'/>

ADUAN PENGUNJUNG STADIUM NEGERI SARAWAK:TEMPAT SEMBAHYANG ORG ISLAM DI STADIUM DLM KEADAAN YG KOTOR DAN TERABAI
Pihak pengurusan stadium negeri Sarawak & FAS harus peka dan bertanggungjawab diatas hospitality di stadium negeri Sarawak dan lebih2 lagi melibatkan tempat beribadah seperti ini... ini bukan perkara main-main
Keadaan lantai bertakung air dan sejadah basah. Keadaan dlm surau ini mcm tiada kerja penyelenggaraan & pembersihan dilakukan .

#senyumSabar

dari Iswandy Tayon.

Lundu :Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Masjid An-Nur, Kampung Stunggang Melayu. Tetamu kehormat dihadiri oleh YB Dato Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia yang merupakan Ahli Parlimen P.193 Santubong.

Turut hadir adalah saudara Azizul Adenan anak kepada calon BN PRK N3 Tanjong Datu, Datuk Hjh Jamilah Anu.
Foto by Friend of klxpress Sarawak

LUNDU - Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Dato Sri Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah melawat Pusat Media Pilihan Raya Kecil N.03 Tanjong Datu, Bilik Latihan, Majlis Daerah Lundu, Jalan Batang Kayan.

Dato Sri berpuashati dengan kemudahan yang telah disediakan oleh pihak Jabatan Penerangan kepada pemberita-pemberita yang bertugas sepanjang tempoh PRK Tanjong Datu..

#PrkTgDatu

Kerajaan bersetuju memberi pengecualian visa kpd warganegara India bagi golongan profesional & teknikal yang bekerja di luar negara mereka.
Sumber :https://t.co/fJNlNFh4xs

Mengadap Emir Qatar Sheikh Tamim Hamad Al-Thani di Istana Doha

Kota Bharu: Seorang bayi perempuan berusia dua bulan maut dipercayai dikelar oleh ibunya di kuaters Kem Desa Pahlawan, Kok Lanas di sini, petang tadi.

Dalam kejadian jam 2.45 petang itu, bayi berkenaan dipercayai dikelar di leher oleh ibunya berusia 32 tahun dengan menggunakan pisau pemotong sayur.

Suspek ditahan polis di lokasi kejadian untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Kelantan Datuk Sr Ab Rahman Ismail berkata, mangsa ditemui berlumuran darah di atas tilam di ruang tamu rumah berkenaan.

Katanya, kejadian disedari oleh jiran mangsa yang kemudian menghubungi polis untuk tindakan lanjut.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, suspek masih berada di ruang tamu rumah berkenaan manakala mangsa ditemui dalam keadaan berlumuran darah.

"Difahamkan ketika kejadian dua anak suspek berlari keluar dari rumah selepas melihat kejadian itu manakala suaminya keluar ke kedai.

"Kita percaya mangsa mungkin mengalami gangguan emosi dan siasatan lanjut akan dijalankan untuk mengenal pasti punca kejadian," katanya.

Menurutnya, mayat dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk bedah siasat.

LUNDU: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata bukan trend mahupun dasar Barisan Nasional (BN) meletakkan balu wakil rakyatnya bertanding dalam pilihan raya kecil bagi kawasan yang disandang suami.

"Kami jalankan kajian dan dapati si isteri yang dicadang bertanding mempertahankan kerusi yang ditinggalkan arwah suami menerima sokongan kuat daripada akar umbi.

"Justeru, tidak semestinya hanya isteri yang patut gantikan suami. Pilihan kami adalah berdasarkan sokongan akar umbi dan peluang untuk menang," katanya hari ini.

Beliau ditemui pemberita selepas menyertai barisan pemimpin BN Sarawak mengiringi calon BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjong Datu, Datuk Amar Jamilah Anu, ke pusat penamaan calon di Pejabat Daerah Lundu di sini.

Turut serta Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman serta beberapa menteri persekutuan dan anggota kabinet negeri.

Ahmad Zahid berkata dalam kes Tanjong Datu, BN turut menjalankan kajian serupa dan mendapat hasil yang sama.

"Perkara ini turut berlaku dalam dua PRK sebelum ini. Keputusan mencalonkan beliau (Jamilah) dibuat oleh pemimpin BN peringkat negeri dan pusat," katanya.

Ahmad Zahid turut bersetuju dengan pandangan bahawa langkah itu juga antara cara menambah bilangan pemimpin wanita di peringkat negeri dan negara.

Sementara itu, beliau yakin Jamilah, 61, akan mempertahankan kerusi tersebut untuk BN sekalipun dicabar oleh dua lagi calon.

"Beliau boleh teruskan legasi cemerlang suaminya, Allahyarham Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem. Kami juga yakin pengundi akan terus menyokong BN dan barisan kepimpinan baharu negeri di bawah Abang Johari," katanya.

Ahmad Zahid berkata BN akan memenuhi semua janji yang dibuat Allahyarham Adenan dan semua projek pembangunan akan dilaksana.

Katanya jentera pilihan raya di bawah Abang Johari dan juga Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar selaku pengarah operasi yang turut dibantu jentera pilihan raya BN Sabah, akan bekerja keras memastikan kemenangan Jamilah.

PRK DUN Tanjong Datu menyaksikan Jamilah dicabar oleh calon Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) Baru, Rapelson Richard Hamit dan calon Parti Reformasi Negeri (Star) Johny Aput.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 12 Feb sebagai hari pengundian awal dan 18 Feb hari pengundian.

-- BERNAMA

SARIKEI: Seorang warga Indonesia cedera selepas diserang oleh seekor buaya di muara Sungai Luwau, berhampiran Kampung Selalang, pagi ini.

Mangsa yang bekerja di sebuah kolam ternakan udang harimau apabila dia telah diserang oleh buaya ketika beliau menurunkan perahu.

Insiden yang berlaku kira-kira jam 5 pagi, menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di bahu, tangan dan di sebelah kiri pinggang.

Kampung Selalang Penghulu, Amir Hamzah Kopon, berkata, mangsa, 40-an, yang berada di tebing sungai pada masa itu, berjaya membebaskan diri daripada buaya dan dikejarkan ke Hospital Sarikei sebelum dirujuk ke Hospital Sibu.

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY