'/>

GURUN:  Tidak puas hati  dengan tindakan kerajaan memberi pencen bulanan RM3000 sepanjang hayat kepada Pendelala Rinong dan Cheong Jun Hoong, seorang pesara tentera, RBP telah membuat laporan polis di balai polis di sini, semalam.

Dalam laporan polis yang dibuat pada pagi semalam, pengadu mempertikaikan pemberian tersebut dan berpendapat ia adalah tidak wajar.

Beliau berkata, banyak lagi pejuang negara dan bekas kakitangan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan polis yang berkhidmat dan berjasa, telah tidak diberi ganjaran yang sewajarnya oleh kerajaan.

Gandingan  penerjun negara terbabit  akan berkongsi ganjaran RM600,000 serta pencen bulanan RM3,000 seorang sebagai ganjaran atas kejayaan memenangi pingat perak Sukan Olimpik Rio.

Di bawah skim insentif Majlis Sukan Negara (MSN) untuk Olimpik, pemenang pingat emas akan menerima RM1 juta dan pencen bulanan RM5,000, perak pula RM600,000 dan pencen bulanan RM3,000, manakala gangsa RM100,000 serta pencen bulanan RM2,000.

Pasangan itu meraih pingat perak acara 10 meter platform seirama wanita, untuk pingat pertama negara di Sukan Olimpik Rio, selepas mengumpulkan 344.34 mata di belakang pemenang emas dari China, manakala gandingan Kanada mendapat gangsa beberapa hari lalu.

Program Semarak Kemerdekaan Tabika Perpaduan Taman Bintang Bintangor.

Open House Pokemon Go di Pintu Gerbang, Sibu ketika ini. Kesesakan jalanraya berlaku di sekitar pintu gerbang. Rancang perjalanan anda yang hendak menuju ke premier hotel.

Foto by info sarawak

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY