'/>
Bintangor:

Syabas kepada pihak Pej. Do, PDRM dan Rela Meradong kerana berjaya mengurus pengambilan BR1M peringkat 3 dengan tersusun dan teratur...









posted from Bloggeroid




SUMBER:http://hilbertmontell-anakmerdeka.blogspot.com/2012/02/muzikalrama-jangan-main-belakang-karya.html

alt
SHAH ALAM, 31 Jan - Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad mendakwa bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr. Hasan Ali adalah 'budak suruhan UMNO' dan jurucucakap tidak rasmi bagi parti tersebut.
Khalid juga mendakwa Hasan sebenarnya sudah menjadi alat UMNO apabila membuat kenyataan supaya para pengundi di Parlimen Shah Alam agar tidak mengundinya lagi pada pilihan raya umum akan datang.
"Kalau tidak beri undi kepada Khalid Samad, kepada siapa lagi? Sudah tentu kepada UMNO. Ini bukti Hasan sudah menjadi budak suruhan UMNO," katanya.
Beliau juga mendakwa Hasan tidak memahami maksud sebenar parasit dan menganggap bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu adalah parasit sebenar parti.
"Parasit adalah jenis yang tinggal atas induk macam pokok asing tinggal atas pokok besar tetapi saya tidak boleh menjadi parasit kerana saya merupakan sebahagian daripada batang tubuh parti.

"Tidak seperti orang yang hidup dengan isu Pas tetapi dia adalah orang asing yang mana jika tidak ada isu Pas, dia tidak boleh hidup, dia menjadi popular atas isu Pas," kata Khalid.
Khalid bagaimanapun tidak menjawab dakwaan Hasan berkaitan dengan beliau adalah pengkritik tegar Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ketika agensi agama itu menyerbu sebuah premis yang dikatakan sebagai Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).
| Copyright © 2013 MERADONG TODAY