepada Datuk Bandaraya Miri, Lawrence Lai dalam Mesyuarat Penuh MBM hari ini.
“MBM banyak menerima aduan daripada pihak pembangkang DAP yang menyifatkan kawasan perniagaan di situ kotor dan tidak selamat. Komen pihak DAP telah disuarakan di akhbar tempatan tetapi MBM belum menerima aduan dari peniaga-peniaga di kawasan berkenaan,” katanya hari ini.
Lawrence menambah, DAP turut mendesak MBM agar memindahkan penjaja disitu kerana kegagalan menyediakan bekalan air dan elektrik untuk kegunaan mereka.
“Sebagai kawasan perniagaan sementara, MBM tidak dapat menyediakan kemudahan-kemudahan asas seperti yang dinikmati kawasan perniagaan kekal seperti tandas, bekalan air dan elektrik. Kita letakkan mereka di situ kerana memberi peluang kepada penjaja berjual sementara menunggu tapak tetap, bukannya tidak prihatin.”
“Setakat ini kita sudah mengenalpasti kawaan tamu tetap di Senadin, namun MBM masih menunggu peruntukan dari Kementerian Alam Sekitar dan Kemudahan Awam (KASKA) untuk melaksanakan projek berkenaan,” katanya sambil menambah aduan berkenaan akan dirujuk kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin Datuk Lee Kim Shin.
Pembukaan tamu sementara di Senadin bertujuan untuk memberi peluang dan membantu peniaga yang belum mempunyai lesen berniaga dengan sah.
Sehingga kini seramai 60 peniaga yang menjual buah-buahan, sayuran dan makanan mencari rezeki di tamu tersebut. Sebanyak 38 peniaga ditempatkan di kawasan hadapan pasaraya sementara yang lain ditempatkan di bahagian tepi.
| Copyright © 2013 MERADONG TODAY