'/>

Rakyat Sarawak hidup dalam alam nyata tetapi ADUN Piasau (DAP) Alan Ling masih lagi dibuai mimpi. Tahap kesedaran dalam politik beliau begitu jauh ketinggalan bila beliau membuat kenyataan dalam akhbar cina bahawa Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Adenan cakap kosong dan banyak slogan sahaja. Bangunlah dari tidur Alan Ling.

Ketua Menteri Sarawak sudah melakukan 45 perkara dalam tempoh setahun lebih Ketua Menteri memegang jawatan Ketua Menteri Sarawak. Adakah Alan Ling masih dibuai mimpi berpolitik sepanjang masakah? Ketua Menteri telah mengambil tindakan drastik terhadap rasuah. Memerangi pembalakan haram secara besar-besaran. Saban waktu perkara berkenaan terpampang di dada akhbar termasuk akhbar cina. Itu pun Alan Ling tidak bacakah? Bukan setakat itu sahaja. Pembekuan Lesen kayu balak, lesen tanaman sawit berskala besar dan lesen kapal ikan laut dalam. 

Bukankah perkara berkenaan pernah didedah di akhbar juga? Malah sedarkah Alan Ling yang Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem telah memohon peruntukan yang besar dari kerajaan pusat dan peruntukan tersebut dilaksanakan untuk pembangunan luar bandar dan hasilnya terdapat projek-projek pembangunan luar bandar sedang dilaksanakan ketika ini. Justeru tindakan Ketua Menteri kini seperti penghapusan tol, penururan tariff elektrik bagi domestik dan industri turut dilaksanakan.

Tindakan sebegini telah menguntung rakyat Sarawak dan pengilang-pengilang yang majoritinya dikuasai oleh masyarakat cina. Sedarkah Alan Ling? Hakikatnya Ketua Menteri telah menyentuh tiada isu nama Allah di Sarawak dan lebih tegas menyatakan tiada UMNO akan bertapak di Sarawak. Bukankah itu satu tindakan daripada seorang Ketua Menteri yang lebih sayangkan perpaduan rakyat yang berbilang kaum dan agama di Sarawak? Yang menjadi isu hangat di Sarawak berkenaan NCR telah pun Ketua Menteri membuat keputusan dimana setiap parameter NCR disukat oleh Jabatan Tanah dan Survey untuk rakyat secara sah. Yang pasti Ketua Menteri telah memohon lebih kuasa Autonomi agar Sarawak mampu membuat keputusan sendiri. Belum nampak lagikah Alan Ling? Terbaru Ketua Menteri telah menambah bilangan Daerah-daerah agar memudahkan lagi pentadbiran mengikut daerah masing-masing dan rakyat setempat mudah berususan dengan pentadbiran daerah berkenaan. Dan yang jadi sebutan hangat masa kini ialah isu sekatan ektrmis dan pelampau masuk ke Sarawak kerana Ketua Menteri mengikut kuasa autonomi imigrasi yang telah temaktub. Yang malangnya Alan Ling tidak menyedari bahawa peruntukan yang besar sering disalurkan oleh kerajaan Sarawak kepada Sekolah Aliran Cina saban tahun malah peruntukan berkenaan bertambah angka jumlah setahun.

Dan yang paling malang Alan Ling tidak sesar yang kerajaan Sarawak juga mengikhtirah Sijil Persekolahan Cina (UEC). Dan banyak lagi yang Ketua Menteri Sarawak telah lakukan yang tidak dapat dicoret di sini. Adakah Alan Ling masih ingat bahawa Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem telah membantu DAP menyelesai kos rawatan Mendiang Wong Ho Leng ADUN Bukit Asik. Sampai ke bill Hospital Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem selesaikan. Di mana Alan Ling dan DAP ketika itu dimana ahli keluarga mendiang memerlukan bantuan?

Jadi di sini siapa yang cakap kosong dan cakap tak serupa bikin sebenarnya. Sebelum menuduh Ketua Menteri Sarawak bercakap kosong, Alan Ling dan DAP perlu cermin diri sendiri terlebih dahulu dan apakah mereka pernah membela rakyat sedang mendiang Wong Ho Leng ahli DAP sendiri DAP tidak mampu membantu. Lu Fikirlah Sendiri Alan Ling ADUN PIASAU daripada parti DAP Sarawak.

Sumber:manjuan

'You Tak Malu Ke Ada Anak Cacat?'

Biadab dan kurang ajarnya seorang wanita bernama Farah Ain Nabila yang sengaja bertanyakan soalan yang menyakitkan hati seorang ibu kepada seorang anak istimewa.

DS WAN AZIZAH , Ketua Pembangkang fikir Projek Pan Borneo ni projek keretapi ... bila dia kata " tidak pernah dengar naik train ada toll" ! Samalah ...maknanya  dia tak tahu menahu tentang keperluan Rakyat di Sarawak & Sabah ....
http://youtu.be/2bqLeUTp-Lo

Sesi perbincangan bersama GB Sekolah2..

Sumber:Kaki Pancing Malaysia

Contoh kalau mereka dah memerintah....boleh tengoh dilink dibawah...
https://m.youtube.com/watch?v=EXecfxKJZqk&feature=share

Kerajaan bersedia untuk jawap segala serangan pembangkang tidak lama lagi ketika sidang parlimen bakal berlangsung.

Kita semua menantikan drama yang bakal dipentaskan yang semua orang tahu skrip lama bakal dikitar semula.Lagak MP Pembangkang akan dipertontonkan persis beruk sarkis .. Kualiti pembangkang tidak akan berubah..sama saja setiap tahun kerana mereka hanya tahu membangkang walau pun dasar kerajaan yang baik untuk rakyat.

Di parlimen atau pun diluar,apa saja bentuk serangan fitnah dan tuduhan jahat yang dilemparkan apabila dijawap dengan fakta dan bukti sekali pun mereka tidak akan menerima sebaliknya menimbulkan persepsi seolah semuanya adalah palsu dan berlagak pekak dan bebal.

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY