'/>
Satu tiang lampu terletak kira-kira 30 meter dari lokasi kejadian kematian seorang kanak-kanak Maryam Najwa Massaari, 8, akibat renjatan di Kampung Gedung Lalang, Bukit Rambai meletup secara tiba-tiba dan mengeluarkan percikan api.

Kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu turut menyebabkan satu daripada kabel di tiang berkenaan terputus dan disedari sepupu Allahyarham Maryam Najwa, Masitah Mawasi, 12, yang sedang bermain basikal bersama saudaranya di halaman rumah terletak di depan tiang elektrik terbabit.

Masitah berkata, pada mulanya dia terdengar beberapa letupan kecil sebelum melihat kabel bahagian atas tiang lampu itu mengeluarkan percikan api yang kemudian merebak membakar satu daripada wayar disambungkan ke situ.

“Letupan yang terakhir sangat kuat menyebabkan salah satu kabel pada tiang berkenaan putus sambil terbakar sebelum ia jatuh ke tanah. Saya dan saudara yang lain bertempiaran menyelamatkan diri. “Kami bernasib baik kerana tidak berada di bawah kabel yang terputus itu. Selepas itu, saya segera menjerit memberitahu kakak, Munira, 18, mengenai kejadian yang berlaku,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini.

Pada 30 Mei lalu, Mariam Najwa maut mati dipercayai akibat terkena renjatan ketika bermain bersama adiknya, Muiz Asyraf, 3, dalam kawasan digenangi air berhampiran tiang elektrik di depan rumahnya di Kampung Gedung Lalang, Bukit Rambai.


Suruhanjaya Tenaga dalam satu kenyataan dikeluarkan pada hari sama, mengesahkan kematian kanak-kanak itu akibat renjatan, berpunca daripada kebocoran arus melalui tiang elektrik berikutan kerosakan pada kabel talian atas.

Sementara itu, tinjauan di lokasi kejadian kelmarin mendapati, seramai lima kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang membaiki dan menggantikan kabel pada tiang lampu terbabit.

Ibu Allahyarham Maryam Najwa, Norazlin Azmi, 33, berkata dia berada di rumah jirannya ketika kejadian dan panik apabila mendengar jeritan mengenai kebakaran itu berikutan Muiz Asyraf turut bermain di situ.

“Saya segera berlari keluar rumah untuk memastikan Muiz selamat sebelum meminta anak saudara menelefon pihak berkenaan untuk membaiki tiang lampu itu. “Saya kesal kerana kerosakan berlaku tidak sampai seminggu pemergian anak perempuan tunggal saya selain difahamkan, tiang lampu itu baru saja ditukar mentolnya semalam (4 Jun),” katanya.

Dalam perkembangan sama, Norazlin berkata, pihaknya sudah menghantar maklumat berkaitan insiden menimpa Allahyarham Maryam Najwa kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) kampung itu bagi diserahkan kepada Suruhanjaya Tenaga untuk tindakan lanjut.



sumber: http://kulaanniring.blogspot.com/2012/06/puaka-niring-misteri-tiang-lampu.html?utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter&m=1

posted from Bloggeroid

Dengan bahang pilihanraya semakin terasa,parti-parti politik di Malaysia semakin kuat bekerja. Walaupun tiada siapa yang tahu bila tarikh tepat pilihanraya, tetapi dari gelagat ahli-ahli politik,terasa seolah-olah pilihanraya akan diadakan esok atau lusa.Pakatan Haram,sebagai parti yang tidak perlu bertanggungjawab atas apa-apa melipatgandakan aktiviti berkempen walaupun mereka sememangnya berkempen sepanjang masa.Pakatan Haram sebolehnya cuba meyakinkan para penyokong mereka bahawa mereka mampu menang kali ini.Malah,mereka juga sering mewar-warkan bahawa mereka sepatutnya mampu menang sebelum ini,sekiranya pilihanraya yang diadakan adalah adil dan bersih.

Ramai yang terpedaya dengan propaganda pilihanraya tidak bersih dan tidak adil seperti yang ditohmah PR,Termasuk kaum Cina yang sebelum ini tidak begitu memberi perhatian terhadap politik jalanan. Kaum Cina selalunya hanya memberi tumpuan pada politik untuk satu tujuan iaitu memastikan pengukuhan ekonmi kaum mereka. Tetapi, akibat hasutan yang berterusan,ramai kaum Cina termakan strategi Pakatan Haram yang memburukkan kerajaan dan mula percaya bahawa tahap ketelusan dan keadilan pilihanraya di Malaysia adalah amat buruk sekali.Mereka yang rata-ratanya menjadikan Malaysiakini dan akhbar-akhbar berbahasa Cina sebagai rujukan tidak lagi menerima apa-apa penjelasan dari pihak SPR atau kerajaan. Lanjutan dari itu, mereka memberi sokongan penuh kepada usaha untuk ‘membersihkan’ pilihanraya melalui BERSIH.

baca lanjut sini: http://badutrakyat.blogspot.com/2012/06/kisah-benar-kenapa-kaum-cina-makin.html?m=1

posted from Bloggeroid

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY