'/>

Kenyataan Rasmi Berkaitan Produk Sosej Diragui Status Halal

Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) dengan kerjasama beberapa agensi penguatkuasaan lain telah mengadakan satu operasi bersepadu halal di Bahagian Betong pada hari ini (28 September 2016).

Pasukan operasi mendapati beberapa premis mempamer untuk jualan produk sosej ayam (Chicken Frank) diragui status halalnya. Pemerhatian pada label pembungkusan produk didapati produk berjenama “Rose Brand” dan dikeluarkan Rose Poultry Vinderup Denmark serta mempunyai logo halal daripada Islamic Cultural Centre Denmark.

Pemilik premis berkenaan telah diarahkan untuk mengemukakan bukti permit import dan sijil halal produk berkenaan untuk mengetahui status halal produk serta status kemasukannya ke Negeri Sarawak samada secara sah atau tidak sah.

Semakan awal pihak JAIS melalui lawan sesawang Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (http://www.dvs.gov.my/index.php/pages/view/299) mengenai Senarai Loji & Rumah Sembelih Yang Diiktiraf Di Luar Negara mendapati Rose Poultry Vinderup Denmark tiada dalam senarai berkenaan.

Manakala semakan melalui Portal Rasmi Halal Malaysia pada Senarai Badan Persijilan Halal Luar Negara Yang Diiktiraf (http://www.halal.gov.my/v4/index.php/en/badan-islam/badan-luar-negara-diiktiraf) mendapati Islamic Cultural Centre Denmark tiada juga dalam senarai badan diiktiraf.

Sehubungan itu, JAIS dan Bahagian Veterinar Jabatan Pertanian Sarawak akan bekerjasama untuk menentu pastikan status sebenar produk berkenaan dan menasihatkan pengguna muslim secara khususnya berhati-hati dengan produk ini.

Bahagian Pengurusan Halal
Jabatan Agama Islam Sarawak
28/9/2016

Rujukan:https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1240313156040786&id=392118954193548

1. Kritikan dan bantahan yang dikemukan berhubung isu persempadanan semula kawasan pilihan raya akan melalui beberapa proses sebelum cadangannya dimuktamadkan.

2. Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, pihaknya terbuka dan masih menunggu bantahan daripada semua pihak yang terlibat.

3. Tegas beliau, jika wujud rasa tidak puas hati berhubung cadangan ini, semua pihak sama ada kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT) atau pengundi berhak untuk menyuarakan bantahan.

4. “Sebab itu kita adakan pameran fasa pertama ini. Kita beri peluang kepada semua pihak untuk kemukakan pandangan kerana ia sebahagian daripada proses yang mengikut undang-undang,” katanya sebagai mengulas reaksi negatif parti-parti politik termasuk BN berhubung cadangan berkenaan.

5. Tambah Abdul Ghani, selepas proses bantahan bertulis berakhir pada 14 Oktober depan, SPR akan bersemuka dengan pihak yang terlibat bagi mendengar kebimbangan yang dibangkitkan semua pihak.

6. Beliau menjangkakan lebih kurang seminggu diperuntukkan untuk meneliti semua bantahan awal itu. Selepas itu SPR akan turun padang ke seluruh negara menemui tiga pihak yang terlibat iaitu kerajaan negeri, PBT dan 100 pengundi dalam sesuatu kawasan pilihan raya bagi mendengar setiap kebimbangan mereka.

7. Selepas proses itu selesai, SPR akan membuat pameran cadangan fasa kedua dan semakan boleh dibuat bagi mengetahui sama ada bantahan mereka sebelum ini diterima atau tidak.

8. Selain itu, menurut Abdul Ghani, beliau berharap semua pihak dapat turut sama terlibat dalam proses berkenaan mengikut saluran yang ditetapkan.

9. SPR kini sedang mempamerkan Syor Kajian Semula Persempadanan Bahagian-bahagian Pilihan Raya bagi Negeri-negeri Tanah Melayu dan Sabah selama satu bulan bermula 15 September hingga 14 Oktober.

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY