'/>

Bintangor:Konvoi Di Ambang Merdeka 2017..Terima Kasih pihak PDRM Meradong dan Rela Meradong atas bantuan Keselamatan konvoi .

Kutipan Pingat Terkini MALAYSIA

EMAS
🥇Ahmad Amsyar Azman & Chew Yiwei
Akuatik 3m Papan Anjal Seirama (Lelaki)

🥇Nur Dhabitah & Wendy Ng Yan Yee
Akuatik 3m Papan Anjal Seirama (Wanita)

🥇Ekuestrian Polo

🥇Hoki (Lelaki)

🥇Ooi Kah Yan,Andrea Lee & Aifa Azman
Squasy Berpasukan (Wanita)

🥇Leong Mun Yee & Jellson Jabillin
Akuatik 10m Platform Seirama Campuran

🥇Berbasikal - Team Pursuit (Lelaki)

🥇Sepak Takraw Beregu (Lelaki)

🥇Azizul Hasni Awang
Berbasikal - Keirin (Lelaki)

🥇Fatehah Mustapa
Berbasikal - Keirin (Wanita)

🥇Anja Chong
Short Track Speed Skating 500m (Wanita)

PERAK
🥈Bola Sepak (Lelaki)

GANGSA
🥉Khusairy Azhar
Pencak Silat Lelaki (Class G)

🥉Badrirullah Rahmat
Pencak Silat Lelaki (Class I)

TAHNIAH!

Bintangor:Syabas kepada pihak penganjur ...

ALHAMDULLILLAH.. Target Malaysia mendapat 111 pingat emas tercapai.. syabas KJ dan PM.. Syabas atlit Malaysia.. Syabas MALAYSIA..
#SUKANSEA2017 #KL2017

KUCHING: Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat )Abdullah Saidol hari ini mempertahankan keputusan Ketua Menteri baru-baru ini untuk memasukkan seorang anggota Dayak ke atas anggota lembaga Petroleum Sarawak Berhad (Petros).

Beliau berkata Ketua Menteri tidak memutuskan untuk menambah ahli lain kepada lembaga Petros kerana "tekanan daripada media sosial" berikutan pengumuman lembaga baru-baru ini, dengan beberapa orang netizen menunjukkan bahawa ia tidak mempunyai perwakilan Dayak.

"Ia tidak pernah disebabkan oleh tekanan dari media sosial yang Ketua Menteri memperkenalkan ahli baru ke lembaga Petros.

"Pengenalan ahli baru itu dirancang sebelum ahli lembaga diperkenalkan tetapi pada masa itu, saya rasa Ketua Menteri masih menunggu respon daripada beberapa ahli lembaga yang berpotensi, terutama untuk mewakili Dayak," katanya. Pemberita selepas pelancaran Hab Inovasi Tegas Digital di iCOM Square di sini hari ini.

KUCHING: Beberapa muka baharu akan ditampilkan sebagai calon Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Parlimen yang akan diadakan pada bila-bila masa sahaja.

Ketua Menteri merangkap Presiden PBB Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata, pada ketika ini parti masih memantau muka-muka baharu terutama di peringkat akar umbi yang berpotensi untuk diketengahkan sebagai calon nanti.

"Seperti biasa setiap kali ada pilihan raya, kita harus ada muka baharu untuk dicalonkan agar dapat berkhidmat cemerlang kepada rakyat.

"Kita juga sudah siap siaga untuk menghadapi pilihan raya umum itu nanti," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PBB, Jalan Bako, petang ini.
Terdahulu, Abang Johari mempengerusikan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) yang berlangsung hampir satu jam setengah.

Selain itu, AbangJohari mengingatkan semua ranting PBB di 82cawangan agar mengadakan mesyuarat pilihan masing-masing selewat-lewatnya pada bulan Oktober atau November depan.

Ini bagi membolehkan Perhimpunan Agung PBB diadakan pada awal tahun depan.

Info :jiwabakti

#HarimauMalaya mara ke perlawanan akhir bola sepak lelaki #KL2017 dan akan bertemu pasukan Thailand 🇹🇭!

Apa pun tahniah juga buat pasukan Garuda Indonesia serta pengadil yang mengendalikan perlawanan dengan baik. FAIR PLAY...

#KamiTeamMalaysia #BangkitBersama #SemangatNegaraku #Negaraku #KitaJuara

Bintangor:Seramai 1166 orang peserta yang mendaftar mengikuti SKSJ Khas Meradong 2017.Terima kasih kepada semua pihak yang memberi sokongan terhadap program ini.

TAHNIAH... Tan Sri Datuk Amar Haji Hamid Bugo di atas perlantikan sebagai Pengerusi PETROS..

Bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak yang pernah berkhidmat dengan Malaysia LNG Sdn. Bhd. di Bintulu, Tan Sri Hamid Bugo dilantik sebagai Pengerusi Petroleum Sarawak Berhad (Petros) yang baharu ditubuhkan.

Pejabat Ketua Menteri Sarawak dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan selain Hamid, turut dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah ialah Datuk Mohammad Medan Abdullah, Sharbini Suhaili, Zuraimi Sabki dan Heng Hock Cheng.

Cuba baca...
ADA ORANG MELAYU MARAH KAT SAYA........SILA BERTENANG DAN BACA....

Luahan dari hati saya........ sedih .. bila orang Melayu marah saya post anak mereka bawa motosikal tanpa lesen....... dan tiada pakai helmet......... kakipun tak sampai tanah bila bawa motosika...

Seorang ibu terkorban,,,,, di langgar oleh seorang pelajar 14 tahun yang membawa motosikal tanpa lesen dan terbabas meanggar ibu yang mepunyai 2 anak kecil 2 tahun dan 4 tahun....... tiada ada pampasan insuran kerana motosikal yang di pandu tak ada road tax dan tiada perlindungan insuran ( Nota . Insuran sah sekali pun tak akan bayar kerana insuran tidak akan melindungi apa apa perbuatan menyalahi undang undang. )

Yang melanggar ibu tu cedera ringan sahaja..... sedih nya melihat2 anak kecil hilang ibu KERANA IBU DAN AYAH LAIN TAK PEDULI DAN BIAR ANAK BAWA MOTOSIKAL TANPA LESEN , KAKI TERJUNTAI JUNTAI TAK SAMPAI TANAH, bayangkan yang mati tu mak atau ayah kita.......

SAYA NEKAD DAN AKAN TETAP AKAN CONTINUE CONDEMN IBU ATAU AYAH YANG BERI ANAK ANAK MEREKA BAWA MOTOSIKAL TANPA LESEN.

Ini kerana ia lebih memilukan dan menghancurkan hati ibu dan ayah kalau saya talipon dan maklum datang ke BILIK JENAZAH KUTIP ANAK ENGKAU bila dah mati membawa motosikal tanpa lesen. I TIDAK AKAN LUNTUR DAN GENTAR KERANA DI MARAHI IBU BAPA YANG SOKONG ANAK ANAK MEREKA BAWA MOTOSIKAL TANPA LESEN DAN SAYA HARAP KAMU AKAN TERLEPAS DARI PANGGILAN DARI BILIK JENAZAH ATAU BALAI POLIS TALIPON UNTUK KUTIP MAYAT ANAK ANDA.

Harap faham faham.

dipetik dr fb Kuan Chee Heng

Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah melupakan agihan pembangunan kepada penduduk luar bandar, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili Dr Johnical Rayong Ngipa.

Beliau berkata, ia merupakan tanggungjawab kerajaan dengan menyalur sebanyak mungkin pembangunan yang merupakan hak rakyat.

Daro: Nelayan yang dilaporkan hilang sejak pukul 5.00 ptg semalam semasa pergi menangkap ikan sekitar Btg. Lassa, Daro telah dijumpai selamat dan dalam keadaan letih oleh nelayan tempatan pagi tadi. Setakat ini mangsa telah pun dihantar pulang ke rumahnya oleh pihak bomba.

Foto:FB Kamek miak Sarawak

Daro - Seorang nelayan  dari Kampung Badong di sini dikhuatiri hilang selepas keluar memukat ikan terubok pada  jam 7.00 malam semalam.

Mangsa  Ismail Bin Jem 54 tahun , dilaporkan keluar dari rumah oleh ahli keluarganya kerana hendak memukat ikan  dan turun dari jeti kampung terbabit.

Menurut keluarganya, mangsa sepatutnya pulang pada jam 7.00 pagi tadi namun tidak tiba di rumah seperti kebiasaannya.

Penduduk kampung  telah bertindak keluar untuk mencari mangsa semenjak jam 4.00 petang ini tadi.

Foto & Info/ KLXpress/ Mohd Faizal Jamiludin

SATU LAGI EMAS UNTUK #TeamMalaysia
SYABAS! Khairul Hafiz memenangi acara pecut 100 meter L dengan masa 10.38 saat. Hebat pelari terpantas Asia Tenggara! #KL2017 #NegaraKu #SehatiSejiwa

Bintangor:Bersama YB Datuk Ding Kuong Hiing ,  Tuan Jasni Bin Jubli Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara Sarawak, Encik Syvester Tusin Di Majlis Penyerahan Kad Pengenalan dan Sijil lahir Di Rh Labang Sg Tulai, Meradong. Terima Kasih kerana sudi turun Padang ke tempat kejadian  kebakaran Bulan lepas dan tindakan segera diambil untuk mengeluarkan IC dan sijil lahir dengan segera. Tahniah dan syabas team mobile JPN.

Penyerahan cek berjumlah Rm 3000.00 kepada mangsa Kebakaran Rh. Labang bagi pihak Komuniti 1Malaysia Bandar Bintangor pagi ini (22/08/17)

PELAWAN - Satu laporan polis telah dibuat bersama Ketua Unit Angkatan Warisan Anak Sarawak (AWAS) dan Ketua Pemuda Cawangan PBB DUN Pelawan terhadap Parti Bumi Kenyalang yang menghasut rakyat memboikot sambutan Hari Kebangsaan 2017.

Menurut Ketua Pemuda Cawangan PBB DUN Pelawan Mohamad Junaidi Haji Sambang, laporan polis ini dibuat selepas ada pihak yang mahu menghasut orang ramai memboikot sambutan Hari Kebangsaan yang akan diadakan pada 31 Ogos ini.

“Laporan polis ini dibuat bagi menyatakan rasa kesal akan tingkah laku ahli-ahli Parti Bumi Kenyalang yang telah mengadakan ‘flash mop’ di bandar Sibu hujung minggu lepas bagi membantah penganjuran Hari Kebangsaan dan beberapa lagi polisi kerajaan.

“Begitu juga dengan kelantangan dan biadap pemilik akaun facebook New Jakson (Sarawak Indipendent Alliance) dan Franky Sarexit Eight Route yang cuba menghasut orang ramai untuk memboikot sambutan Hari Kebangsaan dan beberapa perkara lain yang telah dilaksanakan kerajaan dengan menggunakan media sosial.

Baca lanjut disini :Klxpress Sarawak

Kutipan Pingat Terkini MALAYSIA

EMAS
🥇Gan Hua Wei & Lee Yhing Huey
Renang Berirama Rutin Duet Bebas

🥇Loh Jack Chang
Wushu Taijijian

🥇Bola Jaring
MALAYSIA 65 vs Singapura 41

🥇Diana Bong Siong Lin
Wushu Nanquan

🥇Rafiq Ismail
Boling Tenpin (Lelaki)

🥇Ragbi 7s (Lelaki)
MALAYSIA 17 vs Singapura 7

PERAK
🥈Sin Li Jane
Boling Tenpin (Perseorangan Wanita)

🥈Adrian Ang
Boling Tenpin (Lelaki)

🥈Khairul Anuar Mohamad
Memanah Recurve Individu (Lelaki)

🥈Wong Wen Son
Wushu Jianshu (Lelaki)

GANGSA
🥉Polo Air (Lelaki)

🥉Shalin Zulkifli
Boling Tenpin (Perseorangan Wanita)

🥉Nur Aliya Ghapar
Memanah Recurve (Wanita)

🥉Ragbi 7s (Wanita)
MALAYSIA 7 vs Filipina 5

TAHNIAH!

Ucapan Tahniah oleh YAB PM Najib..Menerusi laman media sosial beliau.

Patik dan seluruh rakyat Malaysia merafak sembah tahniah kepada DYMM Tuanku Mizan Zainal Abidin yang mencatat sejarah sebagai Sultan pertama di Malaysia meraih pingat emas Sukan SEA.

Saat membanggakan untuk semua rakyat Malaysia! #BangkitBersama

Sukan SEA ke-29 dibuka secara rasminya dalam satu majlis pembukaan penuh gemilang di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.

Perasmian temasya dwi tahunan yang bertemakan 'Bangkit Bersama' itu disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V dan turut dihadiri oleh Perdana Menteri Dato Sri Mohd Najib Tun Razak.

#MalaysiaMestiMenang
#KL2017
#SeaGames2017
#BangkitBersama
#RisingTogether

Sidang media Ketua Polis Kedah Datuk Asri Yusoff berkaitan kes anggota polis maut ditembak di Hosba Changlun dan kes tembak mati di Sungai Petani pagi tadi.
Sub Inspektor Abu Hashim Ismail, 54, dari Cawangan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) maut ditembak di sebuah rumah di Taman Sri Hosba, dekat Napoh, di sini, malam tadi.
Mangsa terkena sekurang-kurangnya empat das tembakan di bahagian belakang badan dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 11 malam tadi.
Mangsa, dikatakan bertugas di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman  sedang berbual dengan seorang rakannya di perkarang rumah terbabit sebelum maut terkena tembakan.


Keputusan Perlawanan Malam Ini:

FUTSAL
(Wanita)
🇲🇾 MALAYSIA 2-1 Myanmar 🇲🇲

FUTSAL
(Lelaki)
🇲🇾 MALAYSIA 5-4 Myanmar 🇲🇲

SEPAK TAKRAW
Regu Berpasukan (Lelaki)
🇲🇾 MALAYSIA 2-1 Indonesia 🇲🇨
23-25, 21-16, 21-11

TAHNIAH!

Dua Pegawai HDC Sarawak Dan Seorang Pengurus Syarikat Ditahan SPRM

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan dua pegawai Perbadanan Perumahan (HDC) Sarawak bagi membantu siasatan berkaitan dengan tender mengecat dan membaikpulih yang tidak dilaksanakan oleh kontraktor yang dilantik di Miri, Sarawak.

SPRM juga turut menahan seorang pengurus yang dilantik untuk melaksanakan projek tender yang dibuka pada April 2015 itu dalam satu operasi tengahari tadi.

Suspek ditahan itu adalah seorang jurutera, 39-tahun dan juruteknik kanan, 59-tahun, manakala pengurus yang ditahan itu berusia 49 tahun.

Difahamkan, tender itu telah dibuka oleh HDC Sarawak pada 2015 bagi kerja-kerja mengecat dan membaikpulih 12 unit rumah flat 2 tingkat di Miri yang terbakar dan sebanyak 10 permohonan diterima dengan sebuah syarikat kemudiannya dilantik melalui nilai tawaran harga melebihi RM2 juta.

Adalah dipercayai, syarikat itu sebaliknya telah melantik sebuah lagi syarikat sub kontraktor milik individu lain bagi melaksanakan kerja-kerja mengecat dan membaiki kerosakan 47 blok bangunan.

Pada tahun 2016 tersebut telah dikatakan membuat tuntutan pembayaran berjumlah RM11969 kepada Perbadanan Perumahan Sarawak (HDC) sedangkan kerja-kerja tersebut tidak pernah dilakukan.

Difahamkan, maklumat berhubung kes tersebut diperolehi oleh SPRM menerusi laporan audit negara 2016.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan SPRM, Dato Simi Abd Ghani ketika dihubungi pemberita mengesahkan perkara itu dan berkata kesemua suspek akan direman esok bagi membantu siasatan.

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY