'/>
Faizrakhman Satarov – Foto sumber BeritaHarian

MO,KAZAN,11/8/2012 –  Pihak berkuasa Russia membongkar satu kumpulan ajaran sesat berhenti berhubung dengan dunia luar selepas hidup di ruang bawah tanah sejak 10 tahun lalu.

Pendakwa berkata, 27 daripadanya ialah kanak-kanak yang hidup dalam bilik tanpa alat pemanas dan bergelap. Mereka sudah dibebaskan dan ibu bapa mereka akan didakwa atas tuduhan mendera kanak-kanak.

Pegawai kesihatan mendedahkan, ada kanak-kanak itu berusia satu hingga 17 tahun, tidak pernah melihat matahari.

Mereka dihantar ke hospital untuk rawatan sebelum tinggal di rumah anak yatim buat sementara waktu, kata seorang doktor, Tatyana Moroz.

Pengasas kumpulan berkenaan, Faizrakhman Satarov, 83, yang mengisytiharkan dirinya nabi didakwa mengabaikan tanggungjawab sebagai pemimpin ‘Muammin’, kata timbalan pendakwa raya Kazan, Irina Petrova.

Perkataan Arab ‘muammin’ bermaksud ‘pengikut.’ Namun, pihak berkuasa, tidak menahan pengikut Satarov.

Kumpulan radikal

Kanak-kanak itu ditemui minggu lalu selepas anggota polis memeriksa kawasan tempat tinggal kumpulan itu ketika menyiasat pembunuhan seorang pendakwah Islam Tatarstan dipercayai oleh kumpulan radikal yang semakin ramai pengikut di wilayah Volga River.

Satarov adalah bekas imam di wilayah berdekatan, Bashkortostan. Dia mengisytiharkan kediamannya di luar Kazan sebagai negara Islam. Dia juga mengarahkan 70 pengikutnya tinggal dalam ruang bawah tanah di bawah bangunan tiga tingkat yang mempunyai menara kecil berbentuk bulan.

Nabi kedua

Hanya beberapa pengikutnya dibenar keluar kerana menjalankan perniagaan di sebuah pasar tempatan. Rumah Satorov itu dibina tanpa kelulusan dan akan dirobohkan.

“Mereka akan datang dengan jentolak dan senapang tetapi mereka perlu bunuh kami sebelum musnahkan rumah ini,” kata ahli kumpulan itu, Gumer Ganiyev di saluran televisyen Vesti. Satarov memilih Ganiyev sebagai ‘nabi kedua’, lapor media tempatan. – Agensi/AP]

posted from Bloggeroid

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY