'/>

KENAPA KELUAR DEWAN? Kenapa keluar sebelum berbahas? Kenapa menolak sebelum berbahas. Apakah mereka tidak faham fungsi parlimen?
Iaitu Bajet mesti dibentang dan dibahaskan? Tunjukkanlah kepada rakyat kewarasan sebagai Ahli Parlimen. Berhujahlah dan berdebatlah dengan fakta.

Bukannya tingkah laku mundur iaitu keluar Dewan ketika Bajet dibentangkan. Apabila Perdana Menteri membalas kritikan seorang pemimpin pembangkang yang mendakwa "Malaysia menghadapi ribut ekonomi sukar pada tahun ini" maka nyatakanlah fakta dan angka sebagai hujah. Kenapa keluar Dewan?

Sedangkan kerajaan membentangkan satu bajet yang tidak membebankan walaupun pendapatan negara merosot akibat kejatuhan harga minyak. Bahkan kerajaan masih mampu mengemukakan perbelanjaan berhemah walapun suasana ekonomi global mencabar. Defisit akan turun lagi daripada 3.1% kepada 3% tahun hadapan. Inflasi pada kadar 2.3%.

Pengangguran pada kadar yang rendah iaitu 3.4%. Pokoknya dengan KDNK yang diramalkan antara 4-5% Bajet 2017 menyediakan peruntukan sebanyak RM260.8 Bilion. Maka tidak benarlah dakwaan pembangkang iaitu Malaysia akan MUFLIS. Tahniah PM. Tahniah juga kepada MPs PAS dan WARISAN yg tidak keluar Dewan.
Sumber:drpuad zarkashi

Kebakaran sebuah rumah kediaman dua tingkat di Kampung Lintang, Kuching kira kira jam 6.20 pagi tadi.

Pemilik rumah tersebut adalah Arwah Tuan Haji Suib dan beliau adalah bapa mertua kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Tan Sri Datuk Amar Hj Morshidi bin Ghani.

Ketika ini pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia JBPM masih lagi berusaha memadam kebakaran.
Sumber :friends klxpress sarawak

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY