'/>

Tarikh :6 Mac 2016

Lokasi :Stadium Bola Keranjang Bintangor



Majlis Penutupan Sejiwa Senada Saratok oleh YB Tan Sri Datuk William  Mawan.  Tahniah warga Saratok dimana 150,000 pengunjung dicatitkan utk kehadiran di booth pameran SJSN SARATOK

Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Lambir mahu Ripin Lamat dicalonkan semula mewakili Barisan Nasional (BN) di kerusi DUN Lambir pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Sokongan dilaungkan oleh ahli-ahli jawatankuasa ranting Satap, Subak, Keluru Jaya, Tunku Abdul Rahman, Taman Tunku, Lusut, Bakam, Hulu Sibuti dan Peninjau.

Ketua Pemuda PBB Lambir, Mostaffa Yussof berkata sokongan padu juga diberikan kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem untuk membolehkan beliau mendapat mandat besar pada PRN 2016 ini.

Beliau berkata, turut menyokong pemilihan semula Ripin sebagai calon PBB di Lambir ialah ahli-ahli jawatankuasa protem Pemuda Ranting Beraya, Kejapil dan Batu Lapan.

“Kita mahu Ripin dicalonkan kerana beliau seorang bekerja keras, tidak perlu keadaan rasmi bila dijemput, beliau boleh datang. Beliau juga telah banyak menyumbang kemajuan di kawasan luar bandar,” jelas Mostaffa.

Bermula kelmarin, Pemuda PBB Lambir melancarkan jentera pilihan raya Pemuda PBB Lambir dan menubuhkan Jawatankuasa Kawal Selia sebagai persiapan menempuh kempen PRN dijangka diadakan dalam masa terdekat ini. – Utusan Borneo. 

Usha menghidupkan fahaman Komunis. @PDRMsia tidak akan membenarkan Kursus ini di jalankan. Penganjur akan di panggil https://t.co/tht7tc8wQa

Tn Hj Mastapa Julaihi, DO Meradong sedang membantu menyelamat mangsa kemalangan. Fuhhh.....respect this man. Tabik Tn. Haji. Nya bertembung dgn org accident tanpa fikir panjang dan sebelum bantuan tiba nya solo membantu menyelamat keluarga mangsa.

50 PRINSIP & TINDAKAN ADENAN SATEM
ANAK SARAWAK
1. Bumiputera di Sarawak tidak seharusnya diklasifikasikan sebagai lain-lain.
2. Masyarakat Cina bukan pendatang
3. Putrajaya adalah diingatkan untuk tidak menggubal dasar-dasar yang mana semua bumiputera dikelaskan berbangsa Melayu atau beragama islam.
4. Pengusiran pendatang haram. Jabatan Imigresen disarankan bertindak lebih aktif.

PEMANSUHAN ATAU PENGURANGAN CAJ
5. Penggurangan tariff elektrik berdasarkan penggunaan :
• Domestik berkuatkuasa pada 1.1.2015
• Komersial berkuatkuasa pada 1.6.2015
• Industri berkuatkuasa pada 1.6.2015

6. Semua perkhidmatan feri di seluruh negeri diseragamkan.
7. Sarawak bebas tol Jambatan Lanang (24 Mei 2015), Baram (1 Jun 2015) dan Tun Salahuddin ( 1 Januari 2016).
8. Tiada CUkai Barang dan perkhidmatan (GST) dikenakan ke atas setiap perkhidmatan pihak berkuasa tempatan.
9. 9. Kerajaan Negeri memberi geran kepada Sekolah Persenderian  Cina sebanyak
• 2014 – RM 3 juta
• 2015 – RM4 juta
• 2016 – RM5 juta

10. 10. Pengikitirafan UEC (United Examination Certificate) dengan memberi kelayakan memohon pinjaman/biasiswa Yayasan Sarawak dan  memasuki perkhidmatan awam negeri adalah di bawah janji Kerajaan Negeri  kepada sekolah  persendirian Cina.

KOMITEEN PETRONAS
11. Kontrak akan diberi kepada syarikat Sarawak – RM2.1  bilion setiap tahun
12. Memperkasakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) PETRONAS. – EM10 juta setahun.
13. Dana pendidikan PETRONAS untuk pendidikan dan latihan sekolah teknikal – RM420 juta untuk 5 tahun.

TRANSFORMASI LUAR BANDAR
14.Penubuhan satu bahagian baharu (Serian), Sembilan daerah baharu (Telegu, Subis, Beluru, Telang Usan, Sebauh, Bukit Mabong, Tanjung Manis, Pusa dan Kabong) serta enam daerah kecil baharu (Siburan, Bario, Tinjar, Long Bedian, Mulu dan Nanga Budu).
15. Tambahan RM500 juta untuk pembangunan luar Bandar bagi merapatkan jurang antara Bandar dan luar Bandar.

TIADA PARTI POLITIK LUAR SARAWAK.
16. Sarawak menolak parti dari Semenanjung.
17. UMNO bersetuju tidak akan membuka cawangan di Sarawak.

PENDIRIAN/ INISIATIF KERAJAAN NEGERI
18. Melaksanakan etika dan integriti dalam kepimpinan kerajaan Negeri.
19. Sarawak mahu lebih kuasa autonomi selaras dengan penurunan kuasa kepada negeri ini.
20. Perbincangan mengenai royalti minyak masih diteruskan.
21. Perbincangan dan rundingan pemberian kuasa kepada kerajaan Negeri, mengikut terma dalam perjanjian Malaysia.
22. Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa pengantar di sekolah bukan jenis kebangsaan masih di peringkat rundingan. Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia digunakan dalam urusan rasmi kerajaan negeri.
23. Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa rasmi kedua Negeri Sarawak.
24. Penangguhan sementara (moratorium) pembinaan empangan Baram.
25. Penyelidik antarabangsa dan pengkaji alam sekitar digalakkan membuat penyelidikan di taman negara.
26. Menggalakkan kerjasama dengan Persatuan NGO.
27. Lesen menangkap ikan yang dialibabakan akan dibatalkan.
28. Semua penerima di bawah Program Bantuan Kebajikan mendapat tambahan RM50 setiap bulan.
29. Kejayaan rundingan Fasa pertama mengenai penurunan kuasa autonomi dalam 13 perkara iaitu memperkasakan tadbir urus kerajaan Negeri.
30. Rundingan Fasa Kedua mengenai penurunan kuasa daripada kerajaan Persekutuan ke Negeri Sarawak sudah bermula melibatkan undang-undang yang bertindih dengan hak-hak Negeri berdasarkan perlembagaan.
31.Menyediakan rumah mampu milik kepada rakyat Sarawak dengan memperkenalkan ‘Dasar Rumah Mampu Milik Sarawak”.
32. Menggubal mana-mana undang-undang di polisi di Sarawak untuk berkaitan diskriminasi terhadap wanita untuk memberi peluang yang sama seperti kaum lelaki.

PENGURUSAN DAN PENGUATKUASAAN HUTAN
33. Tiada lagi pengeluran lessen baru untuk pembalakan serta perladangan.
34. Separuh daripada Lesen OT (Occupation Ticket/Sijil Pendudukan Sementara) telah dibatalkan atau tidak diperbaharui.
35. lebih 30 kilang papan dengan hasil kayu balik haram telah ditutup.
36. 10% daripada keluasan Tanah Negeri (State Land Mass) akan diwartakan sebagai Kawasan Terlindung Sepenuhnya (Totally Protected Areas).

SARAWAK HARMONI
37. Sarawak tidak akan bertoleransi terhadap sifat perkauman.
38. Penganut bukan islam bebas mengamalkan agama masing-masing.
39. Kalimah Allah boleh digunakan oleh sesiapa sahaja, bila-bila masa tapi harus dengan adab dan saling menghormati.
40. Tiada sekatan bagi penggunaan Bible versi Bahasa Melayu di Sarawak.
41. Hudud tidak diterima di Sarawak.
42. Golongan fanatic dan pelampau tidak diterima di Sarawak.
43. Sarawak adalah sebuah negeri yang mempunyai kepelbagai budaya, perpaduan dan harmoni.

PENDIDIKAN TEKNIKAL
44. Mengutamakan pendidikan teknikal.
45. Jarak dari Telok Melano ke Merapak meliputi 1,089 km dinaiktarag dengan manfaat berikut :
• Pembinaan jalan 2 lorong ke 4 lorong di lebuh raya seluruh Sarawak
• Jambatan moden, kawasan rehat dan servis yang selesa.
• Masa perjalanan yang singkat.
• Meningkatkan keselamatan jalan raya.

GURU-GURU DI SARAWAK
46. Nisbah Sembilan guru tempatan kepada 1 guru dari luar Sarawak di bawah inisiatif 90:10  menjelang tahun 2018 adalah di bawah “Guru-guru dalam seksyen Sarawak”.

TANAH DI SARAWAK.
47. Menambah bilangan kawasan tanah komunal bagi tujuan meningkatkan taraf kehidupan dan kesejahteraan rakyat.
48. Pengiktirafan berterusan ke atas tanah Hak Adat Bumiputera dan pelaksanaan pengukuran perimeter NCR inisiatif baru serta pengukuran lot secara individu telah Berjaya membawa banyak kawasan Hak Adat Bumiputera yang sahi9h didaftarkan bagi membuka peluang untuk ianya dibangunkan secara komersial.
49. Pindaan Seksyen 5(5A) Kanun Tanah Negeri baru-baru ini telah membolehkan kaum Bumiputera (NCR) di luar kawasan komuniti mereka yang mana ianya dapat meningkatkan peluang tanah tersebut dibangunkan.
50. Menghilangkan keresahan dan kerisauan pemilik tanah dengan mengekalkan Tempoh Pegangan Kekal (Perpetuity Terms) ke atas lot-lot baru hasiul pecahbahagi lot asal yang mempunyai tempoh pegangan yang sama.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem mahu rakyat negeri ini menolak sepenuhnya pembangkang khususnya Parti Islam Se-Malaysia (PAS) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

Tegas beliau, ini kerana parti-parti pembangkang di negeri ini adalah berpecah selain ideologi terutama yang diperjuangkan oleh PAS tidak dapat diterima di Sarawak khususnya hukum hudud.

“PAS dan DAP (Parti Tindakan Demokratik) bergaduh dan tidak bersatu, maka jangan sama sekali undi mereka.

Bila ada kuasa gunakan sepenuhnya ikut undang2 sedia ada  ...syabas kerajaan !  Jangan biarkan puak2 dajjal melakukan fitnah berleluasa dalam negara ini hingga boleh hancurkan semua .

Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem akan memastikan matlamat beliau untuk membawa lebih banyak perubahan kepada rakyat dan negeri ini tercapai sebelum bersara dalam tempoh lima tahun dari sekarang.

Dalam temu ramah bersama TV Bloomberg Malaysia, Adenan berkata selepas 50 tahun,  Sarawak  tidak boleh lagi ketinggalan daripada segala aspek terutama dari segi infrastruktur seperti jalan raya, air, elektrik, hospital, sekolah dan sebagainya.

Melihat kepada saiz Sarawak yang besar, Adenan mengakui ia akan mengambil masa yang panjang tetapi beliau akan memastikan Sarawak setanding dengan negeri-negeri lain dalam Malaysia di bawah pimpinan beliau.

“Bagi mencapai status negeri berpendapatan tinggi menjelang 2030, perindustrian merupakan aspek penting dalam perancangan Sarawak.

“Kita tidak lagi boleh kekal sebagai pengeluar bahan mentah getah, lada dan sebagainya seperti pada masa lalu.

“Tetapi kita mahu memproses sendiri produk-produk kini supaya kita dapat mengekalkan nilai tambah bagi pengeluaran bahan mentah kita sendiri,” katanya.

Dalam pada itu di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11), industri perladangan di negeri ini meliputi kelapa sawit hingga lada dijangka tumbuh dari  4.7 peratus setiap tahun sepanjang tempoh lima tahun akan datang.

Manakala projek berbillion ringgit Lebuh Raya Pan Borneo  yang dijangka siap pada 2023 dijangka membuka negeri ini di mana fasa kedua pembinaan telah dilancarkan pada September lepas.

Satu lagi langkah besar yang diambil oleh kerajaan negeri ialah projek Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) yang merupakan pemacu utama bagi pelaburan asing ke negeri ini dengan nilai RM8.7 bilion pada 2014.

Sikap putar-belit dan pembohongan DAP pusat dan negeri tidak mempunyai impak besar kepada kedudukan dan peluang kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada PRN 2016 Sarawak tidak lama lagi.

Kita sudah biasa dengan segala bentuk tohmahan dan fitnah tipikal DAP dan rakyat semakin sedar serta menolak impian kabur DAP selama ini. Malah dari perkembangan politik semasa dalam negeri, jelas dan terbukti rakyat bertambah yakin BN akan menang besar pada PRN akan datang, serta
merampas kembali beberapa kerusi yang diduduki pembangkang.

Tetapi yang penting komponen BN harus ada kepercayaan boleh menang, bersatu padu dan tidak bergaduh sesama sendiri seperti DAP dan PKR. Kalau sebelum ini kekuatan adalah hasil kesatuan dan kesepakatan parti-parti komponen BN, sepatutnya semangat juang dan kekuatan ini harus dipertingkat dan diperkasakan lebih lagi disemua peringkat supaya dapat memberi mandat yang lebih besar kepada kepimpinan negeri Sarawak. # Iboh pelok bulu lamak gilak #

Hipokrasi DAP cuba menipu rakyat terutamanya org Cina dan golongan pencinta sosialisme. Patutnya ratusan ribu belanja majlis sambut hari tua LKS tu didermakan kpd Tony Pua.

p/s: bebaskan diri anda dari ditipu hidup2 oleh DAP.

Fb :Azman Haj

Menjawab kepada soalan Cepu emas bit surang..Mengapa tidak ??? Dengan rekod Politik  yang cukup baik di Sarawak PBB akan menjadi tunjang kepada Barisan Nasional.
Tun M pernah mengakui bahawa PBB merupakan Parti  yang bersatu padu dan ia cukup kemas dari segi organisasinya. Saya fikir PBB masih kuat, kita tengok (kekuatan) parti bukan pemimpin sahaja.
Tambahan dengan populariti yang dimiliki Presiden Parti PBB  YAB Ketua Menteri Sarawak pada masa sekarang tidak mustahil PBB mampu mengekalkan majoriti pada PRN ini nanti...Ini berdasakan kepada perubahan dasar kerajaan sepanjang beliau memegang tampuk kerajaan...Apa yang jelas PBB memperjuangkan nasib rakyat Sarawak dan cuba mengembalikan hak-hak rakyat Sarawak yang sebelum ini diambil oleh Kerajaan Persekutuan.
Jadi keputusan untuk memberikan 11 kerusi baru kepada PBB adalah keputusan yang TERBAIK sekiranya kita untuk membangunkan Sarawak..Apa Salahnya????
You....You....You....

Rakyat Sarawak dipelawa untuk turut serta mengambil bahagian di dalam 'Program Khas Bersama Ketua Menteri Sarawak' dengan bertanyakan soalan-soalan yang rasional dan munasabah.

Soalan-soalan ini akan dipilih dan diajukan oleh moderator Syed Munawar secara terus kepada CM Adenan pada malam tersebut 26 Februari 2016, jam 9.00 malam di TV1.

Jangan lepaskan peluang ini dan pastinya anda mahu mendengar sendiri aspirasi dan komitmen CM Adenan dalam membangunkan negeri Sarawak tercinta ini.

Layari facebook BERSAMA KETUA MENTERI SARAWAK untuk berkongsi pandangan dan soalan anda.

Saya berkongsi perasaan sedih mereka yang kehilangan ahli keluarga dan harta benda akibat banjir di Sarawak. Salam takziah dari saya dan keluarga.

Sebanyak 47 pusat pemindahan kini disediakan bagi menampung 7,177 orang setakat ini. Kerajaan akan terus beri semua bantuan yang perlu terutamanya dari segi keperluan asas seperti makanan dan sebagainya.

Kerajaan akan mengenal pasti kesan bencana banjir ini kepada penduduk setempat dan membantu agar mangsa banjir dapat meneruskan kehidupan seperti biasa setelah banjir reda, Insya-Allah.

DAP tidak akan dapat memperbodohkan semua rakyat Sarawak dengan retorik dan propaganda politik murahan yang cuba kelirukan rakyat. DAP jelas semakin terdesak meraih sokongan dan undian, akan anjurkan pembohongan dan putar-belit tipikal mereka menjelang PRN tidak lama lagi.

Mohon rakyat Sarawak sama-sama kita 'like' Fan Pages Bersama Ketua Menteri Sarawak sebagai tanda sokongan kita terhadap Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Adenan Satem.

Rancangan Khas Bersama Ketua Menteri Sarawak akan ke udara pada 26 Februari 2016, jam 9.00 malam langsung di RTM TV1.

Tahniah Kelab Gudi Sarikei yg akan mewakili Sarawak ke Word Kites Festival Pasir Gudang Johor pda 22 Feb hingga 29 Feb. Doakan kejayaan utk Sarawak.

Marine police seized 500 logs of various types and sizes and an excavator at a sawmill near Sungai Bintangor in Bintangor yesterday.
| Copyright © 2013 MERADONG TODAY