'/>

kumpulan facebook-Pemuda PBB N40 Meradong antara kumpulan yang paling aktif dalam facebook...Kumpulan ini terdiri daripada 864 orang ahli...Diharap Yang Berhormat Datuk Hajah Norah Ahli Parliment P206 Tanjung Manis..Antara cadangan belia kampung adalah:

1.Buat Pasar Malam
2.Baikpulih Padang lama MDMJ
3.Buat Padang Futsal dikawasan kampung
4.Buat Taman Kanak-kanak
5.Perbanyakkan lagi lampu Jalan di kawasan kampung
6.baik pulih wharf Kampung.
7.Baik pulih padang tennis
8.Perbesarkan jalan kampung



salah satu yang dikira panas dibahas oleh ahli adalah mengenai  cadangan penambahbaikan untuk kawasan Meradong(kampung Bintangor).Bila isu ini diposkan pada 5 Jun 2012 yang lalu telah menerima 53 komen daripada ahlinya...
BERIKUT ANTARA CADANGAN BELIA BINTANGOR:

CADANGAN



CADANGAN

CADANGAN

CADANGAN

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meminta maklumat dan bukti dikemukakan kepada suruhanjaya itu berhubung Daftar Pemilih SPR dan bukannya membuat pelbagai dakwaan melalui media.
   
Setiausaha SPR Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata mana-mana pihak yang mahu memastikan Daftar Pemilih SPR bersih, tepat dan kemas dengan cara membuat semakan di lapangan supaya berbuat demikian.
   
"Jika ada apa-apa perkara yang kurang jelas mengenai Daftar Pemilih, boleh tampil ke SPR dan SPR ada penjelasan kepada sesuatu perkara itu.
   
"Memang menjadi hasrat SPR untuk melihat Daftar Pemilih yang ada adalah bersih, tepat dan kemas dan SPR amat memerlukan kerjasama semua pihak dan bukannya sekadar membuat dakwaan melalui media semata-mata," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
   
Katanya pemilih berdaftar turut dinasihatkan supaya membuat semakan maklumat pendaftaran mereka bagi membolehkan sebarang pembetulan dilakukan, jika berlaku kesilapan.
 
Kamaruddin berkata ini kerana hanya pemilih itu sahaja yang mengetahui mengenai butiran maklumat peribadi mereka termasuk alamat bermastautin mereka yang sebenar.
   
"Semakan boleh dibuat melalui laman sesawang SPR di www.spr.gov.my, melalui sms dengan menaip SPR<jarak>SEMAK<jarak>NO.KAD PENGENALAN dan hantar kepada 15888 atau menghubungi ibu pejabat SPR di 03-8885 6565," katanya.
   
Mengulas dakwaan-dakwaan dalam sebuah akhbar propembangkang bahawa terdapat 6,164 nama dalam Daftar Pemilih Suku Tahun Ketiga 2012 di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Caves adalah pengundi hantu, beliau berkata dakwaan itu menjadi persoalan kepada SPR berikutan Daftar Pemilih Tambahan (DPT) Suku Tahun 3/2012 tidak wujud lagi.
   
Katanya ini kerana urusan pendaftaran pemilih bagi tempoh tersebut hanya akan bermula pada 1 Julai dan berakhir pada 30 September 2012.
   
Kamaruddin turut menafikan dakwaan bahawa SPR membuat sempadan sesuka hati kerana tindakan suruhanjaya itu membetulkan lokaliti yang salah menurut subperaturan 25(3) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 tidak sama sekali melibatkan apa-apa perubahan sempadan seperti yang dilaporkan.
 
Katanya ini kerana kedudukan asal di muka bumi bagi lokaliti yang berkenaan sememangnya berada dalam sempadan bahagian pilihan raya yang hanya boleh diubah melalui proses urusan kajian semula persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya Parlimen dan Negeri.
   
Selain itu, dakwaan 497 nama dikesan dalam satu lokaliti di Jalan Sungai Tua (Jalan SG Tua) tetapi hanya empat nama sahaja yang dikenal pasti, Kamaruddin berkata bagi lokaliti tersebut, ia merangkumi pelbagai nama alamat dalam satu lokaliti.
   
Katanya semakan SPR mendapati terdapat 214 alamat dalam lokaliti tersebut dan ia pula pelbagai seperti menggunakan nombor lot, nama kampung, nama batu, nama jalan, kuarters JBA, kuarters JKR.
   
Beliau berkata di lokaliti itu juga terdapat 28 alamat menggunakan awalan Jalan Sungai Tua seperti Jalan SG Tua BT 10 Batu Caves, Jalan SG Tua Laksamana dan sebagainya.
   
Sehubungan itu, katanya secara logiknya memang terdapat jumlah pemilih yang ramai di lokaliti berkenaan kerana ia dihuni oleh ramai penduduk dalam pelbagai alamat.
   
Berhubung dakwaan yang dibuat oleh Izwan Sazali bahawa tiada individu yang bernama Arumugan di rumahnya, Kamaruddin berkata SPR telah mengenal pasti punca berlakunya perkara itu  dan didapati berlaku kesilapan pendataan borang pendaftaran pemilih (Borang A) yang dilakukan oleh Penolong Pendaftaran Pemilih (wakil Pejabat Pos).
   
"Semasa proses pengesahan dan menandatangani borang permohonan di Pejabat Pos, Arumugan a/l G.Amirthalingam juga tidak menyedari kesilapan nombor jalan tersebut," katanya. - Bernama


]

posted from Bloggeroid

"Aduh!!! Aku Pun Pening La Dengan Diorang Ni!!!
Lain Yang Aku Suruh, Lain Pulak Yang Dibuatnya!!!"
Pulak dah!!! Hari tu, Si Mat Muka Bulan kata Datuk Murad tu kena ugut supaya buat laporan Polis berkaitan dengan akaun Si Ketua Penipu tu.

Kata Si Mat Muka Bulan tu, Datuk Murad datang jumpa dengan Si Ketua Penipu tu sewaktu di Munich untuk mendedahkan bahawa dia kena ugut oleh pihak tertentu.

Maka sebab itulah Datuk Murad, bekas Penolong Gabenor Bank Negara tu terpaksa dedahkan 20 akaun yang dikawal oleh Si Ketua Penipu tu yang berjumlah RM 3billion.

Dah sekarang ni, diorang tukar cerita pulak. Kata Si Rafizi Jambu tu, duit sebanyak RM 3billion tu duit Datuk Murad, bukan duit Si Ketua Penipu tu.
PETALING JAYA: Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa akaun RM3 bilion yang dituduh milik Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan akaun bekas Penolong Gabenor Bank Negara itu sendiri.

Rafizi tampil membuat pendedahan tersebut setelah membuat penyelidikan peribadi terhadap Datuk Abdul Murad Khalid.

"Dakwaan Datuk Murad Khalid mengenai kewujudan akaun utama yang memegang tanah dan saham sebenarnya merujuk kepada pegangan beliau sendiri," kata beliau di Ibu Pejabat PKR di sini, hari ini. - AntaraPos
Ini yang mana satu betul ni? Datuk Murad tu kena ugut ke untuk dedahkan duit dia sendiri ke? Takkan la Datuk Murad tu bodoh sangat kot!!!

Kalau ye dia ada duit sebanyak RM 3billion tu, menda kejadahnya pulak dia nak dedahkan perkara tersebut dan mengaitkan Si Ketua Penipu tu sekali!!!

Datuk Murad tu rasanya tak de la sebodoh itu. Dia bukan tak tau yang Si Ketua Penipu tu suka ambik kesempatan dan saman orang tak tentu arah!!!

Kalau betul la Si Rafizi Jambu tu ada bukti mengatakan duit sebanyak RM 3billio tu adalah kepunyaan Datuk Murad, kenapa diorang tak buat laporan? Buat la!!! Tunggu apa lagi!!!

Ayat Tun Mahathir jugak yang mudahnya. Kalau diorang rasa Si Ketua Penipu tu tak bersalah, buat la laporan Polis. Suruh SPRM siasat. Apa susah? 

Ini tidak. Nak jugak diorang putar belit cerita dengan kenyataan yang bukan - bukan. Sekarang dah terbelit sendiri, siapa nak jawab? nampak sangat la diorang ni memang Kaki Penipu!!! Semua benda nak di Poo...singh!!! Dah terpusing sendiri, baru padan muka!!!



sumber: http://semuthitam80.blogspot.com/2012/06/isu-rm3bil-dah-dia-tuduh-datuk-murad.html?m=1

posted from Bloggeroid

 Seorang isteri sudah tidak sanggup lagi menanggung derita hidup setelah suaminya terjebak dengan penagihan syabu.

Haliza (bukan nama sebenar), 42, berkata, pelbagai usaha dilakukan untuk menjauhkan suaminya daripada barang terlarang itu, namun semuanya sia-sia.

“Suami saya sudah lama ketagih syabu. Walaupun sudah dikurniakan lima anak, suami saya masih lagi tidak dapat meninggalkan ketagihannya itu.

“Saya sudah putus asa untuk menjauhkan suami daripada barang tersebut kerana saya sedar, sekali sudah terjebak, memang sukar untuk ditinggalkan,” katanya kepada Sinar Harian.

Haliza berkata, demi anak anak, dia masih bersabar dengan masalah ketagihan suaminya walaupun hidupnya terseksa.

“Kalau suami saya ambil barang itu (syabu), dia memang akan menjadi rajin dan boleh tak tidur selama beberapa hari. Namun bila kesannya hilang dan tiada duit untuk beli barang tersebut, dia akan malas bekerja, selalu tidur, malah mudah mengamuk,” katanya.

Dia justeru merayu kepada pihak berwajib supaya prihatin dengan masalah penagihan syabu di Wilayah Jengka yang dikatakan semakin berleluasa.

Pengerusi Belia Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) Felda Jengka 19, Khairy Azly Kassim berkata, pelbagai pihak perlu memainkan peranan bagi menangani masalah itu.

Selaku pengerusi belia sendiri, saya juga sering mengadakan program yang melibatkan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

“Namun sambutan yang diterima agak mengecewakan. Pada pendapat saya perlu ada jalan yang lebih berkesan untuk mengatasinya,” katanya.

Sehubungan itu, beliau memohon pihak berwajib melakukan pantauan ke setiap tanah rancangan Felda, selain meminta pemimpin di setiap kawasan prihatin dengan masalah itu yang kini semakin membimbangkan.



sumber: http://usezworkshop.blogspot.com/2012/06/isteri-derita-suami-ketagih-syabu.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+Usezworkshopblogspotcom+%28useZworkshop.blogspot.com%29&m=1

posted from Bloggeroid

[Ada beberapa perkara yang umum patut tahu tentang Pakatan Haram yang memutar-belit fakta yang dibuat tentang pembiayaan pengajian tinggi oleh kerajaan.Hal ini perlu diperjelaskan agar kita berlaku adil kepada generasi yang akan datang.

Fakta #1.

Tentang Finland.

Pakatan Haram menjadikan pendidikan percuma sebagai isu politik demi untuk meraih
undi di PRU kelak.Mereka mengambil Finland sebagai contoh dan beberapa negara lain
yang memberi pendidikan percuma kepada rakyatnya bagi meyakinkan tentang pendidikan
percuma. Yang jelas,Pakatan Haram menyembunyi fakta tentang negara yang memberi
pendidikan percuma daripada umum.Adalah tidak mustahil untuk memberi pendidikan percuma tetapi someone has got to pay for it!!!! Pembiayaan pendidikan percuma terpaksa ditanggung oleh rakyat Finland dengan membayar cukai yang tinggi dan negara Finland adalah negara yang ke 9 paling tinggi mengenakan cukai.

KLIK DI SINI

Rakyat Finland dikenakan cukai pendapatan sebanyak 49.2%,cukai VAT sehingga 23% ke atas semua barang malah cukai perbandaran sehingga 21%.Segala-galanya di Finland
dikenakan cukai.Ini tidak menghairankan kerana inilah satu-satu caranya bagi memperoleh pendapatan negara namun yang umum tidak sedari ialah yang dikenakan cukai tidak lain dan tidak bukan ialah ibu bapa penuntut-penuntut pengajian sendiri.Malahan,Finland mencadangkan kenaikan cukai bagi menampung belanjawan negara.Ini tak ubah seperti mengambil dari poket kiri dan memasuk ke poket kanan yang
membayar pendidikan ialah ibu bapa pelajar itu juga.

Fakta #2

Protes terhadap pembiayaaan pinjaman pengajian tinggi oleh kerajaan kebanyakannya datang dari kaum Melayu.Mereka tidak sedar bahawa pendidikan di negara sebenar-benarnya adalah percuma.Apa yang pelajar pengajian tinggi perlu buat ialah mendapat keputusan yang cemerlang kelas pertama.Apa yang susah sangat.Kalau 8,000 penuntut berbangsa Cina yang mengambil pinjaman pendidikan dari PTPT lalu berusaha dan berjaya memperoleh kepujian Kelas Pertama Ijazah Sarjana Muda lalu pinjaman mereka itu tadi telah dikecualikan bayaran balik.Kerajaan telah berlaku adil dalam mengagih bantuan.Pelajar Melayu ??? Hanya 2,000 lebih sahaja yang mendapat pengecualian bayar balik pinjaman.

Bukankah ibu bapa pelajar Melayu yang sepatutnya membantah sikap anak-anak mereka
yang sambil lewa tidak mengambil peluang memperoleh pengajian percuma.? Tak memadai
menyalah pihak yang telah pun membantu bagi meringankan beban kos melanjutkan
pengajian ke peringkat tinggi.Pengecualian bayar balik pinjaman pengajian adalah motivasi kerajaan kepada penuntut bagi memperoleh kepujian Kelas Pertama.Yang jelasnya ialah jumlah pelajar Melayu yang cemerlang masih rendah berbanding anak kaum Cina.Maka adalah menghairankan jika anak-anak serta ibu bapa Melayu yang menentang pembiayaan pinjaman pengajian tinggi.

Fakta #3.

Ramai yang tidak sedar bahawa dahulu,jumlah penuntut Melayu di pengajian tinggi begitu kurang malah boleh dibilang jari jumlah mereka. Antara sebabnya ialah faktor kewangan.Dahulu,jika anak-anak mereka mendapat tempat di pengajian tinggi belum tentu mereka mampu menyambung pengajian disebabkan ibu bapa tiada kemampuan kewangan.Ibu bapa tiada tempat untuk mendapat bantuan kewangan selain dari menjual tanah,meminjam atau menjual barang kemas yang ada… itu pun kalau ada.Ibu bapa Melayu atau India sekali pun bukanlah dikedudukan ekonomi yang selesa berbanding kaum lain.Mendapat tempat di pengajian tinggi telah pun sukar apatah lagi nak membiayainya.

PTPTN diwujud bagi merealisasi impian ibu bapa serta pelajar menyambung pengajian
di peringkat tinggi.Peluang untuk membina masa depan yang cerah serta memenuhi satu-satunya impian ibu bapa untuk melihat anak-anak mereka menjejak kaki di pengajian tinggi telah dimudahkan melalui PTPTN.Kemudahan pinjaman pengajian disediakan untuk mereka tak kira apa juga kedudukan status ekonominya.Kerana itulah kita dapati jumlah pelajar Melayu serta bangsa lain yang kurang kemampuan kewangan semakin bertambah di pengajian tinggi.
]

posted from Bloggeroid

KENYATAAN MEDIA BENGKEL SUKARELAWAN PEMUDA BN: “TAKE CHARGE, MAKE A DIFFERENCE” - 24 JUN 2012

Sukarelawan Pemuda BN/ Barisan Nasional Youth Volunteers (BNYV), satu inisiatif baru Pemuda Barisan Nasional akan menganjurkan Bengkel Sukarelawan Pemuda BN yang bakal melibatkan penyertaan kira-kira 400 sukarelawan berdaftar pada 24 Jun ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bermula dari 0900 hingga 1800. Bengkel satu-hari ini akan disertai oleh sukarelawan dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Objektif bengkel ini ialah untuk mempersediakan para sukaralewan BN untuk mengkoordinasi gerakan sukarelawan politik untuk membantu jentera pilihanraya Barisan Nasional (BN) di seluruh negara. Pelbagai pengisian menarik akan diadakan seanjang bengkel yang akan berlangsung selama sehari itu termasuk perbentangan kertas kerja oleh para ko-ordinator BNYV dalam lima bidang tugas utama iaitu pengurusan majlis/organisasi, komunikasi, penyelidikan, kempen umum dan pidato umum. Bengkel ini juga bertujuan untuk mempertingkatkan ilmu pengetahuan para sukaralewan dalam proses pilihanraya Malaysia dan menjalankna kempen politik secara sukarela mempereratkan hubungan silaturrahim antara para sukarelwan yang berbilang bangsa dari seluruh pelusuk negara.

Sesi pembentangan kertas kerja ini akan disusuli dengan sesi khas bersama Setiausaha Agung BN, YB Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Ketua Pemuda BN, YB Khairy Jamaluddin. Setelah majlis disempurnakan, para sukarelawan akan mengambil bahagian dalam program “Amazing Race” di mana para sukarelawan akan dibahagikan dalam kumpulan kecil berempat dan ditugaskan untuk mendapat butiran informasi umum dari seluruh Kuala Lumpur.

Bengkel ini akan diakhiri dengan “Satay Gathering” di Pejabat Operasi BNYV di 73,Jalan Telawi, Bangsar Baru yang akan bermula pada 8.30 malam pada hari yang sama.

Tentang BNYV

BNYV adalah program sukarelawan di bawah Pemuda BN dan merupakan satu platform bagi penyokong muda BN yang tidak menjadi sebahagian dari jentera rasmi parti untuk membantu dalam Pilihan Raya Umum ke-13. Ia juga menawarkan peluang yang menarik dan hebat kepada mereka yang ingin mengecapi sendiri pengalaman mengambil bahagin di dalam mengelolai proses kempen pilihanraya dan demokrasi di negara kita Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai BNYV, orang ramai boleh mengikutinya melalui Facebook, http://www.facebook.com/bnyv2012, Twitter @BNYV2012 atau emel pertanyaan anda di bnyv.workshop@gmail.com.

Ainul Aizat Ahmad Ishak
Head of Communications
BN Youth Volunteers 2012
E: stone.aizat@gmail.com
M: +60123938884 Twitter: @ainulaizat



sumber: http://brojinggo.blogspot.com/2012/06/sidang-media-bnyv.html?m=1

posted from Bloggeroid




Bila kita kata hudud pas hudud politik..melantun sawan puok ni hehe

Suarapakatanrakyat.com berjaya mengejutkan PM apabila entri terkininya dilihat seolah- olah cuba untuk membuka pemikiran penyokong tegar Pakatan Rakyat yang terlalu mendewa- dewakan Al Juburi.

Berikut adalah petikan daripada entri tersebut!!!



AYAT itu penulis petik dari sumber yang menyampaikan maklumat tersebut kepada penulis.  Rasa nak gelak pun ada bila dia dengan yakinnya menyampaikan kepada penulis perkara tersebut.  Sengaja penulis siarkan di laman ini supaya maklumatnya dapat dikongsi dengan pembaca, senang kita nak menilai strategi bagaimana yang digunakan pihak-pihak tertentu untuk menjatuhkan imej Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Khabarnya begini, video ‘terbaru’ ini sebenarnya sudah lama.  Ia dikatakan dirakam sejak zaman Lee Kuan Yew menjadi Perdana Menteri lagi dan disimpan oleh pihak-pihak tertentu di Singapura.  Kisahnya di dalam video tersebut, adegan dua lelaki sedang melakukan hubungan seks di sebuah bilik hotel di Singapura dengan salah seorang dari lelaki tersebut dikatakan ‘sangat’ menyerupai Anwar.
Cuma yang tidak sedapnya, penulis dimaklumkan bahawa salinan video tersebut sekarang berada di Malaysia dan telah diserahkan kepada seorang pemimpin utama sebuah parti komponen dalam Pakatan Rakyat sendiri dan beliau dimaklumkan telah menonton video tersebut.
Penulis secara peribadi tidak langsung terkejut dengan berita dan kaitannya dengan negara Singapura.  Ini kerana, dalam satu pendedahan pada 2010, Wikileaks telah mendedahkan maklumat kononnya perisikan Singapura sendiri mengetahui mengenai apa yang didakwa penglibatan Anwar dalam soal homoseksual ini dengan ayat yang digunakan ialah “[Mr Anwar] ‘did indeed commit the acts for which he is currently indicted’”.
Cuma masalahnya, ia tidak pernah dibuktikan dimana-mana pun, malah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sendiri telah membebaskan Anwar dari tuduhan meliwat Saiful Bukhari, awal Januari lepas.
Penulis berpendapat, kewujudan video ‘terbaru’ ini adalah cerita yang diadakan untuk menyokong pendapat Datuk Dr. Hasan Ali bahawa Anwar akan menjadi Perdana Menteri sementara (untuk beberapa bulan) sebelum Lim Guan Eng mengambil alih jawatan tersebut (seperti ditimbulkan oleh Karpal Singh) kerana dakwaan moral dan salah laku seks yang kononnya timbul untuk memaksa Anwar meletakkan jawatan.
Pihak-pihak ini begitu teliti dalam cubaan menimbulkan persepsi bahawa Anwar sememangnya benar-benar terlibat dalam salah laku seks dan moral.  Orang-orang seperti Hasan Ali digunakan sepenuhnya untuk menjayakan cerita rekaan tersebut.  Tambahan pula hasrat peribadi Karpal untuk melihat seorang Perdana Menteri dari kalangan bukan Melayu, digunakan sepenuhnya untuk menyokong imaginasi Hasan Ali.
Dalam masa yang sama, penulis terfikir bahawa pendedahan video-video seumpama ini sebenarnya mampu mempengaruhi rakyat sehinggakan ia diguna berulang-ulang kali.  Sangka kita pendekatan seumpama ini tidak diterima rakyat Malaysia tapi dengan kemunculan satu demi satu video lucah ini, memperlihatkan sebenarnya rakyat kita gemar dengan perkara-perkara sedemikian.
Apa sekalipun, penulis harap, pemimpin utama parti komponen Pakatan Rakyat yang disebut-sebut telah menerima dan menonton video tersebut agar tampil memberikan penjelasan atas dakwaan terbaru ini.  Ini penting untuk mengelakkan persepsi negatif masyarakat sebelum perkara yang lebih besar muncul.
Penulis tidak mahu kejadian yang menimpa Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul dalam kes video seks yang didedahkan Datuk Eskay dahulu, berulang semula dalam kes yang ini (jika benar).  Kegagalan memaklumkan pimpinan tertinggi parti dan Pakatan Rakyat lebih awal telah menyebabkan imej beliau sebagai orang yang setia kepada parti, sedikit sebanyak tercalar.



- http://lamanizzs.blogspot.com/2012/06/hot-blogger-pakatan-dedahkan-video-seks.html?utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter&m=1

posted from Bloggeroid

 Berikut adalah catatan yang menarik mengenai Sulaiman al-Rajhi, pemilik al-Rajhi Bank iaitu bank Islam paling besar di dunia.

Anggaran harta beliau yang dimiliki oleh Forbes adalah USD 7.7 bilion. Namun kini beliau hanya tinggal sehelai sepinggang. Hartanya telah pun diberikan kepada anak-anaknya dan juga projek-projek wakaf.

Ini adalah contoh orang kaya yang beriman yang dapat kita jadikan teladan selain dari kisah Ahmad Dawjee Dadhaboy yang mewakafkan tanahnya di ‘Golden Triangle’ Kuala Lumpur.

 Bagaimana Sulaiman al-Rajhi Bermula?

 1. Bermula dengan bisnes money exchange dan melihat masih belum ada bank Islam yang wujud, kira-kira 30 tahun dahulu.


 2. Berjumpa dengan pengurus (CEO barangkali) Bank of England dan juga pelbagai bank pusat tentang idea bank Islam, menyakinkan mereka bagaimana perbankan halal dapat mengukuhkan lagi ekonomi dunia kerana orang Islam dan Kristian tidak dapat berurusniaga dengan riba. 


 3. Bermula di London dan setelah berjaya kembali ke Arab Saudi dengan sokongan mufti besar, Sheikh Abdul Aziz Bin Baz. 


 Menjadi Miskin Semula Setelah Kaya 


 1. Beliau pernah jatuh sebanyak dua kali, dan ‘miskin’ kali ketiga ini merupakan kehendaknya sendiri dan ia memberikan ketenangan dalam diri. Hartanya telah diberikan kesemuanya kepada anak-anak dan projek-projek wakaf.


 2. Sebahagian harta telah dibahagikan terlebih dahulu kepada anak-anaknya untuk mengelakkan isu perebutan harta yang merugikan syarikat, masyarakat dan negara. 


 3. Sebahagian yang lain digunakan untuk projek-projek wakaf SAAR Foundation dan kesemua ini dilakukan semasa masih hidup dan bukan efektif selepas mati seperti yang selalu dibuat ramai orang.  


Bertindak, bukan Sekadar Komplen  Antaranya … 


 1. Beliau menyedari pada zamannya tidak wujud bank Islam, maka dengan usaha keras beliau bermula dari bawah.


 2. Beliau melihat proses sembelihan yang tidak sempurna, lalu beliau menubuhkan syarikat yang mengatasi hal berkenaan; al-Watania Poultry. Kini menguasai 40% pasaran di Arab Saudi. 


 3. Beliau juga sedar terlalu banyak bahan kimia dalam makanan, maka al-Watania Agricultural terlibat pula menanam sayur secara organik untuk memastikan lebih ramai yang makan makanan yang bebas bahan kimia berbahaya. 


 Pendidikan Kewangan Anak-anak 


 1. Memastikan anak-anak pandai menguruskan bisnes dan pelaburan sendiri seperti anak-anak perlu ‘bekerja’ untuk mendapatkan duit. Tiada istilah dapat duit ‘in exchange of nothing’.


 2. Menjadi mentor terbaik untuk semua anak-anaknya. 


 3. Sesibuk mana pun menguruskan bisnes dan pelaburan, pastikan persaudaraan sesama keluarga dijaga dan juga kehidupan di akhirat.


 Lagi Yang Menarik 


 1. Tidak suka membazir; kenapa perlu pasang langsir tebal dan memasang lampu sedangkan Allah swt telah beri cahaya pada siang hari secara percuma? 


 2. Bisnes vs peribadi; memiliki ekuiti syarikat penerbangan dan masih membayar untuk tiketnya. 


 3. Merendah diri; masih menaiki penerbangan kelas ekonomi. 


 4. Menepati waktu; mempelajarinya pada awal memulakan bisnes kerana pernah lewat beberapa minit menghadiri mesyuarat dengan pegawai syarikat terkemuka di Eropah dan pegawai tersebut enggan berjumpanya kerana kelewatan tersebut. 


 5. Tegas dengan prinsip Islam; dijemput menghadiri jamuan makan malam. Keluar dari jamuan tersebut selepas menyedari ada program hiburan yang menyalahi syariat. Menteri bertanggungjawab akhirnya membatalkan program tersebut bagi membolehkan beliau berada dalam majlis tersebut. Itulah kuasa orang kaya yang beriman. 


 6. Semuanya baik-baik; Alhamdulillah. Itulah ucapan dari mulut beliau apabila mendengar kilang-kilangnya terbakar. Bukan sekali kejadian itu berlaku, tetapi dua kali. 


 7. Semuanya Allah punya; kita cuma pemegang amanah di atas muka bumi. Ini cuma ringkasan dari saya, kalian dapat membaca berita penuh dari ArabNews melalui link berikut: Sulaiman Al-Rajhi’s life a rags to riches story 


Sumber : http://www.pakdi.net/sulaiman-al-rajhi-dari-billionaire-kini-cuma-tinggal-sehelai-sepinggang//


Komentar KP : Orang politik pun kena fikirkan jugak bila nak bersara dari mengumpulkan kekayaan dan kuasa semasa dalam politik.Jangan nak pegang kuasa hingga tunggu nak mati je macam seseorang tue *tak nak cakap sapa dia,mungkin semua dah tahu*



sumber: http://kerispusakabangsa.blogspot.com/2012/06/kisah-sulaiman-al-rajhi-dari.html?m=1

posted from Bloggeroid

KUALA LUMPUR: Sepasang suami isteri warga emas ditemui mati setelah dipercayai bertengkar dengan seorang anggota keluarga di rumah mereka di Seri Kembangan dekat sini, awal pagi Rabu.

Dalam kejadian kira-kira 4.30 pagi itu, Lee Yoke Mun, 73, dan isterinya Lee Kam Lin, 59, ditemui mati dengan kecederaan parah di kepala dipercayai akibat dipukul dengan sebatang besi oleh suspek, seorang lelaki berusia 44 tahun.

Ketua Polis Daerah Serdang Supt Abdul Razak Elias mengesahkan mengenai kejadian itu.

Sementara itu, jurucakap polis berkata mayat Yoke Mun ditemui di bahagian dapur rumah teres setingkat itu manakala mayat Kam Lin ditemui di tepi katil dalam bilik tidur mereka.

Pasangan itu tinggal serumah dengan suspek dan ibu bapanya sejak 50 tahun lepas.

Jurucakap itu berkata siasatan awal mendapati pertengkaran itu dipercayai berlaku setelah suspek, yang bekerja sebagai mekanik, tidak dapat menahan kemarahan kerana mendakwa diejek sebagai kurang siuman oleh kedua-dua mangsa menyebabkannya ia bertindak di luar kawalan.

Polis kemudian menahan suspek yang masih berada di rumah itu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan manakala mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

Sementara itu, jiran keluarga berkenaan yang enggan dikenali berkata beliau menghubungi polis bila terdengar jeritan orang meminta tolong. - BERNAMA

sumber: http://mstar.com.my/berita/jenayah/cerita.asp?file=/2012/6/20/mstar_jenayah/20120620170543&sec=mstar_jenayah

posted from Bloggeroid

SUARAM a.k.a Pakatan Haram telah melakukan kerja yang baik sekali dalam menghina intelektualiti rakyat Malaysia dengan menyebarkan pembohongan yang tidak berkesudahan dan tidak masuk akal untuk memburukkan imej Perdana Menteri dan menjatuhkan kerajaan.Pada mulanya,mereka menuduh bahawa PM telah mengambil rasuah sejumlah EURO 114 juta melalui syarikat bernama Perimekar tetapi kemudiannya disahkan bahawa bayaran itu dibuat kepada Perimekar untuk menampung khidmat penyelenggaraan,sokongan dan pengurusan termasuk kos penginapan bagi 213 pegawai, kakitangan dan krew kapal selam selama 6 tahun.Oleh itu,sekiranya benar EURO 114 juta telah dibayar kepada PM sebagai rasuah dan bukan diterima oleh Perimekar, maka ini bermakna Perimekar telah memberi khidmat secara percuma selama 6 tahun yang mana tidak masuk akal sama sekali.Kemudian,SUARAM menyatakan jumlahnya bukanlah EURO 114 juta tetapi PM telah menghantar faks kepada DCNS meminta rasuah sejumlah USD 1 billion atau RM3.8 billion atau EURO 1.08 billion! Tidak mungkin sesiapa jua akan meminta rasuah melalui faks dan untuk SUARAM menyatakan sedemikian menunjukkan yang SUARAM adalah benar-benar bodoh untuk memikirkan fitnah yang sebegitu bodoh.

Jumlah EURO 1.08 billion adalah jumlah keseluruhan kontrak pembelian kapal selam termasuk dengan kos penyelenggaraan,sokongan serta pengurusan.Oleh itu,jika benar ianya dibayar terus kepada PM sebagai rasuah seperti yang difitnah SUARAM,maka ia bermakna Malaysia telah menerima kapal selam secara percuma yang mana pastilah tidak masuk akal langsung.Bagi menambahkan ‘perisa’ kepada cerita ini,SUARAM menuduh bahawa PM atau mungkin pembantu PM,Abdul Razak Baginda mempunyai hubungan sulit dengan seorang model Mongolia,Altantuya Sharibuu,yang didakwa sebagai penterjemah dalam urusniaga kapal selam,yang kemudiannya dibunuh kejam oleh isteri PM.Tetapi,hakikatnya segala urusniaga tersebut dibuat dalam bahasa Inggeris dan tiada penterjemah yang diperlukan.

Isteri PM pula,pada ketika pembunuhan berlaku sedang menghadiri program berbuka puasa bersama anak-anak yatim dengan beribu orang saksi dan alibi untuk membuktikan yang beliau tidak bersalah.PM tidak pernah bertemu dengan Altantuya dan gambar superimpose yang begitu lemah yang disebarkan oleh pembangkang untuk menunjukkan mereka pernah berjumpa sudah cukup untuk menunjukkan yang PM berkata benar sekali gus membuktikan yang Pakatan Haram berada dalam keadaan yang amat terdesak.Dengan segala penipuan ini kini terdedah luas, kita hampir merasa kasihan kepada SUARAM kerana perlu terus menipu.Baru-baru ini,SUARAM membuat satu lagi kenyataan berbunyi “orang kanan kepada penganalisis pertahanan,Abdul Razak Baginda,Jasbir Singh Chahl adalah rakyat Malaysia pertama akan disapina sebagai saksi dalam kes scorpene yang sedang berjalan di Perancis.”

Bagaimanapun,Kedutaan Perancis di Kuala Lumpur apabila ditanya mengenainya merasa terkejut kerana mereka tidak mendengar dan tidak pula dimaklumkan apa-apa mengenai sapina.Menurut mereka,prosedur memperuntukkan bahawa Kementerian Luar Perancis perlu diberitahu mengenai sapina yang dikeluarkan oleh mahkamah Perancis kepada mana-mana rakyat negara lain,dalam kes ini,Malaysia.Kementerian tersebut pula perlu memaklumkan kepada Wisma Putra agar tindakan dapat diambil.Oleh itu,tiada sapina boleh diserahkan terus kepada mana-mana rakyat negara ini tanpa pengetahuan semua pihak yang disebut di sini.Memandangkan tiada siapa dari pihak berkuasa terlibat yang dimaklumkan mengenai apa-apa sapina,maka jelaslah SUARAM telah menipu sekali lagi secara terang-terangan.Dari tindakan SUARAM,kita dapat membaca keterdesakan Pakatan Haram yang semakin tidak dapat dikawal kerana pilihanraya yang semakin hampir.Justeru itu,kita pasti bahawa penipuan mereka akan semakin besar dan semakin dahsyat lagi selepas ini.

Namun rakyat Malaysia tidak perlu bimbang. Kita tunggu dan lihat sahaja berapa hebat penipuan yang mampu mereka lakukan. Selagi PM melakukan yang terbaik untuk berkhidmat kepada rakyat dan negara, SUARAM atau pembangkang boleh menipu semahu-mahunya, tetapi kita pasti rakyat tidak akan mengundi penipu yang gemar menghina intelektualiti mereka.



sumber: http://badutrakyat.blogspot.com/2012/06/isu-kapal-selam-scorpene-suaram-aka.html?m=1

posted from Bloggeroid


KUCHING: Seorang remaja lelaki membatalkan niat terjun dari tingkat tiga bangunan empat tingkat selepas melihat kelibat ibu dan bapanya yang menangis selain merayu dia tidak meneruskan tindakan berkenaan di Chong Ling Park, Jalan Tabuan, di sini, kelmarin.
Difahamkan, kejadian jam 8 malam berlaku apabila remaja berusia 18 tahun yang bekerja di rumah urut berdekatan mengambil tindakan nekad itu selepas berdepan tekanan perasaan akibat masalah keluarga.
Menurut sumber, perbuatan remaja terbabit dilihat orang ramai sebelum menghubungi polis.
“Remaja terbabit menyewa di bilik di bangunan berkenaan, duduk di tepi tingkap, seolah-olah mahu terjun.
“Sebaik menerima panggilan kecemasan, polis mendapatkan bantuan bomba dan penyelamat bagi memujuk remaja berkenaan.
“Apabila semua usaha buntu, polis terpaksa menghubungi keluarga remaja itu sebelum ibu dan bapa lelaki itu tiba beberapa minit kemudian,” katanya.
Katanya, dalam keadaan menangis, pasangan suami isteri itu kemudian kemudian bergegas ke tingkat tiga bagi memujuk anak mereka itu supaya tidak meneruskan perbuatan itu.
“Usaha dan pujukan pasangan itu membuahkan hasil apabila remaja terbabit membatalkan niat sambil meluru memeluk kedua ibu dan bapanya,” katanya.
Beliau berkata, remaja terbabit dibawa ke Balai Polis Simpang Tiga untuk diambil keterangan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.


Bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Abdul Murad Khalid, bersedia memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa, jika dikehendaki, berhubung dengan pengendalian akaun-akaun sejumlah RM3 bilion yang beliau percaya melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Abdul Murad dalam satu kenyataan semalam mengesahkan bahawa beliau pernah membuat akuan bersumpah pada tahun 1999 berhubung dengan pengendalian akaun-akaun itu.

Bagi menjawab pertanyaan-pertanyaan dari akhbar baru-baru ini, Abdul Murad berkata: “Saya telah memberi keterangan-keterangan yang diminta pihak berkuasa.

“Dan saya juga bersedia untuk  memberi kerjasama kepada pihak berkuasa jika dikehendaki.”

Dalam pendedahannya pada kira-kira 13 tahun lalu itu, Abdul Murad dilaporkan mendakwa Anwar mengawal sebanyak 20 akaun induk membabitkan aset, saham dan  wang yang keseluruhannya bernilai lebih RM3 bilion.

Pelbagai pihak terutamanya dalam kalangan  pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dilaporkan mendesak Anwar memberi penjelasan berhubung dakwaan Abdul Murad itu. - Bernama




LVIV, - Jerman meraih hasil tiga kemenangan di Kumpulan B Piala Eropah 2012 yang disebut sebagai "kumpulan neraka". Pada perlawanan terakhirnya, Jerman berjaya menamatkan perlawanan Denmark dengan skor 2-1, Isnin (18/6/2012)

Baru tiga minit perlawanan berjalan, "Der Panzer" hampir saja membuka unggulan melalui sepakan Thomas Mueller. Sayangnya, tendangan voli Muller masih menyamping di samping jala Denmark.

Tak berapa lama kemudian, Mueller kembali mengancam gawang Denmark yang dikawal Stephan Andersen. Kali ini, kesigapan Andersen, menggagalkan peluang emas Mueller di depan mulut gawang "Pasukan Dinamit".

Terus menekan sepanjang awal babak pertama, Jerman akhirnya boleh membuka keunggulan pada minit ke-19. Menerima umpan dari sisi kanan, Podolski menghujamkan tendangan keras kaki kanan yang merobek jala Denmark. Gol itu semakin terasa istimewa bagi Podolski di laga antarabangsa ke-100 bersama Jerman.

Tertinggal satu gol, Denmark cuba bangkit. Tak perlu masa yang lama bagi Denmark untuk memperoleh gol pengimbang. Pada minit ke-24, tandukan Krohn-Dehli menembus jala Manuel Neuer untuk menukar skor menjadi 1-1. Bermula dari sepak sudut, bola mengarah ke Nicklas Bendtner dan kemudian menghantar umpan ke Krohn-Dehli yang tak mensia-siakan peluang tersebut.

Memasuki minit ke-37, Jerman mendapatkan kesempatan untuk kembali unggul dari situasi tendangan bebas. Namun, usaha Podolski gagal berakhir gol kerana tembakan kerasnya malambung tipis dari gawang Andersen. Babak pertama pun berkesudahan sama kuat 1-1 untuk Jerman dan Denmark.

Bermula babak kedua, Denmark kali ini gantian mengambil inisiatif serangan. Peluang pertama pada separuh kedua ini langsung hadir pada minit ke-50. Menerima umpan Bendtner, Jakob Poulsen melepaskan tendangan yang masih terhantuk tiang luar gawang Neuer. Selamatlah Jerman dari gol untuk kedua kalinya.

Setelah peluang ini, kedua-dua pasukan tampil dengan tempo lambat. Pelatih Jerman, Joachim Loew, memasukkan dua pemain untuk penyegaran pasukan. Andre Schuerrle dan Miroslav Klose menggantikan Podolski dan Mario Gomez. Sementara Denmark mulai menurunkan Christian Poulsen dan mengeluarkan Niki Zimling.

Kemenangan rupanya berpihak ke Jerman. Pada minit ke-80, Jerman memperoleh gol kemenangan melalui aksi Lars Bender. Umpan penemuan Oezil mengarah tepat ke kaki Bender yang merangsek naik membantu serangan. Tinggal berhadapan dengan Andersen, Bender tanpa sebarang kesukaran mengubah skor menjadi 2-1 untuk Jerman yang ternyata berlangsung hingga bubaran.

Hasil ini membawa Jerman memimpin Kumpulan B dengan 9 mata. Sementara langkah Denmark harus terhenti kerana pada perlawanan lain, Portugal berjaya menghempaskan Belanda dengan skor 2-1. Di suku final, Jerman akan bersua Greek, sedangkan Portugal berhadapan dengan Republik Czech.



Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sekali lagi menipu rakyat Pulau Pinang disebalik slogan CAT (Cekap, Telus & Akauntabiliti) dengan projek apabila menganugerahkan projek “Cadangan Reka & Bina Sebuah kilang 1 Tingkat Dan Pejabat 2 Tingkat Di Plot 306, Taman Perindustrian Batu kawan Untuk Penang Development Corporation Dan Kegunaan Malaysian Automotive Lighting Sdn. Bhd” (No. kontrak: PPP/TE 14/2012) secara rundingan terus atau “direct nego”.


Projek yang bernilai RM62juta ini telah dianugerahkan kepada DAYA CMT SDN. BHD. pada 19 mac 2012 yang lalu dan mesyuarat permulaan atau kick-off meeting yang diadakan pada 26 Mac 2012 yang lalu. Melihat kepada nilai sebanyak RM62juta sudah tentu ramai yang kurang yakin atau percaya.


Oleh yang demikian bukti pertama ialah berdasarkan carian maklumat keputusan tender-tender di dalam laman web rasmi PDC (sehingga 14 jun 2012) juga didapati tiada maklumat berkenaan kontrak bernombor PPP/TE 14/2012. Tidak cukup dengan itu, bersama ini juga dilampirkan minit mesyuarat kick-off meeting dan maklumat syarikat DAYA CMT SDN. BHD. yang diambil daripada laman web CIDB. (Sila klik imej untuk lebih jelas)









Kita semua sedia maklum ini bukanlah kali pertama Lim Guan Eng menipu rakyat Pulau Pinang tentang penganugerahan tender secara “direct nego”. Kali ini nilainya adalah sangat besar dan rakyat berhak mendapatkan penjelasan dan mengetahui kebenaran. Kita boleh agak apabila isu ini dibangkitkan kepada pengetahuan rakyat, seperti biasa Lim Guan Eng akan mengatakan bahawa tawaran yang dikemukan oleh syarikat DAYA CMT SDN. BHD adalah sangat kompetetif dan berpatutan (comparetative & reasonable price).


Maka beberapa hari kemudiannya akan terciptalah beberapa dokumen dan nama-nama syarikat yang kononnya turut serta membida tetapi harga yang ditawarkkan adalah terlalu tinggi. Mencipta dokumen, membohongi rakyat dan menunding jari kepada pihak yang cuba menegakkan kebenaran bukanlah perkara baru bagi Lim Guan Eng. Sudah beberapa kali Lim Guan Eng bersandiwara sedemikian dan janganlah terkejut untuk isu kali ini pun Lim Guan Eng akan menggunakan strategi yang sama.


Apapun isu utamanya ialah sejumlah RM62 Juta wang rakyat Pulau Pinang digunakan sewenang-wenangnya oleh Lim Guan Eng untuk mengenyangkan kroni-kroni beliau dan suku sakat kafir DAP melalui penganugerahan tender secara rundingan terus. Tindakan pemimpin kuku besi yang keji, rakus dan biadap ini dibuat tanpa rasa bersalah dan berdosa terhadap rakyat Pulau Pinang.


Paling mengejutkan ialah berdasarkan maklumat daripada Jurutera Perunding bebas, dianggarkan kos sebenar untuk pembinaan kilang 2 tingkat ini hanyalah sekitar RM25 juta ke RM30 juta sahaja. Ini kerana skop kerja pembinaan kilang ini hanyalah melibatkan kerja-kerja pembinaan (sivil) dan kemudahan infrastruktur asas (mekanikal & elektrikal) serta tidak melibatkan sebarang pembelian jentera atau mesin untuk operasi kilang.


Jika kos yang dianggarkan oleh Jurutera Perunding hanyalah sekitar RM25 juta ke RM30 juta sahaja, kini timbul persoalan ke mana perginya baki sebanyak RM32 juta ke RM37 juta lagi?


Menurut sumber dalaman Invest Penang, projek ini sebenarnya didalangi oleh Datuk Lee Kah Choon dan seorang lagi tali barut ialah Iskandar Basha Abdul Kadir iaitu Melayu munafik yang menjadi ahli seumur hidup DAP. Sudah semestinya juga yang memberikan kebenaran dan kelulusan untuk memberikan projek secara rundingan terus ini adalah Lim Guan Eng.
Iskandar Basha Abdul Kadir,ahli DAP seumur hidup.


Dalam merangka dan melaksanakan kerja-kerja jahat ini, Pengurus Besar PDC iaitu Dato’ Rosli Jaafar hanyalah bertindak sebagai “Pak Turut” atau “Boneka” sahaja yang tidak mampu berbuat apa-apa. Di atas kertas Dato’ Rosli Jaafar adalah Pengurus Besar tetapi hakikatnya yang lebih berkuasa di Ibupejabat PDC di Bayan Baru sekarang adalah Iskandar Basha Abdul Kadir.


Strategi keji dan jahat Lim Guan Eng di dalam PDC bermatlamat membunuh kerjaya semua professional Melayu yang berjawatan tinggi di dalam PDC dan menggantikan dengan bangsa Cina dan Melayu DAP. Ini jelas terbukti apabila hampir semua jawatan Ketua Pegawai Eksekutif / CEO anak-anak syarikat milik PDC yang dahulunya disandang oleh orang-orang Melayu kini disandang oleh orang Cina dan Melayu DAP.


Antara CEO Melayu yang menjadi mangsa pembunuhan kerjaya atau “career assassination” yang dilakukan oleh Lim Guan Eng adalah Osman Kalahan (PDC Properties S/B), Sabarul Aswadi (PDC Setia Urus S/B), Abdul Malik (PDC Telecommunication S/B), Ar. Khairil Hafizi (PDC Consultancy S/B) dan beberapa orang lagi.


Ini hanyalah sebahagian kecil pendedahan projek-projek mega yang diberikan kepada kroni-kroni. Entah berapa banyak lagi penganugerahan projek-projek mega dan tender-tender bernilai jutaan ringgit yang dianugerahkan secara terus hanya Lim Guan Eng sahaja yang tahu.


Begitu juga dengan strategi jahat yang sangat licik dalam membunuh kerjaya professional Melayu di dalam PDC dan pelan terancang Lim Guan Eng dan kafir DAP untuk memastikan kekayaan di dalam PDC menjadi milik mutlak Lim Guan Eng, kafir DAP dan kroni-kroni mereka.


Justeru itu, rakyat Pulau Pinang harus bangkit menentang pemimpin hipokrit, diktator dan kuku besi yang bernama Lim Guan Eng dan memastikan bahawa dalam pilihanraya akan datang Lim Guan Eng dan parti kafir DAP serta penyangak-penyagak lain di kalangan Pakatan Rakyat dinyahkan dari bumi Pulau Pinang.


Read more: http://www.pisau.net/2012/06/hot-guan-eng-tipu-rakyat-lagi-projek.html#ixzz1xum9t99j
SAHABAT BLOGGER HANDALAN NEGARA, MYMASSA MEMDEDAHKAN ADA CUBAAN CAMPUR TANGAN WARGA SINGAPURA DALAM PRU 13 NANTI.

APA HAL MEREKA NAK SIBUK HAL MALAYSIA???

SIAPA YANG CUBA LIBATKAN SINGAPURA DALAM HAL NEGARA MALAYSIA YANG BERDAULAT NI??

SINGAPURA NI APA PULAK KEHANDALANNYA??? SIAPA PULA DI SEBALIK SINGAPURA??

KORANG BACA SENDIRI, KREDIT UNTUK MYMASSA!!!

JPX

MyMassa dapat maklumat sulit dari Singapura bahawa sekumpulan besar rakyat Singapura akan turun ke Malaysia semasa PRU ke-13.

Pelbagai persediaan telah dibuat oleh pihak di Kota Singa. Bila MyMassa tanya pada sumber tersebut apakah bukti yang menyokong kenyataannya, jawab sumber MyMassa, dia boleh bagi bukti 'open source'. Dokumen-dokumen serta gambar-gambar detail dia tak boleh bagi. Tambah sumber MyMassa, sila ke alamat ini untuk tengok bukti 'open source'.




baca sepenuhnya: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhitYd-_uYcimqpZ_j68TITKMGgWBXnGBF_Xm9eOYesrFIjd39SGmkB_s6A3GCC5aMqXgZEC9YGF7BByN4Lva3yTfdOKPCOJEL0T06CtHTM1FOvani-GUDWQxJNjX0iMU-MraHHJtf5zxQ/s1600/pork.jpg

posted from Bloggeroid

SEPANJANG bulan lalu dan bulan ini, terdapat tiga isu yang mengaitkan Pas dengan tanah suci Mekah. Isu pertama melibatkan tindakan tidak matang beberapa pemimpin dan penyokong parti itu mengadakan demonstrasi menyokog Bersih di Mekah dan Madinah.

Isu kedua pula melibatkan Ahli Majlis Fatwa Masjidilharam, Dr.Sulaiman Saloomi yang menegaskan fatwa propaganda yang mengatakan seseorang itu akan masuk syurga jika mengundi parti tertentu adalah suatu kejahilan, kebodohan dan kesesatan.

Terbaru, Ketua Penerangan Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man meminta ahli parti itu yang terlibat secara langsung dalam pilihan raya menangguhkan ibadat haji mereka bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13.

Dalam isu mengadakan perhimpunan Bersih di Mekah dan Madinah, kepimpinan Pas langsung tidak menegur perbuatan melampau ahli-ahlinya yang berbuat demikian, sebaliknya mereka berbangga kerana semangat menyokong Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga begitu mendalam sehingga dibawa ke tanah suci biar pun sepatutnya tumpuan diberikan sepenuhnya beribadat kepada Allah SWT.

Selain itu, akibat politik tidak bertempat itu, Malaysia menerima tempiasnya apabila kerajaan Arab Saudi telah menghantar nota diplomatik membantah perbuatan berkenaan serta mengingatkan kerajaan Malaysia supaya memastikan peristiwa itu tidak berulang.

Dalam isu kenyataan Dr.Sulaiman Saloomi pula, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan bahawa beliau pernah ‘menjanjikan’ syurga kepada pengundi yang memilih parti itu dalam pilihan raya.

Nik Abdul Aziz sebaliknya berkata, beliau hanya menyebut bahawa orang yang telah mengundi parti itu khususnya pada pilihan raya umum 1990 mendapat pahala.

Dan Pas selagi lagi terbabit dalam isu berkaitan tanah suci apabila Tuan Ibrahim membuat seruan supaya menangguhkan pelaksanaan ibadah haji bagi membolehkan tumpuan diberikan kepada pilihan raya.

Sememangnya sudah pastilah dalam ketiga-tiga isu itu, Pas akan mempertahankan apa juga tindakan dan kenyataan mereka.

Walaupun ia akan dianggap janggal bagi mereka yang mahu memikirkannya secara matang tetapi bagi pengikut-pengikut tegar Pas apa yang diseru dan dinyatakan oleh pemimpin mereka adalah kebenaran serta permintaan yang harus dipatuhi di bawah prinsip ‘kami dengar, kami patuh’.

Namun begitu, apa yang menjadi persoalan sampai bilakah Pas ingin terus melakukan tindakan-tindakan yang berkaitan dengan Islam demi kepentingan politik mereka. Kenapakah perlu soal politik mahu diseret ke tanah suci? Kenapakah soal pahala dan dosa dipertaruhkan untuk meraih sokongan dalam pilihan raya? Kenapakah Pas sanggup memandang ringan soal ibadah haji boleh ditangguh-tangguhkan semata-mata untuk memastikan jentera pilihan rayanya tidak terjejas?

Hakikatnya, dari semasa ke semasa tambahan pula menjelang pilihan raya, sementara sekutunya Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilanda pelbagai masalah berkaitan dengan integriti dan moral, pendekatan dan tindakan politik Pas pula semakin mengelirukan.

Apa yang mengecewakan, Pas sama sekali tidak pernah mempedulikan apa juga komen dan ulasan mana-mana ulama yang secara ikhlas menegur corak politik mereka, sebaliknya ada mufti yang dianggap ‘gatal mulut’ kerana memberi pandangan mengenai parti itu.

Kalau mahu diambil kira soal ‘gatal mulut’ rasanya pemimpin-pemimpin Pas sudah lama bersikap demikian apabila membuat kenyataan sesuka hati termasuklah suatu ketika pandai-pandai mengkafirkan UMNO dan menuduh UMNO menolak Islam.

Tidakkah itu boleh dinamakan ‘gatal mulut’ kerana perbuatan berkenaan telah memecah-belahkan umat Islam di negara ini? Apakah pemimpin dan penyokong Pas tidak ‘gatal mulut’ apabila mengadakan demonstrasi di Mekah dan Madinah dengan melaung- laungkan slogan anti kerajaan Barisan Nasional (BN) di negara orang?

Siapakah lebih ‘gatal mulut’ apabila menyeru supaya menangguhkan pemergian ke tanah suci untuk menunaikan ibadah haji?

Selain itu, kita juga ingin bertanya siapakah sebenarnya ‘gatal mulut’, apabila mencadangkan supaya Pas dan UMNO bermuzakarah demi kepentingan umat Islam dan orang Melayu tetapi kemudiannya membatalkan hasrat tersebut atas alasan ia telah dimanipulasikan?

Malahan dalam isu ‘muzakarah’ antara kedua-dua parti itu, kita juga hendak tahu siapakah dulu yang ‘gatal mulut’ menganggap mana-mana pemimpin Pas yang menyokong usaha itu sebagai boneka UMNO?

Oleh itu tidak perlulah pemimpin Pas hendak melabelkan mana-mana ulama sebagai ‘gatal mulut’ kerana semua orang tahu ulama yang sering menegur Pas, melakukannya bukan atas kepentingan politik mana-mana pihak sebaliknya atas dasar kebenaran dan kehendak Islam.

Sepatutnya, Pas berterima kasih kerana ada ulama yang mengambil berat tindak-tanduk mereka bagi memastikan pemimpin dan penyokong parti itu tidak terus hanyut dibuai mimpi indah merebut kekuasaan bersama-sama sekutunya PKR dan DAP.

Selain itu, teguran demi teguran yang dilakukan oleh ulama-ulama sama ada dalam atau luar negara seharusnya dijadikan iktibar oleh Pas dalam memperkasakan perjalanan politik parti itu jika benar mereka mahu memperjuangkan Islam.

Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya, Pas sentiasa sahaja menganggap apa yang mereka lakukan dan katakan adalah betul, datanglah sehebat mana pun ulama itu jika ulama berkenaan membuat kenyataan yang bertentangan dengan kehendak politik Pas maka pandangan ulama tersebut pasti ‘ditolak’ dan dianggap ‘gatal mulut’.

Justeru pemimpin-pemimpin Pas tidak kira siapa pun mereka perlu diperingatkan bahawa tindak-tanduk mereka bukan sahaja boleh menjejaskan imej parti itu malahan boleh mewujudkan persepsi yang tidak baik terhadap Islam.

Ia memandangkan banyak tindak-tanduk Pas dianggap oleh para ulama bertentangan dengan kehendak Islam. Kalau Pas mahu mencari pahala seperti mana pendirian mereka bahawa menyokong parti itu akan mendapat pahala maka peliharalah pahala itu dengan sebaik-baiknya tanpa melakukan tindak-tanduk politik yang boleh menghilangkanpahala berkenaan sebelum kita mengadap Allah SWT.

Soal menjaga pahala ini diingatkan sendiri oleh Nik Abdul Aziz yang menegaskan,‘‘Terlalu banyak ayat dalam al-Quran dan hadis yang bercerita tentang kalau kita buat amal soleh kita boleh dapat pahala. Pahala ini boleh hilang kalau kita tak pandai jaga, macam kita cari duit, cari duit bolehlah tapi kalau kita simpan dalam poket yang berlubang, maka akan habis.

“Duit sudah dapat hasil jual goreng pisang dan macam-macam lagi, tapi kalau kita simpan dalam poket (tembus), maka akan habis."

Oleh itu dalam mencari kuasa politik, janganlah sampai pemimpin dan penyokong Pas melakukan tindakan yang dianggap ‘gatal mulut’ yang akhirnya mengakibatkan ‘dunia tak dapat, akhirat terlepas’.

sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0613&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm

posted from Bloggeroid

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali digesa membuat penjelasan berhubung pemilikan nombor pendaftaran kenderaan BBM 3 yang digunakan pada kereta Toyota Camry miliknya.

Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari berkata, beliau hairan bagaimana Azmin mampu memiliki nombor pendaftaran 'panas' berkenaan sedangkan Ahli Parlimen Gombak itu hanyalah seorang pegawai kerajaan ketika mula menggunakannya.

Anuar juga mempersoalkan sama ada Azmin membeli nombor pendaftaran tersebut atau memperolehnya secara percuma semasa berkhidmat dengan Anwar di pejabat Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dahulu.

"Saya ingin bertanya kepada Azmin bagaimana beliau memperoleh nombor pendaftaran kenderaan BBM 3? Nombor tersebut beliau peroleh ketika masih berkhidmat di pejabat Timbalan Perdana Menteri.

"Jika beliau 'membeli' nombor tersebut semasa berkhidmat dengan Anwar, beliau perlu tampil menjelaskan berapa bayaran yang telah dibuat memandangkan Azmin ketika itu hanyalah pegawai kerajaan.

"Adakah ini juga ada kaitan dengan dakwaan Azmin mempunyai kekayaan melebihi pendapatan ketika itu?," tanya beliau dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Isu nombor pendaftaran kenderaan sebelum ini menarik perhatian ramai apabila salah seorang ahli pembangkang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mempertikaikan bidaan nombor plat WWW 1 milik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Berikutan tindakan Nizar yang merupakan Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak itu, beliau menerima kecaman hebat daripada pelbagai pihak dan disiasat mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948.

Malah, pihak pembangkang juga dilihat cuba memperbesarkan isu pemilikan nombor pendaftaran kenderaan apabila turut mengheret Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berikutan bidaannya terhadap nombor WWW 15.

Sementara itu, siasatan Utusan Malaysia mendapati kereta yang menggunakan nombor pendaftaran BBM 3 itu mempunyai sebanyak 40 saman Polis Diraja Malaysia (PDRM) sehingga semalam.

Kenderaan jenis Toyota Camry 2.4 cc berwarna hitam sebelum ini didaftarkan untuk kereta jenis BMW 325i yang juga menggunakan nama pemiliknya iaitu Mohamed Azmin Ali.

Selain 40 saman, Azmin turut dikesan memiliki tujuh saman untuk sebuah kenderaan lain bernombor pendaftaran WEU 3838.

Malah apa yang mengejutkan, selain 47 saman trafik yang dikenakan terhadap Azmin sejak Jun 2002, kenderaan yang menggunakan nombor BBM 3 itu juga telah tamat cukai jalan sejak 2 Jun lalu namun sehingga kini belum diperbaharui.

Kebanyakan saman yang dikenakan adalah atas kesalahan memandu melebihi had laju dan paling banyak kesalahan itu dikesan di sekitar ibu negara.

Difahamkan sebelum ini, Azmin menggunakan plat BBM 3 itu untuk kereta BMW. - Utusan



sumber: http://www.utaranews.com/2012/06/berapa-harga-nombor-pendaftaran-bbm-3.html?utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter&m=1

posted from Bloggeroid


Sempena kunjungan hormat YB Datuk Hajah Norah Tun Abdul Rahman ke Pejabat PBB N40 Meradong pada sabtu ini satu sesi perbincangan khas telah dibuat oleh PBB N40 Meradong.
Dalam perjumpaan tidak rasmi ini beberapa perkara isu utama akan dilaporkan kepada MP 206 Tanjung Manis ini.
Turut hadir semasa perbincangan ini Tim. Ketua Cawangan PBB N40 Meradong Kr.Morsili,Naib Ketua Cawangan En. Rosli Umar,SU Cawangan Tn.Hj.Sulaiman,Bendahari Cwgan Tn.Hj.Selanie,Ketua Wanita,Pemangku Ketua Pemuda dan AJK Cawangan,Wanita dan Pemuda.





posted from Bloggeroid




Jenis Anwar Ibrahim dia tak boleh berceramah depan orang yang sedikit. Dia mesti nak ceramah depan orang yang beribu. Barulah temberang menjadi....

Dalam setiap ceramah yang melibatkan Anwar dia akan sampai ke tempat ceramah apabila dekat gilirannya nak berceramah selaku penceramah terkahir. 

Awal-awal akan ada 4-5 orang juak-juaknya yang berceramah terlebih dahulu sebagai pemanas enjin dan sementara nak menunggu orang semakin ramai.
Jika jumlah hadirin berkurangan, Anwar tidak akan datang dan bermacam-macam alasan akan diberikan sebagai sebab dia tidak hadir. 

Setiap ceramah yang melibatkan Anwar akan diletakkan tajuk yang hebat atau akan berlaku pembongkaran yang besar untuk menarik orang ramai hadir mendengarnya.

Saya masih ingat lagi masa PRK Ijok tahun 2007, setiap hari jentera PKR menyebarkan berita yang Anwar akan mendedahkan sesuatu berhubung Altantuya dan Najib. Tiap-tiap malam mereka berjanji dan tiap-tiap malam orang ramai yang datang nak dengar hampa. Sampaikan ke malam terkahir kempen tiada apa-apa yang didedahkan. Akhir sekali mereka ditolak dalam PRK berkenaan kerana menipu orang ramai. Bukan setakat orang ramai yang marah, jentera PKR sendiri pun turut marah.

Mereka membohongi orang ramai dengan berjanji nak dedah itu dan ini. Orang datang berduyun-duyun nak dengar. Sampai masa tiada apa yang didedahkan. Bila orang marah maka orang akan tolak mereka dalam pilihanraya. Bila orang tolak mereka , mereka kata pilihanraya tak betul dan SPR menipu. 

Terbaru berlaku di Sabah Ahad lepas....

Seperti yang kita tahu program-program ceramah yang melibatkan PAS dan PKR bukannya mendapat sokongan sangat di Sabah. Ceramah-ceramah yang diadakan pun berapa kerat sangat yang hadir. Kebiasaannya jumlah kehadiran memang mengecewakan penceramah. Tak padan dengan tiket kapal terbang untuk mereka ke sana.

Untuk menunjukkan bahawa dia hebat dan mampu kumpulkan orang di Sabah, Anwar melalui kuncu-kuncunya menyebarkan sesuatu yang besar akan berlaku di Sabah pada malam berkenaan. 

Lalu berduyun-duyunlah orang ramai dan para wartawan pergi. Hinggakan ada wartawan yang bergegas terbang dari semenanjung ke sana untuk memastikan mereka tidak terlepas berita besar berkenaan. Akhirnya sampai habis ceramah semuanya masuk angin keluar asap...
sumber:http://www.rbfonline.net/2012/06/taktik-anwar-dan-kuncu-kuncunya.html


Kuching:
Alhamdulilah selesai perbincangan dan sesi penerangan dengan Ketua Menteri Sarawak...


posted from Bloggeroid



Keputusan penuh perlawanan diantara team Spain dengan Italy berkesudahan seri 1-1.. Memang frust beb sebab gua sokong pasukan Spain.. Tapi apa nak buat.., Spain main macam haram pagi ni..

Gol pertama Italy dijaringkan oleh Antonio Di Natale sebelum disamakan oleh Cesc Fabregas..

Gua rasa, kalau macam ni Spain main untuk game seterusnya.., takdak chance pasukan feberet gua ni untuk jadi juara Euro 2012 beb..

So.., gua harap Spain akan main lebih baik untuk game seterusnya nanti.. Yang penting.., Germany tak jadi juara... Hahahahaha..


SUMBER:
LVIV: Tandukan hebat pada separuh masa pertama penyerang Mario Gomez sudah cukup membolehkan Jerman menang 1-0 ke atas Portugal dalam saingan Kumpulan B Euro 2012, awal pagi tadi.

Ia adalah kemenangan ketiga berturut-turut Jerman ke atas Portugal dalam kejohanan antarabangsa utama, sekali gus memberi mata pertama Jerman dalam mengharungi 'kumpulan maut' itu.
“Ia adalah saingan yang cukup mendebarkan tetapi ia permulaan baik untuk kami," kata jurulatih Jerman, Joachim Loew.
Skuad bimbingannya kini akan berdepan Belanda Rabu depan di Kharkiv. Terdahulu, Belanda yang dibarisi pemain ternama dan juga pasukan pilihan kali ini, menerima kejutan awal apabila tewas kepada Denmark 1-0.

Portugal yang dibarisan pemain bintang termasuk kaptennya, Cristiano Ronaldo, gagal menyumbat masuk meskipun beberapa kali berjaya memperoleh peluang merempat bola ke arah pintu gol.

“Saya amat sedih dengan keputusan ini. Saya rasa kami menguasai permainan dengan pertahanan yang kental," kata jurulatih Protugal, Paulo Bento. - AFP

sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/TandukanGomezberikemenanganJermankeatasPortugal/Article/index_html

posted from Bloggeroid

Satu tiang lampu terletak kira-kira 30 meter dari lokasi kejadian kematian seorang kanak-kanak Maryam Najwa Massaari, 8, akibat renjatan di Kampung Gedung Lalang, Bukit Rambai meletup secara tiba-tiba dan mengeluarkan percikan api.

Kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu turut menyebabkan satu daripada kabel di tiang berkenaan terputus dan disedari sepupu Allahyarham Maryam Najwa, Masitah Mawasi, 12, yang sedang bermain basikal bersama saudaranya di halaman rumah terletak di depan tiang elektrik terbabit.

Masitah berkata, pada mulanya dia terdengar beberapa letupan kecil sebelum melihat kabel bahagian atas tiang lampu itu mengeluarkan percikan api yang kemudian merebak membakar satu daripada wayar disambungkan ke situ.

“Letupan yang terakhir sangat kuat menyebabkan salah satu kabel pada tiang berkenaan putus sambil terbakar sebelum ia jatuh ke tanah. Saya dan saudara yang lain bertempiaran menyelamatkan diri. “Kami bernasib baik kerana tidak berada di bawah kabel yang terputus itu. Selepas itu, saya segera menjerit memberitahu kakak, Munira, 18, mengenai kejadian yang berlaku,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini.

Pada 30 Mei lalu, Mariam Najwa maut mati dipercayai akibat terkena renjatan ketika bermain bersama adiknya, Muiz Asyraf, 3, dalam kawasan digenangi air berhampiran tiang elektrik di depan rumahnya di Kampung Gedung Lalang, Bukit Rambai.


Suruhanjaya Tenaga dalam satu kenyataan dikeluarkan pada hari sama, mengesahkan kematian kanak-kanak itu akibat renjatan, berpunca daripada kebocoran arus melalui tiang elektrik berikutan kerosakan pada kabel talian atas.

Sementara itu, tinjauan di lokasi kejadian kelmarin mendapati, seramai lima kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang membaiki dan menggantikan kabel pada tiang lampu terbabit.

Ibu Allahyarham Maryam Najwa, Norazlin Azmi, 33, berkata dia berada di rumah jirannya ketika kejadian dan panik apabila mendengar jeritan mengenai kebakaran itu berikutan Muiz Asyraf turut bermain di situ.

“Saya segera berlari keluar rumah untuk memastikan Muiz selamat sebelum meminta anak saudara menelefon pihak berkenaan untuk membaiki tiang lampu itu. “Saya kesal kerana kerosakan berlaku tidak sampai seminggu pemergian anak perempuan tunggal saya selain difahamkan, tiang lampu itu baru saja ditukar mentolnya semalam (4 Jun),” katanya.

Dalam perkembangan sama, Norazlin berkata, pihaknya sudah menghantar maklumat berkaitan insiden menimpa Allahyarham Maryam Najwa kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) kampung itu bagi diserahkan kepada Suruhanjaya Tenaga untuk tindakan lanjut.



sumber: http://kulaanniring.blogspot.com/2012/06/puaka-niring-misteri-tiang-lampu.html?utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter&m=1

posted from Bloggeroid

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY