'/>

Najib Melenyapkan 37 Tahun Dasar Kabotaj Mahathir Terhadap Sabah, Sarawak dan Labuan

1. Dasar Kabotaj telah diperkenalkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad semasa beliau menjawat jawatan sebagai Menteri Pelaburan dan Industri, juga Timbalan Perdana Menteri pada masa yang sama. Dasar ini dikuatkuasakan pada 1 Januari 1980.

2. Dasar ini memperuntukkan bahawa hanya kapal-kapal milik Malaysia dibenarkan untuk terlibat dalam perkapalan domestik antara pelabuhan domestik di Malaysia. Dasar ini memberi kesan kepada kapal-kapal asing kerana tidak boleh memunggah kargo mereka secara langsung dalam pelabuhan-pelabuhan lain dan perlu melalui pelabuhan ditetapkan seperti Port Klang.

3. Jadi, ini bermakna kapal-kapal asing tidak boleh menghantar barang import ke Sabah dan perlu memunggah barang kargo di Port Klang sebelum kapal-kapal milik Malaysia menghantar barang kargo tersebut dari Port Klang ke Sabah dan dikenakan caj tambahan.

4. Ini adalah salah satu sebab mengapa harga barang di Sabah dan Sarawak sentiasa lebih tinggi berbanding di Semenanjung Malaysia.

5. Rakyat Malaysia di Sabah dan Sarawak terpaksa menanggung beban harga barang yang lebih tinggi dengan kos sara hidup yang tinggi.

6. Selepas Perdana Menteri Najib Tun Razak mengambil alih pentadbiran pada 2009, beliau meliberalisasikan sebahagian daripada dasar ini yang membolehkan pengangkutan kargo antara pelabuhan tertentu di Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur. Baru-baru ini, pada tahun 2012 pengecualian dibuat bagi kapal-kapal pelayaran penumpang.

7. Hari ini, selepas 37 tahun penderitaan dan bebanan kepada rakyat Malaysia di Sabah dan Sarawak yang dicipta oleh Mahathir, Najib telah mengumumkan untuk memansuhkan Dasar Karbotaj, berkuatkuasa pada 1 Jun 2017.

8. Lebuhraya Pan-Borneo, IPP, meningkatkan kuasa autonomi kepada Sabah dan Sarawak, dan kini Dasar Karbotaj. Najib telah memansuhkan satu lagi dasar yang membebankan rakyat Malaysia - terutamanya Malaysia Timur sejak dahulu.

9. Seperti lebuhraya dan infrastruktur air yang dijanjikan Najib kepada rakyat negeri Kelantan, semua ini demi keadilan dan kesaksamaan untuk tidak lagi menafikan hak rakyat Sabah dan Sarawak selama 37 tahun yang dinikmati Semenanjung Malaysia.

10. Untuk rekod, Najib juga telah menghapuskan cukai berkadar spesifik yang dikenakan ke atas setiap liter petrol dan diesel yang selama ini dilaksanakan di bawah sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), termasuk sepanjang tempoh 22 tahun pemerintahan Mahathir. Terhadap Sabah, Sarawak dan Labuan

1. Dasar Kabotaj telah diperkenalkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad semasa beliau menjawat jawatan sebagai Menteri Pelaburan dan Industri, juga Timbalan Perdana Menteri pada masa yang sama. Dasar ini dikuatkuasakan pada 1 Januari 1980.

2. Dasar ini memperuntukkan bahawa hanya kapal-kapal milik Malaysia dibenarkan untuk terlibat dalam perkapalan domestik antara pelabuhan domestik di Malaysia. Dasar ini memberi kesan kepada kapal-kapal asing kerana tidak boleh memunggah kargo mereka secara langsung dalam pelabuhan-pelabuhan lain dan perlu melalui pelabuhan ditetapkan seperti Port Klang.

3. Jadi, ini bermakna kapal-kapal asing tidak boleh menghantar barang import ke Sabah dan perlu memunggah barang kargo di Port Klang sebelum kapal-kapal milik Malaysia menghantar barang kargo tersebut dari Port Klang ke Sabah dan dikenakan caj tambahan.

4. Ini adalah salah satu sebab mengapa harga barang di Sabah dan Sarawak sentiasa lebih tinggi berbanding di Semenanjung Malaysia.

5. Rakyat Malaysia di Sabah dan Sarawak terpaksa menanggung beban harga barang yang lebih tinggi dengan kos sara hidup yang tinggi.

6. Selepas Perdana Menteri Najib Tun Razak mengambil alih pentadbiran pada 2009, beliau meliberalisasikan sebahagian daripada dasar ini yang membolehkan pengangkutan kargo antara pelabuhan tertentu di Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur. Baru-baru ini, pada tahun 2012 pengecualian dibuat bagi kapal-kapal pelayaran penumpang.

7. Hari ini, selepas 37 tahun penderitaan dan bebanan kepada rakyat Malaysia di Sabah dan Sarawak yang dicipta oleh Mahathir, Najib telah mengumumkan untuk memansuhkan Dasar Karbotaj, berkuatkuasa pada 1 Jun 2017.

8. Lebuhraya Pan-Borneo, IPP, meningkatkan kuasa autonomi kepada Sabah dan Sarawak, dan kini Dasar Karbotaj. Najib telah memansuhkan satu lagi dasar yang membebankan rakyat Malaysia - terutamanya Malaysia Timur sejak dahulu.

9. Seperti lebuhraya dan infrastruktur air yang dijanjikan Najib kepada rakyat negeri Kelantan, semua ini demi keadilan dan kesaksamaan untuk tidak lagi menafikan hak rakyat Sabah dan Sarawak selama 37 tahun yang dinikmati Semenanjung Malaysia.

10. Untuk rekod, Najib juga telah menghapuskan cukai berkadar spesifik yang dikenakan ke atas setiap liter petrol dan diesel yang selama ini dilaksanakan di bawah sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), termasuk sepanjang tempoh 22 tahun pemerintahan Mahathir.

Bintangor :Terima kasih kepada pihak JPN Sarawak ,Pejabat Daerah Meradong atas penganjuran program  Pasukan Petugas Khas Kawasan Daerah Meradong Siri 2.Program bermula 9 Mei hingga 11 mei 2017 di Pejabat Daerah Meradong.Kepada penduduk sekitar jangan lupa ambil peluang ini.

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY