'/>

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan individu berpangkat Ketua Setiausaha (KSU) yang ditahan pagi tadi dari Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).


Bagaimanapun, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki enggan mengulas lanjut tugas individu terlibat dalam kementerian itu.

KSU sebuah kementerian berusia 59 tahun itu ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan rasuah dan salahguna kuasa.

 

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki berkata, pegawai kanan itu dipercayai menyalahgunakan jawatan dan kedudukannya dengan menerima rasuah daripada mereka yang berkepentingan.

 

“Turut ditahan seorang lelaki berusia 29 tahun yang dipercayai berperanan menerima serta menyimpan wang hasil rasuah daripada kontraktor, pembekal dan vendor yang mempunyai kepentingan dengan KSU terbabit,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan, petang Rabu.

 

Azam berkata, KSU berkenaan ditahan di sekitar Subang Jaya kira-kira pukul 8 pagi Rabu.

 

Setakat ini, kedua-dua individu terbabit masih berada di ibu pejabat SPRM, Putrajaya untuk siasatan lanjut. 


Terkini

Beberapa kawasan dilanda banjir kilat di Kota Samarahan ketika ini. Antara kawasan yang dinaiki oleh air ialah deretan kedai tidak jauh dari UNIMAS dan Taman Samarindah.
Info dan foto by :FB Kamek miak Sarawak

Saya sudah mendapat laporan terkini mengenai keadaan banjir di Pantai Timur, iaitu di Kelantan dan Terengganu. Langkah-langkah telah pun diambil oleh agensi Kerajaan untuk membantu mangsa banjir dan memastikan keselamatan mereka. Saya mahu semua pihak memberi kerjasama kepada anggota keselamatan, semoga Allah SWT permudahkan dan beri kekuatan untuk harungi musibah ini, Insya-Allah.
Sumber :FB Najib Razak

Respond(FB) dari Kr.Halmi ketua Pemuda Pbb Meradong dan juga ahli Majlis Tempatan(mdmj)..
Tuk masalah kontraktor yg gagal dlm mengurus n ngatur kerja projek telah trtangguh hampir 2 bln ..telah di lapor dgn pihak DID n Yb untuk tindakn . Terima kasih kepada semua krna perihatin terhadap masalh kmpung.

Bintangor: Projek Parit Jalan Abang Ali Bintangor yang alu xsiap... Turun kerja 2hari tapi cuti dah nak seminggu alu xtrun... Berapa lmk dh projek tuk... Belah ulu pun sikit jak yg udh disemen... Kesian ngga org tua sihat kah sakitkah yg maok bjln... Dah ada kes org terugok dlm ey klk baruk nak kerjo agik kali... Jln pun jdi sempit sbb org trpksa parking kreta tepi jln...Bila lah maok siap... Harap ado perubahan lah lepastuk...

Abadikan kisah hidup, ekspresi pada lukisan basikal


Pelepasan cukai individu untuk pembelian meliputi bahan bacaan, komputer dan peralatan sukan , pembelian akhbar arus perdana, smartphone & tablet, langganan internet serta bayaran keahlian gimnasium digabungkan sebagai pelepasan cukai gaya hidup.

Pelepasan ini diberi sehingga RM2,500 setiap tahun, berkuatkuasa mulai tahun taksiran 2017.

SIARAN MEDIA MENGENAI PERSARAAN DATO’ BAHRI

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ingin mengesahkan bahawa Dato’ Bahri Mohammad Zin telah memohon kepada kerajaan untuk persaraan pilihan atas kehendaknya sendiri enam bulan yang lalu.

Permohonan yang dibuat itu selari dengan peraturan Jabatan Perkhidmatan Awam yang mana seseorang pegawai kerajaan yang ingin bersara awal perlu membuat permohonan sekurang-kurang enam bulan sebelum tarikh persaraan.

Berhubung kenyataan di sebuah portal media hari ini bahawa Dato’ Bahri memilih bersara awal kerana kecewa kes siasatan SRC International (SRC) tidak boleh dibawa ke mahkamah, SPRM telah menghubungi beliau dan Dato’ Bahri menafikan mengeluarkan kenyataan sedemikian kepada portal tersebut.

Beliau yang memegang jawatan Pengarah Bahagian Operasi Khas sejak 16 Jun 2014 telah bersara berkuat kuasa 30 Disember 2016.

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA

3 JANUARI 2017

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY